Terlalu Banyak Masa Untuk Hiburkan Orang Lain

Februari sudah menemui penghujungnya.. dan aku masih berdiri di persimpangan yang sama. Entah berapa banyak tahun sudah aku bazirkan untuk hanya berdiri di simpang ini.. ya, simpang yang sama setiap kali. Aku sudah terlalu tua untuk merasa teruja. Tidak ada apa yang aku harapkan lagi selain ; aku ingin terus melangkah dan aku tidak mahu mati menunggu di persimpangan ini.....!

Terlalu banyak masa telah aku bazirkan untuk menggembirakan orang lain. Sedar atau tidak itu lah apa yang aku lakukan sejak kebelakangan ni. Aku cuba untuk menafikan tapi hakikatnya hidup aku ternyata berlegar di dalam lapangan yang sama. Selepas satu simpang, simpang yang lain pula. Setiap kali itu juga aku membuat pilihan kerana ingin menggembirakan orang lain bukan untuk diri sendiri.

Aku sendiri bosan..! Asyik mengeluh itu mengeluh ini. Kononnya nak berubah, kononnya nak jadi diri sendiri dan buat apa yang aku happy buat. But lastly, aku terperuk di tempat sama juga. Argghhh...! aku tak sekuat manapun rupa-rupanya. Sudah lah tak kuat, tak berani, pemalas pula tu.....! Malas nak fikir, malas nak usaha, malas nak berubah.. bla..bla..bla..

Hanya tahu merungut....!

Tak ada orang lain yang boleh paksa diri aku berubah melainkan diri aku sendiri. Aku tak tahu nak jadi kejam mana lagi pada diri sendiri. Tak kan sampai nak sumpah seranah diri sendiri pula..! Aku sayang lagi diri sendiri walaupun aku sibuk sayangkan orang lain.. happy kan orang lain. Tapi sebenarnya aku sayang diri sendiri lebih daripada segala-galanya..

Ok stop..! Stop complaint...!
Move on ain..
Move on...

.

Aku Mula Give Up Dengan Perniagaan

Aku membesar dengan satu ideologi bahawa aku boleh berniaga, aku pandai berniaga, aku suka berniaga dan aku berbakat menjadi peniaga yang berjaya dan kaya raya. Aku tak pasti daripada mana suapan itu boleh muncul dalam kepala aku sejak aku kecil. Mungkin kerana mak ayah aku berniaga, mak sedara dan bapa sedara aku berniaga dan sejak kecil memang aku hidup dalam lingkungan orang berniaga. Jadi, secara tak langsung aku RASA aku minat berniaga...!

Secara rasmi aku join MLM pertama dalam hidup aku pada tahun 2004 masa tu aku masih belajar di peringkat ijazah (satu sem je belajar, tak dapat ijazah pun). Aku terhasut dengan seorang kawan untuk join CNI. Satu brand MLM popular dan kebaboom hebat masa tu. Aku berjaya jual beberapa kotak kopi dan beberapa bekas biskut raya masa musim Aidilfitri. Jual dengan kawan-kawan kat asrama je. Tak lama, dalam 3 bulan je aku bertahan lepas tu aku give-up. Tapi aku tak ada sesal apa-apa sebab tak banyak RM yang terlibat. Jadi aku tak rasa rugi atau serik.

Tahun 2008 aku terjebak pula dengan Hai-O, satu lagi produk MLM paling dasyat yang menjanjikan keuntungan juta-juta RM dengan hanya jual penapis air atau korset rampingkan pinggang khusus untuk kaum wanita tapi lelaki nak pakai pun boleh, takde hal..! Aku buat pinjaman RM20k kat CIMB Express which is satu tindakan paling BODOH piang  aku pernah buat sepanjang hidup aku setakat ni. Sampai sekarang aku kena bayar balik pinjaman tu yang mana total dah jadi RM47k..!! Bongok tahap cipanzi..! 

Lebih bongok lagi bila aku gagal menjual walaupun sebiji penapis air..! Aku pergi kelas, aku ikut semua nasihat dan tips-tips daripada taiko-taiko Hai-O yang dah berjaya tu, dan aku habiskan banyak masa tenaga dan duit saku aku untuk bussiness ni. Hujungnya aku tak dapat pun keuntungan tapi hanya kerugiaan je yang semakin jelas. Setahun lepas tu, aku kenal Pokchik. Dengan nasihat Pokchik akhirnya aku give-up dan stop dengan Hai-O. Jangan tanya mana aku hempukkan 10 biji penapis air tu. Rahsia.

Pada masa tu aku serius nekad TAK AKAN terlibat dengan mana-mana MLM lagi. Aku serik..! Aku meluat..! Aku benci..! semua perasaan ada. Aku janji tak akan terpedaya dengan MLM lagi. 

Berbalik pada teori aku RASA aku minat berniaga tu, aku pun langkah slow-slow buat bussiness kecil-kecil. Janji bukan MLM. Aku jadi agent produk minyak wangi, agent produk kesihatan, agent produk kecantikan dan terbaru agent dropship buku pula. Untung memang tak banyak sebab dapat komisen agent dalam 10%-15% sahaja setiap item. Tapi masa tu aku seronok, ye lah bila orang order barang, bank in duit, mesti la rasa seronok.

Masa tu aku betul-betul yakin aku memang minat berniaga dan dilahirkan sebagai seorang yang berbakat sebagai peniaga. Tapi mula-mula je enjoy, lepas tu aku mula rasa tertekan bila "jumpa" dengan macam-macam jenis dan perangai pelanggan yang pelik-pelik. Aku rimas. Aku geram. Aku tak cukup sabar nak handle semua ni. Sampai satu tahap aku rasa tak happy dan tak enjoy lagi. Aku tanya diri sendiri "apa yang aku dapat buat bussiness ni semua..? untung ke mana.. penat je lebih..!"

Serius memang tak nampak pun mana untung aku bussiness ni. Duit tu habis macam tu je sebab untung runcit-runcit kan. Aku pula tak pandai urus akaun sendiri. Mana duit masuk, mana duit keluar pun aku tak tahu. Pokchik tak minat bussiness jadi dia memang tak membantu sangat cuma jadi tukang teman aku hantar barang kat customer dan tolong jadi driver aku je bila nak ke mana-mana. Nasib baik Pokchik jenis yang bersabar je dengan perangai aku.

Entah kenapa, hari ni aku bangun tidur pagi tadi macam terdetik dalam hati aku "betul ke aku ni minat berniaga..? betul ke aku ni berbakat jadi peniaga..?" Kalau betul aku minat berniaga, sepatutnya aku kalis dugaan, cekal hati, tak mudah give-up malah aku tentu selalu bersemangat, selalu berfikir tentang bussiness dan sentiasa nampak jelas hala tuju aku dalam bussiness ni.

Sebaliknya...... aku rasa lost....!

Aku tak nampak mana hala tuju aku dalam bussiness ni. Tapi paling utama, aku sebenarnya dah tak rasa enjoy dan gembira lagi buat bussiness. Aku stress..! dan aku sejenis yang tak suka lama-lama terperangkap dalam stress. Aku tak boleh. Aku nak cepat-cepat keluar daripada rasa stress. Aku nak happy, nak freedom, nak buat apa yang aku suka bukan apa yang orang suruh.....!


Salahkah kalau aku give-up dalam bussiness..?

Atau aku patut teruskan dan gandakan usaha..? Dalam keadaan ekonomi negara kita yang macam haprak ni, semua orang nak berniaga sebab nak cari duit tambahan. Tapi kalau semua nak menjual, siapa yang nak beli (ya, ini teori orang malas -- what so ever..!!) tapi aku selalu percaya dalam hidup ni sentiasa ada balance iaitu ada yang memberi, ada yang menerima. 

Macam mana kalau aku memang dilahirkan sebagai seorang pembeli bukan penjual..?
Macam mana aku nak decide..?

Allahu Akhbar....!! tolong aku...... 

:(







Lupakan Cinta Pertama

Kenapa susah nak lupakan cinta pertama? Sebab cinta pertama memang special kan.. :)  Walau macam mana perit pun kesudahan cinta pertama tu, kita susah nak lupa. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku rasa siapa yang macam aku ni yang jatuh cinta tak banyak kali, memang boleh ingat cinta pertama sampai bila-bila kot.. hahahaha..!! Walaupun aku tahu KAMU bukan ingat pun, entah-entah aku ni bukan cinta pertama dia.. ehh..! dulu lupa nak tanya.. :p

Siapa yang kekal dengan cinta pertama sampai nikah dengan orang sama tu beruntunglah. Aku respect dengan korang. Hebat. Dan kepada siapa yang macam aku, bercinta bagai nak rak tapi last-last kahwin dengan orang lain, pun aku respect juga sebab aku faham tak mudah sebenarnya nak lupakan cinta lama dan terima cinta baru. Tak mudah..! tapi kita dah berjaya melakukannya. Hebat lah kan..! :)

Bagi aku, cinta pertama tu mengajar aku mengenali diri sendiri. Dengan cinta tu, aku boleh jadi diri sendiri, tak payah hipokrit dan dengan cinta pertama tu aku mula belajar menyulam mimpi dan angan-angan. Aku bertemu dengan cinta pertama agak awal iaitu ketika usia 15 tahun, tambah pula aku bukan jenis yang rapat dengan mak ayah and share everything dengan mak aku macam sesetengah budak perempuan sebaya aku masa tu. Jadi dengan cinta pertama lah, aku kongsi segalanya. 

Cinta pertama selalu ada tempat khas dalam hati aku. Biar macam mana perit pun untuk aku selalu mengingatinya, tapi cinta pertama aku tetap special dan satu hal yang aku tak nak kehilangannya sampai bila-bila. Ada ruang yang sangat istimewa dan sangat dalam untuk cinta pertama ini, satu ruang yang akan selalu menjadi rujukan aku untuk melihat masa silam.

Why not..?

Aku belajar banyak perkara daripada cinta pertama. Setiap kali aku ingin membuat keputusan tentang hati, aku akan melihat kembali kepada cinta pertama ku supaya aku dapat belajar melaluinya dan supaya aku tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi..! Dan cinta aku yang hari ini pula, adalah pemimpin aku agar aku dapat tetap berjalan di landasan yang sepatutnya. Cinta ku yang hari ini selalu ada untuk aku biar dalam hujan dan badai.

Macam yang pernah aku tuliskan, aku bertuah kerana pernah ada Cinta Pertama dan Cinta Ku Yang Kini kerana kedua-duanya adalah adalah hadiah terindah sepanjang hidupku.


"..namaku Cinta ketika kita bersama.."





Isyana Sarasvati - Tetap Dalam Jiwa


Tetap Dalam Jiwa

Tak pernah terbayang akan menjadi seperti ini pada akhirnya
Semua waktu yang pernah kita lewati bersamanya telah hilang dan sirna
Hitam putih perlu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati untuk dapatkan semua jawaban ini

Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Tak bisa tuk teruskan
Dunia kita berbeda
Bila memang ini ujung nya
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

Memang tak mudah tapi ku tetap menjalani kosong nya hati
Dulu mimipi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history
Hitam putih berlalu
Janji kita menunggu
Tapi kita tak mampu
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini
***

First time aku dengar lagu ni, aku ingat Aisyah Aziz budak AF tu yang nyanyi sebab suara dia unik dan suara Aisyah pun lebih kurang sama, best..! Tapi bila hayati lirik lagu ni, boleh teka lah lagu ni Indonesian yang tulis sebab jiwa lagu ala-ala Indonesian tu memang ada. Seperti biasa, bab lirik tu tak boleh tidak memang menusuk jantung aku.. 

"..bila memang ini hujungnya, kau kan tetap ada di dalam jiwa..."






Kebahagiaan Kita Tanggungjawab Kita Sendiri dan Happy Birthday untuk KAMU

Kebelakangan ni, aku mengalami mental block (alasan orang malas update blog.. hiksss..). Aku juga kurang membaca menyebabkan mental block aku semakin teruk. Selain itu, aku kurang mengambil berat tentang sesuatu hal apatah lagi kalau hal-hal itu memang tersedia berat. Aku cuma meluangkan masa menonton filem yang aku sudah pernah tonton dan bergelak ketawa menontonnya lagi, kemudian aku dengar lagu-lagu yang tidak menggalakkan aku berfikir dan selebihnya aku hanya banyak tidur.

Ketawa dan tidur adalah RACUN bila diamalkan tanpa kawalan.
but heyy..!! sesekali aku cuma nak rehat..!

Ok.

Kenapa kita selalu menginginkan seseorang yang boleh membahagiakan hidup kita? Sedangkan kebahagiaan itu adalah tanggungjawab dan tugas kita sendiri untuk mencarinya dan berharap ke arahnya. Terutama perempuan lah kan, kalau ditanya nak calon suami yang macam mana, mereka akan jawab "ohh.. nak lelaki yang boleh bahagiakan saya.." Bahagia yang macam mana?

Perhatian itu bahagia. Ketawa itu bahagia. Duit itu bahagia. Jalan-jalan itu bahagia. Membaca novel cinta itu bahagia. Menonton F.R.I.E.N.D.S itu bahagia. Balik kampung itu bahagia. Memandu laju itu bahagia. Shopping itu bahagia. Jump street itu bahagia. Bunga itu bahagia. Makan itu bahagia. Berpelukan itu bahagia. Ciuman itu bahagia. Bahagia yang macam mana..?

Soalnya, kenapa kita mudah menggantungkan rasa bahagia itu kepada entiti lain, contohnya seorang lelaki? Kenapa tak boleh cari bahagia tu sendiri? Kita nak bahagia, kita buatlah apa yang membahagiakan kita tu. Macam kalau kita nak makan, kita makan je lah lepas tu terus rasa bahagia. Mudah je kan..!

Kalau kita tak dapat lelaki yang boleh bahagiakan kita tu, kita masih boleh rasa bahagia dengan cara dan usaha kita sendiri. Lantaklah dengan lelaki tu..! Bukan dia satu-satunya yang kita ada. Kita ada banyak lagi sumber dan punca untuk rasa bahagia. Kita boleh bahagiakan diri kita sendiri. Ramai orang tak percaya hal ni. Tapi hari ni, aku bagitahu. Ya, kita boleh bahagiakan diri kita sendiri. Kita tak perlukan orang lain untuk bahagiakan kita. Bahagia itu subjektif sayang-sayangku sekalian...

Betul. Memang betul, kita tak boleh hidup sendirian dalam dunia ni. Tapi orang sekeliling kita, termasuk lelaki idaman kita tu hanyalah sistem sokongan kepada hidup kita. Tugas mereka support kita untuk membolehkan kita terus hidup. But at the end, hidup kita tugas kita sendiri nak menghidupkannya. Jangan kita letakkan beban 'mencari bahagia' tu atas bahu orang lain, kita kena cari sendiri...!

Aku pernah jumpa seorang perempuan tulis macam ni "..saya dah jumpa lelaki yang membahagiakan saya.." dan selepas 8 tahun mereka bercerai sebab lelaki tu ada perempuan lain dan lelaki tu mengaku dia tak bahagia dengan perempuan yang kononnya dia dah bahagiakan tu. Nampak tak simple nya formula ni..? Kau tak boleh bahagiakan orang kalau kau tak bahagia..!! 

Dan kau tak boleh harap orang je kena bahagiakan kau, sedangkan kau tak ada usaha nak bahagiakan dia. Selfish..!! Bila kita rasa bahagia, kita kongsi dengan orang. Kita bagi pula orang lain sedikit bahagia tu. Jangan tamak. Bila kita bahagia, ingat orang-orang yang bahagiakan kita tu dan cuba lah balas jasa mereka dengan membuat mereka bahagia juga. Simple kan...? Cuba lah.. at least kau tahu kau dah cuba.

Ok.




p/s  :  hari ni 22 Feb hari jadi KAMU yang ke-34 tahun. Happy Birthday Bekas Kekasih. Semoga kita dapat tua bersama dalam cinta yang berasing. 


Isteri Serang Suami Di Majlis Perkahwinan Suami Dengan Isteri Muda

Dah tengok video isteri serang suami kat majlis kahwin suaminya dengan isteri muda tu..? Kalau korang tak tengok lagi maknanya korang belum cukup hipster la.. hehehehhehee. Tengok je, ambil iktibar. Jangan sebarkan, aib orang tu.

Itu lah salah satu contoh nightmare paling dasyat bagi pasangan pengantin baru. Kau tengah elok senyum2 manja atas pelamin tu bersanding dengan suami/isteri tercinta depan saudara-mara dan sahabat handai tu, tiba2 ada orang lain datang mengaku tu suami/isteri dia.. perrggghhh...!! Ngeri kot...!!

Ni bukan prank ala Sam dengan Syatilla tu eh. Ini real punya, bukan gimik-gimik harijadi... :p

Kenapa boleh jadi sampai macam tu? Wallahualam. Kita manusia, iman dan sabar manusia tu senipis kulit bawang. Aku simpati pada isteri pertama tu. Tak boleh nak imagine perasaan tengok suami sendiri tengah bersanding dengan perempuan lain depan2 mata macam tu.

Kalau isteri muda tak tahu menahu dalam konflik ni, double simpati la pada dia. Lagi kesian kot...! Malu campur sedih sebab rasa ditipu, rasa takde maruah.. macam2 rasa pun ada time tu. Tapi kalau dia tahu dan tetap pilih untuk kahwin jg dengan suami orang tu, memang dia sengaja minta petaka lah...!

Kalaulah si suami tu jadi lelaki gentleman yang berfikiran matang, dia sepatutnya boleh uruskan hal ni supaya tak jadi kecoh. Memanglah dalam Islam tak wajib minta izin isteri sedia ada kalau si suami nak nikah lain tapi apa salahnya dia bincang elok2.. bagitahu baik2 dan selesaikan apa2 isu dengan isteri pertama tu dulu. Takde lah bila dah jadi macam ni, habis semua orang malu, bukan dia seorang je.

Susah? Memang lah susah. Siapa kata jadi suami tu senang? Siapa kata kahwin tu benda mudah? Banyak benda kena uruskan sebelum kahwin ni apatah lagi nak kahwin banyak2 kali. Kau jangan la fikir sedap nak kawin je, tanggunggjawab mesti tunaikan dulu. Jadi anak lelaki, mesti berani bertanggungjawab atas keputusan yang dah di ambil. Janganlah bila dah kantoi baru nak menyorok belakang ayah macam kau laki takde telor....!!

Walau macam mana haprak pun isteri kau tu, dia tetap tanggungjawab dan amanah kau. Tugas kau sebagai suami utk bentuk dan asuh dia jadi isteri yang baik. Tapi kalau rasa dah tak suka sangat, rasa dah tak boleh nak terima sangat.. ceraikan la cara elok-elok. Uruskan sampai selesai, sampai dapat surat cerai semua. Lepas tu kau nak kahwin kali kedua ke kali ketiga ke suka hati lah.

Entah lah, kadang-kadang aku jadi runsing melihat konflik demi konflik macam ni. Aku keliru lah apa yang ada dalam fikiran si suami tu dan keluarganya. Mereka fikir kaum perempuan ni lemah dah layak di pijak-pijak macam tu je ke? Di mana nilai maruah seorang isteri tu diletakkan...?

Semoga rumahtangga kita sama-sama dilindungi.. Aamiin..



Surat-Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan

Satu lagi naskhah yang dah lama aku cari sejak mula-mula baca pasal idea nak kumpulkan surat-surat cinta ni. Entah kenapa aku suka benar idea ni sebab aku sejenis yang suka membaca surat. Dulu-dulu rajin juga tulis surat (ya, tulis tangan eh.. tak main arr taip-taip komputer ni), tapi sejak ditinggalkan kekasih suatu masa lalu, aku dah MALAS tulis surat.. ecehh..!! :p

Jujur cakap, masa mula-mula Studio Anai-Anai war-warkan pasal idea ni, jari-jemari aku gatal juga la nak join. Siap dah 2 pucuk surat. Konon-konon hajat hati nak hantar ke Studio Anai-Anai, saje lah nak cuba nasib. Tapi nyata aku tak cukup berani..! sigh.. 

Sudahnya surat-surat yang dua pucuk tu tinggal dalam hardisk je.. *sila jangan sumpah aku jadi anai-anai* 

Studio Anai-Anai, koleksi surat yang sweet dan padu

Bila naskhah ni siap dan sedia untuk dijual, aku punya happy melompat-lompat nak pergi beli. Tapi puas juga cari kat MPH tapi tak nampak bayang. Aku kalau boleh tak nak beli online sebab aku suka nak pegang-pegang, belek-belek dan ambik bau dulu sebelum beli apa-apa jenis buku. Penyakit aku sejak kecil macam tu. Mohon maafkan. Tapi bila bulan ke bulan, aku masih tak jumpa naskhah ni kat MPH atau kedai-kedai buku, aku menyerah juga. Beli online je lah. Rupanya lagi senang, klik-klik je, 3 hari lepas tu naskhah ni dah ada dalam genggaman.. yes...!!

Aku habiskan bacaan dalam satu malam je, tak sampai 5 jam. Selesai..! dan aku senyum kepuasan, walaupun hanya 12 surat yang aku paling suka daripada 51 surat yang dimuatkan dalam naskhah ni. Jangan hentam aku..! 12 surat yang aku suka tu memang betul-betul suka dan aku baca ulang-ulang kali. Yang lain aku suka juga, tapi tak baca ulang-ulang kali. Boleh faham kan?

12 pucuk surat yang aku suka tu : Surat no.2, 4, 6, 15, 17, 18, 20, 22, 24, 25, 41, dan 46.

Memang kena tulis nombor surat sebab tak ada tajuk surat. Penulis surat pun ada yang tak tulis, yang tulis pun guna nama samaran, jadi tulis nombor surat je lah yang aku mampu. Dan yes..!! adrenalin aku membuak-buak nak kenal siapakah penulis-penulis hebat yang sempoi di sebalik surat-surat yang hebat ini. Nak berkenalan boleh..? please........!

Studio Anai-Anai, Kelab Chenta Jiwa Luka

Ohh ya, aku suka surat yang pendek-pendek dan jelas maksud dan tujuan surat itu ditulis. Ada surat yang terlalu panjang melebihi dua muka surat. Aku skip. Aku tak baca habis. Boring dan buat aku resah. Sorry, nanti esok-esok kalau aku rajin aku cuba habiskan baca.. ok..! Aku juga suka surat yang sweet-sweet dan tak terlalu mencuba mencari kelainan. Aku suka surat yang real la, yang betul-betul kau tulis untuk penerimanya baca. 

Keseluruhan, aku suka naskhah ni.
Terima kasih Studio Anai-Anai kerana bersusah-payah kumpulkan semua surat-surat ni dan bukukan. Saya suka. Nampaknya Studio Anai-Anai pun suka, kalau tak masakan mereka sudi nak sambung edisi Surat-Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan Lagi ni pula kan..! hahahahahaha... :)  

Okey sekalian orang kampung, cepat hantar hasil surat-surat kalian. Studio Anai-Anai nak bukukan. Kali ni mesti jadi berani.,!! Mesti cuba hantar juga surat-surat aku yang dua pucuk tu. Ehh..!! surat-surat tu dah beranak 5. Jadi total ada 7 pucuk surat aku pertaruhkan untuk Surat-Surat Cinta Tak Tersampaikan Lagi.

Kalau diterima sepucuk pun dah syukur alhamdulillah...! :)

Studio Anai-Anai, Surat-Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan Lagi

Maklumat lanjut tolong baca di : Facebook Studio Anai-Anai



p/s : Kepada sahabatku Cik Puan Iman, thanks sebab share pasal ni. Ain try ni sebab Nana tau..! Walaupun tak sepenuhnya confident pun, tapi takpe lah. Cuba je.. hehehehee. Kalau tak diterima pun tak apa-apa, bukan orang tahu.. ehh.. :p



Terlalu Nak Jadi Diri Sendiri


Memang ada orang macam ni, aku perhatikan je. Jenis terlalu nak jadi diri sendiri sampai tak tahu nak hormat orang lain. Kadang tu pelik juga aku memikirkannya, tapi bila dah selalu sangat jumpa orang macam ni dah jadi kebas pula. Penat aku nak fikir apa ada dalam fikiran orang yang terlalu nak jadi diri sendiri ni. Rasa hebat sangat agaknya...!


Tapi dia tak sedar agaknya, dek kerana sikap terlalu nak jadi diri sendiri tu lah orang meluat dan menjauh daripada dia. Bila orang tak nak kawan atau dekat dengan dia, mula la nak sentap pula. Salahkan orang tu, salahkan orang ni. Kata kita tak boleh terima diri dia yang sebenarlah, kata kita ni berfikiran kuno lah, kata kita ni macam lalang lah... sedangkan....?!!


Aku bagi contoh satu ni..

Zaman sekarang ni kan kalau saudara-mara buat kenduri kawin, mesti ada tema-tema warna kan? Jadi kita sebagai ahli keluarga si pengantin ni akan "diarahkan" pakai pakaian ikut warna tema yang dah ditetapkan. Contohnya, semua family kena pakai colour biru. Macam mana biru pun pakai je lah, asalkan nampak biru. Kalau tak nak pakai biru seketul pun, sikit-sikit biru pun okey. Asalkan kau tak pakai colour yang lari jauh sangat dari colour biru tu.

Ini tak, terlalu nak jadi diri sendiri punya pasal konon tak minat colour biru, tak ada baju colour biru dan tak nak sama dengan orang lain.. tiba-tiba kau datang majlis orang pakai baju colour oren. Boleh..! memang boleh, aku tak kata tak boleh. Tapi ahli keluarga si pengantin akan rasa tak best, si pengantin rasa tak best, sepupu2 pengantin rasa tak best. Rasa kau tu pelik..! 

Tak mustahil kalau keluarga si pengantin akan rasa kecik hati kat kau yang datang tak ikut colour tema tu. Satu hal lagi, bila dalam gambar family dengan pasangan pengantin, kau akan nampak sangat-sangat lain. Orang semua colour biru, kau colour oren. Boleh..! bukan tak boleh. Tak kisah pun kalau kau nampak lain, tapi....... rasa tak best lah..!

Apa salahnya kita ikut je warna tema yang dah ditetapkan. Bukan susah pun nak cari baju colour biru (contoh), kalau rasa tak nak membazir beli baju baru, pakai je baju sedia ada yang colour biru. Lain la kalau kau tu miskin papa kedana sangat, rasanya semua orang faham kalau kau datang dengan pakai baju colour lain. Itu hal lain la. Ini aku cerita bagi yang berkemampuan eh.

Kita hormat majlis orang, InsyaAllah akan datang orang akan hormat majlis kita pula. Ini namanya respect bro...! Bukan nak susahkan korang, tapi ada sebab orang tetapkan macam tu. So, selagi tak melanggar hukum agama atau adat bangsa, apa salahnya kita ikut. Besar hati tuan rumah kalau kita datang ikut tema yang ditetapkan.. betul tak? Letak diri kita sebagai tuan rumah tu.. happy kan..?

Contoh lain, macam perempuan2 Islam yang free hair ni. Datang majlis berbentuk keagamaan macam datang tengok kawan nikah dalam masjid, datang majlis aqiqah anak sedara.. tolonglah datang dengan berpakaian sopan (tak ketat, tak jarang, tak terbelah sana-sini) dan bertudung. Walaupun nampak macam hipokrit tapi itu namanya hormat majlis orang. Tinggi nilai manusia yang tahu hormat majlis orang ni.

Contoh lain lagi, pergi majlis orang-orang kaya atau majlis-majlis rasmi (mana tahu kalau dijemput), datanglah dengan hati terbuka dan ikutlah protokol majlis. Jangan sebab terlalu nak jadi diri sendiri, kita jadi lepas laku dan nampak biadap. Hipokrit la skit, kalau nak ketawa tu ketawa la sopan-sopan walau hakikatnya kau jenis ketawa berdekah bergegar petala bumi, kalau nak makan tu berpada-padalah ambil juadah walau perut dah kosong 3 hari. Itu namanya hormat majlis orang.

Contoh lain banyak lagi. Boleh fikir dan tengok lah diri sendiri.

Aku pun suka nak jadi diri sendiri sebab aku rasa itu "pakaian" yang paling aku selesa nak pakai. Kadang-kadang rasa plastik juga bila terpaksa hipokrit sebab nak jaga air muka dan hormat majlis orang punya pasal, tapi tak apa lah. Aku tahan je. Bukan selalu pun kena hipokrit macam tu. As long as mereka happy dengan kehadiran kita, kira alhamdulillah berjaya la kita sebagai tetamu mereka.

Ingat ya, tetamu tu bawa rezeki kepada tuan rumah. Tapi kalau tetamu yang tak disenangi tuan rumah, lu pikir la sendiri.....!


:)





Testimoni Produk Penipu...!

Aku sedikit terganggu melihat lambakan testomoni mana-mana produk yang berkeliaran di ruang wall facebook aku. Daripada produk yang terpaling popular sampai produk yang entah apa-apa, yang aku tak pernah dengar pun namanya. Sudahlah produk-produk ni lebih kurang sama sahaja, nama dan tagline pun seakan-akan juga. Jadi mungkin kerana nak sangat mencari kelainan dan separuh mati sangat nak kan perhatian orang, maka mereka pilih pendekatan yang murah (baca : cheap..!!)

Buat testimoni betul-betul la..
Jangan la tipu..!

Kes 1
Produk putihkan kulit. Gambar sebelum, ambik selfie kat dalam rumah yang tak cukup cahaya. Gambar selepas, pandai pula ambik selfie dalam kereta dengan cahaya matahari terang benderang. Lepas tu tulis caption : baru 3 hari dah nampak kesan tau.. tengok lah, putihkan kulit I..? macam artis Korea kan.. suker angat....!

Kes 2
Produk bersihkan jerawat. Gambar sebelum, ambik selfie kemain close-up lagi. Nampak semua parut jerawat dan tompok-tompok hitam. Gambar selepas, ambik selfie lepas pakai foundation/BB Cream yang terang terangan ko tepek kat muka tu. So..?

Kes 3
Produk langsingkan badan. Gambar sebelum, ambik selfie sorang-sorang dengan muka masam macam ada masalah dunia atas kepala dia. Gambar sebelum, ambik selfie ramai-ramai dengan kawan yang lebih gemuk daripada dia. Sambil senyum kemain lebar sampai ke telinga. Lepas tu tulis caption : Seminggu turun 10kg.. Memang berkesan..! 

Ada lagi teruk, gambar sebelum ambik gambar close up, memang nampak peha besar, perut berlipat, lengan sado.. tetiba gambar selepas, gambar kemain jauh, sambil nampak sangat ko tahan nafas nak bagi nampak perut leper. Ada tu gambar selepas, dia duduk pula sambil pangku beg atas riba. Macam mana nak nampak peha besar dulu...?

Kes 4
Produk meningkatkan prestasi khusus (baca: sexs) untuk suami isteri. Ayat tu kalau dibaca memang boleh bikin merah muka. Bukan main dia tabur segala jenis perkataan yang nak menunjukkan tuuttt dia besar, pejal, mantap dan bla bla bla.. Kalau tak letak muka takpe, ni siap letak muka si pengguna dengan baju sendat (tapi pakai tudung). Aku tak faham lah..! Nak jual produk ke jual betina..?

Banyak lagi contoh yang memualkan tekak aku tapi buat masa sekarang aku tak nak recall semua. Serius nak muntah. Aku tak suka dan aku tak akan tertarik nak beli produk-produk yang menjatuhkan airmuka dan maruah kaum wanita ni. Aku malu.

Aku pun ada jual produk juga. Aku pun ada tak setuju dengan sesetengah testimoni produk yang aku jual tu. Aku rasa nak private message je dengan owner produk tu and bagitahu dia suruh tarik balik testimoni menipu macam tu. Kalau aku, malu nak share testimoni yang macam kes 1 dan kes 2 tadi. Nampak sangat menipu. Sebagai peniaga, kita jangan ingat potensi customer kita tu bodoh piang. Mereka pun boleh fikir ikut logik. Tengok gambar sebelum dengan selepas pun kita boleh tahu kan betul ke bohong... haiihhh...!! :(

Tapi upline aku kata, itu semua strategik pemasaran. Nak tunjuk produk tu kebaboom bagus..!! Dan percaya atau tidak, ramai yang percaya iklan-iklan macam tu. Buktinya jualan makin meningkat sejak testimoni-testimoni menipu macam tu tersebar luas. 

Its all about money...!! menipu pun jadi halal kalau sebab duit punya pasal.. :(

Tepuk dahi...!! aduhhhhh.. aku terdiam tak tahu nak kata apa lagi.