Biarlah Hanya Allah Yang Tahu

Ada dua benda dalam dunia ni yang bisa buat aku mengalirkan airmata selain CINTA. Dua benda tu adalah PERSAHABATAN dan KASIH SAYANG. Aku tak tahu nak jelaskan bagaimana dan seperti apa tapi biar aku pesan siap-siap.. Jika suatu hari nanti kau perlu membunuh aku, bunuhlah aku dengan 3 perkara ini. Aku tidak akan pernah menjadi kebal dengan 3 perkara ini. Aku boleh mati dengan sendiri.

Dan hari ini, aku mengalirkan airmata lagi untuk Persahabatan dan Kasih Sayang yang entah daripada mana Allah turunkan. Setahun cukup panjang untuk aku. Setahun yang mengajar aku banyak hal. Setahun yang telah mengikat aku dengan erti persahabatan, sokong menyokong, saling berkongsi, saling mentertawakan, saling membahagiakan dan saling bergantungan. Suatu rasa saling yang tak pernah aku sangkakan begitu hebat sekali kesannya.

Kalian, terima kasih untuk satu tahun yang penuh kasih sayang....!

Aku mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk aku tuliskan perasaan aku yang sebenar. Supaya mereka faham, aku juga sedang bersedih dan aku juga berasa berat untuk pergi. Tetapi aku tak ingin menuliskan perkataan-perkataan pilu kerana aku tidak mahu mereka merasa duka atau terganggu. Selebihnya, aku sendiri tidak mahu menitiskan airmata di depan mereka. Aku mahu menjadi kuat kerana keputusan yang aku buat.

Bukankah setiap keputusan hidup itu adalah pintu baru..
Pintu baru untuk aku dan untuk mereka.......

Sayangnya, air yang tenang itu semakin keruh. Aku cuba sekuatnya untuk tidak mahu melukakan, tapi ternyata aku tidak sengaja telah melukakan juga akhirnya. Kini aku dihambat satu perasaan bersalah yang aku tak tahu nak gambarkan bagaimana. Sangat-sangat rasa bersalah. Entahlah..! Mungkin hanya diam yang dapat menjawab persoalan mereka; dan..

Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu..

Aku di sini bercucuran airmata..
Aku di sini bercucuran airmata..
Aku di sini bercucuran airmata..





Share:

Orang Kuat Dan Orang Bijak


Aku sejenis yang agak rajin juga nak ber'blog-walking' ni sebab aku suka nak baca cerita orang lain terutama cerita orang yang aku tak kenal. Banyak dapat belajar dari kisah orang lain tau. Cuma terpulang kepada kita sendiri la nak tafsirkan cerita mereka tu macam mana. Kalau kita ambil yang positif dan buka minda dengan bersikap adil kepada si pencerita, InsyaAllah kita akan dapat moment-moment manis dan pelajaran berharga daripada kisah dia.

Aku tengok sekarang ni ramai betul orang suka merungut. Kat mana-mana pun akan jumpa orang yang kuat merungut ni. Kat blog, kat fb, kat group whatsapp. Complaint complaint dan complaint. Banyak sangat sampai aku tak boleh tahan daripada terfikir apa sadis sangat ke hidup kau ni haa...? Hari-hari menyumpah seranah dalam media sosial, salah kan orang tu salah kan orang ni, tak puas hati itu tak puas hati ini, kejap sedih, kejap kecewa, kejap tak nak kawan, kejap tak nak layan.. Ehh..! tak ada sesaat pun ke kau rasa happy.. bersyukur.. bertuah.. tak kan tak ada sekali pun..?

Kat facebook tu pun satu hal. Dah macam tong sampah dah wall tu. Semua cerita masalah kat situ sampai aku jadi lemas membacanya..! Daripada rasa nak caring-caring terus hanyut rasa simpati dan sifat ambil berat dalam diri aku ni. Lastly, pergi jahanam lah semuaaaaa...

Ye lah, semua orang pun ada masalah. Jangan fokus sangat kat masalah lah. Orang boring, kau pun akan penat nanti. Selang-seli dengan cerita happy, cerita berjaya, cerita bersyukur.. kan sedap sikit tu. At least ada lah nampak kau tu macam hambaNya yang tahu bersyukur sikit walaupun hakikatnya wallahualam...

Bukan apa tau, kita kalau suka sangat menyumpah seranah maki hamun hari-hari ni, tak baik untuk perkembangan dan kesihatan diri kita sendiri tau. Lama-lama nanti susut lah semua level motivasi dalam diri kau tu. Susah nak top-up..! Tu yang selamanya kau jadi manusia negatif semata. Dah kau sendiri yang jemput all the negative things about yourself kan..? Lepas tu nak merungut susah dapat kerja lah, tak bahagia dengan suami lah, susah dapat jodoh lah, belajar susah lah, business tak berkembanglah.... errmmmmm...!

Aku tahu la blog kau tu suka hati kau nak taip apa.
Aku pun tak peduli sangat lah. Saje nak kongsi nasihat je.

Sebab aku dulu pun macam tu..............
Asyik cerita kecewa patah hati merana putus cinta, macam mana cinta baru nak masuk..? ehhh.. tetiba teringat pula moment masa mula-mula jumpa cinta baru.. sedar-sedar dah nak masuk 7 tahun oii.. kehh kehh kehhh.. :p

Kita sama-sama lah cuba sebarkan kebaikan dan positivity kepada khalayak umum ya. Masyarakat zaman sekarang ni dah ketandusan sangat kasih sayang. Lepas satu isu, isu lain timbul. Semua pasal isu moral dan kaitan dengan kesihatan mental. Dah tak sihat dah masyarakat kita ni. Risau aku. Belum tiba 2020 lagi dah macam-macam pancaroba kita kena hadapi, nanti zaman anak cucu kita entah macam mana pula lagi.

Semoga kita semua dilindungi dari sikap suka caci mencaci.. 
Dan jadikanlah kita semua dan keturunan kita ini hambaNya yang selalu bersyukur dan tersenyum dalam menghadapi ujian....

:)



Share:

Sumpahan Pagi Isnin

Sebenarnya bila kau suka pada sesuatu tu, susah macam mana pun kau tak akan rasa susah dan kau jarang nak merungut tentang satu apapun mengenainya. Sebab kau memang serius suka benda tu. Sebaliknya bila kau dah tak suka sesuatu tu, silap sikit pun kau akan nampak besar dan selalu nak besar-besarkan. Semua benda tak kena, semua benda kau nak rungutkan, semua benda nak kau kaitkan dan salahkan. Paling teruk, mood kau boleh jadi jahanam sepanjang hari tu hanya sebab satu dua benda kecil yang pada mata kau sangat BESAR dan menyakitkan hati.. daammm..!!

Contohnya pagi Isnin la kan..

Padahal kau dah prepare cantiiiiikkk sehari lebih awal. Baju tudung kain dalam semua kau dah siapkan. Demi nak menghadapi pagi Isnin yang paling smooth dalam hidup kau. Tapi at the end, celik-celik mata je dah spoiled..!! Kejadah apa entah, aku dengan pagi Isnin selalu bermusuh. Pagi Isnin tu suka busuk hati dengan ketenangan dan tahap professional aku. Perangai macam budak-budak..! Cuba jadi macam pagi Jumaat tu, selalu buat aku senyum apa......

***

Dengar cerita jenama tudung F tu buat hal lagi..! hahahahahaa.. aku mampu gelak je lah. Tak tahu nak kata apa lagi sebab duluuuuuuuuuu aku dah cakap pasal ni. Cuma tak sangka jadi macam yang terbaru ni lah. Siapa yang tak belajar daripada kesilapan ni sebenarnya? Korang memang kaki wayang kan.. suka kan orang tengok 'persembahan' world class korang yang menghiburkan tu.. korang suka kan kena maki, kena kutuk, kena syarah agama.. suka kan diMALUkan.. suka..!!

Aku harap kali ni, ada yang betul-betul insaf la eh. Dan aku harap tak payah la turun semua ustaz ustazah mahupun selebriti sorang-sorang semata-mata untuk tazkirah kan korang. Perlu ke? Tak malu eh? Semua orang kasihan kau.. Tak nak kau tambah dosa.. Faham? Ambil la serius sikit bile orang tegur ni, untuk kebaikan kau ni bohh.. 

***

Aku cucuk duit RM300 sebelum masuk Guardian. Konon-konon nak beli make-up sikit. Alah yang basic je macam mascara, eye liner dan lipstik baru. Tapi belek punya belek, satu biji pun aku tak beli. Tiba-tiba rasa macam dah tua sangat nak make-up segala bagai. Pakai compact powder dengan lip balm je pun cukup lah kot. Nantilah bila jerawat-jerawat ni dah betul baik nanti baru aku fikir balik pasal make up ekk.. *salahkan jerawat*

Keluar dari Guardian, aku masuk MPH..! Tak plan nak beli apa-apa pun, tapi lepas setengah jam aku berjaya habiskan RM150 kat kaunter casher. Ya, buku-buku selalu buat aku rasa muda. Dasaaarrrr..! hikksss.. :)  Aku kadang-kadang rasa fobia nak masuk MPH sebab setiap kali masuk MPH kalau tak habis seratus dua duit saku, macam berdosa sangat rasa. 

Dulu aku selalu juga snap gambar buku-buku yang aku beli. Dengan tujuan nak show-off lah, kononnya aku budak baik-rajin baca buku-suka beli buku. Tapi lepas aku baca satu statement ni, aku rasa mata aku berair, tekak berpasir. Hawau betul lah...!

"..Siapa yang suka up gambar buku baru beli tu sebenarnya bukan baca pun buku tu.. nak menunjuk je lebih..! Berlagak secara bersopan.. phuuiiiii...!!.." 
Pedih duh..!
Sekarang aku dah taubat.. tak nak up gambar buku-buku yang aku baru beli. Nanti bila aku dah habis baca dan bersedia nak review pasal buku tu baru aku share gambar ok. Masalahnya aku sekarang rasa tak sabar-sabar nak share juga buku-buku yang aku beli.. hahahahahaha...!! lahanat betul penyakit hati ni.. :p

***

Minggu lepas aku menonton Bajirao Mastani seorang diri. 
Aduuuhh..! Tak boleh move on lagi sampai hari ni. Asyik teringat je. Ni lah yang malas nak tengok cerita 'besar-besar' macam ni. Aku mudah larut lah. Mata Mastani tu buat aku tak boleh tidur malam. Cinta sejati tu mesti kena mati eh? mesti ke..?




.
Share: