Ayuh Jaga Hati Kita

Kita tak suka orang judge kita kan? Terutama kalau apa yang dia fikir tentang kita tu BUKAN kita. Mesti kita rasa tak selesa bila orang anggap kita negatif walaupun sebenarnya kita selalu je positif. Bila masa kita tengah positif, buat benda-benda yang positif dan cakap hal-hal positif tak ada orang nak notice tapi bila sekali kita buat benda salah atau tersalah cakap yang sound macam sedikit negatif, ramai pula yang notice dan terus cop kat dahi kita yang kita ni ALWAYS negative thinking. ehh..! tak adilnya...!

Satu : Susah sebenarnya nak ajar hati untuk bersangka baik dengan semua orang... betul tak? Cakap kat mulut senang la.. nasihatkan orang pun senang.. Tapi bila tiba pada diri sendiri, betul ke kita walk the talk? Aku bukan maksum, kadang-kadang tu 'terlepas' juga sikap nak tunjuk baik dan nampak baik. Bukan nak menunjuk sangat tapi ye lah, siapa tak nak jadi baik depan semua orang. Tak kan nak jadi jahat and annoying person pula. 

Bukan lah semata nak jadi hipokrit, tapi bagi aku tu namanya BEHAVE. Depan orang kita tak boleh jadi diri sendiri sangat, mesti simpan sedikit perangai sebenar kita terutama perangai yang kurang best tu. Jadi baik lah supaya orang sekeliling kita rasa selesa dengan kita, tapi dalam masa yang sama jadi diri sendiri. Jujur. Jangan talam dua muka.. ok..!

Kedua : Setiap kali kau cakap "aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku.. yang penting aku tahu apa aku buat dan Allah tahu siapa aku" sebanyak itu juga lah sebenarnya kau SANGAT RISAU tentang apa orang fikir pasal kau..! Jangan bohong la.. sebab kalau kau betul-betul tak kisah dengan apa orang cakap pasal kau, maka kau tak akan up ayat macam tu.

Kita semua ketagih perhatian. Maksud aku perhatian daripada manusia. Yang ada kekasih, mengharap perhatian kekasih. Yang ada suami/isteri, mengharap perhatian suami/isteri. Yang tengah belajar, mengharap perhatian pengajar dengan harapan dapat jadi best student. Yang bekerja, mengharap perhatian bosses dengan harapan dapat naik pangkat cepat atau dapat anugerah pekerja contoh. Kita semua gila perhatian. Bezanya cuma ada antara kita TERLALU KETAGIH PERHATIAN sampai sanggup buat hal yang memualkan...!

Jom sama-sama mulai hari ni, kita ajar hati kita buat semua benda kerana Allah. Semata-mata kerana Allah. Yang penting apa yang Allah lihat tentang kita bukan apa yang manusia lihat. Allah knows everything. Kalau manusia tak nampak tak apa, lambat-laun akan nampak juga. Lagipun, kalau kita ni betul ikhlas dan hati betul cerah-jernih-bersih ia akan terpancar melalui air muka kita, tingkah laku kita dan tutur kata kita... right...?

Ayuh.. jaga hati...!



Nasi Lemak Seringgit

Pagi kelmarin Pokchik belikan nasi lemak untuk breakfast. Aku sebenarnya kurang minat makan nasi lemak sebab satu : dah jemu, yang kedua : sebab susah nak jumpa nasi lemak yang sedap dan betul-betul rasa lemak nasinya. Sambal nasi lemak tu paling kritikal sekali. Susah la nak dapat sambal nasi lemak yang sedap. Hanya sambal nasi lemak yang sedap akan betul-betul berjaya memikat hati aku. Kalau sambal failed, keseluruhan nasi lemak akan failed dan aku tak akan ulang beli di tempat yang sama melainkan satu dunia ni dah kehabisan sumber makanan (baca : melainkan betul-betul terpaksa)

Antara nasi lemak yang paling sedap aku pernah makan ialah nasi lemak yang arwah mak mertua aku sendiri masak. Nasi lemaknya lembut dan rasa lemak santan tu. Makan pula dengan sambal tumis bilis atau kadang-kadang arwah masakkan rendang kerang... perrrgghh...!! bertambah woii.. :)

Al-Fatihah untuk arwah mak mertua aku. Rindu dia.

Berbalik kepada nasi lemak yang aku buat breakfast pagi kelmarin, bungkusannya comel sangat. Jadi bila Pokchik kata harganya seringgit je, aku tak pelik sangat lah. Di kawasan tempat tinggal kami tu, harga makanan setara harga makanan kat KL.. tak mahal tak sah..!

Aku buka je bungkusan nasi lemak tu, aku kuis-ukis la kandungannya. Nasi sejemput, telur rebus sehiris.. ya, sehiris sebab aku tak tahu nak bagi penjodoh bilangan apa.. Nipis sangat telur rebusnya sampai tang telur kuning tu hampair lenyap tidak kelihatan. Ikan bilis 3 helai. Kacang tanah goreng sebutir dan sambal tumis sesudu teh. Aku gamam. Serius eh makcik, gini punya nasi lemak pun jual seringgit...? 

diam 5 saat.. diam lagi 3 saat.. sambung pula diam 2 saat

Perlahan-lahan aku sudukan nasi lemak ke mulut, mata berkaca. Hati bagai dihempas ke batu..!
*ehh.. drama nya kau Ain.. panggg nak..??* 

gambar sekadar hiasan. copy dari google image

Sekurang-kurang aku harus bersyukur, ada nasi lemak sebagai juadah bersarapan. Malah aku harus bersyukur sekurang-kurangnya nasi lemak singgit tu cukup sifat -- ada telur walaupun sehiris, ada kacang walaupun sebutir, ada sambal walaupun sesudu teh.. Syukur lah kan..! Nasi lemak seringgit tu akau habiskan dalam 3 kali suapan. Bayangkan betapa bersyukurnya aku.. *muka pasrah*

Aku boleh terima nasi lemak seringgit di kota metropolitan ni, aku juga boleh faham kenapa dengan seringgit aku hanya mampu dapat cenggitu punya nasi lemak. Dan aku baru sedar kenapa Pokchik kalau makan nasi lemak kat kedai makcik tu tak pernah cukup dua bungkus. Dia selalu beli 3 bungkus untuk dia seorang makan...! 

Aku membayangkan orang yang lebih kurang berkemampuan daripada aku. Kalau macam tu punya nasi lemak pun dah seringgit harganya, apatah lagi menu yang lain. Kalau tiga kali suap dah habis, boleh ke kenyang sampai tengahri. Ya Allah, bayangkan lah.. sedih kan.. :(

Apapun, di pagi yang mulia ni marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta lagi Maha Pemberi Rezeki.. semoga rezeki yang kita perolehi hari ini rezeki yang berkat dan berlimpah-ruah.. Aamiin.. 


Life must go on..!






Bajirao Mastani | Cinta Sejati Harus Berakhir Dengan Mati

Lama tertangguh nak menulis tentang filem epik ni. Buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor Sanjay Lela Bansali yang terbukti tidak menghampakan. Dia punya pembinaan set, lagu-lagu dan kejituan lakonan para pelakon kelas pertama Bollywood begitu memuaskan takat penilaian aku sehingga rasa tak puas. Paling aku suka tengok adalah rekaan costume para pelakonnya -- perfect..! Pun begitu kalau perlu memilih antara semua filem Sanjay Lela Bansali yang mana paling mantap, aku tetap akan memilih filem Devdas (sebab ada Shah Rukh Khan) kerana sehebat manapun Bajirao Mastani ni tetap dibayangi oleh filem Devdas malah ada beberapa perkara yang tampak 'sangat meniru' Devdas. Itu yang aku kecewa sedikit.

Kenapa aku teruja nak menonton Bajirao Mastani? Sudah tentu kerana ada Deepika Padukone di situ. Ironinya, watak lakonan Deepika Padukone dalam filem ni iaitu Mastani akhirnya mati di hujung cerita. Begitu juga watak Dev lakonan Shah Rukh Khan di dalam filem Devdas yang juga mati di hujung cerita. Aku benci betul la bila hero atau heroin aku suka mati kat hujung cerita. Benci sebab aku akan nangis macam nak pengsan sampai bengkak-bengkak mata tanpa dapat di cover... cissss...!!


Baca sinopsis Bajirao Mastani DI SINI

Kenapa Cinta Sejati Harus Berakhir Dengan Mati ?

Filem ini sebenarnya berkisar tentang cinta tiga segi antara seorang suami dengan kedua-dua orang isterinya. Isteri pertama seorang Hindu dan isteri kedua seorang Muslim. Yang satu dikahwini kerana wanita itu sahabatnya sejak kecil, manakala seorang lagi dinikahi kerana sudah terhutang budi. Yang isteri pertama tu diraikan, diangkat dan diiktiraf manakala yang isteri kedua dinikahi tanpa akad yang jelas, hubungan terpaksa di sorok-sorok dan kewujudannya tidak pernah dikompang-palukan. Yang seorang itu mengajarnya erti cinta dan setia manakala yang seorang lagi mengajarnya erti cinta dan pengorbanan.

Jadi bagitahu aku, macam mana Bajirao bisa memilih wanita mana yang lebih dicintai?
Sedangkan kedua-duanya sanggup mati untuk dirinya. 
Kedua-duanya berhasil memberikan putera sebagai warisnya yang sah.
Kedua-duanya tidak pernah bermusuh kerana berebutkan suami tetapi bermusuh kerana ingin berlumba memberi cinta dengan banyaknya.

Tapi sudah resam cinta 3 segi, salah seorangnya perlu 'pergi'.
Di dalam kes ini Mastani yang harus pergi dan mati. Kerana kewujudannya tidak pernah tertulis sejak asal lagi. Mastani yang perlu mengorbankan diri demi membuktikan dia betul-betul mencintai suami sendiri dan ya, Mastani kena mati supaya Bajirao dapat terus hidup..!

Malangnya... Mastani tidak mati sendiri. 
Satu nyawa tidak cukup untuk berjuang menegakkan cinta sejati.. kan..?!!


Kita sedia maklum agama lain tidak pernah menerima konsep poligami. Berkongsi suami.. what..? never..!! kata mereka. Apatah lagi golongan di raja, golongan bangsawan mahupun keluarga terhormat mereka. Duit boleh membeli segala-galanya termasuk perempuan. Mereka boleh bersabar jika suami mereka ternyata ada perempuan simpanan, tetapi isteri kedua... no..!! big no..!! Kerana nama, darjat, maruah dan keturunan mereka anggap poligami itu sesuatu yang hina lantas mereka menghinakan.

Mastani pula digambarkan sebagai seorang Muslim yang menerima konsep poligami dengan baik sekali. Tapi tidak pula nampak Muslim dari segi yang lain.. oppsss..!! :(  Cuma ada satu scene Mastani berdoa selepas solat, itu sahaja. Sebagai Muslim, aku sedikit kecewa lah cara pengarah dan penulis menggarap ciri-ciri Muslim tu. Tak nampak 'dakwah' di situ sebab aku percaya kalau Bajirao Mastani sebuah filem Islamik atau ditulis oleh seorang Muslim sebenar, banyak ruang untuk menerangkan keindahan Islam boleh disumbatkan dalam filem sehebat ini.

but well, what do you expect kan..? Ini bukan filem Islam..

and at the first place, dalam Islam yang sebenar tidak ada istilah bernikah dengan bukan Islam. Tak ada kahwin campur. Kedua-dua bakal suami dan isteri perlu memeluk Islam dan berakad dengan Islam dahulu barulah boleh bernikah. Jadi kalau merujuk kepada cerita Bajirao Mastani ni, Mastani bukan isteri Bajirao dan anak yang Mastani lahirkan itu adalah anak luar nikah, tidak boleh menjadi waris Bajirao pun. 

Khabarnya kisah Bajirao Mastani ni memang kisah epik mereka, kisah benar (tapi mungkin ada garapan yang ditambah dan dibuang bagi mencantikkan cerita). Jadi kalau betul Mastani, Bajirao dan Kashibai itu wujud, aku ingin tahu bagaimana agaknya kehidupan keturunan mereka sekarang..? Anak lelaki Mastani masih Islam kah atau sebaliknya..? Dan apakah waris Kashibai akhirnya mengiktiraf adik-beradik tiri mereka daripada keturunan Mastani..? Nak tahu sangat..... ermmm...


Kesimpulan

Seperti yang aku tuliskan di awal tadi, aku menonton filem ini kerana Deepika Padukone dan aku lebih dari puas hati menonton hasil lakonan dan penghayatan dia dalam filem ni. Kalau la filem ini tidak dicalonkan bersama-sama Piku, aku tetap merasakan Best Astor (Female) akan jadi milik Deepika Padukone juga untuk hasil lakonan mantapnya dalam Bajirao Mastani. 

Aku paling suka mata dia. Dalam filem ni, memang dia banyak main dengan mata dan memek muka yang deep dan ala-ala pasrah menyerah tu. Aku suka. Dia patut bangga la sebab terpilih lakonkan watak Mastani ni. Epik kot..!

Lakonan Ranveer Sigh dan Priyanka Chopra pun mantap juga.. tapi sebab aku bukan peminat kedua-duanya jadi aku kurang memerhatikan mereka lah. Pun begitu tahniah untuk Ranveer menang Best Actor (Male) dan Priyanka Best Supporting Actor (Female) dari filem ni. Mantap..!

Untuk Sanjay Lela Bansali tahniah juga sebab menang Best Director, Best Film dan banyak lagi award menerusi filem ni. Walaupun ada beberapa scene yang CGI kurang kemas, nampak kartun dan set yang nampak sangat pentas, tapi overall aku suka Sanjay buat filem macam ni. Kurang aksi-aksi bercium berpeluk macam filem Ram-Leela dulu. Aku harap lebih banyak filem daripada Sanjay yang macam ni. Lagend ni woiii...! :)

Cinta tak semestinya bersatu.. Cinta tak semestinya memiliki..!
Bunyinya klise.. tapi begitulah hakikatnya dik.... mohon redha..! hahahahahaa.. :)

kecuali kalau kau betul-betul faham Islam dan konsep poligami dalam Islam. Akak ulang ye, BETUL-BETUL FAHAM dan hadam poligami tu macam mana, then boleh la cuba-cuba berkongsi cinta.. berkongsi suami.. berkongsi perhatian.. berkongsi nyawa.. berkongsi segala-galanya..!

akak okey je bab poligami..
nak jadi Mastani akak..? sila whatsapp biodata dengan selfie sekeping..

pfftttt...!! :p




Pemandu Malaysia Pembunuh, Pembuli dan Pem'pondan' Kronik

Semalam kecoh di Facebook kes kemalangan di lebuhraya dan pemandu-pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dianggap sebagai pembunuh tu. Mungkin itu satu dari berpuluh kes yang sama berlaku setiap hari di negara ni. Ya, bukan kes pertama..! Malah sudah jelak dan muak sebenarnya membaca dan menonton kes-kes yang sama setiap kali. Walaupun sebagai pembaca sahaja, aku tersinggung dan sedih sangat-sangat. Membayangkan perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa yang terlibat kemalangan tu, mesti berganda rasa sedih dan kecewa. Bagaimana harga nyawa seorang manusia nak dibalas semula hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri pemandu-pemandu itu.

Nyawa tau..! boleh ke diganti-ditukar-dibayar..??

Memang patut pun viralkan kes tu, biar lebih ramai baca dan ambil pelajaran daripadanya. Memang majoriti daripada kita yang memandu ni mesti pernah sekali dua cilok tang lorong kecemasan juga kan..? Jangan nak bohong la. Tapi beragak-agak la nak ikut lorong kecemasan tu, orang kata tengok-tengok lah sekeliling jangan nak fikir lepas Ferarri kau je..! Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang sedang menanti kat depan sana, mungkin yang sedang bertarung dengan hidup dan mati itu sedang menagih perhatian dan keprihatinan anda. Tergamak ke nak keraskan hati ikut juga lorong kecemasan lepas ni?

Dan bayangkan kalau mangsa tu adalah ahli keluarga kita sendiri..! Orang lain buat macam tu pada ahli keluarga kita, rasa nak maki tak..? rasa nak mencarut tak..? so, beringat ok..!

Aku harap pihak polis trafik dapat buat lebih banyak penguatkuasaan bagi menyaman pemandu-pemandu yang pentingkan diri sendiri ni. Sebab hanya dengan penguatkuasaan yang tegas dapat mengajar pemandu-pemandu ni. Buat roadblock banyak-banyak dan buat selalu..! Saman je diaorang ni, jangan nak simpati sangat. Diaorang banyak duit boleh bayar...!! :p

***

Pagi tadi, aku keluar ke pejabat sedikit awal dari kebiasaan. Langit masih gelap masa aku keluar dari rumah tu, walaupun dalam hati aku terdetik "sampai bila la aku nak kerja pergi gelap balik gelap macam ni...?" tapi jauh dalam sanubari, aku bersyukur sebab masih ada kerja, dan kerja yang tak merumitkan.. kalau dibandingkan dengan mereka yang masih tak ada kerja tu, aku tak layak nak merungut apa-apa pun. Lagipun hari ni hari gaji... ehhh..! tetiba.. kekekekee.. 

Aku memandu tenang sambil layan radio IKIM FM. Masa DJ putar petikan bacaan ayat Al-Quran tu, hati aku tiba-tiba sebak. Tak lama lagi Ramadhan tiba, kurang lebih dua minggu lagi.. InsyaAllah. Syahdunya..! sebab setiap kali tiba Ramadhan mesti aku teringat AYAH. Dua tahun lepas, lagi dua minggu sebelum Ramadhan lah AYAH pergi tinggalkan kami buat selamanya.. Al-Fatihah untuk AYAH. Sungguh..! aku rindu AYAH.

Sambil memandu, sambil menikmati udara pagi.. saje aku off kan aircond.. pagi ni kan sejuk, hujan renyai-renyai.. sampai la kat satu traffic light ni. Setiap pagi pun kat trafik light ni akan jem sikit sebab traffic light kurang efisen kot, tambah pula tu laluan utama yang memang banyak kereta lalu situ. Depan kereta aku ada Myvi colour silver, aku tak tahu kenapa dia memandu ala melodrama, semput macam siput sedut sangat. Mengantuk agaknya. Tapi disebabkan mood aku baik pagi tadi, aku follow je lah belakang Myvi yang siput ni..

Tiba-tiba datang satu Avanza colour gold potong barisan, aku dan lain-lain kereta beratur dekat 300 meter panjang, sedap dia je nak potong line..!! tak signal pula tu. Lepas Avanza gold tu datang pula Toyota Wish colour silver, pun potong line juga.. lepas tu Myvi colour putih follow belakang dia potong line. Bayangkan..!! 3 biji sekali cilok betul-betul depan Myvi silver depan aku ni.

Bila tiba kat simpang tu, aku tengok Myvi silver ni masih dengan sikap siputnya, aku berjaya cilok ke kanan dan potong ke depan Myvi silver ni. Sambil-sambil tu aku jengah la apa yang menyiputkan Myvi ni, aku just curious lah kan.. pagi-pagi macam ni biasanya semua macam lipas kudung nak cepat, dia pula menyiput. Rupa-rupanya seperti yang dijangka la -- MAIN HENPON...!!

Aku cuma mampu geleng kepala je (mood aku baik pagi tadi - diulangi..!)

Pada pandangan korang, siapa PEMBULI jalan raya dalam situasi ni? Avanza Gold ke.. Wish Silver ke.. Myvi Putih ke.. atau Myvi Silver yang menyiput tadi...?

Belakang dia ada lebih kurang 20 biji kereta beratur dengan penuh tertib dan adab termasuk aku..! Tetiba dia boleh dengan bahagianya main henpon menyebabkan 3 biji kereta berjaya cilok depan dia. Itu kira khidmat masyarakat di jalan raya ke? grgrgrgrr...!! Suci ke pagi-pagi buta orang semua rushing nak pergi kerja, kau pula main henpon sambil memandu dan menafikan hak 20 biji kereta lain kat belakang kau..? Kalau kau masuk pejabat pukul 8:30 pagi dan office kau sekangkang kera je boleh la.. tapi belakang kau ni ramai lagi yang berkejar tak cukup jalan tar nak sampai office on time.. faham..?!!

Aku tak kata 3 biji kereta yang cilok depan Myvi siput tadi tu tak salah. Salah tetap salah..! Tapi masing-masing ada cara dan kecekapan masing-masing nak cepat sampai ke office. Tapi yang kau main henpon macam boleh mati kalau tak main henpon seminit tu macam mana kira pula..??! Aku pun kadang-kadang main henpon juga bro.. tapi agak-agak la.. tengok la keadaan masa tu dan kat mana kau berada. Kau kenyang ke makan maki hamun orang..? Pagi-pagi orang cepat hilang sabar... tahu..?

haiihhh...!! entah lah.. sampai bila la kes pembuli-pembunuh-pencilok-pem'pondan' jalan raya ni akan terus menghantui. Sampai bila..? Entah di mana silapnya, pemandu-pemandu kat Malaysia ni kurang beradab sedangkan kita orang Timur ni terkenal dengan budi bahasa dan sopan-santun, asal tiba bab jalan raya je habis hancur semua.. :(

jom audit diri.. tengok balik ke dalam diri kita ni..
macam mana sikap kita sebagai pemandu dan pengguna jalan raya..?







Sibuk Nak Kahwin

Aku perasan satu benda lah kan.. ada orang dalam dunia ni, dia kahwin bukan sebab dia NAK kahwin tapi dia kahwin sebab dia NAK kan lelaki/perempuan tu.. Faham tak..? Jenis yang kahwin sebab takut lelaki/perempuan yang dia suka tu jadi milik orang lain.. so, walaupun dia sebenarnya tak bersedia lagi nak kahwin dan tak tahu pun bebanan dan tanggungan yang dia kena pikul lepas kahwin tu, tapiiiiiii dia nak juga kahwin.. Dia akan buat apa sahaja supaya dia boleh kahwin dengan lelaki/perempuan yang dia nak tu walaupun dengan cara paksa ke ugut ke acah-acah nak break up ke..

Mungkin dia fikir bila dia dah kahwin maka lelaki/perempuan tu akan jadi milik dia yang mutlak dan dia rasa bangga la sebab orang lain tak dapat lelaki/perempuan tu.. Dia sorang je dapat..! Atau mungkin dia rasa kahwin ni sebagai bukti yang dia serius sayangkan lelaki/perempuan tu walaupun tanpa dia sedar sebenarnya dia dah memaksa lelaki/perempuan tu kahwin dengan dia..

Lepas setahun dua bercerai pula sebab dia baru sedar yang lelaki/perempuan yang dia nak sangat tu rupa-rupanya tak memberi kebahagiaan yang dia nak.... Atau bercerai sebab lepas setahun dua tu dia 'secara tak sengaja' dah terjatuh cinta kat orang lain pula..

Bila member tanya kenapa tak selamatkan rumahtangga dia yang pertama dulu tu.. jawab dia "CINTA TAK BOLEH DIPAKSA.."

*jennnggg...!!*

Berdosa tak kalau aku kata manusia spesis macam ni vongok..??

Entah lah, aku sedih plus kecewa la dengar cerita orang bercerai dek sebab yang #$@&%×# macam ni........! frust tahu...?!




p.s. :  aku doa hari-hari minta Allah bersihkan hati aku, mudah-mudahan aku berkahwin keranaNya bukan kerana manusia.. dan aku doa hari-hari semoga rumahtangga aku dirahmati dan dilindungi sampai akhir hayat. Bercerai-cerai ni menakutkan aku.. sungguh..! :( 



Shelly Si Hijabista Beratus Ribu Followers IG

Shelly (bukan nama sebenar) seorang gadis hijabista yang popular dan mempunyai beratus ribu followers di Instagram. Berbekalkan wajah yang cantik, kulit yang mulus, mata yang galak, tinggi lampai, kurus ramping dan berlatar belakang keluarga berketurunan Sheikh maka peluang Shelly untuk melonjakkan namanya di bibir peminat begitu cerah bercahaya. Shelly tampak perfect..!

Nilai tambah paling ketara pada Shelly (maaf, nama mirip stesen minyak popular) yang membuatkan dia mudah mencuri perhatian peminat sudah semestinya kerana dia seorang HIJABISTA..! Ya, bukan gadis bertudung biasa, bukan gadis kampung tak habis tingkatan 4 mahupun gadis dari keluarga miskin bandar. Bukan..! Shelly adalah hijabista yang bergaya, urban, up to date dan sentiasa tampil menonjol di mana-mana.

Zaman sekarang orang suka gadis hijabista. Pakai ketat tak apa, janji hijabista.. Make up tebal pun tak apa, janji hijabista..! 

gambar sekadar hiasan

Baru-baru ni Shelly telah mendapat tawaran berlakon dalam drama adaptasi novel yang sangat menarik. Drama berangkai 43 episod itu bakal menampilkan Shelly di kaca tv buat pertama kali. Kalau sebelum ni wajah Shelly hanya menghiasi screen smartphone peminat-peminat, kini Shelly mengorak selangkah lagi. Impian Shelly bakal menjadi kenyataan. Syukur padaMu Ya Allah.

Watak yang bakal digalas oleh Shelly merupakan watak yang sangat berat. Watak antoganis. Watak gadis perampas je pun. Di dalam drama itu nanti Shelly perlu tampil daring dengan fesyen sedikit berlebih-lebihan from top to toe. Lenggok suara dan bahasa tubuh juga perlu berjaya buat penonton benci dan meluat.

Shelly tidak sedikit pun gentar. Shelly bersedia memikul tanggungjawab tersebut dan berjanji kepada peminat-peminat akan memberikan yang terbaik untuk watak tersebut. Tahniah Shelly, semangat ini yang kita perlukan daripada pelakon-pelakon muda dan berbakat macam Shelly.

Sehari sebelum drama tersebut ditayangkan di kaca tv, Shelly telah di datangi seorang wartawan untuk bertanyakan beberapa soalan kepadanya. Shelly dengan segala keberanian dan confident tahap dewa-dewa telah menjawab semua soalan wartawan tersebut tanpa sekali pun memberikan jawapan yang klise. Semua jawapannya berani dan 'fresh'.....

Salah satu soalan wartawan tu ialah :

"Shelly kan bertudung, apa yang membuatkan Shelly bersetuju untuk ambil watak jahat macam ni.. tak takut kena kecam dengan peminat ke...?"

Shelly pun jawab dengan senyuman manis tak lekang di bibir :

"Sebagai pelakon baru, saya mesti berani sahut cabaran dan buat kelainan. Lagipun memang ada perempuan bertudung yang jahat pun. Apa yang pelik sangat? Diaorang pun perampas, kacau rumah tangga orang.. biasa la..! Jangan ingat perempuan yang bertudung tu semua baik ye.. hehehehehe.. Saya kenal ramai perempuan bertudung yang hati busuk, mulut longkang. Bertudung tu sebab fesyen je. 

and boys kat luar sana, jadikan drama ni sebagai pengajaran tau..! u olls jangan nak cari makwe yang bertudung sebab u olls ingat diaorang confirm baik ke apa okey.. lebih baik u olls cari girls yang jujur dan jadi diri sendiri.. pakai tudung ni bila dah dapat hidayah nanti pakai juga.. hidayah kan Allah yang bagi.."

Selepas temubual itu disiarkan, beratus ribu peminat Shelly telah dilaporkan bunuh diri...! Ada yang tak sempat mati tapi cedera parah kerana didapati telah mencederakan diri sendiri dengan menghantukkan kepala mereka ke dinding konkrit dan mengilis diri sendiri dengan mesin tebu...!

Ya, memang susah nak terima kenyataan... kann..?



dik, lain kali jangan tahu hijab kepala je.. belajar hijab mulut dulu ye...!




cerita adalah rekaan semata-mata. sekian. 

Lelaki Dan Hobi

Siapa dah tengok video Facebook Live Faizal Tahir tengah pasang Lego kereta Batman tu..? Fuhhh.. aku yang perempuan pun rasa teruja tengok kesungguhan FT siapkan lego tu.. bersungguh...!! Dan boleh nampak la dia betul-betul minat benda tu. Walaupun aku tak suka sebab hobi tu agak mahal, tapi kepuasan tu aku faham. FT kata kalau wife dia tahu harga Lego tu, mesti wife dia not happy.. hahahahaha..! memang la tak happy sebab rasa macam membazir tapi kalau duit dia, suka hati dia lah. Janji nafkah zahir batin terjaga... ehhhh..! tutup mata.. :p

Jujurnya aku suka lelaki yang ada hobi.

Expecially hobi yang mencabar macam pasang kompenan Lego tu. Syok woo..! Hobi macam tu menunjukkan seorang lelaki tu mampu fokus, disiplin tinggi, imiginasi hebat, tekun, tak mudah give-up dan paling penting ada daya kesabaran yang membanggakan selain tall, dark and handsome (ehhh.. tetiba..). Satu lagi kan, aku rasa lelaki yang suka main Lego ni sebenarnya ada sisi kanak-kanak dalam diri dia. Manja tapi sangat berdikari. Luar nampak keras, tapi dalam diri dia sangat lembut.. Comel apa.....! :)

Tak kisah la hobi apa-apa pun.. hobi main bola ke, memancing ke, melukis ke, mengembara ke, bertukang ke, berkebun ke.. asalkan namanya hobi. Benda-benda yang dia buat semasa waktu lapang yang melaluinya kita dapat melihat sisi lain dari dalam diri dia. Best kan..? Sebab lelaki ni kadang-kala ego melangit, dia tak nak kita tahu titik kelembutan dalam jiwa dia. Malah dia nak selalu nampak gagah-perkasa-lelaki-sejati-kopi-jantan-what-so-ever di mata kita. Sedangkan manusia itu, lelaki atau perempuan tetap ada lembut dan kerasnya.. betul tak..? hehehehehe.. tak caya gi tengok Boboboi The Movie.. :)

Aku selalu berangan, nanti bila dah kahwin aku akan buat macam-macam aktiviti dengan suami aku sama-sama. Main lego sama-sama, tonton perlawanan bola sepak sama-sama, berkebun dan bertukang sama-sama. Mungkin sebab aku dah biasa sejak kecil dibesarkan dengan permainan budak-budak lelaki jadi aku tak ada masalah dengan semua tu. Setakat teman suami tonton EPL tengah-tengah pagi buta, aku sanggup..! takde hal...!

Tapi sayangnya suami aku adalah sejenis lelaki yang tak ada hobi.. hahahahaha.. :p

Mula-mula dulu aku tak faham juga, kenapa suami aku tak ada hobi. Sejenis manusia apakah yang tak ada hobi..?!! tapi tu lah, ciptaan Allah tu berbeza-beza dan pasangan suami isteri itu saling melengkapi. Kalau dua-dua ada minat yang sama sahaja, tak ada lah warna-warni nanti. Memang lah rasa sedikit kecewa dan sedikit cemburu bila tengok orang lain seronok teman suami buat hobi macam-macam, tapi aku fikir-fikir balik ada elok juga suami aku tak ada hobi.

Bila tak ada hobi, maknanya suami aku selalu ada kat rumah tak ada lah asyik merayap. Bila tak ada hobi, maknanya suami aku tak akan kejut aku tengah-tengah malam suruh bancuh kopi sebab dia nak berjaga tengok bola. Bila tak ada hobi, bermakna aku boleh selalu bermalas-malas je dalam rumah tak payah teman dia berkebun bertukang di bawah terik matahari..! rumput kalau dah tinggi sikit order je Bangla tolong mesinkan. Paling penting, bila tak ada hobi bermakna kami boleh berjimat dan lebih menabung. Tak perlu bazirkan duit untuk benda-benda tak ada faedah...!

Nampak tak betapa redha dan memahaminya hati seorang isteri..?

*flip shawl*







Bintik-Bintik Cahaya Di Langit

Setiap malam, aku dongak ke langit
Melihat bintik-bintik cahaya yang berserakan
Lantas aku mengira setiap satunya
dengan bahagia

Aku menyangka itu bintang hati kita
Saksi cinta kita berpadu
Bukti kasih kita tidak pernah jauh

Tapi rupa-rupanya
bintik-bintik cahaya itu adalah taburan
serpihan-serpihan luka yang telah kau hancur kecaikan
Kini aku masih terus menghitung setiap satunya
Sambil cuba lelap dalam kenyang menelan airmata



aiM nuB
Salak Tinggi
12 Mei 2016


Tawaran Yang Tak Mampu Ditolak

Baru-baru ni, aku dengar kat Era FM tentang tajuk yang sama dan ia berjaya membuatkan aku berfikir lama dan dalam. Salah seorang caller dalam segmen tu bercerita yang dia dapat tawaran menjadi pembantu peribadi kepada seorang Datin dengan gaji RM8k sebulan. Tapi dengan satu syarat, dia mesti ikut Datin tu tinggal di London selama satu tahun. Kerja dia sekarang hanyalah sebagai pemandu dengan gaji yang jauh lebih rendah. Jadi dia rasa, tawaran RM8k sebulan tu adalah tawaran yang tak mampu ditolak walaupun sepanjang satu tahun tu dia terpaksa tinggal berjauhan daripada isteri dan anak-anak.

Seriously..?

Sanggup ye tak jumpa isteri dengan anak-anak semata-mata untuk RM8k sebulan? Tak berbaloi kot. Tambahan pula kerja jadi pembantu peribadi ni bukan mudah tau. Kena mengekor je Datin tu kemana-mana. Tak ada life okeyy..! Walaupun duduk kat London tu bunyi macam best tapi ni bukan pergi bercuti, ni pergi bekerja. Bukan dapat nak jalan-jalan ikut suka hati kita nanti. Semua terikat dengan jadual kerja Datin tu. Sanggup ye..?

Tapi aku faham, desakan ekonomi zaman sekarang ni kadang-kala memaksa seorang ketua keluarga berkorban dan membuat keputusan yang sukar. Mungkin niat dia nak bagi kehidupan yang lebih selesa kepada anak-anak dan isteri. Dengan gaji RM8k tu dapatlah dia menyara keluarga dengan lebih baik. Terpaksa berjauhan daripada anak-anak dan isteri tu adalah harga yang dia perlu bayar atas keputusan yang dia buat. Mungkin bagi dia yang penting anak-anak dan isteri cukup makan, dapat sekolah, dapat hidup macam orang lain.. kan.. :)

Sesuatu yang ditakdirkan untuk kita tu kadang-kala nampak kecil pada mata kita dan kita merungut mengenainya, sedangkan di mata orang lain sangat besar dan mereka menganggap kita ni bertuah. Begitu juga sebaliknya. Sebab tu juga, bila kita nak buat satu-satu keputusan buatlah kerana diri kita sendiri bukan kerana orang lain. Hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan dalam hidup ni. 

Mungkin keputusan kita tu salah di mata orang lain, tapi jauh di dalam hati kita tahu yang itulah keputusan terbaik sekurang-kurangnya buat masa tu. Selebihnya kita berlapang dada sahaja lah.

Berbalik kepada tajuk tawaran yang tak mampu ditolak tu, aku pun baru-baru ni berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama. Tapi dalam hal aku bukan soal tawaran tu sendiri tapi soal orang yang membuat tawaran tu. Aku kalau dengan sorang manusia ni, aku susah nak tolak. Aku susah nak kata NO. Bukan sebab apa-apapun, its just that..! Aku susah nak kata NO atau TAK NAK dengan dia. Apa-apa dia minta atau tanya, selalunya aku akan buat juga walaupun aku tak tahu apa kelebihan yang aku dapat.

Ya, aku tolong dia for free...!

Kenapa..? Aku tak tahu kenapa. Yang aku tahu, dia tak akan minta tolong kat aku kalau dia tahu aku tak boleh nak tolong. Dia dah minta tolong, aku tolonglah seberapa yang mampu. Lagipun bukan susah sangat pun apa yang dia minta tu. Aku buat seberapa yang termampu lah.

Soalnya kenapa aku susah nak kata NO kalau dengan dia..?
Dia bukan siapa-sapa dengan aku pun.. haiihh..!! rahsia Allah apa lagi yang disembunyikan ni.. aku tak faham. Kenapa hati aku cepat lembut sedangkan sebelum ni aku dah nekad tak nak 'baik-baik' dengan dia lagi. Kenapa?






Apa Patut Buat Bila Perempuan Demam

Aku sejenis yang susah nak demam. Bukan nak cakap besar, tapi memang besar pun. Aku susah nak demam tapi bila sekali kena demam, mesti demam teruk sampai melepek tak bermaya. Kalau orang tengok aku masa tengah demam mesti tangkap simpati tahap infiniti. Aku sendiri tak sanggup nak tengok diri sendiri bila time demam macam ni. Selekeh. Sememeh. 

Satu lagi perangai aku, bila demam aku kuat merengek dan mengerang..! tahu tak mengerang tu macam mana..? hahahahaa.. sila google..! :p  alaaa.. mengerang lah, yang bunyi-bunyi mengaduh tu.. bukan kerang kupang lala siput sedut semua tu tau.. bukan..! hiikkssss.. 

Aku rasa sepanjang 7 tahun kenal Pokchik dan 6 tahun sebagai suami isteri, Pokchik dah boleh faham aku punya mengerang. Walaupun aku tak banyak kali pun demam, tapi setiap kali aku demam memang perangai aku jadi pelik-pelik. Style mengerang aku pun ada beberapa jenis. Pokchik dah faham dah, boleh baca apa yang aku maksudkan dengan sekejap-sekejap mengerang tu. Contohnya..

mengerang 1 = sejuk, so minta selimut
mengerang 2 = nak air
mengerang 3 = sakit kepala, so minta dipicitkan kepala
mengerang 4 = nak aiskrim
mengerang 5 = nak bubur nasi ayam
mengerang 6 = mengantuk tapi tak boleh tidur
mengerang 7 = ada benda yang aku nak tapi dia lupa nak buatkan

haaaa.. tu baru sebahagian..! aku ada lebih 99 jenis mengerang yang aku tak leh nak hurai satu per satu lah. Pokchik je faham. Thanks Pokchik. Love u mucho-mucho..! :)

Kepada kaum Adam yang katanya susah sangat nak faham kaum Hawa, meh aku bagi satu tips dan petua apa kena buat bila perempuan kesayangan korang demam.

firstly, TOLONG JANGAN TANYA soalan ni..

"kenapa demam..? dah makan ubat..?"

seriously..?? tanya kenapa demam..?? kenapa..?? choiiii.. mana tahu kenapa demam..!

lebih baik TANYA MACAM NI..

"bila start demam ni..? nak makan apa-apa tak..?"

haaaa.. kan sedap sikit telinga mendengarnya.. hahahahahaa.. :)
siapkan je lah duitnya.. apa dia minta tu cepat pergi cari..!
confirm cepat kebah demam si perempuan buah hati anda tu.



selamat mencuba ye..!




.

Sejarah Tercipta | Karya Pertama Aku Diterbitkan

Macam mana wajah baru blog aku ni..? Okey ke..? hehehehehe.. Kalau ikutkan aku tak berapa minat pun colour soft pink macam ni tapi disebabkan header yang aku dah upah orang buatkan ni memang colour ala-ala pink-purple kan, terpaksa la juga aku pilih theme colour pink sebab colour purple dah selalu sangat dengan aku. Sinonim sangat. Kalau asyik purple je, nanti orang bosan dengan aku.. hikksss..! 

So, hadap je lah blog tema pink aku ni.. auuwwww...!!
Sampai nanti aku dapat header baru, InsyaAllah bertukar tema lagi.. nanti lah.. bila rajin sikit.

Ni aku nak bagitahu, surat-surat yang aku hantar ke Studio Anai-Anai untuk menyertai Surat-Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan Lagi tu rupa-rupanya diterima. Alhamdulillah. Aku buat 7 pucuk surat tapi aku hantar 4 pucuk surat je dan semuanya diterima dan sudi diterbitkan. Aku punya terharu, tak boleh nak explain macam mana. Mengalir airmata woii..!!

hahahahahaa.. lolss.. :p

Maklumlah pertama kali karya aku diterima walaupun cuma surat-surat cinta merepek je kan.. tapi aku bangga tau..! Tak kira la korang nak kata poyo ke apa.. tapi ni aku kongsi kegembiraan aku, harap-harap ada lah yang sudi nak menyambutnya.. :)


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun ni dah nak menutup tirai dah pun, aku belum sempat ke sana. Ingat esok nak pergilah jenguk PBAKL, harap-harap dapatlah hasil "tangkapan" yang baik-baik buat memenuhkan nafsu membaca aku. Dah kumpul duit siap-siap sejak Januari lepas.. hehehehehe..!


Jom...! siapa nak teman aku gi PBAKL esok, roger-roger lah.. :p

akhirnyaaaaa..!! selangkah mengapai impian.. :)

Aku malu nak kempen lebih-lebih suruh korang beli naskhah Surat-Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan Lagi ni sebab dalam naskhah ni ada 53 pucuk surat, yang aku tulis cuma 4 pucuk surat je. Yang lain-lain tu dari penulis lain la. Semua hebat-hebat dan surat mereka pun dasyat-dasyat.

Korang beli la weh naskhah ni, sure puas hati. Buat bacaan santai-santai je. Support la aku.. hahahahaha.. walaupun aku tak dapat sen pun daripada jualan naskhah ni, tapi kalau naskhah ni terjual dengan larisnya, boleh la aku tumpang kembang hidung kembang punggung.. kehh kehh kehh.. Support la penulis-penulis baru nak up macam aku.. kalau sudi la..

*taip ni sambil tutup muka
*ya, taip pakai bibir...!! ko mampooooo..!! :p

Okey, gi beli tau..! beli la..! murah je.. RM20 kalau tak silap.. hehehehee.. :)
Kat PBAKL ada pakej-pakej pula lagi, 3 buku RM50 rasanya.. korang beli la.. beli la.. beli la.. *merayu-rayu sambil meleleh airmata air hidung* yang tak dapat gi PBAKL tu beli by online pun boleh..!

Kat sini aku ada kongsi link facebook Studio Anai-Anai
Contact diaorang kalau nak beli online eh.. :)

TQ korang...!! siapa-siapa yang support dan bagi kata-kata semangat kat aku hari tu, thanks tau..! korang memang thorbaaaikkkkkk.... muahhh manyakkk..!! :)