Kecik Hati

Lamanya tak bercerita kat sini. Ada juga sesekali buka blog ni tapi tak ada apa-apa nak update. Jalan-jalan blogwalking pun macam tergesa-gesa je. Entah apa yang disibukkan, tak dapat nak describe.. huhuhuhuu. Rindu tak? Gilaaaaaaaa.. tak rindu..!! mesti la rindu. Cuma tu lah, tak ada apa yang menarik nak share dengan korang. Tambah pula bila masuk bulan Ramadhan yang mulia ni, makin lah macam sibuk je. Ehh.. bukan bulan Ramadhan banyak tidur je ke.. ekekekekk.. :p

Aku kecik hati.
Hari ni aku kecik hati kat seseorang.
Tapi aku tak tahu nak describe kecik hati yang macam mana.
Dan aku pun tak faham, kenapa aku beria nak kecik hati dengan dia sedangkan.. ermmm.. ermmm.. tak perlu kot nak kecik-kecik hati ni.. so childish la ko ain..! huhhhh... tapi namanya HATI, memang mengada-ngada...!

Susah juga bila dah kecik hati kat seseorang ni. Sebab dia tak tahu yang aku kecik hati kat dia, sebab aku tak bagitahu dia. Tak berani. Aku harap dia faham-faham sendiri je. Tapi bila dia tak faham, aku bengang la pula. Lagi bertambah bengang bila orang lain yang tak ada kena mengena pula yang terasa dan ingat aku kecik hati dengan dia sedangkan dia tak ada buat salah apa-apa pun. Haiihhh...! kan senang kalau aku boleh bagitahu je siapa yang buat aku kecik hati tu.. senang kan..!! :p

Bila kita bagitahu kita kecik hati, apa yang kita harapkan sebenarnya? Harapkan dia faham dan minta maaf la kan. Masalahnya, dia tak faham sebab dia tak tahu. So macam mana..? nak teruskan kecik hati ke atau perlahan-perlahan peluk hati sendiri, usap-usap sambil bawa hati sendiri tu pergi menangis kat belakang pintu bilik air..? Mana lagi senang...? Pujuk hati sendiri la senang kot...

Walau macam mana sakit pun orang kecik kan hati kita, kita tak la pula sampai hati nak balas dengan menyakitkan atau mengecilkan hati dia pula kan..? Kenapa eh..? Kenapa tak boleh kecik hati sama-sama..? Aku kecik hati kat kau, kau kecik hati kat aku, aku kecik hati kat kau balik, kau kecik hati kat aku balik.. pusing-pusing sampai kiamat tak abis bab kecik hati....

Actually, bila kita kecik hati atau ada rasa tersinggung perasaan dengan sesiapa tu sebenarnya petanda yang baik tau. Sebab itu tanda yang hati kita ni berfungsi dengan baik dan terbukti kita ni manusia yang normal. Serius la, kalau langsung tak pernah rasa kecik hati tu manusia tak normal kot.. robot...!

Aku ni mudah kecik hati dan rasa tersinggung ke..?

Kawan rapat pregnant tp tak bagitahu aku -- aku kecik hati sebab aku bukan orang first yang dia bagitahu dan aku rasa dia sisihkan aku, tak nak share kegembiraan dia dengan aku.

Kawan rapat yang selalu share cerita tiba-tiba masuk wad tapi rahsiakan daripada aku -- aku kecik hati juga sebab aku rasa useless tak pergi lawat dia kat hospital. Kenapa tak share dengan aku masalah dan sakit dia tu?

Kawan yang pernah bergurau-senda gelak ketawa sekarang dah tak mesra lagi malah dia mesra dan rapat dengan orang lain -- aku kecik hati sebab rasa what so called 'friend' tu dah jadi awkward je memanjang

Ya, mungkin betul. Aku memang jenis yang mudah kecik hati. So, deal with it.
Ok baiiii.... 

*flip shawl sambil buat muka kerek*






ehh.. aku tipu..! sebenarnya aku ada satu berita gembira nak share tapi bukan sekarang lah. tunggu sehari dua lagi, InsyaAllah aku share kat sini. So excited sebenarnya tapi kecik hati punya pasal terus tak ada mood nak share sekarang. Esok-esok lah ye.

By the way, Salam Nuzul Quran esok.. cuba tanya diri sendiri, dah berpuluh tahun hidup berapa kali kau khatam Quran..? berapa..?




Share:

Sejenis Keseronokan Dan Kepuasan Apakah Yang Kau Cari..?

Ada sesetengah kaum hawa yang bersusah payah jaga badan, jaga kulit, ikat perut dan berhabis ribuan ringgit sebulan untuk kecantikan tubuh semata-mata supaya nanti tubuhnya itu boleh digunakan untuk tujuan peragaan dan pameran. Aku pun bersusah payah juga nak faham sejenis apakah pemikiran yang begitu, tapi tu lah semakin difikir semakin tak faham dibuatnya.

Musim perayaan dah dekat ni, berlambak-lambak gambar artis wanita memperagakan fesyen Aidilfitri daripada pereka fesyen terkenal tanah air. Macam-macam gaya ada. Yang balut tubuh, yang sendat, yang ketat, yang singkat.. semua ada..! Tak payah cakap pasal aurat lah, ini fesyen katanya. Lagipun mereka artis, memang dah 'kerja' mereka begitu (kot).

Sedar tak, kau susah-susah lansingkan tubuh kau tu sebenarnya untuk pereka fesyen 'gantungkan' rekaan mereka dan pamerkan kepada umum sahaja..! Orang gunakan tubuh kau untuk promosikan produk mereka.. kau seronok ye diguna-gunakan..?

Sedar tak, aset-aset kau yang berharga tu di sampul dan di bungkus sekadarnya sahaja.. lepas tu dipersembahkan untuk tontonan umum. Ada pula yang siap bagi tambahan push-up di bahagian aset kau tu bagi nampak lebih kebaboom..!

Kau dapat apa...?

Kemasyhuran..? Rasa lawa..? Ribuan ringgit..?
Dosa kau kira sekali tak...? Sebab dosa lah yang paling BANYAK kau dapat.. sedar..?

Tujuan asal jadi artis untuk apa? Untuk kongsikan bakat yang Allah s.w.t. bagi kat kau.. guna bakat tu untuk sedarkan orang, untuk berdakwah, untuk bagi pelajaran dan pengajaran. Kalau kau jadi pelakon, jadi lah pelakon yang baik dan berguna kepada bangsa dan agama. Begitu juga, kalau kau jadi penyanyi, nyanyi lah lagu-lagu yang bagus. Yang kau sibuk nak jadi model-sarung-nangka tu juga kenapa...?

Kerja jadi model bagi pada si model la.
Atau lebih elok bagi pada 'patung' yang sahih tak ada agama, tak tahu halal haram.
Kau jadikan tubuh kau sebagai patung kenapa...?
Patung tak ada otak.. Tak ada maruah.. 

sedar tak....? 




Share:

Sila FAKE Depan Orang Lain, Bukan Depan Aku...!

Dalam kehidupan ni, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang sekali jumpa kita terus boleh click dengan dia walaupun sebelum tu kita tak pernah kenal atau jumpa dia. Tahap keserasian tu berperingkat lah kan. Tapi jauh dalam diri kita tahu yang kita boleh serasi dengan dia dan kita rasa dia best..! Bahasa mudahnya, kita rasa senang 'masuk' dengan dia. :)

Dan ada juga sesetengah manusia yang kita memang tak boleh nak 'masuk' dengan dia walaupun kita dah bersungguh-sungguh cuba. Dan walaupun dia tak ada buat salah apa-apa pun dengan kita, tapi memang kita tak boleh nak click la dengan dia..! Entah.. keserasian tu tak ada. Berbual sama tu boleh, bergurau, bekerja atau buat apa-apa sama-sama tu boleh tapi nak serasi tu tak boleh.

Bila kita tak boleh 'masuk' dengan dia, tapi kita tetap perlu berbaik-baik sebab ada kepentingan, mula la hubungan tu jadi manis tak manis, pahit tak pahit. Baik tak baik sangat, tapi nak kata tak baik, nampak macam baik je. Dek kerana ada kepentingan tu, kita mula jadi 'terpaksa' jadi baik dan perlu nampak baik semata-mata nak jaga hati each others. Dan tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang bersaing nak jadi siapa lebih baik daripada siapa..

Perlu ke..?
hahahahaha.. lucu..!

Kita nak jadi lebih baik daripada siapa? Kita nak buktikan pada siapa..? Kita nak tunjuk kat siapa yang kita ni baik dan mulia..? Sampai kena jadi FAKE..!! sedangkan aku kenal kau yang sebenarnya macam mana, dan kau pun kenal aku yang sebenarnya macam mana.. So,  kalau kau nak jadi FAKE juga, sila fake depan orang lain la.. bukan depan aku..! 

Hakikatnya, kita sama-sama tahu yang aku baik dengan kau ada sebab dan aku tahu kau baik dengan aku pun ada sebab. Tanpa sebab tu, kita sebenarnya tak ada apa-apa hubungan pun. Aku ambil kesempatan atas kau sebab kau pun ambil kesempatan atas aku. Aku ada tak suka perangai kau dan kau pun mesti ada tak suka dengan perangai aku. Sometime aku moody and annoying sebab kau pun kadang-kadang moody tanpa sebab depan aku.. Kira kita seri la kan.. 0-0..!! ke macam mana..?

Ermm.. gini lah..! Apa kata, kita teruskan hidup masing-masing je..
Kau dengan cara yang kau pilih, dan aku dengan cara yang aku pilih..
Pilihan kita mungkin berbeza tapi kehidupan kita tetap sama.. Kehidupan ni ada satu sahaja cuma banyak warna-warnanya.. Ada warna yang sesuai dengan aku, ada warna yang sesuai dengan kau.. Jadi tak perlu nak rasa iri hati, nak rasa kurang, nak rasa lebih mahupun nak rasa diri sendiri lebih baik daripada siapa-siapa.. Allah knows..!

Aku harap kau sedar, aku diam bukan sebab aku tak kisah tapi sebab aku dah penat layan kau punya fake tak habis-habis tu. Dah naik meluat..! Setakat ni aku boleh bersabar dan bertahan lagi.. tapi esok lusa aku tak tahu.. sorry in advance..! Aku ikut rentak je sekarang ni, kalau kau ajak berdamai, aku lebih dari berlapang dada nak berdamai.. tapi kalau kau ajak berlawan, aku pun lebih dari bersedia untuk menyerang.. ingat tu...!

Semoga Allah berkati hidup kau, dia dan mereka.. 

*letak ikon muka tak ada perasaan kat sini*




Share: