Kelly Clarkson - Piece By Piece


Tiba-tiba terjumpa video ni di Youtube dan first time dengar je aku dah berjurai airmata. Terus search lirik lagu ni dan dengar versi asal. Aku lebih suka versi yang slow macam ni daripada versi asal yang agak rancak. Korang boleh google la lirik lagu ni kalau korang berkehendak ye. Aku malas nak tepek kat sini.

Khabarnya lagu ni ditulis untuk ayah Kelly Clarkson sendiri yang telah meninggalkan dia dan ibunya sejak dia kecil. Dan ini bukan lagu pertama yang Kelly dedikasikan kepada ayahnya. Siapa yang ikuti perkembangan kerjaya seni Kelly tentu sedar, betapa dalamnya perasaan dan 'dendam' Kelly kepada ayahnya tapi dia turning benda tu jadi sesuatu yang positif. Malah lagu-lagu Kelly terjual bermillion dollar sejak Kelly memenangi American Idol Musim Pertama. Syabas..!!

Moral of the story..

1.  Walau macam mana jahanam pun hidup anda, tukar ia kepada sesuatu yang boleh memberikan kau DUIT.. sama ada tulis lagu, tulis buku, create video viral, filemkan atau dramakan atau teaterkan kisah itu...!

2.  Jangan hancurkan perasaan perempuan terutama ANAK PEREMPUAN kamu sendiri, kerana kamu tak akan tahu sedalam mana luka yang telah kamu tanamkan di dalam hati mereka. Sampai akhir hayat dendam tu tak akan terlunas.

3.  Jadilah lelaki sejati yang bertanggungjawab di atas apa jua yang dipertanggungjawabkan kepada kamu walaupun ia bukan hal yang besar. Memang tidak mudah untuk memikul tanggungjawab itu tetapi kamu tidak dicipta untuk jadi seorang LELAKI kalau kamu 'lembik'....!!

Bagi aku, segarang mana pun ayah aku dulu tetap aku bangga kerana mempunyai ayah seperti beliau. Ayah menjaga dan melindungi kami dengan caranya sendiri. Walaupun aku tak pernah berani nak manja-manja atau bergurau-senda dengan ayah aku macam anak-anak orang lain dengan ayah mereka, tapi aku tahu dan sentiasa sedar kasih sayang ayah kepada kami tak pernah berkurang. Satu hal yang aku paling respect, ayah tak pernah naik tangan dengan mak. Macam mana dia mengamuk pun, dia tak pernah pukul mak waima acah-acah nak pukul pun. Ayah sendiri paling benci lelaki yang suka pukul perempuan atau senang-senang naik tangan ni. No respect at all...!!

Aku tak boleh imagine perasaan anak-anak yang ditakdirkan dapat bapa yang tak guna atau jahat macam dalam filem-filem 'seram' tu. Bapa yang rogol anak, bapa abaikan anak, bapa main kayu tiga dengan perempuan lain, bapa yang hisap dadah, bapa yang kaki dangdut sampai lupa anak bini, bapa yang liat solat, bapa yang mencuri menyamun atau merompak, bapa yang malas tak nak kerja, bapa yang kena queen control dek isteri muda.. dan sebagainya..!

Besar ujian tu, aku boleh faham tapi aku tak rasa aku mampu hadapinya.
Allah Maha Tahu kan, jadi Allah bagi aku ayah yang baik. Alhamdulillah.

Aku doakan siapapun yang diuji dengan perangai bapa yang macam 'tuuuuuttttt...' tu semoga tabah dan kuat menghadapi masa depan dan kehidupan. Jangan benci diri sendiri hanya kerana perangai bapa atau ibu kamu yang macam taik. Ingat tu. Kamu tak salah dan bukan kerana kamu mereka jadi macam tu. Allah beri ujian tu tentu ada hikmahnya. Jadi stay strong okey..! Semoga kamu dapat menjadi anak yang soleh solehah dan di akhirat kelak mungkin kamu dapat menjadi asbab kepada ibu dan bapa kamu diizinkan Allah untuk masuk syurga. Aamiin.. 

:(


*lepas ulang-ulang dengar lagu ni, tiba-tiba aku jadi murung*


.


Share:

Pura-Pura Sempurna

Jujurnya aku kasihan dengan manusia yang hidup pura-pura sempurna ni. Bila dia terlalu mencuba untuk MEMBUKTIKAN hidup dia terbaik, tersusun dan super-perfect sedangkan aku tahu di sebaliknya, hidup dia sangat sedehhhh...! Aku rasa nak pergi peluk dia dan usap belakang dia perlahan-lahan sambil kata..

"Its okey beb..!" 

Kalian pernah jumpa tak manusia yang 'terlalu mencuba' macam ni..? Manusia yang suka nak menonjol tapi tak nak pikul tanggungjawab. Manusia yang nak kan perhatian, tapi bila dah dapat perhatian buat-buat menolak. Manusia yang selalu kata dia okey, tapi tingkah-laku dia langsung tak menampakkan dia okey. Manusia yang nampak macam tahu semua benda.. semua..! tapi end up dia tak tahu apa benda pun sebenarnya. Tin kosong..? Aku tak tahu lah sesuai tak simpulan bahasa tu tapi lebih kurang macam tu lah. Tin kosong. Bunyi je bising tapi dalamnya kosong. Zero..! Yelek..! 

Bila datang sakit mental aku ni, serius aku memang tak boleh blah dengan manusia macam ni. Rasa nak tampar..! Sebab aku tak tahan tengok dia punya lakonan yang super poyo yang aku pun tak faham dia nak tunjuk kat siapa sebenarnya. Kalau datang sakit mental aku ni juga, aku rasa nak sound je dia depan-depan atau komen je pedas-pedas kat status facebook dia supaya dia sedar yang sikap dia tu annoying dan biar kawan-kawan dia sedar juga yang perangai sebenar dia BUKAN macam status-status facebook dia yang suci tu.

Itu kalau datang gila aku la..!

Tapi setakat hari ni aku masih mampu tahan kebengangan aku ni sebab aku hormat airmuka dan maruah dia. Nak malukan orang depan public ni sooooooo kanak-kanak punya perangai kan. Lagipun aku tak rasa manusia macam ni boleh terima kalau orang tegur dia depan-depan. Dia hidup dalam denial dan biar dah kantoi terang-terang pun dia tetap akan berusaha bela diri dan cakap diri dia betul dan dia TAK PERNAH berpura-pura.. bullshit..!! hahahahaha.. mamposss la kau situ..!

Paling aku bengang dengan orang macam ni bila dia start cakap pasal semua salah dan ketidaksempurnaan orang lain. Bab mengata orang tu, mengata orang ni, orang tu salah, orang ni tak pandai, orang tu jahat, orang ni tak professional... ohh..! dia memang juara. Sampai kau yang mendengar ni akan percaya orang yang dicakapkan tu memang betul-betul punya celaka. Tapi bagi aku yang memang dah tahu perangai dia, sorry.. aku tak akan terjebak dalam perangkap dia lah. Dia nak ajak aku sekali kutuk si polan si polan, memang aku tak layan lah ye. Kau nak kutuk orang, kutuk la sorang-sorang. Lagipun aku tengok orang yang kau kutuk tu tak ada lah teruk sangat macam yang kau cerita malah kalau teruk sangat pun perangai dia, kau apa kurangnya...? haiiihhhh...

Baru-baru ni (sejak tiga empat bulan) ni aku dah ambil langkah 'abaikan' je manusia pura-pura sempurna ni..! Ada masa mood aku baik, time aku tak gila tu.. kadang-kadang aku layankan juga la dia punya cerita. Saje galakkan lagi dia bercerita dan bersandiwara sebab nak tengok jauh mana dia boleh hidupkan watak poyo dia tu. Seronok juga layan manusia hidup dalam penafian ni.. hahahahaha..! Dalam hati hanya Tuhan yang tahu berapa banyak aku punya istighfar... 

*sambil kepal penumbuk.. haihhh.. lebam juga mata budak ni jap lagi..!*
*acah-acah terror sangat nak tumbuk orang pun.. hahahahaa..*

Petang ni dia buat lagi perangai Prof Serba Tahu dia tu.. sakit betul hati aku sebab dia punya 'serba tahu' tu bukan nak tolong selesaikan masalah aku. Pandai cakap je, buat tak nak.. blahhh arr kau..!! Lepas tu cakap kuat biar semua orang dengar.. seolah-olah masalah aku tu 'kecik' je.. macam simple sangat la.. kalau dia yang handle, sekejap boleh settle.. tapi bila aku buat-buat bodohkan diri tanya dia macam mana nak selesaikan, perlahan je dia jawab..

"errmmm.. susah juga ek benda ni.."

ko rasa...?? haiiihhh... nak je aku azankan telinga kiri kanan dia 44 kali berturut-turut. Lain kali jangan perkecilkan masalah orang. Kalau kau tak dapat bantu, mohon diam. Bukan bising-bising-pung-pang-pung-pang lepas tu bila aku minta tolong kau selesaikan rupa-rupanya kau pun tak tahu.. grgrgrgrrr...!! memang sakit betul hati tadi, tapi aku tahan la.. hari Jumaat penuh barakah kan.. tak nak la aku berdarahkan hidung anak orang walaupun penumbuk aku dah ringan sangat tadi.

huhh...! nasib baik ada blog.
ehh.. nasib baik ada followers... hahahahaha.. :p

ok baiii.. nak jemput Pokchik balik dari Cameron Highland.. dah 5 hari tak jumpa Pokchik.. rinduuuuu weiii.. hehehehehee.. :)



.
Share:

Hak Eksklusif

Dalam sesebuah perhubungan, rasa eksklusif tu mesti ada. Kalau tak ada, mesti wujudkan. Supaya daripada rasa eksklusif ni munculnya rasa istimewa, rasa memiliki, rasa menghormati dan seterusnya akan menyedarkan kita tentang had dan batas-batas yang kita perlu jaga bila dah ada pasangan terutama pasangan yang sah. Senang cakapnya, kalau dah bersuami buat cara dah bersuami. Bukan bermakna kita perlu tukar cara hidup 100% tapi tukar mana yang perlu sahaja lah. Contoh paling mudah ; selfie

(siapa faham, angkat tangan say I..) 

Bagi yang suami begitu juga, kalau dah beristeri buat cara dah beristeri. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan tengok bola kat mamak boleh, tapi beringat dan berpada-pada lah. Jangan biar isteri dan anak di rumah ditinggalkan kesunyian macam orang kurang kasih sayang. Simple kan.

Kena bagi hak eksklusif ni kepada pasangan kita supaya dia rasa dihargai. Bagi seorang isteri, seluruh tubuh dan setiap inchi tubuh kita ini adalah hak eksklusif suami kita maka jangan suka-suka dedahkan kepada umum. Itu lah konsep aurat bagi seorang muslimah, bukan asal pakai tudung dah kira tutup aurat. Faham kan..?

Bagi seorang suami pun, bagi hak eksklusif tu kepada isteri walaupun kamu ada lebih daripada seorang isteri. Bila berkawan dengan perempuan bukan isteri kamu, jaga batas pergaulan tu. Jangan berlebih-lebih caring perempuan yang ajnabi dengan kamu walaupun dengan niat yang ikhlas nak membantu. Hormat perasaan isteri-isteri kamu, jangan mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati mereka walaupun dengan nada bergurau.

(banyak pula 'walaupun' dalam entri kali ni)

Kalau ada apa-apa berita, bagitahu pasangan kamu dahulu..! Bukan canang cerita satu dunia dan orang terakhir yang tahu perkara tu adalah pasangan kamu sendiri. Mana eksklusif nya mereka dalam hidup kamu..? Kalau ada masalah pun minta tolong daripada pasangan kamu dahulu walaupun kamu tahu mungkin pasangan tu tak dapat bantu selesaikan masalah kamu, tapi bagitahu dia dahulu..! Jangan sorok daripada dia konon tak nak buat dia risau tapi at the end dia tahu juga dan berganda-ganda lah kecewanya hati dia. Faham tak..?

Perkahwinan adalah perkongsian.
Kita berkongsi apa sahaja daripada hal yang baik hingga hal terburuk. Daripada sihat sampai sakit, sama-sama melaluinya. Bukan berkahwin tapi macam hidup sorang-sorang..! Pergi makan dengan member, tengok tv sanggup pergi mamak, rasa nak bercuti pakat dengan member pergi backpackers je, bila tak cukup duit minta bapak, bila nak shopping ajak kawan, bila sakit call mak... apa ni..? pasangan kamu mana...? kenapa belakangkan mereka...?


Melainkan lah kalau pasangan kamu IKHLAS mengizinkan kamu buat semua perkara di atas. Bab izin ni hak masing-masing tapi kena hati-hati ya. Dosa isteri di atas bahu suami. Ingat tu..!


Bagi yang belum berkahwin pula, jaga diri dan cuba latih diri jangan terlalu banyak berkongsi kecantikan dan keistimewaan diri kamu kepada manusia yang tidak ada apa-apa hubungan dengan kamu. Simpan sikit untuk pasangan kamu nanti. Mungkin sekarang kamu tak nampak lagi hikmahnya tapi InsyaAllah bila dah berkahwin nanti baru kamu betul-betul faham perasaan memiliki dan memberi hak eksklusif tu. 

Till then, jaga diri.
Ingat Allah s.w.t. Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Allah knows best...!



...
Share:

Bergurau Kasar Macam Binatang

Masa aku sambung belajar kat negeri Cik Siti Wan Kembang pada awal tahun 2000 dulu, memang aku melalui satu fasa kejutan budaya yang sangat dasyat. Bukan sahaja sebab aku tak pernah jejak kan kaki ke negeri itu dan negeri-negeri berjiran dengan negeri itu, tapi juga sebab loghat kenegerian di negeri itu yang sangat pekat-lekat-tersekat untuk aku fahami. Serius..! tak paham satu butir perkataan pun. Memang totally rasa macam belajar kat 'negara asing'.. hahahahaha.. :p

Merangkak-rangkak aku belajar dan cuba fahamkan loghat mereka. Sampai aku ambil inisiatif sediakan satu buku nota saku untuk tulis setiap perkataan 'baru' yang aku belajar setiap hari. Masa tu aku cuma mampu mengajuk bunyi perkataan tu, maka memang 'sumbang' lah bunyinya.. hahahaa. Member-member aku yang memang berasal dari negeri tu selalu ketawakan aku. Mereka kata aku 'kechek Kelate bunyi Siyee' ..mamposss..!! masa tu apa makna 'kecheck' dan 'Siey' pun aku tak tahu. Rasa macam bengap sangat sebab aku tak faham apa diaorang cakap, tapi diaorang faham apa aku cakap. Jadi diaorang boleh mengumpat pasal aku, aku tak boleh mengumpat pasal diaorang... macam gampang kan...!! hahahahahaa.. 

Tapi kan, seminggu je kena 'buli' dengan diaorang.. lepas-lepas tu diaorang la jadi cikgu aku.. terutama kawan-kawan perempuan aku, diaorang semua sangat membantu. Ajar aku sebut perkataan-perkataan tu dengan betul walaupun tetap bunyi pelat.. hehehehee. Aku ingat lagi antara perkataan awal yang aku belajar ialah : toksey, peyhe, gelenya, make, jenegho, tubik, agah, bakpo, begheh, nate beghuk (hahahahaaa..) yang ni aku memang ingat..!! :p

dan... aku masih ingat ada sorang kawan perempuan aku suka sebut perkataan ni : Koghok Ija 

korang tahu tak maksudnya apa..? hahahahaha.. aku masa mula-mula tu sampai sakit kepala duk fikir apa la yang kawan aku ni cakap.. bila kawan aku tu sebut koghok ija ni ulang-ulang kali, dia akan gelak, kawan-kawan lain yang faham makna perkataan tu pun akan gelak.. lucu bagi mereka.. dan aku sorang je yang terpinga-pinga tak tahu apa-apa.. nak gelak pun rasa serba salah je..

Rupa-rupanya 'koghok ija' tu maknanya : tengkorak hijau....!!

kahh kahh kahhh... akhirnya aku mampu gelak sepuas hati.. No idea kan itu maksudnya.. hahahahaa.. jauh sangat 'ija' dengan 'hijau'..!! sampai hari ni bila aku tengok sticker kepala alien warna hijau tu, mesti ingatan aku melayang pada kenangan tu dan aku akan senyum sorang-sorang. Kreatif juga orang-orang negeri Cik Siti Wan Kembang ni bergurau.. :)

Actually, bukan koghok ija yang aku nak cerita sebenarnya.. tu selingan je..!

Sekarang ni bila usia aku dah meningkat tua, jujurnya aku tak suka orang yang suka bergurau kasar secara berlebih-lebih terutama gurauan yang menyamakan manusia dengan BINATANG.. tambah tak manis lagi kalau yang bergurau kasar tu seorang perempuan. Alahai, hilang keayuan seorang perempuan tau. Muka dah cantik-cantik flawless tapi perkataan yang keluar dari mulut selalu je bunyi macam haraaammmmm..!

Aku perhatikan kebanyakkan orang dari 'satu negeri' dalam Malaysia ni kan memang suka sangat menyamakan manusia dengan binatang walaupun dengan nada bergurau. Bagi mereka memang kelakar tapi bagi aku TAK KELAKAR langsung..! Kata lah sebab faktor usia, tapi aku memang tak suka gurauan-gurauan yang macam tu. Tak pelik la kenapa ramai yang cop orang dari 'satu negeri' tu kalau cakap mesti kedengaran kasar dan tajam. Sesama rakyat 'negeri tu' mungkin dah biasa, tak apa lah kalau nak bergurau sesama rakyat 'negeri tu' sahaja tapi kalau berbual atau bergurau dengan orang negeri lain contohnya aku yang tua lagi sensitif ni, tolong lah jangan BINTANG kan orang lepas tu gelak mengilai macam kelakar sangat lawak kau tu...!

Contoh ayat dia macam ni..

"lawa sangat le tu.. macam TAPIR je aku tengok.."
"kuatnya berdengkur.. macam BADAK AIR.."
"siapa yang kuat makan rambutan tu..? macam MONYET..."
"ramainya manusiaaa... macam ULAT TAIK..."
"terkinja-kinja.. macam BERUK mak yeh.."

Kecuali lah kalau kau tukar kepada binatang-binatang yang lebih comel macam Panda ke, Bujibu ke, Koala ke, Ular Sawa Batik ke... mungkin aku boleh terima lah.. :)  Pun begitu, biasanya gurauan kasar orang 'satu negeri tu' lebih cenderung kepada nak mengata orang sebenarnya, jadi tak kan nak samakan orang yang dia nak mengata tu dengan binatang-binatang yang comel. Dah jadi memuji la pula. So, nampak tak kat situ... dah la kau mengata dia, lepas tu kau samakan dia dengan binatang yang hodoh, lepas tu kau gelak.. dah 3 kali dosa kau dapat free-free je...!!

Dek faktor usia juga, aku sekarang dah tak gelak kalau orang buat lawak menyamakan manusia dengan binatang ni. Harap maklum. Kalau kau buat lawak kasar dan aku tak gelak, mohon jangan sentap. Tu maknanya aku tak suka lawak kau.

koghok ija sungguh mu nih....!



.
Share:

Umrah Bulan Ramadhan Dan Aildilfitri Di Tanah Suci (II)

.. sambungan ..


Kesesakkan dan kepadatan umat tu buat langkah kami jadi pendek, nak masuk masjid sahaja sudah satu jam lamanya. Sakit-sakit badan tak payah cerita la. Istighfar sahaja jangan berhenti. Kumpulan kami terpisah-pisah seawal mula 'memasuki' lautan manusia lagi. Jika di luar masjid sudah padat, di dalam masjid apatah lagi. Ruang tawaf penuh dengan manusia berkain ihram, nampak putih sahaja semua. Masing-masing berjuang untuk menyelesaikan Umrah mereka. Jadi kami pun menyelit sama. Tak boleh tunggu dan congak-congak lagi, sesungguhnya masa itu emas...!

7.  Alhamdulillah, Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mendengar segala keluh kesah, doa dan pengharapan hamba-hambaNya. Dalam kepadatan dan kesakitan di sini sana, kami berjaya juga menyempurnakan (InsyaAllah sempurna) ibadat Umrah wajib kami pada petang akhir Ramadhan itu dengan jayanya. Selesai tawaf, kami tunaikan sa'ie dan kemudian bertahlul. Airmata menjadi saksi betapa ibadat Umrah kali ini PALING MENCABAR dari semua pengalaman Umrah kami terdahulu. Selesai bertahlul, kami mengorak langkah pulang dengan longlai keletihan tapi penuh kesyukuran. Baru separuh perjalanan, masih di lantai sa'ie tiba-tiba azan Maghrib dilaungkan. Airmata jatuh semakin laju tanpa dapat di tahan.

Kami berbuka di lantai sa'ie dengan kurma dan air zam-zam sahaja itu pun ada orang sedekah. Waktu tu tak kira dengan apa sahaja juadahnya, kami sudah sangat-sangat bersyukur. Ramadhan terakhir kami di bumi Mekah Al-Mukarramah -- selepas selesai menunaikan Umrah -- dan dengan segala keringat dan airmata yang tumpah. Insaf. Sungguh kasih sayang Allas s.w.t. amat melimpah-ruah.

8.  Dalam letih-letih tu sempat berlari ke toilet di luar bahagian Safa Marwah tu untuk segarkan badan dan perbaharui wudhuk, kemudian kami ikut berjemaah solat Maghrib di lantai sa'ie dan selesai solat, perlahan-lahan berjalan balik ke hotel.

Jemaah masih sangat padat. Badan dah sakit-sakit tak terkira lagi, di himpit tolak, di siku, kaki kena pijak entah berapa kali, muka dah sememeh tak rupa rakyat Malaysia lagi (if you know what i means.. :p). Kami kelelahan. Tak berdaya menunggu lagi. Sampai hotel, jamu selera di Ruang Makan dahulu kemudian naik ke bilik masing-masing -- mandi -- solat Isyak -- dan boooommmmm...! tidur tak sedar apa dah.. hanyut dalam senyuman tak lekang sampai ke Subuh. Pokchik dan ayah dia lepas mandi tu turun semula ke masjid untuk tunaikan solat Isyak berjemaah tapi katanya tak dapat masuk masjid pun, solat kat tepi jalan raya je.. kira-kira 500 meter dari pintu masuk hotel kami.. hehehehehee.. :)  tak apa lah, InsyaAllah dapat juga pahala berjemaah kan.. 

9.  Dalam tidur paling nyenyak aku malam tu, aku bermimpi melayang-layang terbang di angkasa lepas.. lihat bintang-bintang bergemerlapan bersepah di dada angkasa.. bulan sangat-sangat-sangat cantik dan bercahaya. Ya Allah, indahnya mimpi tu tak akan aku lupakan. Rasa bahagia dan lapangnya dada masa tu masih aku ingat sampai hari ni. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.

10.  Pagi subuh Aidilfitri itu aku bangun agak lewat sebab letih tak habis lagi. Jadi agak terkocoh-kocoh bersiap dan bergerak ke masjid untuk tunaikan solat Subuh. Sekali lagi bersesak-sesak melawan arus manusia yang sangat ramai. Ada yang nak masuk masjid, ada yang nak keluar. Bersimpang-siur masing-masing mencari arah. Dah la suasana masa tu langit masih gelap, bersesak-sesak pula tu, memang mencabar..! Cuaca Mekah pun panas ye walaupun waktu malam dan subuh pagi. Jadi sampai-sampai je kami dalam masjid jubah masing-masing dah lokos dengan peluh. Nasib baik tak pakai jubah raya lagi.. hehehehehe.. :p

11.  Selesai solat Subuh, kami rehat-rehat sahaja dalam masjid sebab tak larat nak lawan arus manusia lagi untuk balik ke hotel. Keadaan jemaah bertambah padat. Maklumlah penduduk tempatan mula memenuhi ruang masjid untuk menunggu Solat Sunat Aidilfitri dan khutbah raya. Aku berhajat nak buat tawaf sunat tapi terbantut. Manusia terlalu ramai. Sudahnya duduk sahaja tak berganjak sambil berzikir dan hadam Al-Quran.

12.  Selesai solat sunat Aidilfitri dan khutbah raya yang aku pun tak faham sepatah habuk tu, baru lah jemaah beransur-ansur meninggalkan ruang masjid. Ada la nampak juga lantai masjid. Kalau sebelum ni, 'tak nampak' lantai masjid tau sebab manusia je penuh.. hehehehehe. Aku sengaja keluar lambat sikit sebab nak bagi laluan kepada lautan manusia tu surut dulu. Tapi perut dah berkeroncong alahai dondang sayang kemain kuat lagi. Maklumlah  tak makan apa-apa sejak sebelum Subuh lagi.

13.  Balik ke hotel, ada Jamuan Raya kecil-kecilan di Ruang Makan. Semua jemaah turun dan menjamu selera sambil bermaaf-maafan. Tak lupa bergambar kenang-kenangan. Ada juga sesi bergambar beramai-ramai untuk di post di Facebook Andalusia, tapi kami tak join. Sibuk makan tak habis-habis.. hahahaha..!! Lagipun aku dan Pokchik bukanlah camera friendly. Harap memahami. Makan lebih penting kot.. gagagagagaga. Ada nasi impit, kuah lontong, sambal kacang, sambal udang dan paling special ada satey ayam dan daging. Alhamdulillah terasa macam beraya di tanah air je.. :)

Dah..!! tu je cerita raya kami di Tanah Suci. Memang macam tak raya pun suasana kat sana. Macam pagi yang biasa je. Cuma ada solat sunat Aidilfitri dan khutbah tu je yang membezakan sikit. Selebihnya hari berjalan seperti biasa. Orang-orang di sana pun mengenakan pakaian sama je macam nak pergi solat di hari biasa. Tak nampak 'baju raya' pun sebab masing-masing pakai jubah putih bagi muslimin dan jubah hitam bertutup penuh bagi muslimah. Tapi kan, anak-anak orang Arab akan 'dihias' cantik-cantik oleh mak ayah mereka pada pagi raya tu. Korang boleh tengok anak-anak Arab ni pakai cantik-cantik, kilat-kilat, rambut siap ikat dan berfesyen, yang anak perempuan siap disolek bagai.. hehehehehee.. Mungkin itu lah raya bagi mereka..!

14.  Hari-hari seterusnya di bumi Mekah seperti biasa, ulang-alik pergi masjid untuk solat dan tawaf sunat selain 3 kali lagi Umrah sunat kami laksanakan. Jemaah mulai berkurangan tapi masih ramai. Sempat lah kami menerokai segenap ruang Masjidil Haram yang baru. Maklum lah Masjidil Haram kan dalam proses diperluaskan. Sampai lenguh kaki kami berjalan dalam bahagian masjid yang baru tu.

15.  Aktiviti ziarah kali ni kami cuma ikut sama sekali sahaja. Singgah di Jabar Rahmah dan kali ni aku turut ikut panjat 'bukit jodoh' tu. Kalau dulu aku tak sempat ikut sebab masa sangat singkat, kali ni alhamdulillah sempat sampai ke atas bukit tu dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t. panjangkan jodoh aku dengan Pokchik sampai syurga.. dan semoga kami terus saling kasih-mengasihi, sayang-menyayangi, hormat-menghormati dan bahagia-membahagiakan antara satu sama lain sampai akhir hayat kami. Aku nak tua dengan Pokchik. Kalau boleh aku nak meninggal dunia atas pangku Pokchik. Dia lah cinta aku dunia akhirat. Aamiin.. :)

Nota 1 : masa berdoa di puncak Jabar Rahmah tu, berdoa menghadap kiblat ye BUKAN menghadap monument batu putih yang tinggi tu. Dan jangan la pergi meratap-ratap, menangis-nangis dan menyeru-nyeru pada batu putih tu. Islam tak ajar semua tu.

Nota 2 : dekat Jabar Rahmah tu akan ada ramaaaaaaiiii photographer tak bertauliah mengusung kamera mereka dan offer nak ambil gambar kita. Tapi semua tu BERBAYAR ye, bukan percuma. Jangan terpedaya dengan kata-kata mereka "halal.. halal.. haji.. photo.. halal.." sebab harga yang kalian kena bayar selepas tu sangat tak berbaloi. Bayangkan 10 keping gambar anda diminta bayaran SR100 (seratus riyal) lebih kurang RM100 juga duit kita.. haaaaa...?? Dah la gambar entah apa-apa di'snap'nya. Celah-celah batu tak nampak Jabar Rahmah pun dikiranya. Maka, hati-hati. Jangan terpedaya. Kalau nak bersedekah, bagi sahaja kepada penyapu sampah di sekitar kawasan tu. Ada ramai menunggu.

16.  Ramai yang dah tahu sekarang jemaah Umrah atau Haji dah tak dibenarkan melawat ladang unta lagi atas faktor-faktor kesihatan. Waktu aku pergi menunaikan Umrah kali pertama 2014 dahulu, sempat juga ke ladang unta dan merasa sendiri susu unta yang fresh..! Kenangan manis yang tak akan dilupakan sebab rupa-rupanya unta-unta ni pandai bergambar. Bila halakan kamera, mereka akan 'possing' ala-ala manja.. hehehehehe.. Susu unta aku rasa seteguk je, tapi tekak tak boleh terima. Memang pesen tak minum susu...! Tapi kalau kalian sejenis suka minum susu, MESTI CUBA susu unta yang segar tu. Banyak khasiatnya.. InsyaAllah.

17.  Tak sihat ; batuk, selsema, demam, sakit tekak sampai tak ada suara nampaknya memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Dah tiga kali jejak kaki ke Mekah dan tiga kali tu juga aku dapat batuk dan sakit tekak yang berpanjangan dan tak baik-baik walaupun dah minum banyak air zam-zam yang sejuk atau pun tak sejuk. Masih tak mujarab. Mungkin itu ujian daripada Allah s.w.t. supaya aku menjaga percakapan. Aku kan banyak cakap, banyak complaint. Bila dah sakit tekak baru tahu nak diam.. hikssss.. :)

18.  Kali ni tak banyak gambar yang aku berjaya snap. Entah lah, tak ada mood nak bergambar sangat. Mungkin sebab letih bersesak-sesak jadi dalam kepala fikir nak selesaikan ibadat je. Lagipun sejak dah MAKIN GEMUK ni, aku jadi seakan fobia dengan kamera. Nak selfie lagi lah jauh sekali. Terkilan juga sebab tak banyak gambar yang boleh dibuat kenang-kenangan pergi Umrah kali ni. Tapi tak apa lah, ada hikmah juga tak banyak gambar jadi tak banyak boleh 'menunjuk'... ehh.. :p

Tapi kan, cuba korang tengok macam Neelofa tu, pergi tunaikan Haji dah la dengan quota Furada. Pergi dengan pakej yang mahal dan selesa. Dapat masuk Raudhah secara in person. Lepas tu cantiiiiiikkkkkk je 24 jam walau tanpa make up. Suka aku intai-intai instagram Neelofa sepanjang dia tunaikan Haji tu. Sejuk je mata memandang. Untungkan dia, tak penat agaknya jadi cantik.. hehehehehee..


Kalau aku, dengan muka sememeh.. telekung dengan jubah tak match color.. dengan camera tak canggih.. sedihhhh je tengok gambar sendiri.. naik stress pula bila setiap kali nak bergambar sebab tak dapat shoot yang cantik-cantik.. hahahahahaa.. muka bulat aku ni je dah penuh frame.. camno...?!! :p

Seperti kebanyakkan orang yang dah pernah sampai di Tanah Suci, aku juga sama. Ketenangan dan aura kedamaian di dua Tanah Suci ni sentiasa melambai-lambai hati dan menggamit keinginan untuk pergi dan pergi ke sana lagi. Orang kata, kalau dah pergi sekali mesti nak pergi lagi dan lagi. Aku pun begitu lah juga. Setiap kali ada je rasa yang tak puas dan tak cukup. Ada sahaja yang membuatkan kita nak perbaiki amalan dan perbuatan kita di sana. Setiap kali tu berazam "kalau ada rezeki datang lagi, aku nak buat lebih baik.. nak beribadah lebih banyak.. nak perkemaskan Umrah.. dan sebagainya.."

Jadi aku harap ini bukan kunjungan ibadat aku yang terakhir. Aku nak pergi lagi. InsyaAllah kalau memang Allah s.w.t. rezekikan aku dan keluarga, aku harap dapat ke sana setiap dua atau tiga tahun sekali bergantung kepada keadaan dan kesihatan. Soal masa dan duit, boleh cari dan boleh diusahakan.. betul tak..? Aku cemburu tengok mereka yang berduit tu dah la dapat pergi buat Umrah setiap tahun, pergi dengan pakej mahal pula tu. Turun-turun hotel je terus pijak lantai perkarangan masjid. Untung sangat.

Marilah kita sama-sama menanamkan azam dan kesungguhan untuk bekerja lebih kuat lagi, menabung dengan lebih gigih lagi supaya dapat ke Tanah Suci setiap tahun. InsyaAllah.. Aamiin Ya Rabb.. :)

Okey, habis dah cerita Umrah Aidilfitri aku... Semoga bermanfaat.. 
Assalamualaikum..

(^___^)"


PS : kalau ke sana lagi terutama di bulan Ramadhan, bawa la duit banyak-banyak.. bukan untuk shopping tak tentu hala tapi untuk BERSEDEKAH.. seronok tau perasaan dapat bersedekah tu walaupun sekecil-kecil benda.. Mudah-mudahan murah rezeki kita dapat ke sana lagi.. Aamiin.. :)


Share:

Umrah Bulan Ramadhan Dan Aildilfitri Di Tanah Suci (I)

Sebenarnya nak lunaskan janji cerita pasal beraya kat Tanah Suci. Bukan raya Aidiladha ye, raya Aidilfitri.. hahahahaha..! Lama gila peram cerita sampai bulan Aidilfitri pun berlalu, malah Aidiladha pun dah lepas dah.. Tak kedengaran laungan takbir raya lagi.. hehehehehe. Maaf lah hutang lama sangat tertangguh maklum saje mood aku tak berapa baik sejak sebulan dua ni. Bila ada mood tak sempat pula nak update blog, gitu lah putaran hidup manusia kadang kita di atas, kadang kita di bawah.. ehh.. tetiba..!

Aku cerita la sikit eh.. bagi puaskan hati yang menunggu-nunggu cerita Aidilfitri aku kat Mekah tempoh hari (ada ke yang tunggu.. kehhh..!!) Tapi jujurnya aku dah lupa apa aku nak cerita. Moment beraya tu masih ingat, tapi hal-hal lain yang aku dah noted dalam kepala tu yang dah lupa. Maaf sekali lagi, aku jenis tak simpan memori sangat sebenarnya (baca : pesen pelupa).. denggggg..! Ok jom start....


Sebelum tu. bagi yang belum baca memori aku berpuasa di Madinah boleh KLIK ENTRY ni ye. Penat panjang lebar aku dah taip kat situ. Kalau malas baca takpe, tapi kau yang rugi..!! kahh kahh kahh.. (kenapa banyak sangat gelak nii...?) ..ok ..ok.. dah.. 

1.  Kami berangkat daripada Madinah ke Mekah sehari sebelum Aidilfitri. Pagi tu aku diizinkan Allah buat Pertama Kali dapat bersahur di dalam Masjid Nabawi sebab pagi tu aku sengaja datang awal sikit ke Masjid. Jadi masa jemaah berpusu-pusu keluar untuk bersahur, aku menyelit masuk dan dapat solat di barisan paling hadapan (atas carpet). ALHAMDULILLAH aku sangat bersyukur dan macam biasa lah, menitiskan airmata tak habis-habis sebab 5 hari sebelum tu tak berkesempatan langsung Solat Subuh dalam masjid, asyik kena solat di luar masjid (perkarangan luar) sahaja.

Sebelum ke masjid, aku dah minum air susu strawberry dan biskut coklat dua keping. Sampai-sampai masjid macam biasa aku solat sunat dulu mana yang sempat. Selesai tu ada makchik Arab hulurkan roti, kuah dal dan kurma untuk aku. Alhamdulillah lagi. Dengan rezeki tu dan air zam-zam sebotol aku bersahur dengan linangan airmata. Syukur sangat-sangat. Sedang elok aku sudah makan, azan Subuh pertama dilaungkan. Syahdunya azan pagi tu hanya Allah yang tahu.. *nangis lagi*

Selesai solat Subuh aku bergegas buat Ziarah Wida (ziarah selamat tinggal) kepada junjungan Rasulullah s.a.w. daripada luar masjid sahaja. Nak masuk Raudhah lagi tak sempat sebab Ustaz dah pesan kena berkumpul di lobi sebelum pukul 7 pagi. Nak ziarah selamat tinggal tu kena jalan jauh juga, pusing sebelah kiri masjid.. jalaaaaaaaannnnnnn kaki sampai nampak Kubah Hijau. Daripada perkarangan masjid tu, aku menghadap kiblat dan berdoa. JANGAN menghadap kubah hijau tu pula ye.. ingat tu...!!

Masa tu "cakap-cakap lah dengan Rasulullah s.a.w." dan rasakan keberadaan Baginda di situ. Jangan lupa mulakan dengan Salam -- Al-Fatihah -- Selawat -- dan seterusnya berdoa lah. Aku minta KETENANGAN hati. Aku minta Allah s.w.t. berikan aku ketenangan hati macam Baginda, kebesaran jiwa yang pemurah dan penyayang macam Baginda. Aku minta mudah-mudahan Allah s.w.t. buangkan jauh-jauh sifat panas baran aku, sifat tak menyabar aku, sifat selalu fikir negatif tak kena tempat dan macam-macam lagi. Tapi paling utama, aku minta ketenangan hati dan minta-minta Allah s.w.t. jemput aku ke Bumi Bercahaya yang aku cintai ni lagi nanti.

2.  Proses nak naik bas, punggah beg, dengar taklimat dan bla bla bla tu agak kurang tersusun. Naik stress juga sebab lama berdiri. Tapi istighfar banyak-banyak itu je ubatnya. Aku pun tak faham kenapa urusan tu tak boleh dimudahkan. Petugas Andalusia ke hulu ke hilir siapkan itu ini begitu begini, semoga Allah s.w.t. berikan ganjaran pahala melimpah-ruah buat mereka. Dah la dalam bulan Ramadhan, mudahkan urusan orang nak buat Umrah.. Ya Allah, untung Andalusia pilih mereka.. :)

Sambil tunggu semua urusan berangkat selesai, kami sempat dengar taklimat ringkas daripada Ustaz Dato Hj Daud Che Ngah sendiri. Ini kali ketiga aku jumpa Ustaz Daud secara live. Dia nampak keletihan. Kalau tak silap, dia baru sampai daripada Mekah bawa jemaah VIP yang menunaikan Umrah di 10 malam terakhir Ramadhan. Dia singgah sekejap di Madinah sebelum berangkat balik ke Malaysia petang tu. Kira-kira pagi raya Ustaz Daud akan tiba di KLIA. Best nya....!! *imagine*

3.  Berangkat menuju ke Mekah pukul berapa aku tak ingat, tapi sudah agak lewat juga. Cuaca dah panas masa tu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan singgah dua kali sahaja iaitu di Bir Ali untuk Miqat (berniat Umrah). Kali pertama aku menunaikan Umrah tahun 2014 dulu, aku sesat di Bir Ali ni.. hahahahahaha. Masuk pintu lain, keluar pintu lain.. memang la sesat..! Berpusing-pusing kami mencari bas. Semua nampak sama sahaja. Sampai Ustaz Mutawwif yang bawa kumpulan kami tu penat cari kami. Rupanya kami dah sampai belah barat sedangkan bas kat belah timur. Sadis..!

Kali ni, aku beringat dan tak nak sesat lagi. Malu lah muda-muda pun sesat.. hehehehehee. Aku tak ambil banyak masa di Bir Ali sebab cuma berwudhuk dan kemudian solat dua rakaat. Naik bas baru aku niat ihram. Lepas tu kami singgah di R&R untuk solat Zohor. Cuaca masa tu Ya Allah panasssssss...! menyucuk atas kepala dan tiba-tiba aku rasa sahur tadi aku tak minum cukup air. Hausnya hanya Allah s.w.t. yang tahu.

Satu hal tentang R&R kat negara Arab ni.. tak cantik dan smart macam kat Malaysia ya, harap maklum. Keadaan surau agak daif dan berdebu sementah bercarpet penuh. Jadi pandai-pandai la masa nak solat tu cari ruang yang bersih untuk solat. Tak bersih maksud aku bukan lah bernajis, jangan salah faham pula. Pun begitu keadaan toilet dan tempat wudhuk sudah JAUH LEBIH BAIK berbanding tahun 2014. Alhamdulillah ada peningkatan. Cuma air paip memang panassssss...!! hati-hati bila nak beristinjak.. hehehehehe.. :p

4.  Alhamdulillah kami tiba di bumi Mekah Al-Mukarramah menghampiri waktu Asar. Keadaan Mekah waktu tu panas dan padat..! Jemaah di mana-mana. Di tepi jalan, di kaki lima hotel, dalam kenderaan, berjalan kaki.... penuh manusia di mana sahaja mata memandang. Dah macam musim haji..! Aku masa tu dah risau dan berdebar-debar sebab takut tak boleh nak masuk Masjidil Haram dek kerana kepadatan jemaah. Aku kalau boleh tak nak berada dalam ihram lama-lama sebab bimbangkan pantang larang di dalam ihram selain kalau boleh nak sangat-sangat tunaikan Umrah semasa masih dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah pahala satu Umrah di bulan Ramadhan bersamaan satu pahala menunaikan Haji. Mesti la nak... kan..?!!

5.  Tiba di hotel, proses check in dan menunggu lift yang macam kura-kura memakan masa hampir satu jam. Bayangkan..! Kenapa lama sangat..? Sebab check in hotel di sana bukan macam hotel di Malaysia ya. Selain daripada kepadatan jemaah Andalusia tu sendiri. Jumlah keseluruhan kumpulan kami 4 buah bas semuanya, nak check in semua jemaah dari 4 buah bas ni bukan mudah. Dengan beg-beg lagi, dengan jemaah ada yang nak check out lagi, banyak prosesnya. Mohon bertabah. Haus..? Tahan je.. jangan merungut..! istighfar banyak-banyak. Ingat, itu sahaja ubatnya...!!

Ustaz pesan, naik bilik masing-masing dan selesakan diri tapi JAGA PANTANG LARANG IHRAM. Masuk je waktu solat Asar, terus solat Asar di bilik masing-masing. Kami difahamkan oleh petugas Andalusia yang memang sudah seminggu berada di Mekah, Masjidil Haram memang tengah padat dan sesak. Tak boleh masuk. Saf solat pun sampai ke jalan raya. Bayangkan...! Petugas Andalusia tu cadangkan kami selesaikan Umrah malam nanti selesai solat Isyak. Maknanya tak dapatlah Umrah dalam bulan Ramadhan. Tapi atas faktor keselamatan, itu lah jalan terbaik.

Pun begitu, kumpulan kami yang kebanyakkannya bukan first time sampai ke Masjidil Haram ni, ada yang dah berkali-kali sampai dan tunaikan Umrah atau Haji. Jadi masing-masing confident boleh buat Umrah sendiri-sendiri kalau terlepas daripada seliaan Ustaz. Cuma sekumpulan kecil (dalam 5-6 orang) yang pertama kali sampai jadi kena ikut Ustaz sepenuhnya. Oleh kerana masing-masing yakin boleh tunaikan Umrah sendiri-sendiri dan berazam nak juga tunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan, maka kumpulan kami 'diizinkan' untuk masuk ke Masjidil Haram dan selesaikan Umrah wajib kami.

6.  Maka bermulalah episod bersesak-sesak, bertolak-tolak dan berhimpit-himpit kami di dalam lautan manusia yang maha ramai di sekitar Masjidil Haram. Bayangkan keadaan di mana sebahagian jemaah yang selesai menunaikan solat Asar nak keluar daripada masjid dan sebahagiannya pula nak masuk masjid. Keadaan yang begitu sesak dan padat buat kami sangat-sangat cemas sehingga ada yang menitiskan airmata. Masa tu kami betul-betul bergantung HANYA KEPADA ALLAH s.w.t. Sempat atau tidak kami selesaikan Umrah sebelum azan Maghrib hari tu adalah ketentuanNya jua.




.. bersambung ..



.
Share:

Aku Dan Make-Up


Siapa yang kenal aku personally tahu yang aku bukan kaki make-up tapi bukan lah bermakna aku tak pernah make-up langsung dan bukan juga kerana aku 'bermusuhan' dengan make-up selama ni. Cuma ada beberapa hal yang buat aku dengan make-up seolah-olah bermusuh. Jom aku cerita sikit apa pandangan aku tentang make-up selama ni......

1.   Majlis pertunangan aku 6 tahun lepas BUKAN lah satu moment yang manis sangat untuk diingat bila tiba bab make-up. Tak nak ulas lanjut, nanti sakit hati kembali berbunga. Kesimpulannya aku sebenarnya tak puas hati dengan hasil solekan masa tu, muka aku jadi BADUT... huhh..!! Maka, jangan tanya mana gambar aku masa bertunang. Sakit hati..!

2.   Tapi rata-rata yang datang majlis bertunang aku tu tak ada la komen atau kutuk solekan tu. Cuma diaorang kata "muka ain nampak lain la... LAIN SANGAT.." so, aku paham-paham sendiri lah betapa badutnya muka aku masa tu. Sendiri tengok kat cermin pun terkejut. Macam mak nyah pun ada, padahal yang solek kan aku tu kakak original tau bukan 'kakak separuh-separuh'... hahahahahaaa... :p

3.   Ironinya pula, masa majlis nikah dan sanding aku 3 bulan lepas bertunang tu, aku still ambik mak andam yang sama. Kenapa la 'slow' sangat akal aku berfikir time tu.. denggggg..!! Maka solekan masa kahwin pun agak BADUT juga. Aku tak suka tapi mulut ni berat nak membantah. Tu la masalahnya. Tapi solekan masa kahwin better sikit lah daripada masa bertunang sebab aku dah minta awal-awal secara lemah lembut yang aku nak solekan simple je a.k.a solekan nipis bukan macam badut...!

pun begitu banyak pula 'mulut-mulut terlebih gula' yang komen macam ni ; ehh.. jadi pengantin kena la make up tebal sikit baru naik seri.. atau.. kena make up tebal sikit sebab nak cover jerawat-jerawat ain ni.. atau.. make up tebal la sikit nanti dalam gambar cantik.. dan bla bla bla.. macam-macam lagi komen ala jurumake up professional yang akhirnya buat aku malas nak pertahankan kehendak aku sendiri. Ahh.. aku wanita insan yang lemah.. gituuuuwww...

4.   Aku rasa aku jenis tak cantik semulajadi, jadi make up la macam mana pun tak akan nampak cantik macam orang lain. Aku rasa lah. Cuba tengok Siti Nurhaliza, Neelofa, Fatia Latiff, Mira Filzah dan ramai lagi tu.. tak make up pun cantik u ollsssss...!! Untung kan mereka yang memiliki kulit wajah semulajadi sihat dan cantik ni. Beruntung sangat.. :)


5.   Aku tak pandai make up sendiri. Sebab aku malas nak belajar macam mana nak make up dengan betul -- macam mana nak pilih make up yang sesuai dengan kulit muka aku -- dan aku malas nak berlama-lama kat make up stall tu sebab nak belek-belek barang make up -- kesimpulannya AKU MALAS...! hahahhaa.. dasaaaaarrrrr...!

6.   Aku rasa barang-barang make up ni MAHAL dan agak membazir kalau nak keluar beratus-ratus ringgit untuk beli make up. Lepas pakai make up tu nanti bila nak solat kena cuci juga kan make up tu semua.. kan membazir tu..!! duit tu semua.. duit...! lolss..

7.   Muka aku jenis berminyak dan BERJERAWAT jadi nak make up bukan senang tau. Kalau orang lain make up tak sampai 15 minit, aku mungkin perlukan lebih 30 minit untuk selesai make up. Tepek foundation je 15-20 minit tau sebab banyak nak kena 'tampal' dan terpaksa pakai foundation ber'layer-layer'. 

8.   Fakta membuktikan jerawat bukan disebabkan oleh make up sedikit menggembirakan aku sebab selama ni aku takut nak cuba make up sebab aku takut jerawat aku makin teruk. Tapi berbalik kepada pemilihan make up yang betul dan sesuai la kan. Kalau kau main belasah je pakai make up entah apa-apa bukan jerawat je makin teruk, kulit pun boleh jadi 'sakit'... tak baca surat khabar ke..? macam-macam berita pasal produk kecantikkan penipu kan..

9.   Walaupun aku tak bermake up tapi aku selalu kagum dengan orang yang rajin make up ni tau. Aku suka perhatikan diaorang make up dengan gigih. Make up ni HASIL SENI juga ye, jangan tak tahu. Jadi kena la hargai mereka yang rajin make up. Bukan sikit-sikit masa dan kos yang dah dilaburkan untuk nampak cantik.

10.  Aku suka make yang "make up like no make up" tu.. dah beberapa kali aku tengok kat Youtube. Memang nampak natural je muka. Tapi untuk mereka yang berkulit cantik halus mulus sesuai la kan. Kalau kulit macam aku ni lupa kan je lah nak make up like no make up tu... hehehehehee.


11.  Tapi kalau dah perempuan tu, perempuan lah juga. Tak banyak sikit mesti suka kepada kecantikan dan keindahan. Perempuan dan make up tak boleh dipisahkan. Aku tak suka bermake up tak bermakna aku tak suka make up.. hehehehehee. Sesekali tu terpanggil juga hati ni nak bermake up dan belajar selok belok dunia make up yang betul... siapa volunteer nak ajar saya..?? hehehehee.. :)

12.  Aku percaya make up ni salah satu SENJATA perempuan untuk tampil confidence dan nampak professional. Aku sendiri lah kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang bekerja, rasanya aku ni macam makchik cleaner je gayanya. Tak ada gaya macam orang bekerja pun. Sedih tak..? Bila tengok kawan-kawan lain yang cantik bergaya dan bermake up tu memang ada rasa rendah diri sikit tapi pujuk la hati perlahan-lahan. 

13.  Bila perempuan make up kan automatik rasa bersemangat dan CONFIDENT tu datang. Macam mana stress pun kerja hari tu tapi bila tengok diri sendiri kat cermin, datang balik semangat tu. Tapi orang macam aku yang malas make up ni dah la selekeh, stress pula kat tempat kerja.. bila tengok muka kat cermin alahaaaiiii rasa nak tumbuk je cermin tu.. bertambah stress..!! Jadi kuasa make up sebenarnya bukan biasa-biasa bagi seorang perempuan.


14.  Aku harap satu hari nanti aku diberi kekuatan dan kerajinan nak bermake up. Bukan make up tebal-tebal macam pramugari kapal terbang pun, maksud aku make up yang simple tapi dapat bagi kekuatan dan confident untuk diri aku. 

15.  Apa-apapun.. yang penting ingat batas-batas sebagai seorang perempuan muslim jangan sampai melampaui had yang sepatutnya. Ustazah kata ; perempuan yang bekerja ke luar rumah ni perlu bermake up supaya orang rasa selesa bekerja dengan kita bukan bermake up untuk buat orang jatuh cinta pada kita.. fikir-fikirkan.. :)


.. see, kalau bebel pasal make up kemain panjang berjela lagi.. konon je tak suka make up kan..! tiba-tiba ada video tutorial make up lepas ni... hahahahahaa.. what the pfffttt...!! :p




.

Share:

Nak Terbang Ke Terengganu

Meh la nak bebel sikit..

I.
Kenapa lah aku suka sangat nak jadi macam orang lain..? Kenapa aku selalu rasa hidup orang lain tu best je sedangkan hidup aku BOSAN dan tunggang-langgang. Aku nak semua yang orang lain tu ada, daripada sekecil-kecil benda sampai yang besar-besar. Contohnya ; rumah. Ya, aku nak rumah orang tu. Yang sebijik sebulat sepetak macam rumah orang tu. Kenapa aku ni..?

Rasa macam looser giler. Tak ada identiti diri kah aku ni..? atau terlalu tamak kah..? atau gila meroyan apa aku ni tak reti-reti NAK BERSYUKUR dengan hidup yang Allah dah bagi pinjam ni. Kenapa ko Ain...??!!! 

II.
Aku sedih baca cerita Fafau tak jadi kahwin. Lagi sedih bila baca komen-komen manusia hati kering kat ruang berita-berita online tu. Kurang ajar nya korang ni..! Ada ke kata, Fafau tak jadi kahwin sebab dia kasar, siapa-siapa pun tak sanggup kahwin dengan dia. Ko duduk celah ketiak Fafau ke yang kau tahu sangat segala hal pasal dia..?? Aku sumpah ko jadi peti mayat..! mampos ko situ..!

Lagi sedih bila baca berita Safiey Illias nak jadi pondan balik, aduuuuhhhh...!! remuk redam hati aku. Padahal aku bukan pengguna Perlaking dia.. Tapi aku sedih..! Aku sedih sebab dia mengalah kepada keadaan walaupun aku boleh faham 'kepayahan' dia melawan dunia yang kejam ni, tapi kenapa mengalah dik..?

Macam satu komen yang aku baca kat facebook dia.. "dulu masa jadi pondan tak kisah pun apa orang nak mengata, kenapa bila dah kembali fitrah pula Safiey mesti nak ambik kisah apa orang mengata.. berubah lah kerana Allah bukan kerana manusia.."

Aku setuju dengan komen tu (siap klik Like) tapi pun begitu, aku rasa dah terlambat nak nasihatkan Safiey dengan ayat-ayat macam tu. Dia dah nekad nak jadi pondan balik, ingat dia tak fikir panjang ke...? Dan dia buat semua tu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dia sendiri.. SAHAJA..!

Aku nak jadi macam Safiey juga lah, aku nak balik rasa TERCARI-CARI ALLAH tu.. best apa feeling tu.. dan aku nak delete semua manusia-manusia negatif kat facebook aku tu. Peduli apa aku. Nak kecik hati ke apa. Facebook aku suka hati aku kan..? Sebab aku dah bosan la tengok manusia hipokrit kat facebook ni. Tak pun, nak senang aku delete je akaun facebook tu. Baru aman hidup aku (kot)...!

Saya dah penat jadi baik...! gituueewww...!! ahaakksss..

III.
Update sikit pasal kesihatan mental dan emosi aku. Tak tahu kenapa seminggu dua ni aku macam okey sikit. Happy. Tenang. Biasa. Rasa okey lah. Ehh.. aku tengah berfikir-fikir nak business balik. Alah jadi dropship je lah, bukan nak beria pun. Sebab aku fikir, kalau aku sibuk dengan business baru la fikiran aku tak kosong sangat. Bila fikiran tak kosong sangat jadi tak ada la masa aku nak fikir bukan-bukan lagi. Aku kena isi masa ni, kalau tak, aku gila..!

Tapi Dr. Azizan Osman pesan kalau nak buat business -- buat business apa yang kamu suka..!
Apa yang aku suka..? Aku pun tak tahu...!!

Dan.. niat nak berhenti kerja MASIH berkobar-kobar..! ya, masih dan tetap menjadi aim aku yang paling utama. Setakat ni aku tetap dengan tabiat lama, datang kerja lambat sesuka hati aku lepas tu rasa bersalah dan kemudian stress seharian. Datang lambat, balik sharp on time. Peduli apa aku. Duduk office pura-pura sibuk pun rasa berdosa jugak.....!

So, nak berhenti keje..! nak berhenti keje..! (zikir 44 kali sehari)

IV.
Pokchik kat Terengganu ni sejak Isnin. Baru 3 hari dah rindu tahap gaban. Betul lah orang tua-tua kata, kekasih hati ni kalau depan mata asyik nak bercakar je.. tapi bila berjauhan rindu-rinduan pula. Aku sampai rasa nak suruh Pokchik tu stop la keje outstation-outstation ni...! Aku tak suka la dia asyik out station je, sebab setiap kali hantar dia kat airport setiap kali tu aku akan ada rasa berdebar-debar-risau-berkecamuk-mimpi kapal terbang terhempas-kapal-terbang-hilang-dan macam-macam lagi perasaan yang tak best. 

Dia boleh je arahkan staff bawah dia yang pergi out station tu, dia kan ketua. Dia patut duduk pejabat je sign-sign dokumen (macam dalam drama-drama melayu tu) tapiiiiiiii.. Pokchik ni nature dia memang suka out station. Mende entah..! tapi kan sebenarnya kan, aku suka juga dia out station tu sebab boleh la aku menepek sekali. Aku pun suka berjalan-jalan.. bercuti-cuti ni.. dasaaaaarrrr malas kerja kan..!!hihuhihuhihu... :p

Ehh.. esok aku terbang ke Terengganu. Cuti lagi la nampaknya, esok aku halfday, jumaat aku cuti. Dalam borang mohon cuti boleh tak nak tulis "sebab bercuti : rindu kat laki".. kehh kehh..! mampos boss aku gelak pula nanti. Dan untuk kedua kalinya aku akan naik flight sorang-sorang lagi. Dulu pergi Kota Kinabalu naik Fire Fly, kali ni nak terbang ke Terengganu pula naik Air Asia. Mohon doakan lah perjalanan aku selamat sampai dengan jayanya ya.. 45 minit je pun tapi aku nevessssssssssss...! sebab tak biasa la terbang sorang-sorang... hahahahaha..

Ok, dah penat membebel
Sambung lagi nanti..!




p/s : hari tu aku ada kata nak cerita pasal raya kat Mekah dan umrah sambil berpuasa kan...? haiihhh.. aku lupa..! serius lupa.. nanti lah ehh... :)


Share:

Aku Sombong Pada Tuhan

Mari aku kongsikan peringatan simple pagi ni. Aku terima daripada whatsapp. Entah kenapa aku rasa sangat tak patut kalau aku tak kongsi dengan orang lain peringatan ni.

Selebihnya aku cuma nak ingatkan diri sendiri. Mudah-mudahan bermanfaat untuk orang lain juga..

***

02 Zulhijjah 1437H
04 September 2016M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Nilai-nilai buruk seorang hamba, jauhilah ia demi cinta Rabbil Jalil...

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى الْأَزْدِيُّ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا هَاشِمٌ وَهُوَ ابْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنِي زَيْدٌ الْخَثْعَمِيُّ 
عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ الْخَثْعَمِيَّةِ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ تَخَيَّلَ وَاخْتَالَ وَنَسِيَ الْكَبِيرَ الْمُتَعَالِ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ تَجَبَّرَ وَاعْتَدَى وَنَسِيَ الْجَبَّارَ الْأَعْلَى بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ سَهَا وَلَهَا وَنَسِيَ الْمَقَابِرَ وَالْبِلَى بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ عَتَا وَطَغَى وَنَسِيَ الْمُبْتَدَا وَالْمُنْتَهَى بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ يَخْتِلُ الدُّنْيَا بِالدِّينِ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ يَخْتِلُ الدِّينَ بِالشُّبُهَاتِ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ طَمَعٌ يَقُودُهُ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ هَوًى يُضِلُّهُ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ رَغَبٌ يُذِلُّهُ
(سنن الترمذي)


Dari Asma` binti 'Umais Al Khats'amiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda:

"Seburuk buruk hamba adalah hamba yang sombong, berbangga diri dan lupa terhadap Zat Yang Maha Besar dan Maha Tinggi.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang keras dan kejam dan dia lupa terhadap Zat Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang lupa dan lalai dan lupa akan kubur dan ujian.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang melampaui batas dan berlebih-lebihan, lupa terhadap adanya permulaan dan kesudahan.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang mencari dunia dengan mengorbankan agama.

Seburuk- buruk hamba adalah hamba yang mencari agama dengan hal hal yang syubhat.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dikendalikan oleh sifat tamak.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dikuasai oleh hawa nafsu yang menyesatkannya.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dikuasai sifat rakus yang menjadikannya hina.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Kenapa hati tidak berasa silap dan bersalah, tidak rasa berdosa, sedangkan hidup penuh dengan silap, salah dan dosa. Itulah akibatnya bila tiada kehalusan hati dan jiwa.

عن ابن مسعود ما رواه البخاري في صحيحه عنه رضي الله عنه، ورواه مسلم انه قال :

Daripada Ibn Mas'ud apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ia telah berkata:

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه.

Dosa dilihat oleh seorang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya, namun bagi seorang fajir (pendosa) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis2...

Puncanya bila:

1. Iman tidak menguasai hati
2. Tidak merasai jijiknya dosa
3. Tidak takut dengan cercaan dan azab terhadap pendosa
4. Dosa terlalu banyak dan besar
5. Memperkecilkan dosa

Justeru, didiklah dan asuhlah nafsumu, hatimu, dirimu dan mohonlah kekuatan dariNya agar jiwamu terjauh dari sifat-sifat buruk itu dan muhasabahlah dirimu...

***

Kadang-kala dalam menjalani hidup ni memang kita akan jadi SOMBONG pada Tuhan tanpa kita sedar dan tanpa kita sengaja. Perkataan-perkataan yang kita sebutkan barangkali boleh jadi asbab untuk kita menjadi SOMBONG dan lupa kebesaran Tuhan Pemilik Seluruh Alam ini. 

Aku akui sejak sebulan dua ni aku SOMBONG dengan Tuhan. Aku lupa segala masalah, sakit, kerunsingan, kebingungan semua ni datangnya dari Tuhan. Dan Tuhan tak datangkan semua ni kerana sia-sia. Tuhan tak uji aku untuk jadikan aku seorang yang SOMBONG... betul tak...? 

Aku ni pendosa. Banyak dosa. Selama ni Allah simpankan dosa-dosa aku supaya orang tak nampak aku pendosa.. sampai aku sendiri kadang-kadang tak nampak dan terlupa yang aku ni pendosa.

Besarnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. 

Aku yang sombong
Aku yang pelupa
Aku memang pendosa



.
Share: