Aku BELUM Bersedia.

Orang pesan, hari Isnin pergi kerja JANGAN pakai color biru.. nanti Monday Blues.. Ehh, peduli apa aku..! Nak pakai color biru jugaaaaakkkk.. sebab aku suka color biru dan aku rasa hari ni nak pakai color biru.. so, pakai je lah kan.. Aku tak pernah rasa mood aku dipengaruhi  oleh color baju yang aku pakai malah mood aku lebih mudah berubah kerana keadaan sekeliling yang tak disangka-sangka contohnya pagi tadi sepanjang memandu 80% aku terpaksa sepetkan mata.

Matahari memancar bukan main cantik depan mata, aku tak boleh nak buka mata macam biasa. Punya pedih menahan pancaran sang mentari sampai tubik airmato. Sang radio pula putar lagu Ramalan Ku Benar Belaka (Umberella), makin lebat airmata aku. Nape entah..! Waktu memandu memang waktu paling syok buat throwback dalam kepala.. lepas tu cakap sorang2.. senyum tiba2.. paling selalu, nangis tersedu-sedu la.. drama sangat.. huhhh..! lepas ni terpaksa la pasang tinted cermin yang lebih gelap.. malu kat orang sebelah menyebelah.. :p

Entry yang lepas pasal mimpi mengandung tu, ramai pula bagi feedback kat emel.. (kenapa tak nak komen kat entry tu eh..? Anonymous pun boleh komen kat blog aku kann.. hehehehee..) Ada yang emel aku tanya mimpi aku yang betul-betul macam mana sebenarnya. Sebab kalau aku mimpi tengah menyusukan bayi, itu tanda-tanda ada gangguan jin dalam badan. Siap suruh aku pergi berubat dengan Ustaz. Ada juga yang emel tu nasihatkan aku jangan fikir benda sedih-sedih.. jangan rasa down.. semua tu rezeki.. jangan stress.. sebab kalau stress nanti lagi susah nak pregnant.. Paling tak boleh blah, ada juga dua tiga orang yang emel aku sebab nak promote 'supplement senang mengandung' yang depa jual... siap bagi harga promosi okehh... hahahahahaa..! bijak sangat marketing plan kamu ye.. tahniah..! tapi sorry aku tak berminat buat masa ni..

Ok.

Terima kasih untuk semua feedback kalian sama ada di entry tu atau melalui emel. Walaupun kita tak kenal (sebab tak pernah jumpa each other) tapi aku hargai sangat-sangat keprihatinan korang. Serius..! korang memang baik dan caring sangat. Aku bersyukur sebab ada kalian yang always support aku walaupun secara tak nampak macam ni. Aku hargai sangat tau. Thanks again and again.. :) 

Aku tak rasa emel-emel tu annoying atau mengganggu aku pun (termasuk yang jual produk tu), cuma aku rasa terpanggil nak jelaskan perasaan aku sekarang ni macam mana yang sebenarnya. Well, aku tak sedih.. sungguh..! mimpi tu tak buat aku jadi sedih atau murung atau bad mood ke apa. Aku ok. Alhamdulillah. Aku share mimpi tu dekat entry sebab aku nak mimpi tu terakam dalam ingatan aku. Manalah tahu satu hari nanti, bila aku betul-betul dah mengandung masa tu mungkin bila aku baca balik entry tu ia akan jadi sesuatu yang manis untuk aku kenang. Mungkin waktu tu nanti aku akan tersenyum kesyukuran.. kan..? siapa tahu..

Bab buat rawatan dengan Ustaz tu, aku dah pergi Darul Shifaa.. alhamdulillah, kami suami isteri 'bebas gangguan'.. Ustaz tu cakap lah.. aku tawakal je. Aku memang ada terbaca juga bab mimpi menyusukan bayi tu. InsyaAllah, doakan aku dengan Pokchik tak ada masalah gangguan macam tu lah ye. Bab jangan stress tu, serius aku tak stress la.. jangan la lebih risau daripada aku punya risau.. hahahahaha.. aku chill je.. aku ok.. (berapa kali dah bagitahu ni).. hiksss...

Walaupun ada yang kata aku sekarang tengah 'sangat fragile' tapi tak ada lah aku rapuh sangat macam tu. Aku masih boleh tengok gambar2 baby sambil senyum, aku masih boleh dengar berita kawan2 atau saudara-mara baru lepas bersalin and tengok gambar baby mereka.. aku happy je. Tak ada lah rasa terluka ke apa. Aku rasa okey je. Aku juga masih boleh berbual pasal pregnancy, pasal susahnya bersalin, pasal seronoknya dapat baby, pasal peningnya buat persiapan sambut baby, aku masih boleh..! dont worry.. :)

Cuma satu je, aku tak suka soalan "Ko tak pergi check ke..?"

Aku lemah betul nak jawab soalan tu. Sebab soalan tu berat sangat la untuk aku jawab. Selalunya aku akan jawab "belum lagi.. nanti lah, tak berani". Sebenarnya 'tak berani' tu alasan je, hakikatnya aku tak tahu nak jawab apa. Aku dalam frasa TAK RASA nak pergi buat check ok. Tak ada rasa..! faham tak..? ermmm.. benda-benda macam ni bukan macam kau demam selsema, terus sarung instant shawl, start kereta, pergi jumpa doktor... lepas lima enam minit dapat ubat, dapat m.c. lepas tu balik rumah golek-golek depan tv..  bukan..!!

Bab-bab nak check masalah 'tak boleh mengandung' ni perlukan persiapan mental dan emosi yang sangat luar biasa. Dan nawaitu kita sebelum pergi jumpa doktor tu pun penting. Selain tu, persiapan selepas kena check tu pun kena fikir juga. Ingat senang ke..? Ingat lepas dengar penjelasan doktor tentang apa 'masalah sebenar' kau tu, kau akan boleh tidur lena macam biasa ke...? Tak semestinya beb... tak semestinya.. Sebab tu aku kata, persiapan mental dan emosi tu SANGAT penting..

Aku belum bersedia. Tu je aku nak bagitahu.
Dah jangan tanya bebanyak.

Aku tahu ada sesetengah orang memang 'mesra' doktor. Sikit-sikit jumpa doktor. Apa-apa rujuk doktor. Rasa pening-pening nak pitam sikit -- pergi jumpa doktor. Batuk-batuk manja sikit -- pergi jumpa doktor. Rasa sakit kat celah anu -- pergi jumpa doktor. Kalau doktor suruh baring lepas tu kangkang kaki sebab doktor nak check kat bahagian anu tu, dengan slumber boleh je kau mengangkang. Rasa terlalu biasa di'check' dan di'scan' seluruh badan tu yang tak ada pada aku. Bagi aku benda-benda tu semua asing dan sangat tak selesa. Sangat..!

Aku bukan jenis 'mesra' doktor.
Aku tak suka perasaan kena jumpa doktor tu walau doktor handsome tahap Aditya Roy Kapur sekali pun. Aku tak suka doktor. Sekian. Jangan tanya dah.

Aku ingatkan bagi yang lupa. Aku kahwin dengan duda anak dua. Secara logiknya, suami aku nampak macam tak ada masalah la kan..? Jadi masalahnya kat mana..? ya, sila pandang aku. Suami aku walaupun nampak cool, tapi hakikatnya dia sejenis yang tak cool langsung bila berdepan dengan masalah. Boleh faham tak..? Suami aku sejenis yang panik tak tentu pasal sampai aku yang mula-mula cool pun boleh jadi stress sebab tak tahan tengok dia punya panik. Entah apa-apa entah. Satu hal lagi, suami aku walaupun nampak matang tapi dia tak berapa pandai bab pengurusan stress. Dia kalau stress tentang sesuatu, dia boleh jadi murung semurung-murungnya sampai tak lalu makan, tidur pun mengigau, tak nak bercakap, tak nak keluar jumpa orang. Ya, suami aku macam tu orangnya.

Jadi kalau tanya lagi kenapa aku tak pergi check dengan doktor.
Jawapannya ; aku belum bersedia. BELUM. 
Aku kena fikir pasal diri sendiri, pasal suami aku yang cepat panik, pasal sebelum-semasa-dan-selepas jumpa doktor serta impaknya. Aku kena bersedia untuk tenangkan dua manusia, pujuk dua manusia tapi aku kena handle apa jua situasinya sorang-sorang. Jadi, aku belum bersedia.

Aku tahu masanya akan tiba juga satu hari nanti. Sampai bila nak rasa belum bersedia je kan. Satu hari nanti kena serah diri juga depan doktor. Sebagai hamba Allah ni, selain berdoa kita kena juga berusaha lepas tu barulah tawakal. Aku faham tu. Cuma aku harap masa tu ditangguhkan dulu. Aku masih belum puas berdoa dan merintih pada Dia yang Esa. Bab jumpa doktor tu nanti la. Satu saat nanti aku pergi juga. Jika betul-betul perlu. Buat masa ni, mohon sama-sama doakan aku. Doakan aku cepat 'lekat' jadi aku tak perlu jumpa doktor untuk hal yang aku tak selesa tu.

Jumpa doktor tiap-tiap bulan untuk tengok baby dalam rahim aku, yang tu aku suka..! 

:)



.
Share:

Masa Kita Bersama Akan Tiba

Malam tadi aku mimpi buat pregnancy test sendiri dan keputusannya ; POSITIVE ..!! airmata aku menitis satu-satu dan masa seolah-olah freeze untuk 10 minit. Bahagianya Ya Allah..! Perasaan yang tak boleh aku nak describe macam mana punya happy walau ini bukan kali pertama aku mimpi benda yang sama, tapi kan perasaan bahagia tu sangat meluap-luap macam kali pertama..! Bahagianya tu.. ya ampunnnn.. tak nak tersedar rasanya.. biar mimpi tu panjaaaaaaaannnngggg sampai bila-bila..

Mungkin korang akan kata alahh, baru tengok dua jalur merah kat pregnancy test je.. tu pun nak excited lebih..! Mungkin kecil sangat hal ni kepada korang, tapi sangat besar bagi aku. Korang tak faham tak apa, tak ada siapa nak salahkan sesiapa pun. Tapi bagi yang faham atau cuba untuk faham, aku nak bagitahu yang mimpi sesaat tu sangat membahagiakan aku. Sangat..!

Bila tersedar tu, airmata aku masih mengalir. Hangat.
Aku kesat airmata dan kelip-kelipkan mata beberapa kali sambil senyum lebar sorang-sorang. Of course benda-benda macam ni aku tak boleh share dengan Pokchik. Tak tahu lah kenapa aku tak pernah rasa nak share mimpi-mimpi 'bitter sweet' macam ni dengan Pokchik, mungkin kerana aku tak nak dia rasa benda yang sama aku rasa saat tu. Bahagia tapi pedih..! Menyucuk sampai ke dasar hati.

Hanya yang pernah melaluinya sahaja faham.
Dan hanya seorang isteri yang dah 6 tahun kahwin tapi sekali pun tak pernah 'lekat' sahaja yang faham..! Allah.. sampai saat taip entry ni pun, hati aku masih pedih.

Aku tak tahu berapa besar dan berapa lama lagi ujian Tuhan kepada aku ini dan aku tak tahu apa hikmah yang sedang menanti aku di hujung sana. Aku redha. Aku tak pernah berhenti berharap dan berdoa kepada Tuhan mudah-mudahan aku kuat dan terus kuat menghadapi ujian ini. Aku takut kepada putus asa atau buruk sangka. Minta jauhlah daripada semua sifat-sifat tu. Aku tahu Allah Maha Pengasih, Allah sayang hamba-hambaNya dan aku bukan satu-satunya hamba yang sedang diuji dengan ujian sebesar ini. 

Aku juga tahu Allah Maha Mendengar. Aku berdoa dan terus berdoa, kerana Allah sentiasa mendengar. Satu hari nanti Allah akan jawab doa-doa aku ni, aku pasti. Aku harap siapapun di luar sana yang sedang 'menduduki' ujian yang sama dengan aku, agar terus kuat dan teruskan berdoa kepada Allah. Minta dan adu kepadaNya semuanya..! Kita sama, ujian kita sama. Semoga kita saling memberi semangat dan saling menguatkan. InsyaAllah segalanya akan 'terbayar' jua satu hari nanti. Aamiin.. *senyum walaupun pahit*

Aku bangun dan kucup dahi Pokchik
Dalam hati, aku harap Pokchik juga sedang kuat mendepani ujian ini malah aku harap dia lebih kuat daripada aku dan tak pernah putus asa dengan aku. Walau dia boleh pilih untuk 'keluar' daripada ujian ini, tapi aku harap dia stay dan terus stay dengan aku di sini sampai bila-bila.

Allah, pinjamkan aku kekuatanMu.

Baby, sabar ya.. masa kita 'bersama' akan tiba nanti.
Ummi sentiasa menantikan kehadiran kamu. Sentiasa.. :)





.
Share: