DEAR ZINDAGI : Just Go To Hell Dil (lyrics with english translation)

Sepatutnya aku menulis tentang Dear Zindagi sejak kali pertama aku menonton filem ini kira-kira dua bulan lepas. Tapi disebabkan perangai aku yang suka simpan tak habis-habis ni, maka cerita tentang Dear Zindagi pun dah jadi basi dalam senarai draft entry blog aku ni. Hari ni, tak tahu apa ributnya tiba-tiba rindukan watak Kaira dan Dr.Jug. Rindu pada watak Kaira yang pernah ada dalam diri aku satu masa dulu.

Aku juga percaya, ramai antara kita (terutama perempuan) pasti tak banyak sikit mempunyai watak Kaira di dalam diri masing-masing. Kaira seorang yang emotional, almost perfectionist, degil, keras hati, pemarah, pendendam, attention seeker dan mungkin sedikit paranoid tentang apa yang disebut orang sebagai CINTA

Alia Bhatt as Kaira in Dear Zindagi

Dear Zindagi Adalah Filem Tentang 'Forgive, Forget And Move On'

Tak ramai antara kita yang mampu memaafkan dan melupakan terus semua masa silam kita yang menyakitkan. Memaafkan itu mungkin boleh, tetapi untuk melupakannya susah malah tidak mungkin. Sebab itu kita sama seperti Kaira yang 'stuck' dalam hidupnya sendiri. Apa yang terjadi di masa silam Kaira membentuk dirinya yang sangat mudah tersinggung dan rasa insecure yang membabi buta. Kasihan Kaira.

Mujur Kaira keraskan hati pergi menemui Dr. Jug untuk mendapatkan bantuan. Sekali lagi, tak ramai sebenarnya yang berani pergi 'serah diri' kepada Pakar Psikologi. Ye lah, siapa nak mengaku dirinya sakit mental, stress atau sakit jiwa.. kan..? Tapi Kaira ni keras hati. Bermula dengan masalah tak boleh tidur, putus cinta, keliru dalam kerjaya, akhirnya di tangan Dr. Jug, Kaira telah menemui 'ubat' untuk semua 'sakit' yang ditanggung selama bertahun-tahun.

Anda boleh baca ulasan filem Dear Zindagi ini di sini :

1.  Blog Amy Syeerahttp://www.amysyeera.com/2016/12/review-filem-dear-zindagi-shah-rukh.html
2.  Blog The Ladies Fingerhttp://theladiesfinger.com/dear-zindagi/



Percaya atau tidak, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Dan setiap hal yang berlaku pasti ada kunci yang boleh membukanya. Kita hanya perlu mencari di mana titik sebenar masalah itu bermula dan kemudian berusaha mencari kunci yang dapat menyelesaikannya. Kadang-kala kita tidak dapat mencarinya sendiri, kita perlukan orang lain untuk membantu kita. Oleh itu, jangan malu untuk meminta pertolongan orang lain.

Dear Zindagi : Cintai Dan Hargai Hidup Anda Yang Hari Ini

Kenapa filem Dear Zindagi ini mudah lekat di dalam hati aku, bukan sahaja kerana filem ini dibikin dengan penuh kesederhanaan, tapi dalam sederhana itu tetap sarat dengan mesej dan point-point yang memberi impak di dalam hati. Aku suka filem-filem macam ni, filem-filem yang memberikan aku sesuatu untuk difikir dan direnungkan.

1.  Masalah tak pernah habis. Berantai-rantai dan datang bertalu-talu. Keep positive and move on. Jangan ambil masa terlalu lama untuk duduk dan memikirkannya. Kita sepatutnya bangkit dan meneruskan hidup kerana sesetengah masalah itu akan selesai atau berlalu dengan sendiri.

2.  Maafkan masa silam anda dan mereka yang pernah melukai anda. Kemaafan itu akan menjadi ubat paling mujarab bukan untuk mereka tetapi untuk diri anda sendiri.

3.  Luahkan masalah anda. Cari medium yang boleh dipercayai dan luahkan semua yang bersarang dalam hati anda. Pilihlah cara yang mana anda rasa selesa, anda boleh bercakap terus, boleh tulis di mana-mana, boleh rakam suara atau video, malah ada 1001 cara lain yang anda boleh pilih. Jangan simpan masalah anda menjadi kanser di dalam diri.


Keseluruhan filem Dear Zindagi bagi aku memang memuaskan hati. Aku jatuh cinta kepada filem ini dan aku harap lebih banyak lagi filem seperti ini dihasilkan. Tidak kira filem Bollywood, Hollywood malah filem Malaysia sekalipun. Filem seperti ini patut diteruskan dan berkesinabungan.

Lakonan Alia Bhatt sangat cemerlang. Aku terus jatuh minat pada gadis kecil, ceria dan berlesung pipit ini. Kalau sebelum ni aku melihat dia sebagai gadis kecil yang masih belum matang, tetapi di dalam Dear Zindagi nampaknya Alia Bhatt lebih daripada seorang gadis dengan bakat yang besar tetapi juga seorang gadis yang sangat natural apabila berhadapan kamera. Tahniah Alia Bhatt.

Dr.Jug lakonan Shah Rukh Khan seperti biasa tak pernah mengecewakan aku sebagai peminat setia beliau. Sangat bersahaja lakonan SRK di dalam Dear Zindagi malah aku difahamkan dialog Dr. Jug ada yang diolah oleh SRK menggunakan kata-katanya sendiri. Superb..! and I Love You SRK.. of course.. :)

Tonton Video Klip Just Go To Hell Dil DI SINI

Just Go To Hell Dil (lyrics with english translation)


Yahan se kahan jaaun
Kahan main chhup jaaun
Ye aadha sa dil
Main kaise lagaaun

Where should I go from here
Where should I hide 
How should I entertain
This half(separated) heart 

Hoon khud se judaa main
Hoon khud se alahada
Ye aadha sa dil
Main kaise basaaun

I am connected with myself
I am separated from myself
How should I entertain
This half (broken) heart 

O roothe dil, roothe dil, roothe dil
O jhoothe dil, jhoothe dil, jhoothe dil
O toote dil, toote dil, toote dil
Hai kya teri mushkil
O Just go to Hell Dil

O angry heart, angry heart, angry heart
O lair heart, lair heart, lair heart
O broken heart, broken heart, broken heart
What is your problem
O just go to Hell heart 

O… just go to hell
O dil… just go to hell
Dil… just go to hell
O dil… just go to hell dil yeah…

Just go to hell…
O dil.. just go to hell
Just go to hell
Dil.. just go to hell

O dil.. just go to hell Dil…

Singer: Sunidhi Chauhan
Music: Amit Trivedi
Lyrics: Kausar Munir
Music Label: Sony Music India



Sumber Gambar  :  Google Image
Sumber Lirik  :  Lyrics Fundoo


spacer

Dangal : Kasih Sayang Seorang Ayah Yang Melahirkan Anak Perempuan Emas

Izinkan aku membuka lembaran tahun baru 2017 di blog ini dengan post tentang Dangal. Filem Bollywood yang menjadi fenomena menggoncang peminat filem-filem di Malaysia dan seluruh dunia. Aku tak terkejut sangat fenomena ni meletus sebab dulu masa Bajrangi Bhaijaan keluar pun ramai yang tiba-tiba jadi 'pengkritik professional' filem Bollywood. Sangat tiba-tiba dan sangat sinis. Gaya macam sudah tengok semua filem Bollywood yang ada.

Paling menyampah bila 'pengkritik tiba-tiba' ni suka membandingkan filem-filem hebat itu dengan filem-filem komersial Shah Rukh Khan. Hahahahahaha... kelakar..! Aku senyum sahaja. Bukan nak membela SRK sangat, tapi tak adil sangat kamu membanding-banding begitu. Ada sebab kenapa SRK di dalam Dilwale dan Dear Zindagi, ada sebab kenapa Salman di dalam Bajrangi Bhaijaan dan Sultan.. jadi tentu ada sebab juga kenapa Aamir Khan di dalam Dangal. Nak banding-bandingkan biarlah bersesuaian. Tiga aktor dengan kelebihan berbeza, karisma berbeza dan kekuatan filem berbeza. Apa salahnya kita nikmati sahaja filem-filem mereka dengan minda terbuka tanpa perlu membuat penilaian siapa lebih hebat daripada siapa.

Ok. Berbalik kepada filem Dangal.

Dangal [Perlawanan Gusti]

Sinopsis Dan Review Filem Dangal

Seperti biasa, aku tak akan bagi review ala bagi sinopsis dan ulasan babak ke babak. Korang boleh baca sinopsis filem Dangal ni di Wikipedia je. Atau boleh KLIK SINI. Lagipun aku tak nak bagi spoiler untuk mereka yang belum tonton filem ni. Aku sendiri kalau nak tengok sesebuah filem, aku tak nak baca sinopsis nanti dah tahu jalan cerita.. hehehehehe.

Ulasan lain yang tak kurang menarik kamu boleh baca di Facebook Daniyal Kadir ini atau di blog Zaim Terbang ini. Tapi bagi aku, ulasan paling memikat jiwa daripada hati seorang ayah yang halus dapat di baca melalui ulasan Ammar Kamilin ini. Malah ada banyak lagi ulasan tentang filem Dangal ni, tapi hati-hati.. ada ulasan yang merapu..! 

Lakonan Babita, Geeta dan Omkar di zaman kanak-kanak sangat mantap

betul lah kata bidalan ; mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Dangal Filem Cukup Rencah 

Macam yang aku pernah sebut dulu, sebuah filem yang bagus dan memenuhi filem 5 star bagi aku mesti mempunyai rencah dan perisa yang cukup. Filem yang bagus, skrip kuat, cinematography hebat malah barisan pelakon kelas A sahaja tidak cukup jika semua itu tidak diadun sebati dan ditambah hias dengan rencah dan perisa yang disukat tepat. Di dalam Dangal, aku menikmati segala rasa tersebut dengan sepuasnya.

Dalam serius itu ada keazaman yang padu. Dalam ketawa itu ada kasih sayang. Dalam menangis itu ada inpirasi terdiri. Dalam kerisauan ada kepercayaan. Dalam putus asa itu tetap ada impian yang digenggam. Aku ketawa dan menangis menonton Dangal. Rasa kekeluargaan yang sudah lama aku rindukan sejak arwah ayah pergi. 

Dangal kini masuk dalam senarai filem yang aku boleh tonton berjuta kali tanpa jemu.. :)

babak pertarungan Geeta di lapangan antarabangsa. Hebat..!

Berbeza dengan Sultan, di dalam Dangal scene bergusti dirakam dengan lebih menarik dan kemas. Nampak real. Tak banyak camera-trick di situ. Selain daripada itu, di dalam Dangal kita 'diajar' tentang sukan gusti ni secara tidak langsung daripada asas hingga cara kiraan markah di dalam kejohanan besar. Aku sebelum ni tak berminat langsung nak tengok sukan gusti, bertumbuk dan bergomol pun dikira sukan ke..? tak paham...! :p

Terima kasih Dangal, sekarang aku mula memandang tinggi sukan gusti dan menjadi pengajaran untuk aku. Apa-apa sukan pun kalau tak kenal maka tak cinta kan. Jadi jangan cepat sangat judge..! Tapi saje nak bagitahu aku masih tak faham dan tak minat nak tengok sukan tennis, golf, racing motor/kereta dan lain-lain sukan mahal tu. Still tak paham..! hahahahahaa..

dari kiri : Nitesh Tiwari (pengarah), Geeta, Babita, Aamir Khan, Mahavir Sigh Poghat

Namun yang paling menarik dan menjadikan Dangal sebuah filem yang cukup rencah dan rempah ratusnya tentulah kerana tema kekeluargaan yang ditekankan. Aamir Khan meneruskan kecemerlangan lakonan yang tidak mampu dipertikaikan lagi. Mainan emosi di bahu Aamir Khan akan mengingatkan kita kepada ayah sendiri. Ada tegas, ada lucu, ada bersahaja, ada airmata malah ada beberapa scene yang menunjukkan Aamir Khan dalam mood 'hati kering' pun sangat real..!

Besar betul bakat lakonan yang Allah s.w.t. berikan pada seorang lelaki bernama Aamir Khan, daripada sepasang mata sahaja dia mampu menyampaikan emosinya. Mata dia baru berkaca-kaca, kita yang penonton ni dah berjurai-jurai airmata basah-basah tudung. Kredit juga harus aku berikan kepada barisan pelakon yang lain terutama Geeta, Babita dan Omkar. Tak lupa kepada watak isteri Aamir Khan dalam filem ni. Semua cemerlang. Omkar tu, kelakar tahap tak boleh nak terbelah langit..! terkekek-kekek aku gelak bila tiba scene si Omkar tu. 

Senang kata, semua pelakon dalam Dangal ni hebat dan seimbang.

Dangal dengan tema kekeluargaan, semangat sukan dan pelajaran hidup

Isipadu Filem Dangal Dan Pelajaran Hidup

Dangal mengingatkan aku tentang..

1.  Kasih sayang ibu bapa mengatasi segala-galanya. Walau berapa banyak kita telah mengecewakan dan melukakan hati mereka, percayalah mereka masih sanggup mati untuk kita. Diam seorang ibu kerana dia sayangkan kita, garang seorang bapa juga kerana dia sayangkan kita dan mahu lihat kita jadi manusia berguna. Bukan untuk senangkan mereka, tapi untuk senangkan kita sendiri juga bila mereka dah tak ada di dunia ni nanti. 

Aku semakin faham bahawa naluri seorang ibu ni tak ada fikir lain tau.. yang mereka fikirkan hanyalah tentang kita ni anak-anaknya. Mereka fikir kalau mereka tiba-tiba 'tak ada' nanti macam mana dengan kita. Itu je dalam kepala mereka..!

2.  Cita-cita kita yang tak tercapai tu jangan letak atas bahu anak-anak. Satu tahap nanti mereka akan memberontak dan lari jauh. Tapi buatlah mereka faham tentang cita-cita dan impian kita sama ada yang tersurat atau tersirat. Penting untuk buat anak-anak faham. Sebab bila mereka faham, mereka sendiri yang akan kejar cita-cita tu untuk kita.

3.  Dalam hidup ni kita akan jumpa dengan banyak guru. Macam-macam kaedah pelajaran yang akan kita temui. Ada yang ajar cara A, esok lusa ada yang ajar cara B. Mana-mana cara pun kalau kita faham ASAS (foundation) nya, InsyaAllah kita akan temui jawapan dan kejayaan. Selalunya benda-benda asas ni diajar daripada awal iaitu daripada sejak kita kecil. Jadi ingat baik-baik foundation yang telah diajar kepada kita sebelum ni, itu lah akan menjadi asas untuk kita lakukan apa sahaja di masa akan datang.

Berapa ramai antara kita yang masih ingat nama-nama cikgu sekolah rendah dulu..? Masih ingat nama ustaz atau ustazah yang menjadi orang pertama sekali mengajar kita Alif Ba Ta...?

true friends...! love both..! :)

Perbandingan Filem Dangal Dan Sultan

Filem Dangal dan Sultan walaupun sama-sama mengangkat martabat sukan gusti di India, tetapi cara garapan kedua-dua filem ini tidak sama. Filem Sultan lebih komersial yang mengejar rating dan dilihat lebih bertujuan untuk mengekalkan survivor Salman Khan di dalam industri filem. Manakala filem Dangal lebih serius dan condong kepada 'filem mengejar award' malah turut mengukuhkan nama Aamir Khan sebagai pelakon paling cerewet di Bollywood.

Bagi aku Dangal dan Sultan sama-sama hebat dan menghiburkan. Kedua-dua filem ini dihasilkan dengan penuh ketekunan. Tidak ada yang lebih baik daripada keduanya. Sama-sama mantap dengan cara tersendiri. Tahniah Salman, tahniah Aamir. Di antara keduanya terselit Shah Rukh Khan dalam Dear Zindagi.. hahahahahaa.. tunggu aku review filem ni nanti. Syukurlah SRK tak pilih untuk jadi pengusti juga. Kalau tidak 'bertanding 3 penjuru' pula 3 hero ni... kahh kahh kahh.. :p

Apapun sekali lagi, Dangal is the best in 2016..!!
Filem mesti tonton..! bukan peminat filem Bollywood je mesti tonton tetapi peminat filem keseluruhannya mesti tonton Dangal dan temui sendiri kekuatan diri anda di dalam filem ini. Dangal bisa keluar dari kebiasaan filem hindustan, anda juga perlu keluar dari kebiasaan.





Gambar semua daripada Google Image.

spacer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...