5 Langkah Mencintai Kerja Yang Kau Tak Sukai

Selalu kita dengar dan baca kata-kata nasihat seperti ini "Kalau kita tak dapat apa yang kita sukai, maka suka lah apa yang kita miliki.." Dan selalu juga kita memujuk hati untuk menghadam kata-kata tersebut dengan beranggapan itu sahaja yang kita mampu lakukan. Kalau tak suka apa yang kita miliki, nanti dikata tak pandai bersyukur. Manusia tak tahu bersyukur ni nanti hidup susah, kemudian kita dimomokkan pula dengan kata-kata separa mengugut seperti : "Kalau kau tak tahu bersyukur, nanti Allah tarik balik nikmat yang kau dah dapat tu. Padan muka."  (mohon baca dengan intonasi sedikit drama queen.. baru lah real..!)

5 Langkah Bagaimana Mahu Mencintai Kerja Sendiri

Mari aku ajarkan beberapa langkah efektif yang boleh diamalkan untuk menjadikan kau manusia yang tahu bersyukur dengan apa yang sedang kau kerjakan saat ini. Tak susah pun cara yang aku nak ajarkan ni, yang penting perlu ada ketabahan, kecekalan, telinga yang tuli serta hati yang kering sekering-kering tanah gersang.

Mari kita cuba bersama-sama teknik ini..

1.  Berhenti membuat perbandingan kehidupan anda dengan kehidupan makhluk lain waima 'cacing duduk dalam tanah pun ada makanan'. Sebab hidup kita mana sama dengan orang lain apatah lagi dengan cacing, siput babi, ulat, belangkas dan lain-lain. Simple.

2.  Cari dan senaraikan kebaikan-kebaikan dan keberuntungan kita. Kalau perlu tulis besar-besar dan tampal senarai tu di dinding bilik, di tepi cermin solek mahupun di atas dashboard kereta. Setiap kali rasa down, ulang baca senarai tersebut.

3.  Ukur baju di badan sendiri. Kalau dah gemuk, mohon kuruskan badan. Kalau tak, nanti dah jadi mayat, kesian kat jemaah yang nak tolong angkat kau ke kubur persemadian. Beringat-ingat la. (macam dah keluar topik, tapi tak apa.. aku percaya pembaca-pembaca blog ni bijak semuanya)

4.  Senaraikan semua tanggungan dan hutang piutang. Setiap kali rasa berat bontot nak pergi kerja, setiap kali nak pura-pura demam selsema dan fikir nak pergi 'beli' m.c. sahaja, cepat-cepat baca senarai hutang tu. Semoga insaf..!

5.  Kurangkan mentelaah media sosial terutama FB dan IG. Kalau perlu tutup terus akaun media sosial tu. Tak berfaedah semua tu. Hidup akan lebih aman, tenang dan tiada stress tanpa media sosial, tv dan politik.. eh..! :p

haaaaa... tu je 5 cara.. senang kan..? kan..?
*hantuk kepala kat dinding*

Sebenarnya aku tulis ni sebab kepala aku serabut. Aku stress dengan kerja yang sedang aku buat sekarang ni. Bukan stress tu sebab banyak kerja tapi stress sebab tak ada kerja. Bukan juga stress sebab kerja aku ni berat sangat, tapi stress sebab aku TAK SUKA kerja aku ni. Berjuta kali dah aku zikir pasal benda ni. Aku rimas. Aku lemas. Tapi aku tak boleh keluar daripada kepompong ini sebab (sila baca nombor 4 di atas)

Orang kata "tak apa lah kalau kau berhenti kerja, laki kau pegawai.. gaji besar.." aku akan jawab "kepala bana kau..! laki aku kerja siang malam nak tanggung aku sorang je ke..? lagipun aku yang buat hutang, aku la bayar. Kenapa nak suruh laki bayarkan pula. Gila..!"

Maka, tersepitlah aku dalam kesempitan ini.
Setiap pagi aku renung diri depan cermin. Lama. Aku mencari-cari nilai lain dalam diri aku. Tak adakah bakat lain yang ada pada aku ni selain menghambakan diri kepada kerja makan gaji..? Tak ada langsung kah...? Panggggggg.....!! lempang diri sendiri.

Aku menjerit. Menangis. Dan meraung dalam hati.
Aku semakin hilang dalam kebingitan diri sendiri yang tak pernah surut.
Aku lemas. Aku hanyut.
Masa berjalan. Aku semakin tua.
Aku semakin hilang impian dan cita-cita.
Hidup tanpa cita-cita, seperti mati tapi bernyawa.

Sekian.




...

Share:

5 comments:

  1. Bersyukur tu mudah disebut tapi susah nak buat sebenarnya. Step no. 5 memang win.

    ReplyDelete
  2. aiyooo... samalah kita ni. dek dok teringat no 4 tu yang masih gigih dok hadap ketahian ini hahahhaahah.

    ReplyDelete
  3. aku dah link your blog to mine. senang nak baca, harap senang2 nanti aku bleh komen sedas dua hahaha.

    ReplyDelete
  4. I llllloveee my job.

    *statement nak bagi kau jeles*

    ReplyDelete
  5. No 4 tu betul. .. saya 'perlu' suka kerja saya sebab saya perlu gaji untuk bayar hutang... dan sebab saya tiada pilihan lain. Zaman sekarang bukan senang nak cari kerja. Tambahan dengan gaji saya sekarang. Kalau apply kerja baru belum tentu boleh dapat gaji macam sekarang. Selalunya gaji akan kembali ke tangga gaji basic.

    ReplyDelete