Izinkan aku membuka lembaran tahun baru 2017 di blog ini dengan post tentang Dangal. Filem Bollywood yang menjadi fenomena menggoncang peminat filem-filem di Malaysia dan seluruh dunia. Aku tak terkejut sangat fenomena ni meletus sebab dulu masa Bajrangi Bhaijaan keluar pun ramai yang tiba-tiba jadi 'pengkritik professional' filem Bollywood. Sangat tiba-tiba dan sangat sinis. Gaya macam sudah tengok semua filem Bollywood yang ada.
Paling menyampah bila 'pengkritik tiba-tiba' ni suka membandingkan filem-filem hebat itu dengan filem-filem komersial Shah Rukh Khan. Hahahahahaha... kelakar..! Aku senyum sahaja. Bukan nak membela SRK sangat, tapi tak adil sangat kamu membanding-banding begitu. Ada sebab kenapa SRK di dalam Dilwale dan Dear Zindagi, ada sebab kenapa Salman di dalam Bajrangi Bhaijaan dan Sultan.. jadi tentu ada sebab juga kenapa Aamir Khan di dalam Dangal. Nak banding-bandingkan biarlah bersesuaian. Tiga aktor dengan kelebihan berbeza, karisma berbeza dan kekuatan filem berbeza. Apa salahnya kita nikmati sahaja filem-filem mereka dengan minda terbuka tanpa perlu membuat penilaian siapa lebih hebat daripada siapa.
Ok. Berbalik kepada filem Dangal.
![]() |
Dangal [Perlawanan Gusti] |
Sinopsis Dan Review Filem Dangal
Seperti biasa, aku tak akan bagi review ala bagi sinopsis dan ulasan babak ke babak. Korang boleh baca sinopsis filem Dangal ni di Wikipedia je. Atau boleh KLIK SINI. Lagipun aku tak nak bagi spoiler untuk mereka yang belum tonton filem ni. Aku sendiri kalau nak tengok sesebuah filem, aku tak nak baca sinopsis nanti dah tahu jalan cerita.. hehehehehe.
Ulasan lain yang tak kurang menarik kamu boleh baca di Facebook Daniyal Kadir ini atau di blog Zaim Terbang ini. Tapi bagi aku, ulasan paling memikat jiwa daripada hati seorang ayah yang halus dapat di baca melalui ulasan Ammar Kamilin ini. Malah ada banyak lagi ulasan tentang filem Dangal ni, tapi hati-hati.. ada ulasan yang merapu..!
![]() |
Lakonan Babita, Geeta dan Omkar di zaman kanak-kanak sangat mantap |
![]() |
betul lah kata bidalan ; mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi |
Dangal Filem Cukup Rencah
Macam yang aku pernah sebut dulu, sebuah filem yang bagus dan memenuhi filem 5 star bagi aku mesti mempunyai rencah dan perisa yang cukup. Filem yang bagus, skrip kuat, cinematography hebat malah barisan pelakon kelas A sahaja tidak cukup jika semua itu tidak diadun sebati dan ditambah hias dengan rencah dan perisa yang disukat tepat. Di dalam Dangal, aku menikmati segala rasa tersebut dengan sepuasnya.
Dalam serius itu ada keazaman yang padu. Dalam ketawa itu ada kasih sayang. Dalam menangis itu ada inpirasi terdiri. Dalam kerisauan ada kepercayaan. Dalam putus asa itu tetap ada impian yang digenggam. Aku ketawa dan menangis menonton Dangal. Rasa kekeluargaan yang sudah lama aku rindukan sejak arwah ayah pergi.
Dangal kini masuk dalam senarai filem yang aku boleh tonton berjuta kali tanpa jemu.. :)
![]() |
babak pertarungan Geeta di lapangan antarabangsa. Hebat..! |
Berbeza dengan Sultan, di dalam Dangal scene bergusti dirakam dengan lebih menarik dan kemas. Nampak real. Tak banyak camera-trick di situ. Selain daripada itu, di dalam Dangal kita 'diajar' tentang sukan gusti ni secara tidak langsung daripada asas hingga cara kiraan markah di dalam kejohanan besar. Aku sebelum ni tak berminat langsung nak tengok sukan gusti, bertumbuk dan bergomol pun dikira sukan ke..? tak paham...! :p
Terima kasih Dangal, sekarang aku mula memandang tinggi sukan gusti dan menjadi pengajaran untuk aku. Apa-apa sukan pun kalau tak kenal maka tak cinta kan. Jadi jangan cepat sangat judge..! Tapi saje nak bagitahu aku masih tak faham dan tak minat nak tengok sukan tennis, golf, racing motor/kereta dan lain-lain sukan mahal tu. Still tak paham..! hahahahahaa..
![]() |
dari kiri : Nitesh Tiwari (pengarah), Geeta, Babita, Aamir Khan, Mahavir Sigh Poghat |
Namun yang paling menarik dan menjadikan Dangal sebuah filem yang cukup rencah dan rempah ratusnya tentulah kerana tema kekeluargaan yang ditekankan. Aamir Khan meneruskan kecemerlangan lakonan yang tidak mampu dipertikaikan lagi. Mainan emosi di bahu Aamir Khan akan mengingatkan kita kepada ayah sendiri. Ada tegas, ada lucu, ada bersahaja, ada airmata malah ada beberapa scene yang menunjukkan Aamir Khan dalam mood 'hati kering' pun sangat real..!
Besar betul bakat lakonan yang Allah s.w.t. berikan pada seorang lelaki bernama Aamir Khan, daripada sepasang mata sahaja dia mampu menyampaikan emosinya. Mata dia baru berkaca-kaca, kita yang penonton ni dah berjurai-jurai airmata basah-basah tudung. Kredit juga harus aku berikan kepada barisan pelakon yang lain terutama Geeta, Babita dan Omkar. Tak lupa kepada watak isteri Aamir Khan dalam filem ni. Semua cemerlang. Omkar tu, kelakar tahap tak boleh nak terbelah langit..! terkekek-kekek aku gelak bila tiba scene si Omkar tu.
Senang kata, semua pelakon dalam Dangal ni hebat dan seimbang.
![]() |
Dangal dengan tema kekeluargaan, semangat sukan dan pelajaran hidup |
Isipadu Filem Dangal Dan Pelajaran Hidup
Dangal mengingatkan aku tentang..
1. Kasih sayang ibu bapa mengatasi segala-galanya. Walau berapa banyak kita telah mengecewakan dan melukakan hati mereka, percayalah mereka masih sanggup mati untuk kita. Diam seorang ibu kerana dia sayangkan kita, garang seorang bapa juga kerana dia sayangkan kita dan mahu lihat kita jadi manusia berguna. Bukan untuk senangkan mereka, tapi untuk senangkan kita sendiri juga bila mereka dah tak ada di dunia ni nanti.
Aku semakin faham bahawa naluri seorang ibu ni tak ada fikir lain tau.. yang mereka fikirkan hanyalah tentang kita ni anak-anaknya. Mereka fikir kalau mereka tiba-tiba 'tak ada' nanti macam mana dengan kita. Itu je dalam kepala mereka..!
2. Cita-cita kita yang tak tercapai tu jangan letak atas bahu anak-anak. Satu tahap nanti mereka akan memberontak dan lari jauh. Tapi buatlah mereka faham tentang cita-cita dan impian kita sama ada yang tersurat atau tersirat. Penting untuk buat anak-anak faham. Sebab bila mereka faham, mereka sendiri yang akan kejar cita-cita tu untuk kita.
3. Dalam hidup ni kita akan jumpa dengan banyak guru. Macam-macam kaedah pelajaran yang akan kita temui. Ada yang ajar cara A, esok lusa ada yang ajar cara B. Mana-mana cara pun kalau kita faham ASAS (foundation) nya, InsyaAllah kita akan temui jawapan dan kejayaan. Selalunya benda-benda asas ni diajar daripada awal iaitu daripada sejak kita kecil. Jadi ingat baik-baik foundation yang telah diajar kepada kita sebelum ni, itu lah akan menjadi asas untuk kita lakukan apa sahaja di masa akan datang.
Berapa ramai antara kita yang masih ingat nama-nama cikgu sekolah rendah dulu..? Masih ingat nama ustaz atau ustazah yang menjadi orang pertama sekali mengajar kita Alif Ba Ta...?
![]() |
true friends...! love both..! :) |
Perbandingan Filem Dangal Dan Sultan
Filem Dangal dan Sultan walaupun sama-sama mengangkat martabat sukan gusti di India, tetapi cara garapan kedua-dua filem ini tidak sama. Filem Sultan lebih komersial yang mengejar rating dan dilihat lebih bertujuan untuk mengekalkan survivor Salman Khan di dalam industri filem. Manakala filem Dangal lebih serius dan condong kepada 'filem mengejar award' malah turut mengukuhkan nama Aamir Khan sebagai pelakon paling cerewet di Bollywood.
Bagi aku Dangal dan Sultan sama-sama hebat dan menghiburkan. Kedua-dua filem ini dihasilkan dengan penuh ketekunan. Tidak ada yang lebih baik daripada keduanya. Sama-sama mantap dengan cara tersendiri. Tahniah Salman, tahniah Aamir. Di antara keduanya terselit Shah Rukh Khan dalam Dear Zindagi.. hahahahahaa.. tunggu aku review filem ni nanti. Syukurlah SRK tak pilih untuk jadi pengusti juga. Kalau tidak 'bertanding 3 penjuru' pula 3 hero ni... kahh kahh kahh.. :p
Apapun sekali lagi, Dangal is the best in 2016..!!
Filem mesti tonton..! bukan peminat filem Bollywood je mesti tonton tetapi peminat filem keseluruhannya mesti tonton Dangal dan temui sendiri kekuatan diri anda di dalam filem ini. Dangal bisa keluar dari kebiasaan filem hindustan, anda juga perlu keluar dari kebiasaan.
Gambar semua daripada Google Image.
1 Comments
Filem Dangal mmg best. Saya pernah menontonnya.
ReplyDelete