Diam Juga Satu Bentuk Komunikasi

Agak berat juga untuk mengakui walau sudah hampir 7 tahun membina rumahtangga ini, aku masih berusaha membaiki komunikasi berkesan antara kami. Ya, masih membina. Rupanya tak mudah untuk membina komunikasi yang baik dengan pasangan walaupun duduk serumah. Orang yang sama kau hadap setiap hari siang dan malam, belum tentu memudahkan komunikasi tak kira dalam hal serius mahupun hal-hal santai. Mungkin aku yang susah dipuaskan dalam bab komunikasi. Aku mahukan segala yang mungkin. Mahu komunikasi yang jelas, yang kerap, yang berpanjangan, yang bukan sahaja bercakap dengan mulut tetapi juga dengan perasaan dan gerak badan. Maafkan aku.
 
Sedangkan Pokchik seorang yang sangat simple bila tiba bab komunikasi. Cukup dengan ya, tidak, ha'ah, entah, errmm, ok.. dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Oleh itu komunikasi kami selalu jadi satu hala sahaja iaitu hanya aku yang pot-pet-pot-pet sedangkan Pokchik hanya dengar dan diam. Aku kira itu cara komunikasi yang salah kerana komunikasi sepatutnya dua hala. Mesti bergilir-gilir bercakap dan kemudian mendengar. Bertahun lama juga aku berusaha membentuk (baca : memaksa) Pokchik mengikut kaedah komunikasi aku yang aku kira paling betul. 

Rupanya aku silap. Sekali lagi. Silap.
Komunikasi boleh sahaja terjadi sama ada dua hala atau satu hala. Komunikasi juga boleh terjadi dengan bahasa tubuh sahaja. Senyum. Angguk. Renungan mata. Malah diam itu sendiri adalah komunikasi kalau kena pada keadaannya. Dan kini aku tidak lagi memaksa-maksa Pokchik untuk bercakap. Aku belajar bahawa bukan luka putus cinta sahaja akan sembuh kerana masa tetapi komunikasi berkesan juga terbina kerana masa. Ya, masa. Biar masa merawat segalanya. Senyum lagi.. :)

Tiba-tiba teringat pula saat kali pertama aku berjumpa dengan Pokchik. Dia ambil aku di pejabat dan kemudian memandu terus ke Putrajaya. Sambil meredah lautan traffik, kami berbual. Tapi yang lucunya perbualan kami lebih kepada sesi soal jawab dan sedikit ala interview mohon kerja baru. Pokchik bertanya itu ini dan aku menjawab dengan separa jujur. Sampai ayah mak kerja apa, asal dari mana, adik-beradik berapa orang, abang yang sulung kerja apa, dulu aku belajar kat mana, ambil jurusan apa, lepas habis belajar buat apa dan macam-macam lagi, semua Pokchik tanya. Hehehehehee.. Jiwa juru audit dia memang terbawa ke mana-mana.

Bila diingat-ingat balik, banyak juga cakapnya Pokchik tu. Boleh je dia berbual. Kenapa sekarang tidak lagi..? Tolong jangan jawab "sebab faktor usia".. Selepas kahwin baru aku tahu perangai dia yang sebenar.. hahahahahaha. Sesungguhnya dia memang seorang yang tak banyak cakap sebenarnya. Cuma masa mula-mula nak "mengurat" aku tu, dia PAKSA diri jadi peramah sebab dia kata takut aku tak suka lelaki yang tak pandai berbual dan tak pandai ambil hati. Oohh.. pandai pula dia buat research bab itu ye...! 

Berbalik kepada komunikasi berkesan tadi, memang penting membina komunikasi berkesan di antara pasangan. Sangat penting sebenarnya. Walau apapun kaedah dan pendekatannya, tapi usahakan lah untuk selalu memwujudkan komunikasi berkesan di antara pasangan. Tanpa komunikasi yang baik, sukar sesebuah hubungan untuk bertahan. Terlalu banyak komunikasi terutama dengan orang luar juga tidak baik dan boleh membahayakan hubungan. Jadi berhat-hati bila membina komunikasi. 

Dan percayalah, membina komunikasi berkesan ni adalah usaha berterusan dan usaha bersama. Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tak. Cuba la lagi. Ubah cara. Tukar masa. Perlu kreativiti juga bila nak berkomunikasi terutama kalau dapat pasangan yang tak banyak bercakap macam Pokchik tu. Kena pandai tarik minat dia dan kena pandai pilih masa yang sesuai. Kalau tak, memang kau akan rasa macam cakap dengan dinding je.. hahahahahaa..!

Selamat membina komunikasi..
Selamat menikmati cinta.. :)




...

Share:

8 comments:

  1. Selamat mebina komunikasi.takpe pelan2 kayuh.mksdny take time utk kenal hati budi masing2.nnt lame2 dah get used. Doakan sy jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, take time nak bina sesuatu yang kukuh dan terbaik..kann.. :)

      ...

      Delete
  2. Tak banyak cakap tak apa. Tapi jenis tak nak cakap ni pening juga ..kan? eh.. blog dah berbaju baru..ohoiii~ =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. memang payah yang jenis tak nak cakap tu.. kena push lebih sikit.. kalau tak nak cakap juga, cubit2 manja sekali... hahahahaaa... :p

      *tahun baru.. baju baru lah.. 'size' je masih tak berubah.. lol.. hahahahaa..*

      ...

      Delete
  3. Ada org dpt yg jenis tak byk cakap. Ada org dpt jenis yg terlebih cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhh... jenis banyak sangat cakap nanti rimas pula.. hehehehee..

      syukur seadanya.. :)

      ...

      Delete
  4. komunikasi mmg penting kn. kalau diam sangat pun masah jugak. boleh jadi buruk sngka huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. zaman dulu2, diam tanda setuju.. zaman sekarang, diam tanda merajuk.. hahahahhaaa.. abih tak reti2 nak pujuk..?!! kikikikiii...

      ...

      Delete