Fenomena #PakcikHot

Sejujurnya aku tidak mengikuti drama bersiri #PakcikHot tu sebab aku dah lama tinggalkan ASTRO dengan bahagia sekali. Tapi kawan-kawan di media sosial terutama di dalam group Whatsapp nampaknya rancak sekali bercerita tentang #PakcikHot ni.. aku hanya mampu tumpang senyum-senyum sahaja. Hebat penangan drama bersiri ni kan, letak pula pelakon popular, kacak dan sado macam Aaoron Aziz.. habis la semua anak-anak dara nak bersuamikan #PakcikHot ..hehehehehe.. :)

Tapi baru-baru ni ternampak Dato Siti Nurhaliza pun ikut hashtag #PakcikHot ..hahahahaha.. sweet sangat tengok gambar tu. Memang hot la 'pakcik' Dato CT.. sporting pula tu melayan perangai 'comel' isterinya. Happy Birthday Dato CT.. semoga kekal bahagia bersama suami dan keluarga tercinta.. dan semoga CTDK kekal selamanya sampai syurga.. Aamiin.. 

dari IG : ctdk

Anak Dara Berebut Nak Bersuamikan #PakcikHot

Mula-mula aku pun tergelak juga bila ada sahabat yang pesan kat aku macam ni "Ko jaga-jaga sikit Pokchik kau tu, sekarang ramai anak dara nak kahwin dengan lelaki berusia tau.. bukan kira duda ke suami orang.. depa nak suami macam Pakcik Hot dalam drama tu.." tapi sahabat tu buat muka gila serius masa cakap macam tu, sampai terbantut aku nak gelak kuat-kuat.

Serius ke..? berebut nak kahwin dengan #PakcikHot ye..? Faham ke tak PakcikHot tu macam mana sebenarnya.. tak semestinya sebijik serupa macam PakcikHot dalam drama tau. PakcikHot dalam drama tu bagi duit hantaran USD500k katanya, hahahahahaha.. patutlah ramai anak dara berangan nak kahwin PakcikHot. Drama sangat kau dik..!

Realitinya..?
Aku tak nafikan mungkin memang betul-betul ada #PakcikHot yang macam drama tu kat dunia realiti ni. Lelaki kaya bersepah. Lelaki handsome pun bersepah. Tapi lelaki yang boleh dibuat suami, susah sikit nak jumpa. Lelaki yang kaya, handsome dan boleh dibuat suami.. lagiiiiiiii la susah nak jumpa. Kalau dah jumpa tu baguslah. Jaga elok-elok. Hargai kebaikan dia bukan kekayaan dan kekacakkan dia sahaja. InsyaAllah akak doakan kau bahagia dengan #PakcikHot kau tu sampai bila-bila.

Tapi jangan sampai kacau suami orang ye dik.. sampai porak-peranda rumahtangga orang tu.. tak moleklah. Jangan cuba-cuba main dengan api dik, kau tak tahu yang mana terbakar dulu nanti. Lagipun api neraka pun hot dik..! Sengajalah akak ingatkan ni ye.. *senyum ketap-ketap bibir*

Kelebihan Berkahwin Dengan #PakcikHot

Semua tahu aku memang biasakan suami aku dengan panggilan Pokchik. Bukan je sebab dia tua 5 tahun daripada aku, tapi juga sebab karektor dia memang ala-ala pakcik dah umur 60an yang sangat cool dan slow.. hahahahaha. Tapi Pokchik aku tak hot. Tak kaya raya macam #PakcikHot dalam drama tu. Jauh sekali la nak se'handsome' dan se'sado' Aaron Aziz tu. Maka, pleaseeeeee jangan ngurat Pokchik aku..!! Pi cari #PakcikHot yang lain.. hahahahahahaa..

Kalau ikutkan, banyak kelebihan bersuamikan #PakcikHot ni antaranya; dia lebih caring walaupun tak pandai memujuk dan berjiwang-jiwang. Dia lebih matang dalam membuat apa-apa keputusan. Paling utama, kewangan dan karier dia dah kukuh dan InsyaAllah ada jaminan masa depan lah di situ. Selain daripada tu, bersuamikan lelaki lebih matang ni buatkan kita rasa lebih selamat, terjaga dan terpimpin terutama bab agama.. InsyaAllah.. :)

Tapi ada juga kelemahan berkahwin dengan #PakcikHot.. jangan tak tahu. Aku tak akan senaraikan kat sini kelemahan dan kekurangan tu, silalah fikirkan sendiri. Cuma aku nak pesan kepada adik-adik kat luar sana yang mungkin berhajat sangat nak bersuamikan #PakcikHot tu, lihat yang realiti bukan fantasi yang macam dalam drama tu. Jangan nak yang sweet sahaja, yang pahitnya juga kena terima. Bersuamikan lelaki lebih tua tidak menjamin segala-galanya indah dan tersedia sekelip mata sahaja. Percayalah, setiap rumahtangga itu ada pasang surut dan ujian masing-masing.

Siapapun jodoh kita, terima dia seadanya. Baik dan buruk.
Usah dicari yang sempurna, tapi carilah yang menyempurnakan.

:)



...

Share:

6 comments:

  1. asstro? ok, tiap kali petik suis tv, terus tekan ch575 atau ch241... baru rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. channel apa yang rare sangat tu..? hehheehhee.. :p

      Delete
  2. Pagi td dgr kat radio, lebih kurang camni:

    sorg ank tanya mak dia "How do I find the right man?"

    Mak dia jwb "Stop finding the right man, be the right woman instead".

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..! sangat la betul nasihat ituuueewww... :)

      *sambil tgk diri sendiri*

      ...

      Delete
  3. Fantasy semata mata drama kat tv tu... tgk boleh, percaya jangan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...! tengok boleh, percaya jangan.. hahahahaa.. :p

      ...

      Delete