KAPOOR AND SONS : Kisah Tentang Keluarga Yang Tidak Sempurna Seperti Kita Semua

Menonton Kapoor And Sons lewat malam kelmarin meninggalkan kesan yang sangat besar dalam diri aku. Tidak langsung aku menyangka, sebuah kisah yang simple dan santai seperti Kapoor And Sons ini juga mampu membuatkan aku sangat terasuk. Untuk sekian kalinya, siang-malam-makan-tidur dan masa-masa termenung aku dipenuhi dengan babak-babak di dalam filem ini.

Kehidupan ini sebenarnya jauuuuuuhhhh lebih sukar daripada apa yang selalu orang cakapkan. 'Take it easy'... oh no..! Tak ada istilah 'take it easy' dalam kehidupan ni. Setiap langkah, setiap pilihan dan setiap saat di dalam hayat yang Allah pinjamkan ini adalah sesuatu yang 'berat' untuk diambil mudah. Setiap satunya..!

filem hindustan popular 2016, keluarga Kapoor, bollywood movie, konflik keluarga
Kapoor And Sons (Since 1921) ditayangkan pada 18 Mac 2016

Reviu Filem Kapoor & Sons (Since 1921)

Filem ini secara keseluruhan adalah kisah tentang sebuah 'dysfunctional family' yang biasa kita jumpa dalam kehidupan harian. Tak ada apa yang mengujakan aku sangat sebab setiap keluarga di atas muka bumi ni mesti ada masalah masing-masing.. kan..? Tak ada keluarga yang SEMPURNA dan bahagia sepanjang masa tanpa sekali pun berkonflik dan bermasalah. Cuma di dalam Kapoor And Sons ni, konflik keluarga kecil ini agak berbeza dan menarik.

Cara pengarah dan penulis skrip filem ini buat twist dalam kebanyakkan plot cerita agak mengejutkan aku sebagai penonton. Terutama babak-babak menghampiri penghujung cerita. Serius aku menangis teresak-esak di 15 minit terakhir cerita. Sedih sangat bila membayangkan kalau aku yang berada di dalam keluarga ni, tak kuatnya aku nak hadapi konflik demi konflik yang mereka hadapi. Berlapis-lapis dan rumit untuk diterima, tidak semudah 'take it easy'.

Kali ni aku tak akan letak link sinopsis filem ni di sini sebab malas la aku nak share spoiler. Buat apa tengok movie kalau dah tahu jalan cerita dari awal sampai habis.. kan..? Tak ada kejutan la macam tu. Anda kena tonton sendiri filem ni dan kalau boleh kurangkan expectation sebelum dan semasa menonton, baru lah enjoy..! :)

saat gembira bersama keluarga, bollywood world, filem hindustan happy ending
ada masa ketawa.. ada masa berduka

Apa Yang Aku Suka Tentang Kapoor And Sons (Since 1921)

Sejujurnya tarikan utama aku nak tengok filem ni kerana Fawad Khan (hehehehee.. please don't judge) dan yang kedua kerana aku ingin melihat chemistry di antara pasangan dua sejoli Sidharth Malhotra dengan Alia Bhatt yang dikatakan bercinta secara real dan bukan di dalam filem sahaja. Pun begitu, aku dikejutkan dengan lakonan mantap Ratna Pathak Shah (watak ibu) dan Rajat Kapoor (watak bapa) yang sangat wow..! Betul lah kematangan dan pengalaman membezakan kehebatan seseorang pelakon. Gandingan mereka berdua ini paling lekat di dalam hati aku.

Selain daripada mutu lakonan, aku juga suka..

1.  Filem ni dipersembahkan dengan gaya santai dan nampak real macam kehidupan orang kebanyakkan seperti kita-kita ni je. Maknanya, dari solekan, pakaian, prop, lokasi sampai kepada dialog-dialog di dalam filem ini adalah sederhana dan bersahaja. Tidak berlebih-lebih. Filem ini juga tak banyak lagu dan tak banyak babak meleleh-leleh. Semua babak ada isi yang ingin disampaikan.

2.   Lakonan Rishi Kapoor dalam filem ni sebagai Atok bagi aku biasa-biasa sahaja melainkan solekan 'extra tua' yang dikenakan beliau nampak agak berlebih-lebihan. Tapi aku suka babak dia main acah-acah tembak dengan cucunya Rahul dan Arjun. Sampai dengan nurse kat hospital pun dia nak ajak main tembak-tembak.. hahahaha..! Walaupun si Atok ni mulut celupar, otak 18SX dan perangai annoying giler, tapi di akhir cerita watak Atok ini lah yang memainkan peranan paling besar.

3.  Aku suka gandingan Sidharth Malhotra dengan Alia Bhatt, memang serasi berdua. Sampai ada beberapa scene yang aku rasa sangat genuine. Ye lah pasangan bercinta kan, tentulah tak susah nak ekpresikan perasaan masing-masing to each other. Babak-babak romantik tu sangat 'kacang; untuk mereka jayakan. Tapi paling best, filem ni bukan tentang kisah cinta mereka. Pengarah berjaya membawa fokus penonton terarah kepada konflik keluarga Kapoor And Sons dan bukan sebaliknya. 

Sidharth Malhotra, Alia Bhaat, sweet lovely couple, Bollywood couples
serasi bersama..! more film for this two lovely birds.. pleaseeeee.. :)

4.  Aku juga suka bila filem ni disampaikan dengan cara 'satu hala', tak ada banyak sangat flashback macam kebanyakkan filem hindustan lain. Jalan cerita pun secara keseluruhan simple dan direct to point sahaja. Kisah tentang bahagia -- tipu -- jujur -- jatuh cinta -- skandal -- konflik meletus -- gaduh besar -- tragedi -- sesal -- menerima dan memaafkan -- hidup diteruskan and happy ending. Simple kan..? 

5.  Watak Sunita Kapoor (si Ibu) memainkan peranan paling besar dalam filem ni. Sebagai isteri, menantu, ibu dan wanita yang bercita-cita membuka perniagaan katering sendiri pasti sahaja watak Sunita adalah 'bank konflik' yang menjadi titik bermula dan berkahirnya masalah. Mula-mula aku jadi meluat dengan perangai Sunita yang cepat melenting, kuat cemburu dan suka berprasangka tu. Rimas. Benci. Merepek. Terutama babak dia 'rosakkan' majlis sambutan harijadi si Atok, bila dia tuangkan biskut atas muka suami sendiri depan semua tetamu. Kau rasa..? giler psiko punya bini. Tapi di akhir cerita, watak Sunita lah yang paling kasihan. Aku menangis menderu-deru melihat Sunita. Serius, kalau aku di tempat dia.. aku tidak tahu bagaimana nak maafkan diri sendiri.

menghargai masa bersama pasangan
6.  Watak Arjun lakonan Sidharth digambarkan sebagai anak muda yang tak serius dalam hidup. Memang geram bila dia banyak 'main-main' tapi kasihan juga bila keluarga sendiri tak percaya pada kemampuan dan bakat dia. Bayangkan kalau kau jadi Arjun, memang makan hati lah. Dah la mak ayah asyik bandingkan kau dengan abang kau sendiri, lepas tu semua masalah orang akan salahkan kau. Kata kau sebagai punca. Aduhh..! patutlah Arjun 'lari bawa diri' ke New Jersey.

7.  Watak Rahul lakonan Fawad Khan pula digambarkan sebagai seorang lelaki sempurna yang matang, tampan, berkerjaya dan sering ingin bertanggungjawab menyelesaikan masalah. Acah-acah perfect sangat dan rasa diri sendiri je betul. Ada sisi Rahul yang aku tak suka terutama perangai 'perasan bagus' dia tu. Tapi ada juga sisi Rahul yang aku suka terutama babak dia berhadapan terus dengan Ayahnya. Baru gentleman macam tu. Aku suka. Selebihnya, well.. tak ada manusia sempurna dalam dunia ni. Sebagus mana atau se'perfect' mana pun lelaki itu, tetap ada sisi gelap di sebaliknya. Mohon berhat-hati.. hahahahaha..!

happy family, all is well, resipi keluarga bahagia, tidak ada keluarga yang tak ada masalah, menangani konflik dalam keluarga, bersatu dalam keluarga
sebuah keluarga terbina kerana saling menghormati

Kesimpulan Daripada Filem Kapoor And Sons (Since 1921)

Secara kesimpulan, filem ini menghiburkan aku dengan cara tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan oleh pembikin filem ini berjaya sampai malah meresap terus ke dalam benak. Kekal bersama aku. Dan semoga semua yang aku pelajari dari filem ini dapat aku adaptasi ke dalam hidup aku yang sebenar. Begitulah kita belajar tentang hidup -- kalau bukan dari buku, kita belajar dari filem dan lagu. Yang pasti, kisah hidup orang lain adalah pelajaran do and don't untuk kita sendiri. 

Setiap keluarga ada konflik masing-masing, tak ada keluarga yang aman bahagia daripada lahir sampai mati. Sebuah keluarga itu terbina daripada ketawa, airmata, bergaduh, benci, suka, rindu, saling menghormati, saling memberi, saling menerima dan paling penting mesti saling memaafkan. Semua itu rencah yang menjadikan sesebuah keluarga hidup lagi menghidupkan.

Aku belajar tentang cara keluarga Kapoor and Sons berhadapan dengan tragedi, biar dalam keadaan saling membenci pun mereka masih berada di sisi antara satu sama lain di saat menerima khabar kehilangan. Buang ego, buang rasa marah. Berhenti jadi manusia yang manja dan keras kepala -- yang semua orang nak ikut cara kau sahaja..!! Buang jauh-jauh selfish tu malah jadilah SATU.. kerana di dalam keluarga itu tidak ada aku, kau mahupun mereka.. tapi hanya ada KITA.

Akhir sekali, izinkan ahkak payung foto Rahul yang handsome nak pitam...!
nah Fawad Khan.. cerita sini, habis sini.. jangan bawa tidur...! :p


Fawad Khan, pelakon hindustan dari Pakistan, married Fawad Khan, the most handsome actor in Bollywood 2016
melting oii...! lol.. 



...
spacer

SATU | Gabungan 4 Penulis Hebat

Lama aku tak buat review buku kan..? Bukan sebab aku tak baca buku tau, banyak juga sebenarnya buku yang aku dah berjaya khatam cuma belum sempat nak taip review. Kebetulan buku-buku yang aku baca tu boleh tahan hebat-hebat juga jadi aku tak nak lah buat review yang sekadar melepas batuk di tangga. :)

Buku-buku yang aku beli semasa di PBAKL tahun lepas masih ada yang belum berusik. Tersusun kemas atas rak buku. Tolong jangan kecam aku..! hahahahahaa.. Memang penyakit "suka beli buku, bacanya entah bila tak tahu lah" masih mekar dalam diri aku. Penyakit yang tak ada ubat kecuali semasa hujung bulan ketika baki dalam akaun bank sudah melepasi paras bahaya. Selalunya hujung bulan aku memang tahan diri masuk ke kedai buku. Sekian.

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
SATU terbitan Buku Pojok
Kali ini, mari aku kongsikan tentang buku terbaru yang aku baca. Ambil mood kembali membuat review buku, jadi aku akan cerita pasal buku SATU ni. Sementara aura SATU masih melekat dalam hati aku. Buku-buku yang aku dah lama baca tu nanti aku cerita hari lain, sebab aku belum sempat snap gambar...! hahahahahaa... vongoknya alasan..! mohon abaikan.. :p

SATU | Gabungan Cerita Daripada 4 Orang Penulis Hebat Dan Popular

Siapa tak kenal Hamka Kereta Mayat, maka kamu bukan orang yang awesome..! Kalau tak kenal Arlina Banana dan Riduan A. Dullah, bermakna anda mungkin tidak pernah dengar publisher indie popular bergelar Buku Pojok. Tapi siapa tak pernah dengar nama penulis Paola Kira Ewusi, meh give me five dengan aku sebab aku sendiri tak biasa dengan nama ni. Tapi jangan risau, aku dah google nama dia sebelum buat review ni.. kehh kehh kehh.. ya, aku bijak.. sila puji dengan ikhlas.

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
barisan penulis di dalam SATU

Kenali Penulis-Penulis Buku SATU

Aku tertarik sangat nak 'kenal' dengan figura bernama Paola Kira Ewusi ni sebab aku dah baca cerita dia dalam SATU. Serius, aku suka gaya penulisan dia. Sangat bersahaja. Rasa macam tengah berbual-bual dan bertentang empat mata dengan dia. Selebihnya kisah dia bersuamikan seorang lelaki dari Ghana begitu menarik dan bagi aku sangat luar biasa juga. Korang kena beli SATU dan baca cerita dia. Ada suatu perasaan yang akan tumbuh segar di dalam diri korang selepas membaca kisah daripada Paola Kira Ewusi tu (baca : rasa bersyukur). Aku tak pandai nak explain macam mana, korang kena baca sendiri ok..!

Ohh..! ya, selepas aku google nama Paola Kira Ewusi tu baru aku tahu dia juga pernah menulis buku Travelog Winter Di Afrika terbitan Buku Pojok juga. Aku teringat pernah nampak cover buku tu semasa di PBAKL tahun lepas tapi tak tertarik sangat masa tu. Ini Facebook dan Blog dia kalau korang pun nak usha dan kenal-kenal dengan dia.

Untuk FB Hamka Kereta Mayat, IG Arlina Banana dan IG Riduan A. Dullah korang KLIK je pada nama-nama mereka yang aku dah siapkan link ke akaun media sosial mereka ya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang karya-karya mereka yang sebelum ni, sila rajinkan diri klik-klik. Diaorang adalah penulis-penulis yang popular dan buku-buku mereka dah terjual ribu-ribu-juta unit tahu..! hikksssss..

Tentang Buku SATU

Ada yang menggelarkan buku seperti SATU ini adalah buku kategori bacaan santai-santai yang kau boleh habiskan baca dalam tempoh kurang dua jam. Aku sendiri habiskan buku SATU dengan sekali baca sebelum aku tidur malam kelmarin. Ada 4 kisah dan pengkisahan dalam buku SATU ni. Semuanya disampaikan secara santai dan tidak terlalu meleleh-leleh. Aku suka. Tapi paling aku suka tentang buku-buku macam SATU ni adalah; ceritanya real dan pasal realiti..! Bukan cereka yang dibuat-buat untuk membuai perasaan pembaca.

Kecuali cerita tulisan Arlina Banana. Aku rasa itu cerita cereka. Boleh jadi cerita real juga tapi aku harap bukan cerita sebenar Arlina Banana. Aku adore Arlina Banana ni sejak baca buku dia bertajuk Pujuk. Walaupun dia berbadan besar, tapi level confident dia wow..! dan dia kelakar... hahahahahaha..! serius dia kelakar.. sila follow IG dia sekarang.. :)

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
sedutan daripada SATU

Cerita tulisan Hamka Kereta Mayat sedikit klisye untuk aku sebab aku macam pernah baca pengkisahan yang lebih kurang sama. Jadi klimaks cerita tu tak berapa mengujakan aku sebab dah boleh agak. Cuma yang aku suka tentang cerita 60 minit dia sebab diselitkan nasihat serta tazkirah keagamaan secara sempoi. Memang begitulah cara Hamka Kereta Mayat sebagai penulis. Dia dan tazkirah simple, sempoi tapi berbisa -- berpisah tiada.. :)

Tulisan Riduan A. Dullah di dalam SATU pula, seperti 'memukul perlahan' perasaan kau tentang kenyataan hidup dan siapa kita di atas muka bumi Tuhan yang luas ni. Apa yang dia tulis adalah tentang KENYATAAN tetapi kita selalu nafikan (sebab ego..!) maka, cairkan ego kau.. baca tulisan dia.. mudah-mudahan selepas itu kau insaf dan redha. Hidup ini tentang pilihan. Mahu bahagia, mahu positif -- kita sendiri pilih dan usahakan. Dan kali ini Riduan A. Dullah banyak menulis tentang kematian. Bagus juga sesekali kena ketuk kepala bab hidup dan mati ni sebab manusia dungu sahaja yang mahu hidup tanpa mahu mati.

Hamka Kereta Mayat, Arlina Banana, Paola Kira Ewusi, Riduan A.Dullah, bukan novel jiwang
lagi sedutan daripada SATU

Kesimpulannya, aku puas hati dengan kualiti bahan di dalam SATU. Isinya tidak kosong, tidak juga terlalu padat sampai sakit kepala nak hadam. Untuk bacaan santai sambil merenung diri, SATU pilihan yang menghiburkan. Selamat menikmati kisah SATU. Aku harap lepas ni Buku Pojok keluarkan DUA pula sebab aku suka nombor dua.. hehehehee.. kebetulan kita pun masih di bulan dua.. orang kata bulan CINTA kan.. pasir putih tepi pantai.. ombak saling berkejaran.. kau lari aku mengejar.. di antara deru rindu.. kita berdua.. ku ku ku punya cinta.. ku ku ku punya rindu.. abadikan.. cintaaa kitaaa.. aaaaaa..

sudah..! menyanyi pula kau ye.. bahagia sangat dah kenapa..?!!

:p


...

spacer

Lirik Lagu AMBOI AMBOI AMBOI ~ Altimet ~

kredit gambar dari : streetsoftmy

Aku bukan peminat lagu-lagu hip-hop atau lagu-lagu rap yang lebih banyak 'bercakap' dari menyanyi dalam lagu. Apatah lagi kalau lagu tu membingit dan huru-hara je bunyinya. Selalu aku akan cepat-cepat tukar channel lain bila lagu-lagu macam tu keluar kat radio. Berbeza dengan lagu-lagu Malique (Too Phat) dan Altimet ni, aku kadang-kadang rasa terpanggil juga nak dengar lagu mereka. Tarikan utama tentulah kerana lirik lagu yang selalu deep dan menyentap jiwa. Aku rasa dalam ramai-ramai rappers popular tu, Malique dan Altimet ni berbeza sikit. Aku suka.

Masa mula-mula dengar lagu Amboi ni kat radio, aku buat tak kisah je. Tapi bila tiba part lirik dia yang bunyi "..siapa makan cili, dia rasa pedas.. siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas.." terus aku tersentap dan mula dengar satu persatu bait lagu Amboi ni. Tersenyum-senyum aku seorang diri bila lirik lagu Amboi ni perlahan-lahan menyentap tangkai jantung aku. Zasssssssss... makan dalam beb..! hahahahahaa.. :p

Lirik Lagu Amboi Nyanyian Altimet

Selama ni, aku tak ada masalah pun dengan orang yang masih sewa rumah tapi beli kereta mewah. Sampailah aku dengar lagu Amboi ni dan tengok video muzik lagu ni di Youtube, barulah aku faham kenapa sinis sangat bunyi ayat tu.. hehehehehee.. 

Tapi kalau korang rasa sewa rumah tapi beli kereta mewah tu bukan satu masalah, then tak apa lah.. teruskan je.. jangan sentap kalau rasa tak salah ok.. *kenyit mata skit*

Jom layan lirik lagu Amboi ni. Aku bold kan lirik yang aku rasa deep giler..!
Terutama yang 'tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa' ...hahahahahaa.. sentap lagi doploh kali.. :p

Enjoyyyyyyy guyssss.. :)

AMBOI ~ Altimet ~

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita
Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
Nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila

Bila masuk kerja tak pernah on time
Lepas masuk kerja dia terus online
Tak boleh buat kerja sibuk jaga hal orang lain
Tangan mengelat, kaki mengular, mulut celupar, lambat masuk, awal keluar

Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
Ambil baju ukur kat badan sendiri
Baru tahu kena setepek ke tempias sipi sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar api kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Tak baik tau.. pedas kaw kaw
Eh tak boleh gurau duduk surau
Ambil mc, royan kat FB, mengadu kat SB dan MCMC

Tarbiyah sentap punca pendekar papan kunci rentap
Masa mengkritik cekap lepas itu confirm lenyap
Keberanian atas talian kejadian harian
Omong kosong untuk lotong terus disajikan

Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku cakap lepas
Semua ambil baju ukur badan sendiri
Mana tahu kena setepek ke tempias sipi sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Sampai bila orang kita layu ditolong uuuu..
(Sampai bila orang kita layu ditolong uuuu..)
Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku
(Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku)
Tapi apa aku tahu aku cuma tulis lagu
(Tapi apa kami tahu kami cuma nyanyi lagu)
Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku
(Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku)

Amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi

kredit lirik lagu dari : http://liriklagudewi.blogspot.my



rugi tak tengok video muzik Amboi ni sebab ada penampilan khas
JoeFlizzow, SonaOne, Azwan Ali, Ucoppp, SyukBalas
:)


...

spacer