Bila Suami Isteri Bergaduh

capture from @zahiriladzim

Aku cuma nak kongsi kata-kata daripada Zahiril Adzim ni. Siapa follow instagram dia mesti ada jumpa post yang ni semalam. Aku minat Zahiril Adzim ni dah lama sejak zaman dia tulis blog dan dia berlakon Juvana yang drama bersiri tu. Minat sangat cara dia berlakon dan cara dia berfikir tentang dunia lakonan. Sambil-sambil tu aku suka tengok life dia dengan wife dia yang natural beauty Syiera Ayob and of course anak lelaki dia yang bermata buntang ; Nadi Anaqi. Siapa tak follow IG Zahiril Adzim ni memang tak power lah.. So, sila follow sekarang....! hahahahahahhaa.. :p

Bila Suami Isteri Bergaduh Itu Normal

Sejak sebelum kahwin lagi aku sudah disuapkan dengan kata-kata "alaahh.. normal la laki bini bergaduh.. mana ada laki bini tak pernah bergaduh.. sedangkan lidah lagi tergigit.." Maka aku masuk ke dalam alam rumahtangga 7 tahun yang lalu dalam mind setting ; suami isteri bergaduh itu hal yang normal. Kalau tak bergaduh tu maknanya tak normal. Ok.

Tapi bila dah betul-betul berkahwin, aku jadi keliru juga.. betul ke suami isteri yang selalu bergaduh tu sesuatu yang normal..? Kalau hari-hari bergaduh dan kalau sebab hal kecil pun bergaduh, itu pun normal ke..? Itu belum masuk bab suami isteri bergaduh yang sampai lempang, tumbuk dan terajang isteri tu.. normal ke macam tu..? Bila suami isteri bergaduh tapi normal tu yang macam mana sebenarnya..? Keliru.

Tambah keliru bila aku dengan suami jarang-jarang bergaduh. Seingat aku dua tahun pertama perkahwinan, kami hampir tak pernah bergaduh pun. Risau. Tak normal ke rumahtangga aku ni..? Habis kalau tak bergaduh tu kena buat-buat bergaduh ke macam mana..? Atau cipta apa-apa alasan supaya kami suami isteri boleh sama-sama gaduhkan.. macam tu ke..? Ok fine. Aku banyak sangat fikir waktu tu. Mana lah aku tahu, sebenarnya bergaduh suami isteri tu ada yang bagus dan ada yang tak bagus.

Suami Isteri Bergaduh Secara Matang

Perlahan-lahan masuk ke usia tiga tahun perkahwinan aku mula faham bahawa pergaduhan dalam rumahtangga itu memang sesuatu yang normal dan kalau kena dengan caranya, pergaduhan itu boleh jadi sesuatu yang sihat untuk rumahtangga. Aku bersyukur kerana ditakdirkan dapat suami yang tak pandai bergaduh, tak tahu marah-marah malah tak banyak cakap, tak cerewet dan tak ada 'pantang larang' yang terlalu ketat untuk aku turut. Jadi kami suami isteri memang jarang bergaduh sebab suami aku suka mengalah. Dia tak suka besar-besarkan hal kecil. Dan walaupun pergaduhan tu aku yang mulakan, selalunya suami yang akan tenangkan aku dan tamatkan pergaduhan tu.

Macam yang Zahiril Adzim tulis tu, suami isteri bila bergaduh tak perlu pun nak jerit-jerit, nak tengking-tengking atau nak baling-baling barang, kuali, pinggan mangkuk apa semua tu. So childish kan..! Suami isteri kalau bergaduh, cubalah bergaduh secara matang. Kalau boleh bawa berbincang dulu, cakap elok-elok. Memang dalam berbincang tu nanti akan ada satu pihak sama ada si isteri atau si suami akan tinggikan sikit suara atau akan gunakan kata-kata yang agak keras. Biasalah kan, nama pun bergaduh. Tapi sekurang-kurangnya kita bergaduh dengan perkataan. Cara macam tu lebih mudah untuk kita kawal emosi dan pergerakan tubuh kita.

Tapi kena hati-hati juga dengan kata-kata kita. Ingat, lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Jadi fikir dulu sebelum menuturkan kata-kata. Kalau dah terlepas cakap tu, cepat-cepat peluk pasangan dan minta maaf. Oleh kerana kita ni sah sebagai suami isteri jadi jangan ragu-ragu nak gunakan pendekatan sentuhan dan pelukan kepada pasangan. Dah halal kan? Jadikan pergaduhan kita tu sebagai pergaduhan yang membina hubungan dan dapat menjadikan ikatan perkahwinan kita lebih utuh serta membuatkan kita sebagai suami isteri jadi lebih saling memahami dan menghargai.

InsyaAllah. Aku doakan ruamhtangga aku dan kamu semuanya dipelihara dan selalu subur dengan kasih sayang serta cinta yang tidak pernah surut sampai kita sama-sama berhimpun di syurga terindah-Nya. Aamiin.


...

Share:

7 comments:

  1. da la tgh gaduh. menci tau gaduh2 ni xbest! lg2 kalau mulut tu cm longkang grr..kan ain..mne normal kalau gaduh smpai pukul, tu psiko nmnye.. x normal lngsung okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak Ummul tak leh baca ni entry ni.. nanti makin emo.. hihihihihiii... :p

      gaduh2 manja tak pe Ummul.. jgn dibiar lama-lama..

      :)

      ...

      Delete
  2. Bila seseorang cuba menguasai seseorang,itulah permulaan nya bergaduh. Cuba kalau kedua2 give and take. Yang tidak bahaya atau mudarat tak perlulah nak di gaduh2kan. Dan tone suara juga buat permintaan mcm bergaduh.
    Tak seronokkan kalau selalu bergaduh..Lama2 mau hilang kasih sayang.Juga jadi contoh yang tak baik buat anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak seronok kalau terlalu kerap bergaduh.. boleh jadi tekanan perasaan dibuatnya.. :)

      ...

      Delete
  3. bergaduh itu tak normal...berlainan pendapat itu normal...

    ada dua jiwa dalam satu kehidupan...

    jom makan nasi ayam papaG

    ReplyDelete
    Replies
    1. berlainan pendapat tu biasa.. kadang2 boleh handle.. kadang2 jadi point nak merajuk... hehehehehe.. :)

      kalau la PapaG dekat, dah lama buat tebal muka pergi umah PapaG minta makanan.. hahahahaaa.. lol..

      :p

      ...

      Delete
  4. Rasa nak juga baling macam2...hahaha tapi baik dok diam2 je la sakit hati sendiri

    ReplyDelete