Bukan Aku Tidak Bersyukur

masih sempatkah untuk aku berubah..?

Maaflah, cerita pasal berhenti kerja lagi. Siapa bosan baca pasal aku bebel tentang perkara ni, mohon skip sahaja. Aku faham.

Setiap kali aku terfikir pasal nak berhenti kerja, setiap kali itu juga aku akan teringat kata-kata boss aku ni. Dia seorang engineer. Masih muda dan baru bekerja kat tempat aku ni kurang lebih 5 tahun. Tapi engineer aku ni orangnya super cool, ilmu banyak tapi tak berlagak. Workaholic juga tapi nampak steady je, sebab dia tahu apa dia buat dan dia tahu apa dia tak patut buat. Much respect pada dia..!

Seperti kebanyakkan engineer baru yang lain, mula-mula dulu dia pun struggle juga nak suaikan diri dengan style kerja orang kerajaan ni. Penyakit-penyakit pegawai kerajaan yang dari dulu tak pernah sembuh ni aku malas nak hurai panjang-panjang. Korang faham sendirilah. Dalam pada cool pun sesekali 'meletup' juga engineer aku ni, ye lah.. stress kot melayan perangai masing-masing..! Masa dia tengah di puncak stress tu, dia pernah cakap ayat yang lebih kurang bunyinya macam ni :

"..Ikutkan hati saya ni, saya boleh quit -- berhenti kerja hari ni dan fokus pada business je. Bukan business saya tak bagus. Kerja government ni pun bukan boleh buat saya kaya. Tapi berhenti kerja begitu sahaja bermakna saya lari dari tanggungjawab. Orang yang lari dari tanggungjawab, tak akan bertanggungjawab atas perkara yang lain juga.
Saya kena hadapi cabaran ni, tunjukkan saya boleh selesaikan masalah ni. Selepas dah selesai semua, baru saya akan quit. Macam tu lah hero. Selesaikan masalah. Take creadit for something you do for real.." 
Kata-kata tu juga lah yang menahan aku daripada berhenti kerja selama ni. Aku tak nak jadi manusia yang tak bertanggungjawab. Aku tak dibesarkan untuk jadi begitu. Aku rasa macam mana stress pun kerja kat sini, tapi semua ni dah rezeki aku, bahagian aku. Kalau aku lari dari sini, berhenti kerja dan tinggalkan semua kerja pada orang lain macam tu je -- betapa aku manusia yang tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.. kan..!

Sudah Tidak Ada Apa-Apa Yang Aku Mampu Bagi

Masalahnya, aku rasa -- aku ni dah menemui 'dinding' dalam dunia aku di tempat kerja ni. Aku dah tak ada apa-apa yang ingin aku sumbangkan lagi. Aku tak minat bidang ni. Jadi aku tak ada motivasi nak tingkatkan kemahiran aku dalam bidang ni lagi. Bila tak ada motivasi nak kerja, tak ada motivasi nak tingkatkan kemahiran dan ilmu -- apa lagi yang aku tunggu ? Di sini bukan tempat aku lagi. Dah tak ada apa-apa yang aku nak selesaikan kat sini. I'm done here..!

Lain dengan engineer aku tu, dia masih banyak yang hendak ditunjuk dan dikongsikan. Ilmu dalam dada dia tu tunggu masa sahaja nak melompat keluar. Lagipun ini memang bidang yang dia suka, dia minat. Orang kata passion dia kat bidang ni sangat padu. Taring dia pun perlahan-lahan dia dah mula tunjukkan. Aku tahu dia belum tunjukkan sepenuhnya lagi. Sampai satu tahap nanti, aku percaya dia akan bersinar dan menjadi salah seorang engineer yang di segani di sini. 

Sedangkan aku...?

Taring semua dah aku gunakan. Tumpul dah pun walau puas aku asah.
Segala apa kemahiran yang aku ada, sudah aku gunapakai sebaik mungkin. Tidak ada apa-apa lagi yang aku simpan. Seperti kain basah yang telah habis diperah, tiada setitis air lagi -- dah kering. Kalau terus dipaksa dan diperah, kain itu akan koyak dan menghancur..! :(

menemui dinding

Aku Juga Ingin Bersinar

Aku tak tahu macam mana lagi nak buat orang paham.
Aku nak berhenti kerja bukan sebab aku nak lari dari tanggungjawab jauh sekali nak susahkan sesiapa. Aku cuma nak berhenti buang masa dan buang usia aku untuk benda yang sia-sia. Aku sepatutnya berada di tempat lain, di tempat yang boleh membuatkan aku bersinar.

Aku ingin berfungsi. Berada di tempat sekarang buat aku mati. Nampak macam aku sekarang berada di tempat yang betul dan ideal, tapi hakikatnya aku sedang mereput dan hancur...! Semua orang kata, kerja kerajaan paling bagus. Kerja makan gaji. Ada pencen. Senang nak buat loan. Kerja kerajaan pun senang, tak stress. Goyang kaki je, cukup bulan masuk gaji. Lepas tu kerja dengan majoriti orang Melayu, senang. Kalau kerja dengan cina susah, jadi kuli macam nak mati. 

Allahu..! Demi Allah, aku tak pernah ada masalah dengan kerja kerajaan tu sendiri. Aku pun tak nafikan kerja kerajaan memang senang, releks, kurang stress dan bla bla bla.. Tapi terlalu selesa pun stress juga sebenarnya..! Duduk goyang kaki tu kalau diperhalusi, boleh jadi benda paling tahi dalam hidup seorang manusia tau..! Kau rasa hidup kau macam tak ada makna. Dari pukul 8 pagi sampai 5 petang, kau cuma duduk terpatuk tak buat apa-apa.

Sedangkan masa berjalan, aku semakin tua. Sampai bila aku nak jadi macam ni. Aku mahu buat sesuatu yang aku betul-betul passion mengenainya. Aku ingin berfungsi, ingin berbakti dan ingin membuktikan aku sebenarnya lebih baik dan lebih bernilai daripada hanya duduk membatu diri daripada pagi sampai petang. Faham tak ni..?

Semoga Allah Tunjukkan Aku Jalan

Aku pun serba salah. Nak berhenti kerja macam tu sahaja, aku pun tak berani. Aku tak senekad sesetengah orang yang sanggup tinggalkan kesenangan hari ini untuk mengejar impian yang belum pasti. Aku tak tahu apa yang menunggu aku di masa hadapan. Aku takut. Aku risau. Tapi aku juga tahu, aku perlu ambil langkah hari ini. Kalau aku tunggu lagi, aku akan terlepas peluang yang mungkin satu-satunya peluang yang masih tinggal untuk aku mengubah hidup sendiri.

Aku berdoa satu saat nanti Allah akan bukakan jalan untuk aku. Allah akan tunjukkan apa yang terbaik. Aku tak mahu bila dah terduduk baru terkial-kial nak bangkit. Sementara aku masih ada kudrat, aku mahu lakukan sesuatu. Aku mahu menjadi aku -- diri aku yang sebenar. Aku mahu menikmati hidup ini dengan bahagia dan perasaan yang puas.

Semoga aku menemui titik itu.
Saat itu nanti aku akan bersinar.. aku harap sinar itu nanti mampu menerangi hidup orang lain juga. Ada terlalu banyak hal lagi yang aku ingin beri kepada dunia ini. Allah, aku mohon permudahkan lah.. berilah aku peluang dan kesempatan itu.

:)


...

Share:

3 comments:

  1. Tiba2 teringat tempat keja lama. Teringat pulak masa sesi memujuk sbb aku bg surat resign plant manager tu pnah kata kat aku - the grass is always greener on the other side. Dan aku juga ditakut-takutkan dgn kata2 kalau nanti aku nk masuk blk keja tpt tu aku takkan diterima.
    Hari ni aku bersyukur sbb itu antara tindakan yg paling tepat aku pnah buat. The grass is indeed greener over here.
    Manager2, HODs, dan konco2 mereka yg cuba 'pujuk' aku dulu sekarang aku dpt tahu semua pn dh lama tak keja situ lg.
    Mesej aku - kau tahu apa yg terbaik utk kau. Bukan mereka.

    Klau boleh buat istikharah lg bagus ☺

    ReplyDelete
  2. Dah habis baca.. Pada irra lah kan, kalau kak ain rasa berhenti kerja tidak memberi apa2 masalah, kak ain boleh je berhenti kerja.. N buat benda lain... Tapi cari lah kerja lain dulu. Zaman sekarang memang susah nak dapat kerja...kak ain plan nak buat apa lepas berhenti kerja?

    ReplyDelete
  3. mungkin minat ke arah lain... sebab kalau kita buat apa yg kita minat should be no problem kan.

    ReplyDelete