KAPOOR AND SONS | Kisah Tentang Keluarga Yang Tidak Sempurna Seperti Kita Semua

Menonton Kapoor And Sons lewat malam kelmarin meninggalkan kesan yang sangat besar dalam diri aku. Tidak langsung aku menyangka, sebuah kisah yang simple dan santai seperti Kapoor And Sons ini juga mampu membuatkan aku sangat terasuk. Untuk sekian kalinya, siang-malam-makan-tidur dan masa-masa termenung aku dipenuhi dengan babak-babak di dalam filem ini.

Kehidupan ini sebenarnya jauuuuuuhhhh lebih sukar daripada apa yang selalu orang cakapkan. 'Take it easy'... oh no..! Tak ada istilah 'take it easy' dalam kehidupan ni. Setiap langkah, setiap pilihan dan setiap saat di dalam hayat yang Allah pinjamkan ini adalah sesuatu yang 'berat' untuk diambil mudah. Setiap satunya..!

filem hindustan popular 2016, keluarga Kapoor, bollywood movie, konflik keluarga
Kapoor And Sons (Since 1921) ditayangkan pada 18 Mac 2016

Reviu Filem Kapoor & Sons (Since 1921)

Filem ini secara keseluruhan adalah kisah tentang sebuah 'dysfunctional family' yang biasa kita jumpa dalam kehidupan harian. Tak ada apa yang mengujakan aku sangat sebab setiap keluarga di atas muka bumi ni mesti ada masalah masing-masing.. kan..? Tak ada keluarga yang SEMPURNA dan bahagia sepanjang masa tanpa sekali pun berkonflik dan bermasalah. Cuma di dalam Kapoor And Sons ni, konflik keluarga kecil ini agak berbeza dan menarik.

Cara pengarah dan penulis skrip filem ini buat twist dalam kebanyakkan plot cerita agak mengejutkan aku sebagai penonton. Terutama babak-babak menghampiri penghujung cerita. Serius aku menangis teresak-esak di 15 minit terakhir cerita. Sedih sangat bila membayangkan kalau aku yang berada di dalam keluarga ni, tak kuatnya aku nak hadapi konflik demi konflik yang mereka hadapi. Berlapis-lapis dan rumit untuk diterima, tidak semudah 'take it easy'.

Kali ni aku tak akan letak link sinopsis filem ni di sini sebab malas la aku nak share spoiler. Buat apa tengok movie kalau dah tahu jalan cerita dari awal sampai habis.. kan..? Tak ada kejutan la macam tu. Anda kena tonton sendiri filem ni dan kalau boleh kurangkan expectation sebelum dan semasa menonton, baru lah enjoy..! :)

saat gembira bersama keluarga, bollywood world, filem hindustan happy ending
ada masa ketawa.. ada masa berduka

Apa Yang Aku Suka Tentang Kapoor And Sons (Since 1921)

Sejujurnya tarikan utama aku nak tengok filem ni kerana Fawad Khan (hehehehee.. please don't judge) dan yang kedua kerana aku ingin melihat chemistry di antara pasangan dua sejoli Sidharth Malhotra dengan Alia Bhatt yang dikatakan bercinta secara real dan bukan di dalam filem sahaja. Pun begitu, aku dikejutkan dengan lakonan mantap Ratna Pathak Shah (watak ibu) dan Rajat Kapoor (watak bapa) yang sangat wow..! Betul lah kematangan dan pengalaman membezakan kehebatan seseorang pelakon. Gandingan mereka berdua ini paling lekat di dalam hati aku.

Selain daripada mutu lakonan, aku juga suka..

1.  Filem ni dipersembahkan dengan gaya santai dan nampak real macam kehidupan orang kebanyakkan seperti kita-kita ni je. Maknanya, dari solekan, pakaian, prop, lokasi sampai kepada dialog-dialog di dalam filem ini adalah sederhana dan bersahaja. Tidak berlebih-lebih. Filem ini juga tak banyak lagu dan tak banyak babak meleleh-leleh. Semua babak ada isi yang ingin disampaikan.

2.   Lakonan Rishi Kapoor dalam filem ni sebagai Atok bagi aku biasa-biasa sahaja melainkan solekan 'extra tua' yang dikenakan beliau nampak agak berlebih-lebihan. Tapi aku suka babak dia main acah-acah tembak dengan cucunya Rahul dan Arjun. Sampai dengan nurse kat hospital pun dia nak ajak main tembak-tembak.. hahahaha..! Walaupun si Atok ni mulut celupar, otak 18SX dan perangai annoying giler, tapi di akhir cerita watak Atok ini lah yang memainkan peranan paling besar.

3.  Aku suka gandingan Sidharth Malhotra dengan Alia Bhatt, memang serasi berdua. Sampai ada beberapa scene yang aku rasa sangat genuine. Ye lah pasangan bercinta kan, tentulah tak susah nak ekpresikan perasaan masing-masing to each other. Babak-babak romantik tu sangat 'kacang; untuk mereka jayakan. Tapi paling best, filem ni bukan tentang kisah cinta mereka. Pengarah berjaya membawa fokus penonton terarah kepada konflik keluarga Kapoor And Sons dan bukan sebaliknya. 

Sidharth Malhotra, Alia Bhaat, sweet lovely couple, Bollywood couples
serasi bersama..! more film for this two lovely birds.. pleaseeeee.. :)

4.  Aku juga suka bila filem ni disampaikan dengan cara 'satu hala', tak ada banyak sangat flashback macam kebanyakkan filem hindustan lain. Jalan cerita pun secara keseluruhan simple dan direct to point sahaja. Kisah tentang bahagia -- tipu -- jujur -- jatuh cinta -- skandal -- konflik meletus -- gaduh besar -- tragedi -- sesal -- menerima dan memaafkan -- hidup diteruskan and happy ending. Simple kan..? 

5.  Watak Sunita Kapoor (si Ibu) memainkan peranan paling besar dalam filem ni. Sebagai isteri, menantu, ibu dan wanita yang bercita-cita membuka perniagaan katering sendiri pasti sahaja watak Sunita adalah 'bank konflik' yang menjadi titik bermula dan berkahirnya masalah. Mula-mula aku jadi meluat dengan perangai Sunita yang cepat melenting, kuat cemburu dan suka berprasangka tu. Rimas. Benci. Merepek. Terutama babak dia 'rosakkan' majlis sambutan harijadi si Atok, bila dia tuangkan biskut atas muka suami sendiri depan semua tetamu. Kau rasa..? giler psiko punya bini. Tapi di akhir cerita, watak Sunita lah yang paling kasihan. Aku menangis menderu-deru melihat Sunita. Serius, kalau aku di tempat dia.. aku tidak tahu bagaimana nak maafkan diri sendiri.

menghargai masa bersama pasangan
6.  Watak Arjun lakonan Sidharth digambarkan sebagai anak muda yang tak serius dalam hidup. Memang geram bila dia banyak 'main-main' tapi kasihan juga bila keluarga sendiri tak percaya pada kemampuan dan bakat dia. Bayangkan kalau kau jadi Arjun, memang makan hati lah. Dah la mak ayah asyik bandingkan kau dengan abang kau sendiri, lepas tu semua masalah orang akan salahkan kau. Kata kau sebagai punca. Aduhh..! patutlah Arjun 'lari bawa diri' ke New Jersey.

7.  Watak Rahul lakonan Fawad Khan pula digambarkan sebagai seorang lelaki sempurna yang matang, tampan, berkerjaya dan sering ingin bertanggungjawab menyelesaikan masalah. Acah-acah perfect sangat dan rasa diri sendiri je betul. Ada sisi Rahul yang aku tak suka terutama perangai 'perasan bagus' dia tu. Tapi ada juga sisi Rahul yang aku suka terutama babak dia berhadapan terus dengan Ayahnya. Baru gentleman macam tu. Aku suka. Selebihnya, well.. tak ada manusia sempurna dalam dunia ni. Sebagus mana atau se'perfect' mana pun lelaki itu, tetap ada sisi gelap di sebaliknya. Mohon berhat-hati.. hahahahaha..!

happy family, all is well, resipi keluarga bahagia, tidak ada keluarga yang tak ada masalah, menangani konflik dalam keluarga, bersatu dalam keluarga
sebuah keluarga terbina kerana saling menghormati

Kesimpulan Daripada Filem Kapoor And Sons (Since 1921)

Secara kesimpulan, filem ini menghiburkan aku dengan cara tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan oleh pembikin filem ini berjaya sampai malah meresap terus ke dalam benak. Kekal bersama aku. Dan semoga semua yang aku pelajari dari filem ini dapat aku adaptasi ke dalam hidup aku yang sebenar. Begitulah kita belajar tentang hidup -- kalau bukan dari buku, kita belajar dari filem dan lagu. Yang pasti, kisah hidup orang lain adalah pelajaran do and don't untuk kita sendiri. 

Setiap keluarga ada konflik masing-masing, tak ada keluarga yang aman bahagia daripada lahir sampai mati. Sebuah keluarga itu terbina daripada ketawa, airmata, bergaduh, benci, suka, rindu, saling menghormati, saling memberi, saling menerima dan paling penting mesti saling memaafkan. Semua itu rencah yang menjadikan sesebuah keluarga hidup lagi menghidupkan.

Aku belajar tentang cara keluarga Kapoor and Sons berhadapan dengan tragedi, biar dalam keadaan saling membenci pun mereka masih berada di sisi antara satu sama lain di saat menerima khabar kehilangan. Buang ego, buang rasa marah. Berhenti jadi manusia yang manja dan keras kepala -- yang semua orang nak ikut cara kau sahaja..!! Buang jauh-jauh selfish tu malah jadilah SATU.. kerana di dalam keluarga itu tidak ada aku, kau mahupun mereka.. tapi hanya ada KITA.

Akhir sekali, izinkan ahkak payung foto Rahul yang handsome nak pitam...!
nah Fawad Khan.. cerita sini, habis sini.. jangan bawa tidur...! :p


Fawad Khan, pelakon hindustan dari Pakistan, married Fawad Khan, the most handsome actor in Bollywood 2016
melting oii...! lol.. 



...

Post a Comment

1 Comments

  1. Take it easy?
    Sebenarnya
    Talk is easy.
    Kan.
    Ooo itu ke fawad khan? Mcm rupa ank bos kite ler..

    ReplyDelete