Sejauh Mana Kita Bersedia Untuk Berkongsi Hidup Dengan Orang Lain..?

i'm helping someone else change his or her life

Aku sejenis yang paranoid dalam bab berkongsi hidup dengan orang lain terutama dengan orang yang tidak aku kenali. Berkongsi yang aku maksudkan bukan perkahwinan tetapi media sosial. Faham kan..? Di media sosial, lagi banyak kita update tentang kehidupan peribadi kita, lagi banyak kita up gambar-gambar kita dan keluarga kita, malah lagi banyak kita kongsi apa yang kita baca, apa yang kita tonton, apa yang kita makan, mana kita pergi bercuti, siapa kawan-kawan kita waima berapa banyak kucing yang kita ada -- itu bermakna kita sedang BERKONGSI HIDUP kita dengan orang lain..!

Walaupun akaun Facebook kita private, tetapi di dalam 'private' tu tetap ada ahli keluarga, adik-beradik, ipar-duai dan sahabat rapat.. kan..? Jadi istilah 'private account' tu pun sebenarnya tidak lah berapa private sangat pun. Setuju..?

Berkongsi Hidup Dengan Orang Lain Bagi Tujuan Yang Baik

Aku juga pernah tulis tentang keputusasaan aku terhadap dunia perniagaan terutama MLM. Salah satu sebab kenapa aku give-up untuk berniaga kerana aku tak pandai nak berkongsi hidup aku dengan orang yang aku tak kenal. Bila kita berniaga walaupun hanya barang-barang yang kecil seperti menjual seketul sabun pencuci muka, nak atau tidak kita mesti pandai bersosial. Kita mesti ramai kawan, besarkan jaringan pergaulan kita dan 'buka diri' kita untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita dengan mudah. Dari situ barulah perniagaan kita berkembang. Kalau kita bersikap tertutup dan tidak mahu berkongsi, susah kita nak jual apa-apa produk pun.

Sejak kebelakangan ni, aku kembali menimbangkan keputusan untuk kembali ke bidang perniagaan. Entah dari mana datang rasa rindu nak berniaga semula. Tapi yang pasti bukan MLM atau perniagaan yang perlu mencari orang atau perlu memujuk orang untuk melabur. Sesungguhnya aku 'sangat lemah' bab nak pujuk-pujuk orang. Pujuk diri sendiri pun selalu tak pandai eh..! :p

Oleh itu, kebarangkalian aku akan 'reopen my life' kepada orang-orang yang aku tak kenal tu bermula dengan public kan akaun Facebook dan Instagram aku. Untuk yang belum tahu, aku ada dua akaun Instagram which is satu akaun tu aku nak khususkan untuk perniagaan. Apa perniagaannya..? Aku belum putuskan lagi. Yang ada dalam kepala aku ni banyak bercabang-cabang. Mungkin aku akan bermula sebagai dropship dahulu. Dan semestinya produk/barang yang aku dah guna dan cuba dan rasa berkesan untuk aku.

Bantu Orang Lain Yang Mengalami Masalah Yang Sama

Apa yang buat aku rasa nak kembali ke dunia perniagaan kecil-kecilan ni sebab ayat ni lah..

..Kita hanya kongsi kebaikan produk, mungkin ada orang kat luar sana yang mengalami masalah yang sama boleh cuba produk yang kita guna tu. Secara tak langsung kita dah bantu selesaikan masalah dia yang mungkin dah bertahun-tahun menghantui hidupnya.. 
Yes, mulakan dengan niat nak bantu orang. Hanya nak berkongsi kebaikan produk yang kita guna. Kita jujur dengan diri sendiri, jujur dengan produk dan InsyaAllah kejujuran tu akan bantu orang lain tanpa kita sedar. Sangat sedikit 'tugas' yang kita lakukan, tetapi impaknya Subahanallah mungkin jauh lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.

Aku fikir macam tu lah, nak berniaga kecil-kecilan secara santai sahaja. Guna pendekatan soft selling. Hidup pun tak stress sangat kalau tak ada orang nak beli sebab aku bukan menjual. Selain daripada tu dapat tingkatkan kemahiran komunikasi aku juga. Kalau kita tak letakkan diri kita di dalam ujian yang kita rasa takut sangat nak buat, then kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh mengatasinya. 

Aku nak cuba sekali lagi.
Doakan aku berjaya kali ni. 
Aku percaya rezeki Allah s.w.t. sangat luas.
Di mana ada kemahuan, InsyaAllah di situ ada rezeki untuk setiap seorang daripada kita. Dan selalu lah ingat, rezeki Allah s.w.t. tu bukan dalam bentuk material sahaja. Kesihatan, kebahagiaan malah dapat suami yang sentiasa menyokong juga adalah rezeki. Alhamdulillah.

Jaga diri semua..
Jumpa nanti di lembaran baru dan fasa baru hidup aku.

*muuuaaahhh...*


...

Share:

18 comments:

  1. Wah3.. selamat berjaya dan mmm, semoga tabah. Hehe. Berniaga byk cabaran dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. banyak cabarannya.. tapi hidup kalau tak ada cabaran jadi tak seronok pula.. hehheheee.. :)

      ...

      Delete
  2. Good luck babe.. Aku pun baru2 ni buat keputusan sama mcm ko.. Ntah kenapa byk btol psamaan kita ni haha suratan atau kebetulan niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn...! banyak pula persamaan kita.. adakah kita ni sebenarnya saling kenal sebenarnya...? tetiba rasa neves pulak... hahahahaa.. :p

      entah2 kita ada bau2 bacang tak... kekekekekee...

      ...

      Delete
  3. yes betul tu. aina banyak benda yang di private sebab takut nak share di social media. tak faham mcm mana orang boleh share dia punya privacy di fb lah ig la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang, lain caranya Ainna.. :)

      ada jenis yang berani, ada jenis yang pemalu tapi mahu... ehh.. hehehehehee..

      ...

      Delete
  4. Replies
    1. InsyaAllah.. doakan eh.. :)

      TQ *hugs*

      ...

      Delete
  5. mmmm...ada betulnya apa yang aimnub kongsikan...ramai dah berjaya sebab kongsikan hidup mereka dengan orang lain.


    tapi aRz pun ada juga pasarkan produk tanpa kongsikan hidup aRz...alhamdulillah masih ada permintaan. Mungkin teknik marketing lebih penting.

    antaranya buat FB Page...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sangat setuju dengan Arz.. teknik marketing tu lebih penting.. :)

      kalau tak kena cara, bukan jual barang.. jual diri pula jadinya.. hahahahahaaa..

      :p

      ...

      Delete
  6. ada ramai juga yang aRz kenal dan berjaya dalam pasarkan produk tapi orang tak berapa kenal siapa dia....hehehe

    percaya tak...

    kongsi itu pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongsi itu pilihan.. berniaga itu juga pilihan.. jadi kalau nak berniaga pilih lah teknik dan pendekatan yang sesuai ikut jenis produk yang kita niagakan... :)

      customer membeli juga ikut pilihan dia.. ada yang membeli kerana keperluan, ada membeli kerana harga murah, ada pula membeli kerana kawan2 dan pendekatan si penjual yg buat rasa dekat di hati...

      apapun.. best of luck utk Arz dan pernigaan yang diusahakan..

      :)

      ...

      Delete
  7. good luck ain, ummul pun tgh cuba nak beranikan diri nk majukan diri n cpai impian.. insyallah setiap usaha akan berhasil dgn izinNya. pasti akan ada cbran n ujian. moga kte tabahlah.. bkn senang nk berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nampak usaha2 Ummul tu.. bangga and happy for you Ummul.. semoga terus success ye.. track dah betul dah tu.. kipidap ok..

      :)

      ...

      Delete
  8. alhamdulillah perkongsian yang baik

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..Semoga bisnes kali ni lebih baik..eh bukan maksud yang sebelum tu tak elok cuma untuk mulakan bisnes semula dengan niat bantu orang lain, lagi baik dari fikir untung..Dulu saya pun buat bisnes nak untung..Tapi susahnya lahai nak jual...So sekarang bercadang nak start balik bisnes..Kali ni, niat untuk tolong orang..dapat pulangan dalam bentuk keuntungan, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. kalau dah bersetuju nak kawen tu bermakna dah setuju nak berkongsi hidup la tu

    ReplyDelete