Pada waktu ini Selasa minggu depan iaitu pada tarikh 4 April 2017, InsyaAllah aku sudah berada dalam perut kapal terbang untuk perjalanan 5 jam ke India. Pejam mata. Senyum. Sesungguhnya hati aku meloncat-loncat teruja. Tak tahu nak ungkapkan bagaimana, besarnya perasaan bahagia tu. Satu-satunya destinasi yang selama ini menjadi impian dan angan-angan aku. Akhirnya mimpi-mimpi itu bakal jadi kenyataan. Seminggu sahaja lagi. Mohon doakan lah aku selamat memijak bumi India yang telah sekian lama aku idam-idamkan.
Kali ni aku dengan Pokchik akan ikut trip dengan travel agensi. Kalau ikut hati aku nak pergi ala backpackers sebab aku nak round seluruh India daripada New Delhi ke Kashmir ke Agra ke Rajasthan turun ke Mumbai ke Goa ke Tamil Nadu kemudian naik semula ke Kolkata ke Haidrabhat ke Shimla dan banyak lagi tempat yang aku teringin sangat nak pergi dan tengok sendiri keistimewaan tempat-tempat tu termasuk ingin benar singgah ke The Mannat (rumah Shah Rukh Khan) of course la kannnn... hahahahahaa.. :p
Tapi untuk pelancong yang tak biasa melancong macam kami ni, elok la ikut travel agensi sahaja dulu. Belum nekad lagi nak meredah negara orang tanpa pemandu pelancong yang berpengalaman. InsyaAllah ada rezeki, diberi kesihatan dan kesempatan aku pasti akan ke India lagi. Mungkin waktu itu aku akan menjelajah jauh lagi. InsyaAllah.. Aamiinn..!
![]() |
Dal Lake, Srinagar at Kashmir, India |
Perjalanan kami bermula di New Delhi kemudian esoknya terbang ke Kashmir dan akan berada di sana selama 4 hari (termasuk perjalanan pergi dan balik). Di Kashmir aku harap dapat menikmati pemandangan indah musim bunga, dapat merasa bermain salji di Gulmarg, juga kenangan bermalam di house boat dan mungkin kalau sempat nak membeli belah di pasar atas air di Tasik Dalke. Apa yang pasti, simpan memori kamera cukup-cukup sebab sudah tentu beratus gambar akan di rakamkan sepanjang berada di Kashmir.. Ohh..! tak zabaaaarrrrr... :)
![]() |
Pasar bunga, buah dan sayur-sayuran atas Tasik Dal, Srinagar |
![]() |
House boat sebagai hotel tempat kami bermalam |
![]() |
musim bunga di Kashmir -- bunga tulip..! :) |
Selesai di Kashmir kami akan balik ke New Delhi dan terus sahaja ke Agra. Mungkin menaiki bas ekspress. Sampai di Agra nanti terus di bawa melawat Taj Mahal, salah satu 7 benda ajaib di dunia. Dah lama aku pendam angan-angan nak tengok Taj Mahal dengan mata sendiri. Harap kali ni tercapai. Kami akan bersiar-siar sekitar Agra dan bermalam juga di Agra. Esoknya berangkat balik ke New Delhi dan selepas tu pulang ke Malaysia. Jadual penuh nanti aku update kemudian ya.
![]() |
Taj Mahal |
Selain menikmati perjalanan dan mengutip kenangan di tempat-tempat hebat ini, aku harap dapat juga luangkan masa 'menikmati' warna-warni orang Indian. Hiruk-pikuk bandar New Delhi yang selalu disebut-sebut orang. Paling penting, aku teringiiiiiinnnnn sangat nak menikmati dan merasa sendiri Indian Street Food yang sering aku tonton dalam filem-filem hindustan. Antara yang aku dah masukkan dalam list 'makanan wajib cuba bila ke India' adalah Gol Gappa, Laddoo, Gulab Jamun, Samossa, Kebab, Beriyani, Maggo Lassi dan tentu sekali semua jenis kari...! hehehehee.. :p

Apapun, aku mohon sekali lagi.. doakan perjalanan aku dan suami dipermudahkan dan selamat pergi balik..
India... here i come...!
:)
...
sumber gambar : google image
4 Comments
bestnya dapat pergi india. Nak cari makan senang x sis?
ReplyDeleteteringin nak pegi.. insyaallah.. one day. hehe
ReplyDeletekita pun teringin sangat nak ke india.nak ke kashmir. nak ke macam2 laaa. , maybe one fine day
ReplyDeletewish i nak g jugak.... cantik tempat ni...
ReplyDelete