Pengkritik Diri Sendiri

criticism

Suatu masa dahulu yang tidak dapat dipastikan bila, aku pernah menulis tentang satu sisi rahsia dalam diri aku yang nampaknya sudah tidak menjadi rahsia lagi. Kali ni aku akan menulis sekali lagi tentang hal yang sama kerana aku merasakan masa yang bergilir-gilir mengulit ini tidak pernah menyembuhkan aku daripada 'penyakit' ini. Penyakit yang sama. Yang telah menjadi sisi rahsia dan pahit dalam hidup aku. Namun, benarkah ia memang sejenis penyakit dan benar-benar hal yang pahit ?

Pengkritik Tegar

Baiklah, aku mula sedar yang aku ini sejenis yang sangat kuat mengkritik. Cerewet. Tetapi tidak pula aku mahu mengakuinya secara terbuka. Kenapa ? Sebab aku difahamkan sikap suka mengkritik ini adalah sifat yang hina dan keji. Benarkah ?

Orang Melayu selalu sebut perangai suka kritik itu, suka kritik ini adalah perangai orang yang perasan bagus. Dia je betul, orang lain semua salah. Dia je pandai, orang lain bodoh. Dia je buat perfect, orang lain semua culas. Jadi siapa yang suka kata itu salah, ini salah akan secara automatik di cap sebagai orang yang Perasan Bagus. Semua orang tak suka kepada orang yang perasan bagus. Aku pun tak suka. 

Aku paling tak suka dengan orang yang suka menunjuk pandai walaupun dia sebenarnya memang pandai.. hahahahaha..! Annoying gila perangai suka menunjuk pandai ni. Tapi kalau aku yang buat perangai tu, tak apa..! aku ulang sekali lagi, kalau aku yang buat -- tak apa. Kalau orang lain buat -- jadilah dia manusia paling annoying yang aku akan menyampah meluat dan kau sila pergi terjun perigi buta atau buat apa sahaja yang membolehkan kau jauuuuuuhhhh daripada aku.

Pengkritik Diri Sendiri

Semakin berinjak usia, aku semakin bijak (terpaksa puji diri sendiri) untuk mengurus perangai suka mengkritik dan perangai cerewet tak tentu pasal aku ni. Ohh, sebelum tu.. aku bukan OCD. Bukan. Kalau ya pun aku tak nak mengaku aku OCD. Sebab OCD pun merimaskan juga. Aku nak jadi manusia yang easy going bukan heavy going (walaupun purata berat aku sekarang adalah 84kg.. eehhh.. abaikan..!!) :p

Aku belajar menahan diri daripada mengkritik orang. Kadang-kala kalau tak mampu menahan, aku akan bercakap di dalam hati atau bercakap seorang diri di dalam bilik air menghadap cermin dengan percakapan yang tanpa suara. Faham..? Haaa.. siapa pernah buat macam tu sila mengaku. Itu bukan gila, itu art...! ya, art...! 

Sekarang aku fokus kepada diri sendiri sahaja. Sudahnya aku jadi pengkritik tegar untuk diri sendiri. Semua jadi tak kena untuk aku. Self confident jatuh merundum dan keinginan untuk aku mencipta cita-cita baru selalu sahaja terbantut. Sebab ? Sebab aku selalu merasakan yang aku terlalu sederhana dalam semua benda, aku tak ada kekuatan khusus dan langsung tiada keunikan. Aku tak percaya kepada diri sendiri dan aku tak percaya aku boleh capai sesuatu dalam hidup. Letih juga ada penyakit ni. Asyik nak kritik diri sendiri, bila nak grow and glow..? -- ehhh, macam iklan putihkan kulit pula. 

Aku ada seorang kenalan yang sangat suka mengkritik. Walaupun aku tahu itu untuk kebaikan orang yang dia kritik tu juga, tapi apa yang aku nampak perangai dia yang suka mengkritik tu sesekali memakan diri dia sendiri juga. Aku menyampah gila tengok dia. Tapi tanpa sedar, lama-lama aku pun dah nak jadi macam dia. Tanpa sedar, aku pun kuat kritik itu ini. Tapi serius tau, aku ikhlas nak menegur sebab nak benda tu jadi lebih baik je, tapi end up orang makin menyampah dengan aku. Orang yang aku kritik tu fikir aku nak jatuhkan dia. Apa lah bangang sangat...?

Aku tegur sebab aku sayang la, kalau aku lantak kan kau maka mampusssss lah kau kat situ. Mereputzzz...! Dan kalau kau tak boleh nak terima teguran dan kritikan orang, itu masalah kau lah. Baik balik kampung tanam jagung. Itu pun kalau mak ayah kau ada wasiatkan tanah tempat kau nak bercucuk tanam. Duduk lah belek batang jagung tu setiap hari. Sorang-sorang. Ada aku kisah kat kau ke...? eehhh.. tak paham lah aku orang yang manja tak bertempat nih. Kena tegur sikit terus sentap, lepas tu kata aku tak support lah. Kata aku tak nak tengok kau berjaya lah.

Denggg...!
Perigi buta ada hujung sana. Mohon terjun sendiri dengan rela.
Lantak lah kau situ.

Balik kepada sisi rahsia aku yang dah tak jadi rahsia tadi, ya aku memang suka mengkritik. Tapi sekarang aku dah boleh control. InsyaAllah. Sesekali mungkin terlepas juga kalau dah hangat sangat. Kalian tolonglah tegur aku kalau kalian nampak atau terbaca kat mana-mana yang nampak macam aku terlalu mengkritik. Tolong tegur ya ! 

Marilah sama-sama kita bina hidup yang lebih easy going. Hidup ni sekali je, ayuh kita jadikan kehidupan ini sesuatu yang menyeronokkan dan membahagiakan. Tujuan utama kita tetap akhirat. Tegur menegur sesama saudara seIslam kita biar ada caranya. Kritik diri sendiri dulu sebelum mengada-ngada nak kritik orang. Bagi yang ada perangai suka kritik orang tu, mohon ikhlas kan hati. Sahaja aku mengkritik si polan bin si polan kerana Allah Taala. InsyaAllah terbuka hatinya nak terima kritikan kau dengan positif.

Ok dah. Itu je nak bebel.

Bulan depan aku mula bercuti tanpa gaji selama 3 bulan. Aku nak berehat.
Tunggu lah apa aku akan buat bila aku dah cukup rehat nanti. Kah kah kah kah.. gelak jahat..! :p


...

Share:

7 comments:

  1. Tak nak try ker jd juri AF ke, maharaja lawak ke. Bakat mengkritik ni jgn disia2kan. Hee..

    ReplyDelete
  2. kadang2 tu terkritik jugak. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang kritik ni bagus juga.. sebab dapat audit diri sendiri. Sebab tu ada juri2 kat AF :p

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba jadi juri pengkritik tetap masa cuti 3 bulan tanpa gaji tue nanti. Heheheh gurau je 😂

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Cuti tanpa gaji 3 bulan ... wooOOowoo....

      Delete
  6. Apsal komen keluar kt reply comment Fendi ni.. haha

    ReplyDelete