Penunjuk Atau Diberi Tunjuk ?

Tiba-tiba aku baru sedar yang aku ni suka follow macam-macam jenis orang sampai life aku jadi macam banyak sangat cabang. Lain leader lain cara tunjuknya. Ada yang kata ikut kiri bagus, be different, buat sesuatu yang lain dari orang lain, jadi rare -- then baru lah kau akan stand out. Ada leader lain pula kata ikut kanan, jadi macam dia, buat step by step mesti berjaya, kenapa nak buang masa buat benda salah, dia akan tunjukkan cara betul yang semua orang berjaya pernah buat -- dah terbukti cara tu akan jadikan kau berjaya. So, ikut je lah jangan banyak tanya. 

Aku garu kepala. 

Satu hal lagi, bila aku follow terlalu ramai orang yang lain-lain bidang ni aku jadi macam rusa masuk kampung punya gelabah -- tahu..? Aku tengok si A, aku nak jadi A. Aku tengok si B, aku rasa boleh jadi B. Tengok si C pula, aku rasa lebih sesuai jadi C. Bila tengok si D, dalam hati aku rasa aku boleh jadi lebih baik daripada si D kalau aku jadi si D. Aku nak jadi apa ni sebenarnya..? 

Nasib baik ABC cuma ada sampai Z.
Kalau tak, mati aku nak taip satu-satu. Sampai berdarah keyboard..! 

Pokoknya, aku masih tak tahu nak jadi apa. Macam status IG aku -- "..aku masih mencari siapa aku, apa aku mahu jadi dan di mana aku akhirnya.." dan ya, IG tu masih hidup walaupun aku nampak sibuk kat IG satu lagi. Sila jangan unfollow IG aku. Kasihan la sikit. Ahakssss. 

Dan ini lagu yang berlegar-legar dalam kepala aku tak mahu keluar sejak seminggu ni.. 

"Kau dan aku tak bisa bersama.. Bagai syair lagu tak berirama.. Selamat tinggal kenangan dengan  mu.. Senyum ku melepaskan kau pergi.."

nak bagitahu tu je.
ok bye.


...

4 comments:

  1. Kita ikut aja lah apa kata hati kita..dan buat kita happy Ain.. :)

    ReplyDelete
  2. Aku pernah ada lagu yg berlegar-legar dlm kepala dan tak nak keluar. Lagu ni:

    ~n ai say dinas, dinas skin care. Ceriakan harimu~

    Seksa nak delete dari memori.

    ReplyDelete
  3. pilih yang terbaik.. hehe.. btw, blogwalking sini... jemput datang tempat saya ;)

    ReplyDelete
  4. mungkin awak memang lahir dengan kepelbagaian.... mcm2 boleh jadi :-)

    ReplyDelete