When The Last Time You Did For The First Time?

Blogger SayidahNapisah yang comel dan baik hati serta popular meletop kebabaom buat entry tentang tajuk yang sama hari ni. Jadi aku terpanggil nak ikut lah buat tajuk yang sama. Sesekali tiru blogger famous harap-harap dapat lah tempias UV daripada blog beliau yang dah juta-juta Pageview tu.. ahaaakkksss.. KC ahkak love u so much..! :)

So, what the last time you did for the first time ?

Ermmm.. 3 hari lepas, buat pertama kali aku cuba Mate Liquid Lipsticks.

Ya, pertama kali..! Padahal mate lipstick ni dah lama popular. Orang lain dah lama pakai. Dah habis berbotol-botol dah pun. Aku baru nak cuba woii.. 

oohhh emmm jiiii

Apa perasaannya pakai mate lipstick..? Ok. Aku rasa ok la walaupun sedikit kering. Ye lah dah namanya 'mate' kan, tak ada la rasa licin satin ke apa. Rasa ringan je kat bibir lah. Yang best tentang mate lipstick ni ialah warnanya yang intense sangat. Rasa melekat kat bibir dan tahan lama. Lepas makan minum pun, lipstick masih 'ada' kat bibir. Tapi kalau jenis yang suka pakai lipstick tebal-tebal, lepas makan minum kena lah top up sikit ye lipstick kat bibir masing-masing.

Kelebihan Mate Liquid Lipstick

Buat masa ni aku tak berani lagi nak pakai color terang-terang. Paling merah pun aku pakai kod Girl Boss yang color ala-ala merah darah. Tak gelap sangat, tak terang menyala sangat. Just nice untuk kulit aku yang tak berapa licin cerah ni. 

Paling aku suka color natural macam kod Butterscotch. Bila pakai mate lipstick Butterscotch ni aku tak payah nak make up muka beria-ia sangat pun. Aku sapu compact powder kat seluruh muka lepas tu oles je mate lipstick Butterscotch ni.. taraaaaaa dah siap..! hahahahaaa... :p

Aku pernah cerita tentang AKU DAN MAKE UP dalam entry ni, sila klik dan baca 15 fakta yang aku dah explain panjang lebar kat situ.

ZAWARA Mate Lipstick Butterscotch

Apa Mimpi Nak Bermake-up Pula ?

Tak ada mimpi apa pun. Aku masih aku yang dulu. Jangan fikir bila aku jadi agent ZAWARA Cosmetic ni aku akan jadi giler make up dan asyik nak bermake up je 24 jam. Tak..! Aku masih MALAS ya hazabbb nak make up or duduk berjam-jam depan cermin membelek muka. Dan paling penting, aku masih tak pandai make up. Setakat bedak, lipstick, eye liner dan mascara -- itu je lah yang aku pakai. Nak bentuk kening, nak shading2 atau nak blend2 color eye shadows ni semua aku still tak pandai lagi.. hahahahahaa. 

So, kalau jumpa aku kat mana-mana dan tengok aku tak make up jangan lah pelik. Dan jangan lah kata "ehh.. kata jual make up.. dia sendiri pun tak make up.. macam mana tu..?" ehh.. #JanganMengata #LetsCantik #FuhhhFuhhh ...hahahahahahaa.. aku fuhhhh kan sorang2 sat lagi.. :p

Aku pilih untuk jadi agent ZAWARA Cosmetics kerana aku nampak PELUANG dan sekadar nak mencuba cabar diri. Tak payah aku nak terangkan jenama ZAWARA ni, ramai dah tahu. Kualiti produk ZAWARA ni dah terbukti di pasaran jadi kurang risiko produk entah apa-apa (bukan macam sesetangah produk yang harap nama je gah tapi barang macam sampah..! ehhh...) Dan paaaaaaaaliinggg penting sekali sebenarnya aku tertarik dengan pendekatan ZAWARA yang lebih kepada nak bantu usahawan baru, bukan macam sesetengah jenama yang hanya nak AMBIL KESEMPATAN ke atas agent dan dropship mereka.

Agent ZAWARA Cosmetics

Nanti aku cerita panjang lebar lagi pasal produk-produk ZAWARA ni dan macam mana aku boleh berkecimpung di dalam keluarga besar ZAWARA ni. Amvoiiii... lama tak pakai perkataan 'berkecimpung' tau.. tetiba rasa macam tulis artikel majalah la pula.. kahh kahh kahhh.. 

Aku baru lagi mengorak langkah, belum cukup 10 langkah pun tapi saje lah aku nak share kat sini jadi siapa2 yang tengah usha produk2 ZAWARA tu boleh la contact dan order daripada aku je ok. Aku bagi service tip-top-meletop untuk korang. Jangan panggil aku suruh make up korang sudahlah..! Jadi babun bibir merah pulak sat lagi.. hehehehehee.. Kalau sudi sila la FOLLOW Instagram aku ni :





Share:

1 comment:

  1. Nani ni pun tak berapa nak pro jugak kalau bab bab make up. Sikit sikit boleh lah. Hehehe.

    ReplyDelete