Hormati Mereka Walaupun Pramugari Baju Ketat Kain Terbelah Rambut Perang dan Make Up Tebal


Alhamdulillah dah 3 hari aku kembali ke tanah air selepas 8 hari menyulam mimpi dengan bunga-bunga manis di bumi India. Kenangan yang akan tersemat abadi dalam hati ku. Betapa indahnya India dan seisi penghuninnya. Dan betapa bertuahnya aku dapat menjejakkan kaki ke sana. Walau baru kembali, aku sudah menyimpan janji sendiri-sendiri yang aku pasti akan ke sana lagi. Pasti..! Janji..! :)

Untuk entri pertama tentang percutian aku ke India, aku nak cerita pasal satu kejadian di dalam flight waktu kami terbang balik ke Kuala Lumpur. Dipendekkan cerita, kami satu kapal dengan sekumpulan Tabligh yang berumur sekitar 20an ke 30an mungkin. Kumpulan mereka ada la dalam 10 orang, aku tak kira secara tepat. 

Situasi Pertama
Awal-awal lagi sudah berlaku kekalutan bila kumpulan Tabligh ni tidak mendapat seat sebelah menyebelah sesama mereka. Aku pun tak pasti kenapa mereka tak minta seat sebelah menyebelah masa check in dan sebelum print boarding pass tadi. Bila ada seorang dua yang refused untuk duduk sebelah perempuan, mereka minta tukar seat.

Aku faham kenapa mereka tak nak duduk sebelah perempuan. Tapi bila mereka sendiri yang mengatur-atur seat orang lain, aku rasa cara tu tak kena. Sementah lagi waktu tu penumpang belum duduk sepenuhnya, ada yang baru masuk ke perut kapal, ada yang baru nak letak beg di compartment atas, ada yang sedang memimpin anak2 kecil duduk dan menyesuaikan keselesaan masing-masing. Waktu tu juga ahli Tabligh ni sibuk menukar-nukar seat kami. Kelam kabut jadinya sebab semua bercakap, tak tahu siapa yang mendengar. 

Pramugari dah suruh duduk dulu, nanti kalau ada seat kosong dia akan 'pindahkan' siapa yang tak nak duduk sebelah perempuan tu. Bagi orang lain duduk dulu lepas tu kalau nak minta tukar, baru la tukar cara elok. Lagipun tugas menyusun-susun seat penumpang ni bukan tugas kita. Dalam erti kata lain, bukan hak kita nak tukar sesuka hati. Kebetulan flight tak penuh malam tu, jadi siapa yang tak nak duduk sebelah perempuan tu dipindahkan duduk di seat belakang mana yang ada kosong. Selesai satu masalah. 

Situasi Kedua
Betul depan seat aku duduk la seorang ahli Tabligh ni, kalau tengok muka memang muda lagi dalam 25 tahun umurnya (aku agak-agak). Dia duduk tepi tingkap kapal, seat tengah kosong dan seat hujung sebelah laluan tu duduk wanita India sedikit berumur. Seat tengah antara adik Tabligh ni dengan aunty India tu dibiar kosong sebab sorang lagi Tabligh yang sepatutnya duduk situ dah pindah duduk belakang2 dek kerana tak nak duduk sebelah aunty India tu lah tadi.

Waktu seorang pramugari melintasi kawasan duduk kami, tiba-tiba adik muda ni sebut "psstt.. psstt.. ssttt.. ssttt.." sambil jari macam panggil pramugari tu. Rupanya dia nak minta earphone yang memang diberi secara percuma kepada penumpang kapal. 

Pramugari tu dengan muka sedikit terkejut menghulurkan earphone sambil berkata sinis "jangan panggil saya psstt pssttt macam tu..! panggil la elok2.. say excuse me ke..." Lepas menekan kata-katanya, pramugari tu pun berlalu meneruskan kerjanya. 

Aku terkasima beberapa saat melihat kejadian di depan mata. Walaupun lampu di dalam kapal telah dimalapkan dan kebanyakkan penumpang sekitar aku sudah melelapkan mata tapi jelas di mata aku airmuka cik pramugari yang tersinggung. Tak ada pula aku dengar anak muda Tabligh tadi menyebutkan kata-kata maaf atau sebagainya. Dalam hati aku berdoa aunty India tu dah tidur dan tak dengar kata-kata cik pramugari tadi. Kalau tak, entah apa aunty tu akan fikir. 

:(

Moral 
Siapa pun kita, hormati lah orang lain. Kalau pun kita rasa iman kita ni dah teguh seteguh karangan di lautan, tetaplah kita lebih menghormati orang lain dan merendah diri. Walaupun cik pramugari tu tak menutup aurat, rambut perang berkarat tapi berapa tebal iman dia di mata Allah, kita tak tahu. Jangan lah layan mereka seperti mereka tak berhak dihormati. Mungkin mereka sendiri tak memilih untuk bekerja di bidang itu, hanya Allah yang tahu. 

Apa salahnya panggil mereka "Cik" atau "Miss"... daripada panggil psstt psssttt pssttt.. sangat tak sopan. Sudah lah tu, tak minta maaf pula. Sedih aku tengok kejadian macam tu. Aku yang malu. Kita ni sebagai umat Islam, orang bukan Islam tak tengok apa kita pakai, apa kita makan, macam mana kita solat atau berapa hari kita puasa. Tapi mereka tengok akhlak kita. Cara kita bawa diri dan macam mana kita hormat orang lain. 

Kita bawa nama Islam ke mana-mana kita pergi. Walaupun di negara bukan Islam. Sepatutnya kita lebih berhati-hati bila berhadapan dengan bukan Islam. Mereka bukan menilai kita sahaja, tapi menilai agama dan pegangan kita. 

Aku bukan nak merendah-rendahkan ahli kumpulan Tabligh ni sebab selama aku kenal kumpulan Tabligh yang lain-lain mereka semua baik-baik. Hormat orang. Berfikiran terbuka malah sesetengah mereka lebih moden dan berteknologi daripada orang biasa. Aku anggap adik yang duduk depan aku tempoh hari masih budak dan mentah lagi. Mungkin ini pengalaman pertama dia naik flight. Fikir positif je lah. Aku harap juga, dia akan belajar dari pengalaman ni. Lain kali, hormat orang lain. Jangan panggil siapa-siapapun dengan pssssttt psstttt psstttt tu. Tak sopan. 

Kepada yang membaca ni, aku harap jadikan lah juga iktibar. Mudah-mudahan kita dapat menjadi insan dan Muslim yang lebih baik dari hari ke hari. Betullah orang pesan, jauh perjalanan luas pemandangan. Aku bersyukur kerana Allah tegur aku dengan cara macam ni. Jangan sombong. Jangan rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Coretan ni hanya untuk mengingatkan aku dan aku kongsi untuk ingatan bersama. Aku minta maaf kalau ada yang tersinggung. InsyaAllah kalian bijak-bijak belaka. Aamiin. 

...



Share:

30 comments:

  1. Respek org lain walaupun Mereka berada di bawa kita... Good sharing sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CikLa.. hormat-menghormati kunci hidup bahagia.. :)

      ...

      Delete
  2. bukan nak merendah rendahkan golongan berkopiah, tapi kalau kat bank, golongan macam ni lah yang banyak songeh, mcm dia je yg betul ... bukan semua lah, bukan semua... ada je yang baik2 :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. sayang sangat kan.. mudah-mudahan tak ada lagi lah yang macam tu.. semua baik2.. InsyaAllah.. :)

      ...

      Delete
  3. Lain kali suruh diorang tunggang agama je sampai India. Tak payah naik flight..
    #rolleyes

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. kesian pula kat kuda.. menganiaya binatang kan.. :p

      ...

      Delete
  4. -Org yg tukar seat tu dh terlepas peluang menyampaikan mesej islam kpd auntie tu.
    -Org yg pgl pramugari tu pst2 dh berjaya mencemarkan nama jemaahnya.
    -Bila kita beranggapan kita lebih baik drp org lain itu namanya takabbur. Takabbur adalah punca iblis dihalau dari syurga.
    -Kejayaan dakwah bukan diukur dari jumlah org yg berjaya diubah tp diukur dari sejauh mana pendakwah tu berubah jd lebih baik. Dlm byk kes lebih berakhlak.

    Agaknya org tu lupa yg Islam tersebar melalui akhlak.

    Aih. Sedih pulak. Moga kita semua dpt hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan semua point di atas.
      dan Allah sempatkan aku saksi kejadian tu supaya aku muhasabah diri juga. rasa macam Allah nak tegur aku sebenarnya.. mungkin la kan.. :)

      ...

      Delete
  5. Perkongsian yang sangat baik. Betul akhlak kita mencerminkan siapa kita.

    Paling penting kita membawa agama kita kemana saja kita pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kita bawa agama kita ke mana kita pergi..
      (dan arzmoha bawa kamera ke mana dia pergi juga.. ehh..)

      :p

      ...

      Delete
  6. saya memang respek dan selalu berterima kasih kpd pramugari-pramugari.

    walaubagaimanapun saya melihat lelaki muda itu sebagai lelaki muda / penumpang kapal terbang , tidak spesifik sebagai tabligh

    ReplyDelete
    Replies
    1. apapun yg dia lakukan, adalah sebagai lelaki muda.pada saya lah kan.

      Delete
    2. bagus, berterima kasih lah dengan siapa jua walau adik yang tolong angkat beg kita misalnya.. :)

      dan ya, tak perlu lihat kisah ini spesifik kepada mana2 kumpulan.. sekadar kisah anak muda yang mendapat pelajaran baru dalam hidup.. dan pelajaran untuk aku juga.. :)

      ...

      Delete
  7. Perkongsian yang baik. Jelas sekali akhlak bukan sahaja cerminan diri tapi ummah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana itu kita perlu adili si pelaku bukan agama mahupun keturunannya.. :)

      ...

      Delete
  8. depa ni memang lain macam sikit kan. takreti nak hormat orang yg agama rendah dari dia. kalau bhasa kasarnya orang cakap. berlagak macam ahli syurga. walaupun ilmu agama tinggi, tapi memandang orang sekeliing macam tak ada agama, tu pun dikira Allah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar dik Leyla.. :)
      kak ain first time jumpa yang seorang ni.. yang lain alhamdulillah baik-baik dan hormat orang belaka.. :)

      ...

      Delete
  9. Yup betul tu respek org lain baru org akan respek dengan kita...

    ReplyDelete
  10. Di malaysia pun sama. Ada ahli agama igat dia aje yg masuk syurga. Tapi perangai hodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan dia dapat petunjuk untuk berubah.. :)

      ...

      Delete
  11. Tak kesah la siapa pun kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  12. hormat menghormati tu perlu.. Jangan ingat diri kite terlalu baik.. Perkongsian yang baik...

    Singgah sini n follow done.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Lea Azleeya.. :)

      ...

      Delete
  13. betul tu kak ain.. kdg2 orang yang nampak luaran dia cmtu lg tinggi akhlak dia.. belajar hormat orang.. inshaAllah orang hormat kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan nilai luaran sahaja.. tengok akhlaknya juga.. :)

      ...

      Delete
  14. walau setinggi mana ilmu kita, setinggi mana kedudukan kita, sebanyak mana harta yg kita ada, kita tetap akan maauk kubur dengan sehelai kain putih biasa sahaja. sabor je ja orang macam ni. harap2 kita tak macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hanya helaian kain putih tak berjahit itu lah bekalan kita ke alam sana...

      ...

      Delete