Di Mana Aku Pada Tanggal 15 Syaaban Tahun Lalu ?

Malam tadi adalah Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) dan ramai yang meraikannya dengan rangkaian doa pelbagai dan tak kurang yang memohon maaf dan sebagainya. Aku juga, cuma aku raikan sendiri-sendiri mengenang diri. Dan aku nak kalian tahu, aku maafkan silap salah kalian dengan aku (kalau lah ada) kerana aku insan kerdil tak layak untuk marah dan dendam lama-lama. Aku harap kalian juga sama, maafkan salah silap aku (andai ada). Mudah-mudahan di akhirat kelak kita tiada hutang sesama manusia


Di mana aku pada 15 Syaaban setahun lalu..?
Kalau tak silap aku, 15 Syaaban tahun lalu aku dalam keadaan sangat gembira kerana permohonan kami untuk beraya di Mekah sudah diluluskan, Perasaan teruja nak sambut Ramadhan sangat luar biasa tahun lepas sebab aku tahu hujung Ramadhan itu aku akan terbang sekali lagi ke Tanah Haram untuk menunaikan Umrah sekali gus menyambut Aidilfitri di sana buat pertama kali dalam seumur hidup ku.

Di mana aku pada 15 Syaaban dua tahun lalu..?
Aku tak ingat. Serius tak ingat apa yang berlaku pada aku pada tarikh itu, Tapi aku harap yang baik-baiklah. sigh..!

Di mana aku pada 15 Syaaban tiga tahun lalu..?
Ya, yang ini aku masih ingat kerana pada tahun itu (2014) tanggal 15 Syaaban waktu itu kami sedang bersedih kerana baru sahaja kehilangan arwah Ayah buat selamanya. Mungkin tahun paling sukar buat kami sekeluarga sampai Ramadhan dan Syawal menjadi sangat hambar. 


Bagaimana pula 15 Syaaban tahun ini..?
Tiada yang istimewa setakat ini selain rezeki yang tak disangka-sangka tiba-tiba sahaja datang. Alhamdulillah di atas kurniaan rezekiMu Ya Rabb walau sekecil apa pun rezeki itu. Aku tetap bersyukur dan rasa sangat bertuah kerana siapalah aku ini di sisiMu Ya Allah, namun kasih sayangMu melimpah ruah buatku. 


Tiada yang aku harapkan pada tanggal 15 Syaaban ini melainkan keampunanMu Ya Allah. Ku tadahkan kedua belah telapak tanganku menadah menanti keampunanMu Ya Rabb.. ampunkan dosa-dosaku yang banyak seperti buih-buih di lautan.. ampunkan dosa-dosa suamiku.. ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa dan ibu bapa mertuaku.. ampunkan dosa-dosa anak-anakku.. ampunkan dosa saudara-saudaraku dan seluruuh ahli keluarga serta sahabat handai ku.. ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.. terimalah taubat kami.. masukkanlah dan himpunkanlah kami di dalam syurga Firdausi Mu kelak. 

Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal A'lamin..

Panjangkan usia kami dalam penuh barokah agar sempat kami menemui Ramadhan dan beramal di dalamnya sehingga ke akhir saatnya,, Terimalah amal ibadah kami walau ia sekecil-kecilnya malah tidak sempurna pula.. Terima lah Ya Allah.. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.. :)

...


Share:

0 comments:

Post a Comment