FOKUS : Rahsia Menjadi Orang Hebat

Perhatikan betul-betul orang hebat yang ada di sekeliling anda sama ada anda kenal mereka secara dekat atau anda hanya stalk mereka di media sosial. Orang hebat sekarang ni bersepah di mana-mana. Bukan jutawan, hartawan, ahli perniagaan mahupun tokoh ilmuan sahaja digelar orang hebat. Pelakon, penyanyi, IGiers malah pakcik jual mee bodoh pun sebenarnya orang hebat. Tapiiiiiii.. paling ramai sekali adalah orang yang perasan hebat. Betul tak..? :p

Aditya Roy Kapur (Gambar sekadar hiasan)

Rahsia Menjadi Orang Hebat

Aku bukan nak tulis pasal orang hebat yang baik, tapi aku nak tulis tentang orang hebat yang tak baik. Dia hebat tapi perangai ya ampuuunnn..! mohon-kau-cepat-mati-jatuh-gaung..! Pernah tak jumpa orang yang macam ni..? Aku selalu jumpa tapi disebabkan dia orang hebat, aku anggap perangai annoying dia tu boleh dimaafkan. Aku tertanya-tanya apa agaknya RAHSIA dia boleh jadi orang HEBAT ye..?ermmm.. janji kau hebat, orang tak akan perasan pun perangai buruk kau. Betul ke..?

Orang Hebat Pentingkan Diri Sendiri

Selepas menjalankan sedikit pemerhatian yang panjang tetapi terburu-buru, aku merumuskan orang hebat yang jahat ni perangai pertama mereka adalah PENTINGKAN DIRI. Orang macam ni sibuk dengan diri sendiri sahaja, sibuk nak pandai sorang2, nak cantik sorang2, nak kaya sorang2, dia peduli apa dengan orang sekeliling dia walaupun orang-orang ni lah yang bersengkang mata dan bersusah payah bantu dia jadi pandai, cantik dan kaya dulu.. kan..?

Orang Hebat Mesti Fokus

Perangai kedua mereka ni adalah terlalu FOKUS tapi dia punya tahap fokus tu sampai tak peduli apa berlaku kepada orang sekeliling. Macam jalan terus tak ada RnR macam tu lah..! Dia seolah-oleh ignore semua apa yang ada di sekeliling dia tau. Ajak share ilmu, dia sibuk katanya. Minta like gambar kat IG kita, tak sempat jawabnya. Menagih komen dia di entri terbaru kita, dia ada hal urgent pula alasannya. Punyalah fokus nak hebatkan diri sendiri je.. kan..?

Orang Hebat Mesti Darah Putih Bukan Merah

Perangai yang ketiga ni paling aku menyampah. Sejenis orang hebat yang suka BERPUAK-PUAK dan PILIH BULU. Siapa dia nak layan je dia akan layan. Siapa yang ada kepentingan sahaja dia nak kawan. Siapa yang boleh bagi dia sesuatu berharga je dia akan tolong. Siapa yang beli barang dia jual je boleh masuk friend list dia. Siapa darah putih macam dia je boleh mati kena tikam sebelah dia agaknya.. kan..?

Jadi Diri Sendiri

Aku pun nak jadi orang HEBAT tapi aku tak nak lah jadi macam manusia yang berperangai macam 3 perkara di atas. Biar aku jadi orang biasa sahaja, tak nak lah jadi orang hebat kalau diam-diam belakang aku orang kutuk maki aku. Buat apa..? Tak tenang hidup kita kalau jadi manusia dibenci ni.

Tapi aku bukan maksum. Sesekali aku selfish juga, kadang-kadang aku tak sempat juga nak ada masa untuk orang-orang sekeliling aku. Tapi bila aku ada masa dan ada kesempatan, aku tebus la balik. Apa yang penting USAHA kita tu dan jangan lah berat ucap MAAF bila perlu. Jangan pula nak orang sahaja tolong kita, tapi bila time dia minta tolong, kita main lepas tangan. Satu lagi, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain..! Tolong lah jangan jadi keji macam tu.. promise eh..!

Aku memang jenis suka ambil tahu hal orang-orang sekeliling aku terutama orang yang aku sayang. Ambil tahu tak semestinya busybody okey..! Memang dah aku jenis macam ni. Aku sayang orang-orang sekeliling aku. Adik-beradik aku. Sahabat-sahabat aku. Memanglah susah nak adakan masa untuk semua orang, nak take care semua orang, nak jaga hati semua orang, nak puaskan hati semua orang.. memang susah..! Tapi kita cuba lah.. selebihnya kita serah kepada Yang Maha Pengatur iaitu Yang Maha Esa.

cuba dulu.. boleh eh..?

...


Share:

6 comments:

  1. Hidup ini biar kita jadi orang yang memberi manfaat kepada mereka yang di sekeliling kita, menjadi kesayangan bukan kebencian mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.
      Berilah sebanyak-banyaknya.. :)

      ...

      Delete
  2. setuju dengan komen di atas... org yg hebat ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain... lets performance speak because performance is louder than speak !!! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..! cakap banyak tak guna kalau tak gerak2.. :)

      ...

      Delete
  3. Sekaya mana atau besar tetap Allahu akbar.

    Nyanyi pulak.

    ReplyDelete
  4. Fokus tu penting.. kena belajar untuk fokus.. boleh tak nanti share tips dan cara-cara nak fokus sebab saya susah nak fokus satu benda dalam satu masa.. :(

    ReplyDelete