Selepas sebulan baru terkial-kial nak update cerita pasal percutian ke India tempoh hari. Kalau tak peram cerita, bukan AimNub lah namanya..! hahahahahaa. Ok aku mulakan entri ni dengan serba sedikit persiapan aku dan Pokchik sebelum berangkat ke India ya. Tapi maaflah kalau info aku banyak kekurangan sebab jujurnya banyak yang aku dah lupa. Hikssss. Maklumlah teruja sangat nak ke India, hal-hal kecil semua aku lupa.
Selepas aku asyik 'berzikir' kat telinga Pokchik pasal impian nak ke Kashmir di setiap siang ke malam dan malam ke siang, Pokchik pun naik fed-up dan terpaksa la mula search dekat internet tentang pakej percutian ke India yang paling ekonomi. Dipendekkan cerita, cari punya cari Pokchik jumpa dengan satu-satunya pakej percutian ke India yang menawarkan jadul penuh dengan kelebihan 4 HARI di Kashmir..! Ya, kebanyakkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat lain semua 3 hari je di Kashmir. Tak puas kan ?
Jadi bincang punya bincang, survey punya survey kami setuju nak ikut syarikat ni ke India selama 8 hari (termasuk perjalanan pergi dan balik) dengan harga lebih kurang RM4+++ seorang. Bunyinya macam mahal kan, tapi percayalah sangat berbaloi..! :)
![]() |
[ gambar hiasan ] |
Pakej Percutian Ke India Bersama SafirGoTravel
Untuk pengetahuan korang, syarikat SafirGoTravel ni dah lama bertapak dan dah bawa kumpulan bercuti ke merata dunia. Banyak pilihan destinasi diaorang tawarkan. Memang syarikat yang dipercayai, InsyaAllah. Track record bersih, tak ada kes-kes tipu atau peserta terkandas kat mana-mana ke apa. Alhamdulillah, masa kami pergi India hari tu pun service bagus sangat. Puas hati. Nanti aku cerita lagi lanjut pasal SafirGoTravel ni ok.
Ini step by step yang kami perlu buat sebelum berangkat :
1. Bayar deposit pakej RM1000/seorang sejak bulan Januari lagi. Terus booking tarikh bila nak pergi. Kebetulan bulan April ada dua group ke India, kami pilih yang 4 April 2017.
2. Awal bulan Mac kami dah mula buat permohonan cuti dan kebenaran ke luar negara, maklum lah kerja government semua ni PENTING dan kena buat awal. Kalau cuti tak lulus kan naya..! Awal bulan Mac tu juga kena buat bayaran penuh pakej. Kalau tak buat bayaran penuh macam mana nak proceed.. kehh..!
3. Passport aku dan Pokchik memang dah ready sebab baru je renew tahun lepas masa nak pergi Umrah Aidilfitri hari tu. Bab passport ni korang pandai-pandailah semak eh. Pastikan passport korang available la sebelum berangkat tu.
4. Visa ke India kena buat sendiri. 3 minggu sebelum berangkat pihak SafirGoTravel akan call ingatkan kami pergi buat Visa di pejabat yang dilantik kedutaan India. Visa ni tak boleh buat awal sangat, kena tunggu pihak SafirGoTravel siapkan dokumen yang lengkap termasuk salinan tempahan tiket penerbangan yang sahih. Kalau dokumen tak lengkap, tak guna kau pergi buat visa. Confirm kena reject..!
5. Aku pernah baca kalau nak ke India mesti ambil satu jenis suntikan ni. Tapi kami tak ambil apa-apa suntikan pun. Mungkin sebab kami pergi dengan pakej, makan minum semua di hotel jadi selamat la agaknya. Kalau korang yang pergi secara backpackers tu better ambil suntikan ni. Korang google la apa nama suntikan tu, aku tak tahu.
![]() |
India Center [pic from Google Image] |
Buat Visa India Di Pejabat Yang Dilantik Oleh Kedutaan India
Lokasi pejabat ni dekat tepi Bangunan Sultan Abdul Samad yang sebelah Dataran Merdeka tu. Pejabat ni selalunya ya ampuuunnnnn..! ramai manusia kadang tu sampai beratur di luar pejabat. Tapi jangan panik, kaunter banyak. Untuk visa pelancong tak panjang pun beratur sebenarnya. Tapi satu aku nak pesan, perhatikan betul-betul MASA OPERASI untuk hantar permohonan visa ni.. BUKAN office hour tau..! Kalau tak silap aku kaunter permohonan visa buka dari 9 pagi sampai 2 petang SAHAJA..! Kau datang lepas pukul 2 petang mohon mereputzzzzz.. dia akan pesan "datang semula esok ye puan.."
Paling penting pastikan semua dokumen dah lengkap termasuk gambar (2 keping size 2"x2"), salinan IC dan Passport macam biasa lah dan dokumen daripada syarikat perlancongan tu lengkap. Sebab wakil syarikat perlancongan tak pergi bersama kita tau. Kita buat sendiri je visa ni kat pejabat tu. Bayaran Visa Pelancong untuk 6 bulan adalah RM180/seorang. Kos buat visa kita bayar sendiri. Tak termasuk harga pakej ok.
Kena ingat masa dah suntuk, jangan buang masa pergi buat visa sampai dua tiga kali. Oh ya, tempoh siap Visa dalam 3 hari bekerja dan masa nak ambil visa dah siap tu dari jam 4 hingga 5:30 petang SAHAJA..! Mohon alert ya.
Bagi yang nak buat visa secara online tu aku tak pasti, korang kena study sendiri eh.
6. Dua hari sebelum tarikh berangkat, kami pergi ambil beg hand luggage yang diberi percuma oleh SafirGoTravel. Kami pergi ambil sendiri di pejabat urusannya di Bandar Baru Bangi. Masa ni pihak syarikat akan confirm kan sekali lagi pasal passport dan visa serta keperluan wajib yang perlu disediakan. Paling penting...!! double check tarikh dan masa penerbangan. Jangan salah tengok masa..!
7. Aku bawa sekali dua papan Panadol dan dua papan Pil Arang. Tapi sampai balik semula ke KL tak guna pun dua-dua tu. Alhamdulillah, sihat je sepanjang di sana. Perut pun bagi kerjasama, tak meragam. Ubat lain yang aku bawa bersama adalah BIOBAX (sangat berguna masa kat Taj Mahal dan Agra Fort sebab banyak giler berjalan..!)
Hari Berangkat Yang Dinanti-Nantikan
Kami dijadualkan berangkat pada 4 April (Selasa) jam 6 petang dengan Malindo Air. Kalau tak silap aku memang semua penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi berlepas sebelah petang sama ada kau naik Malindo Air atau Air Asia. Tapi MAS aku tak pasti kalau ada flight pagi. Seeloknya kalau ada flight pagi lebih bagus, dapat jimat hari sebab perjalanan ke New Delhi cuma 5 jam lebih je.
Kami sampai ke KLIA lebih kurang jam 2 petang, terus cari wakil SafirGoTravel dan tour guide kami nama Encik Nash. Baik sangat orangnya. Then, macam biasa kami pergi check in bag besar dulu. Lepas tu kami gi makan di KFC, rehat-rehat kejap sambil aku belek-belek action camera ThiEYE i60+ yang baru 3 hari aku beli. Tak tahu guna weiii...! macam orang baru turun dari Marikh, tak tahu nak guna action camera. Stress betul..! :p
![]() |
muka excited oiii.. :p |
Pukul 4 petang dah kena turun ke Balai Berlepas, masuk je Asar kami solat dulu lepas tu lepak je lah kat tempat menunggu. Tapi aku tak boleh duduk diam. Punya excited tu macam nak lompat bintang 4 juta kali. Tak sabar aku nak lompat masuk perut kapal lepas tu sekelip mata tingggggggggg dah sampai India. Boleh..?!!
Penerbangan Dengan Malindo Air
Alhamdulillah Malindo Air ni selesa. Proses berlepas dan mendarat semua smooth macam flight lain kat Malaysia ni lah. Tak ada yang pelik sangat. Makanan dalam flight masa pergi dibaginya kami makan Vegetarian Food.. hahahahaha..!! Pokchik makan nasi je, lauk langsung tak sentuh. Aku pun tak lalu la style vegetarian food dia. Sayur dalca ke kari ke entahlah. Tak kena dengan tekak aku. Nasib dua-dua dah kenyang balun KFC tadi. Sepanjang perjalanan 5 jam tu aku tak boleh lelap. Kan dah kata excited macam nak lompat bintang.. hahahahahaa..! Aku layan movie hindustan tajuk Highway lakonan Alia Bhatt tapi boring giler filem tu. Aku tukar tengok filem Kapoor and Sons (walaupun aku dah tengok filem tu sebelum ni)
![]() |
menuju India ~ melunaskan mimpi-mimpi semalam |
~ bersambung ~
...
5 Comments
biobax wajib bawa kalau travell...
ReplyDeleteAda waktu tertentu pejabat visa ni rupanya
ReplyDeletetak tahu guna "action cam" tak apa...pos saja ke arzmoha.com...hehehe
ReplyDeletesemangat betul nak ke india...mohon tengok filem aamir khan plisss
ReplyDeleteBestnya.
ReplyDeleteSelamat pergi dan balik