INDIA2017 : Tiba Di New Delhi

Selepas menempuh penerbangan 5 jam tu, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi, New Delhi, India. Perasaan aku tak payah tanya la, memang excited tahap Suria Perkasa Hitam. Hilang terus lenguh punggung sebab duduk dalam flight 5 jam. Macam budak terlebih gula dah aku.. hehehehehe. Kami tiba di New Delhi tu dalam pukul 9 malam. Beza waktu Malaysia dengan India lebih kurang 2 jam.

Dari perut kapal nak sampai ke kaunter Kastam tu macam biasa la jalan jaaauuuuuuuhhhhh.. harap bertabah ye. Kereta baggy tu ada tapi nasib-nasib la kalau dapat naik.. hehhehee. Tolong beri keutamaan kepada warga tua ya.. :) Sampai je kat kawasan hampir dengan kaunter Kastam, kita kena isi satu borang declaration. Kecil dan simple je borang tu tapi WAJIB isi tau. Cuma nak nama, nombor passport, nama hotel kita menginap di New Delhi tu dan negara terakhir yang kita lawati dalam tempoh 3 bulan sebelum kot (tak ingat dah). Lepas selesai semua boleh beratur di kaunter Kastam macam biasa.

Indra Gandhi International Airport, New Delhi, India [pic from Google Image]

Pelajaran Pertama Saat Tiba Di India

Kalau ikut jadual kami, esok pagi kami akan berangkat ke Kashmir menaiki penerbangan domestik. Aku memang dari awal teruja bab nak ke Kashmir ni tapi rupa-rupanya di India ni sebut pasal Kashmir tu SANGAT SENSITIF tau. Jangan sebut sebarangan..! Pelajaran pertama yang kami terima sebaik sahaja tiba di New Delhi adalah :

Jangan bagitahu pegawai Kastam tu kita nak ke Kashmir..!

Kalau mereka tahu kita nak ke Kashmir, banyak betul soal dan permintaannya. Seolah-olah kita nak buat benda tak elok bila ke Kashmir tu. Pihak Kastam akan minta tiket flight, minta dokumen itu, dokumen ini. Allahu Akhbar..! Pelik betul. Padahal Kashmir tu kan sebahagian daripada India juga. Kenapa sensitif sangat, wallahualam. Jadi kalau nak urusan di kaunter Kastam berjalan lancar, jangan sebut pasal nak ke Kashmir. Ok. Kebanyakkan ahli kumpulan kami semua lepas tak ada masalah, pegawai Kastam pun tak banyak songeh. Cuma seorang dua sahaja yang 'ditahan' pegawai Kastam kat kaunter tu. But again, jangan panik. Pegawai Kastam tu baik-baik sebenarnya. Bagi sahaja apa mereka minta dan jawab soalan mereka baik-baik, InsyaAllah ok je. 

Rombongan Percutian Ke India 4-12 April 2017

Terlupa aku nak cerita pasal rombongan ke India aku ni kan..! hahahahhaaa.. maaf lah, entri lepas langsung tak sentuh pasal mereka. Ok, rombongan aku ni tak ramai tau dalam 15 orang je. Best kan..? Aku rimas kalau pergi berjalan dengan kumpulan terlalu ramai. 15 orang ni sedang elok la. Alhamdulillah, aku dapat satu rombongan dengan semua makcik-makcik, pakcik-pakcik dan adik-adik yang sporting giler. Banyak ilmu. Peramah. Ringan tulang membantu. Senang bekerjasama. Patuhi masa, arahan dan jadual. Memang sempoiiii la kumpulan kami ni.

Kalau ikut proffesion pula, kebanyakkannya adalah pesara dalam pelbagai bidang. Ada juga yang dulu mak andam, ada tu jurutera lebuhraya Malaysia, ada jururawat lelaki dan macam-macam lagi latar belakang. Ada yang dari Perak, Melaka, Kelantan dan Kajang. Waktu kami mula-mula kenal tu masing-masing macam malu-malu tapi sekejap je. Tiba di India masing-masing bertukar jadi ramah dan saling membantu. Pendek kata, 8 hari dengan mereka macam dah jadi keluarga. Cepat betul kami mesra. Alhamdulillah. Nanti aku cerita lagi pasal mereka. 

Malam Pertama Menginap Di Hotel Africa Avenue, New Delhi

Selesai urusan di airport dan ambil bagasi masing-masing, kami menaiki mini bas yang sangat cantik dan selesa menuju ke hotel tempat kami akan bermalam. Sepanjang perjalanan tu dapatlah tengok suasana bandar New Delhi yang ternyata rancak dan trafik yang masih padat. Aku mengambil kesempatan tu untuk menikmati pemandangan yang sangat aku nanti-nantikan selama ni. Akhirnya aku tiba dan menjejakkan juga kaki aku di bumi India ini. Thank you Allah :)

Pemandangan waktu malam tak banyak yang dapat dilihat kecuali suasana trafik yang hiruk-pikuk. Aku tak berhenti tersenyum sendiri sebab aku dah selalu tengok suasana ni dalam filem-filem hindustan. Kali ni aku tengok live. Happy bukan main. Terutama pertama kali nampak Otto (Tuk-Tuk) di atas jalan raya. Hampir menjerit juga dibuatnya. Hahahahahaha...! 

dalam bas terima kalungan bunga 

Sewaktu di dalam mini bas tu kami telah dikalungkan jambangan bunga sebagai tanda Selamat Datang ke India. Jambangan bunga tu sebenarnya dibuat daripada Bunga Lotus yang merupakan bunga rasmi dan simbol kebanggaan India dan agama Hindu. Tahu tak bunga lotus tu bunga apa..? Bunga tahi ayam sebenarnya.. hehehehehehe.. :p

Tak sampai satu jam perjalanan, kami tiba di Hotel Africa Avenue. Hotel ni terletak di kawasan perumahan elit yang mana kiri kanan hotel ini terdiri rumah-rumah banglow yang mewah siap pengawal keselamatan tak kurang 3 orang. Hebat orang New Delhi ni, kaya-raya..!

di lobi hotel .. sorry gambar gelap ..! :p

Sorry tak ada gambar dalam bilik hotel tapi bilik hotel kami Subahanallah, cantik yang amat. Bilik air je luas macam saiz bilik tidur aku kat Malaysia. Katil pula size king tau. Sayangnya kami dapat tidur di bilik hotel yang cantik tu cuma kurang 6 jam.. hehehehehe. Sampai je dalam bilik, salin baju, cuci muka, solat dan terus lena. Baru rasa letihnya. Kali ni aku tidur betul nyenyak, bayar balik ngantuk yang aku tahan dalam flight tadi :)

Pemandangan Bandar New Delhi Yang Sesak Dan Padat

Pagi esoknya selepas sarapan kami bersiap-siap nak berangkat ke airport domestik untuk terbang pula ke Srinagar, Kashmir. Kalau ke India itu sahaja buat aku rasa nak lompat bintang 4 juta kali, nak ke Kashmir ni pula buat aku bukan je lompat bintang.. tapi lompat katak, lompat kijang, lompat arnab atau lompat kanggaroo juta kali pun aku sanggup. Serius punya excited..!! Cuba la faham ye.. hehehehehee.. 

Tapi sebelum meninggalkan Hotel Africa Avenue yang super best ni, jom snap gambar dulu. Terserlah kejakunan aku guna action cam. Janggal duh. Tapi yang penting senyuman ada manissssss... :)

selepas berkali-kali snap, ini lah sekeping yang senonoh..! hahahaha.. 

belakang tu la mini bas kami.. bas baru.. cantik dan selesa

tengok la muka excited nampak Otto .. kahh kahh.. kampungnya kau ain..! :p

kenang-kenangan katanyaaaa..

Kalau ikutkan flight kami ke Kashmir jam 10:30 pagi tapi seawal jam 8 pagi kami dah bertolak dari hotel sebab kami difahamkan urusan di airport domestik lebih rumit. Apatah lagi kalau nak ke 'daerah bergolak' bernama Kashmir. Semua hal jadi extra rumit.

Sepanjang perjalanan ke airport domestik New Delhi, sekali lagi kami dapat menikmati pemandangan bandar New Delhi yang sesak. Trafik di New Delhi ni ya ampuuuunnn..! teruk..! hahahahahaha.. Depa ni tak tahu beratur di jalan raya tau dan mereka tak memandu ikut lorong. Kalau ada 3 lorong untuk kereta, kau akan nampak empat lima kereta serentak dalam 3 lorong tu. Macam tak ada faedah je line putih membahagi lorong2 tu. Depa tak ikut lorong..! Motor dan Otto dan basikal dan lori dan bas dan segala jenis kenderaan lain pun sama juga. Tak tahu ikut lorong. Pantang nampak kosong depa akan menyelit..! Patutlah trafik di New Delhi tak akan pernah selesai..! 

Bagi aku pemandangan tu sangat menghiburkan.. :) Akan aku kenang sampai akhir hayat. Inilah New Delhi yang mempunyai populasi penduduk 3 kali ganda lebih ramai daripada penduduk Malaysia..! Just imagine..! Ni baru New Delhi tau.. belum seluruh India lagi.. hahahahahaa..!

Dekat satu jam juga baru kami tiba di airport domestik New Delhi. Seperti yang dijangka proses nak check in dan print boarding pass tu sangat la lama dan meletihkan. Banyak betul songeh masing-masing. Daripada staff syarikat penerbangan sampailah kuli yang tolong angkat beg-beg kita tu semua buat kerja style 80an masa zaman tak ada komputer. Pelik juga, sebab kaunter bukan main canggih semua main scan je, pakai pun bukan main smart tapi style kerja macam zaman batu..! 

di airport domestik New Delhi

Aku tak ada masalah sangat pun sebab Encik Nash awal-awal dah pesan urusan di airport akan ambil masa dan dia minta kami semua banyak-banyak bersabar. Bagi aku yang memang tengah teruja nak terbang ke Kashmir ni, 1 jam menunggu bukan masalah besar pun. Cuma ye lah, rombongan kami ni ada orang tua dan ada juga yang ada masalah kaki perlu guna kerusi roda. Kesian mereka ni menunggu lama-lama. Nasib baik semua berlapang dada dan ok-ok je.

Dapat je boarding pass kami terpaksa buru-buru ke kaunter Kastam untuk proses seterusnya. Masa memang mencemburui sebab gate untuk ke Kashmir dah lama dibuka. Mujurlah semua proses di bahagian Kastam tu berjalan lancar. Dari gate berlepas tu perlu naik bas transit pula ke kapal terbang. Terkocoh-kocoh sedikit tapi semua berjalan lancar sampai semua selamat masuk ke perut kapal dan mendapatkan tempat duduk masing-masing.

sempat pula snap gambar kenangan dengan SpiceJet :)

Pelajaran Kedua Kami Di India

Hampir terlupa satu hal MAHA PENTING yang perlu kalian ingat baik-baik. Airport Srinagar, Kashmir sangat PANTANG dengan POWER BANK. Aku tak tahu kenapa, tapi aku agak-agak sebab power bank ni kan boleh meletup dan dimanupulasi menjadi bom. Maka sila ingat ni baik-baik :

JANGAN SIMPAN POWER BANK 
DALAM BAGASI BESAR

Pastikan power bank anda berada bersama anda dan di bawa bersama di dalam hand luggage. Jangan sesekali simpan power bank dalam bagasi besar yang nak masuk perut kapal tu tau. Mereka akan tahan bagasi anda..! Tak boleh lepas ke Kashmir. Bukan depa tahan suruh keluarkan power bank tu tau. Depa terus tahan bag tu TAK BAGI BAWA KE KASHMIR. Maka sehelai sepinggang la kau masuk Kashmir tanpa bag baju. Faham..?

Ini bukan cakap main-main. Ini kenyataan dan dah ada kes yang berlaku. Kesian makcik tu, pergi Kashmir sehelai sepinggang, semua kena beli baru sebaik tiba di Kashmir. So, beringat..! Power bank bawa bersama anda ke mana jua sepanjang berada di India. 

Selain daripada kes power bank tu, sila ambil perhatian kepada hal ini juga :

1.  Simpan camera anda sebaik kapal terbang mencecah bumi Kashmir. JANGAN SNAP GAMBAR sepanjang berada di dalam airport Srinagar. Keluar je dari perut kapal tu sampai lepas pagar luar kawasan airport. Simpan camera dan handphone anda. 

Kalau anda ditangkap kerana mengambil gambar, handphone atau camera anda akan dirampas buat selamanya. Walaupun di kawasan macam tak ada askar, CCTV ada. Jadi sila la berhati-hati. Senang kata jangan snap gambar la selagi tak keluar dari kawasan airport tu. Askar depa ada merata-rata. :(

2.  Kawasan airport Srinagar, Kashmir memang banyak askar berjaga-jaga sambil peluk senapang panjang. Elakkan buat drama depan mereka. Kalau boleh elakkan memandang direct kepada mereka. Jangan buat atau cakap apa-apa yang boleh menimbulkan kecurigaan. Bergerak dalam kumpulan dan dengar arahan tour guide elok-elok. Itu je. Senang kan..? :)

Menjejakkan Kaki Pertama Kali Di Bumi Kashmir

Jujurnya aku dah simpan angan-angan nak ke Kashmir ni sejak umur aku 16 tahun. Percaya tak..? Bayangkan bila satu-satunya impian kau jadi kenyataan, mesti la bahagia tak terkata kan. Itu lah yang aku alami waktu tu. Kalau boleh nak sujud syukur lepas tu menari pusing-pusing sambil nyanyi lagu Janaam Janaam saat mula-mula pijak kaki kat airport Srinagar tu tapi tak boleh. Jangan buat gila. Airport Srinagar di kawal ketat pasukan tentera. Semua tentera siap berjaga dengan senapang panjang tau. Kau jeling depa sekali je silap-silap kecai kepala kau kat situ juga....! (Okey ini drama je lebih. Mohon abaikan)

Demi menjejakkan kaki buat kali pertama ke bumi Kashmir yang berbahagia tu, airmata aku bergenang. Udara dingin menyucuk tulang dan menyejat di kulit muka. Bahagianya..! Subahanallah, Kau izinkan jua aku menikmati moment indah ini. Bumi Kashmir menyambut kami dalam damai, dingin, tenang namun penuh misteri. Terima kasih Ya Allah atas kesempatan yang Kau sempatkan ini.. untuk impian yang kau tunaikan ini.

Aku menangis di dalam hati.

:)


~ bersambung lagi ~


...

Share:

1 comment:

  1. mcm bnyk pulak pantang larang kat sana. kalau yg backpacker mesti taktahu apa apa mcm ni memang kena tahn macm tu je la. kena banyak buat research kalau nak kesana kan

    ReplyDelete