Lelaki Dan Perempuan Boleh Berkawan Baik Jika..?

Siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi Best Friend. Walaupun mungkin susah, tapi ia tak mustahil boleh terjadi. Malah di zaman serba terbuka dan urban ini, hubungan antara lelaki dan perempuan tidak terbatas atas satu nama hubungan sahaja. Contohnya, dari kawan baik kepada pasangan bercinta, dari kawan baik kepada pasangan suami isteri atau boleh sahaja dari kawan baik kepada pasangan kakak ipar dengan adik ipar... hahahahahaa..! lolss..

Ekk Main Aur Ekk Tu, Kareena Kapoor, Imran Khan, Bollywood movie, Bollywood actor, romantic comedi film, My best friend
Ekk Main Aur Ekk Tu (One For Me One For You)

Ekk Main Aur Ekk Tu : Buktikan Lelaki Dan Perempuan Boleh Jadi Best Friend

Entah berapa kali aku dah tonton filem Ek Main Aur Ekk Tu ni sebab filem ni ringan dan menghiburkan aku. Tak membosankan walau dah tonton banyak kali. Paling penting filem ini telah memecahkan streotype filem hindustan biasa. Aku suka twist yang dibuat dari pertengahan menuju penghujung cerita. Walaupun ada sedikit hal yang mungkin terlalu biasa dan boleh diagak, tapi scene tu dipersembahkan dengan kemas dan buatkan filem ni lebih realistik daripada filem hindustan yang lain.

Seperti biasa, lakonan Kareena Kapoor sempurna..! dan meletakkan beliau di dalam kelas tersendiri. Lakonan KK matang dan bersahaja. Emosi yang ditunjukkan sangat semulajadi sampai aku percaya KK dan Imran Khan ni memang berkawan baik walaupun di luar set. Paling best, dalam filem ni KK disolek secara natural, menyerlahkan kecantikan dia yang sebenar. KK memang cantik, tak make up pun cantik. 

Imran Khan : Perfectly Average

Bagi yang belum biasa menonton filem lakonan hero Bollywood paling cool ni, mungkin merasakan bakat lakonan Imran Khan tidak sehebat mana. Setakat ni filem lakonan IK memang biasa-biasa dan tidaklah seberat mana. Kiranya kemampuan IK sebenarnya belum diuji secara serius lagi. Tapi aku suka Imran Khan ni. Dia super cool dan imej bersih yang dibawa sejak masuk ke dalam industri membuatkan nama IK jarang dipalit kontroversi.

Dalam filem ni, watak Rahul digambarkan sebagai lelaki yang skema, patuh dan taat kepada ibu bapa, pembersih, baik, tidak suka mabuk dan tidak pandai bersosial. Sampailah pada hari pertama Rahul bertemu Rania (Kareena Kapoor) dan hidupnya yang serba skema dan membosankan tu telah berubah. Rania menggambarkan Rahul sebagai lelaki yang PERFECTLY AVERAGE sebab Rahul memang sederhana dalam semua benda. Tidak ada sisi betul-betul baik atau betul-betul jahat dalam diri Rahul. Seimbang.

sahabat baik mesti menghormati perbezaan masing-masing

Bagaimana Lelaki Dan Perempuan Boleh Menjadi Kawan Baik ?

Bagi aku tidak ada yang pelik bagi seorang lelaki dan perempuan untuk berkawan baik. Apatah lagi bila ada kajian menunjukkan kawan baik berlainan jantina sebenarnya lebih boleh DIPERCAYAI dan hubungan kawan baik berlainan jantina ni selalunya lebih bertahan lama. Mungkin kerana cara berfikir seorang lelaki dengan seorang perempuan tidak sama. Jadi di dalam satu-satu isu atau masalah, kita akan dapat penyelesaian daripada kedua-dua sisi berbeza ini. Selain itu, berkawan dengan lain jantina lebih saling melengkapi kerana apa yang perempuan tak boleh buat, lelaki boleh buatkan. Begitu juga sebaliknya. Betul tak..?

Tapi macam mana nak pastikan hubungan persahabatan itu KEKAL dan tidak melampaui batas..? Maklumlah di dalam diri seorang lelaki dan perempuan ini nalurinya berbeza. Kebarangkalian kita jatuh cinta kepada sahabat baik sangat terbuka luas.. kan? Kalau sahabat kita pun fall in love dengan kita juga, tak mengapalah.. tapi kalau sebaliknya.. macam mana..? Masihkah kita boleh bersahabat dengan dia walau ada hati yang terluka kerana cintanya ditolak..?

Syarat-Syarat Lelaki dan Perempuan Boleh Berkawan Baik

Mari kita gariskan beberapa peraturan supaya persahabatan itu tidak dicemari hal yang tidak diingini. Terutama kita sebagai orang Islam, lagi banyak pantang larang perlu dijaga terutama di dalam perhubungan sesama manusia. Bukan tidak boleh berkawan baik dengan berlainan jantina, tetapi perlu lebih berhati-hati dan mesti professional.

1.  Tetapkan batasan (boarders) supaya di antara hidup peribadi kita dengan hidup yang boleh dikongsikan dengan orang luar termasuk sabahabat baik lebih jelas. Bila dah tetapkan boarders ni, masing-masing mesti menghormatinya. Contoh boarders yang perlu dihormati adalah hak privacy, hak bersama keluarga, hak bersama sahabat lain, hak untuk luangkan masa membuatkan aktiviti yang digemari secara sendirian dan lain-lain.

2.  Jaga aurat. Jaga cara pertuturan. Pastikan tidak berdua-duaan di tempat sunyi walau apa alasan sekalipun. Jaga batas-batas sebagai Muslim dan Muslimah yang baik. Jangan sesekali berkompromi dengan hukum-hukum Allah s.w.t.

3.  Pastikan ahli keluarga kita kenal sabahat baik kita terutama yang berlainan jantina. Kita pun mesti kenal baik dengan keluarga dia juga. Kalau boleh bina keakraban dan berbaik dengan semua ahli keluarga each others.

4.  Apabila salah seorang tiba-tiba jatuh cinta kepada sahabat baik mereka, MESTI BERTERUS-TERANG supaya tidak timbul salah faham. Kadang-kala kita dengar orang kata, susah nak berterus-terang. Takut kena reject. Takut dia tak boleh terima dan tak nak terus berkawan. Well, you have to choose beb..! Memang susah, memang berisiko tapi CINTA memang begitu sifatnya. Siapa suruh kau jatuh cinta..?! hahahahahhaa.. :p

5.  Bila masing-masing dah ada pasangan hidup, pastikan pasangan kita tahu dan kenal baik dengan sahabat baik kita. Barulah tak timbul salah faham di kemudian hari. Kalau boleh jadikan sahabat baik kita tu sahabat baik pasangan kita juga dan kita pun bersahabat baik dengan pasangan kepada sahabat baik kita tu. Kira macam sahabat baik 4 penjuru lah macam tu..! Lebih afdhal.

Okey, ada lagi nak tambah syarat-syarat ni..? Boleh komen di ruangan bawah :)

Kesimpulan

Bagi aku, berkawan dengan siapa pun tak salah. Nak kawan dengan sama jantina atau berlainan jantina, terpulang kepada citarasa masing-masing. Asalkan kita tahu kedudukan dan batas-batas kita, InsyaAllah berkawan lah dengan siapa sahaja pasti ada kebaikan dan manfaatnya. Sebab tu orang tua-tua kata, berkawan biar beribu tapi berkasih hanya yang satu. Berkasih tu maksudnya Allah s.w.t. tau..! bukan kekasih. Jadi bila kita selalu ingat Allah, selalu utamakan Allah, selalu buat apa sahaja kerana Allah s.w.t. maka kita berada di track yang betul dan semuanya akan baik sahaja. Ingat tu.

Satu hal lagi, jangan kita cepat nak judge orang yang suka berkawan dengan berlainan jantina ni..! Tak semestinya niat dia tak baik atau tak semestinya bila lelaki ada best friend perempuan bermakna dia lelaki lembut dan sebagainya. Tak baik tau fikir macam tu..! Don't judge.

Macam biasa, aku percaya pembaca blog aku semua bijak-bijak belaka.
Adiosssss.. :)





...

Gambar semua daripada Google Image (search Ek Main Aur Ekk Tu)


Share:

5 comments:

  1. hmm.. no komen.. selalunya lain jantina ni akan jadi lain.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. haha teringat pernah berkawan baik dengan laki masa darjah satu. lepas tu sampai sekarang tak de best friend laki dah. :)

    ReplyDelete
  3. miera ada kawan baik lelaki..dari kecik..till now berkawan baik.. alhamdulillah.. doakan jodoh kami ye. hehehe.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Kalau dah kawen then kawan baik kita bleh kenal dan baik pasangan kita should be ok...hihihi

    ReplyDelete