Aku sebenarnya dah lama tak pergi Langkawi ni. Kali terakhir tu agak-agak 4 tahun lepas lah, itu pun sebab ikut husband aku pergi out station. Sebut tentang Langkawi ni, automatik aku akan terbayangkan keindahan pantainya yang sangat mendamaikan. Lautnya yang bersih dan kebiruan.. perggghh..! Macam ala-ala kat oversea kan.. :) Selain daripada tu, kat Langkawi ni banyak aktiviti boleh buat. Aktiviti santai-santai sampailah aktiviti mencabar, semua ada. Tinggal nak pilih yang mana satu paling sesuai dengan berat badan minat kita je.. hakkssss...!
Kalau aku ajak husband pergi bercuti ke Langkawi sempena anniversary kitaorang bulan Julai nanti, canteeeekkkk jugak kan..? Fuhh.. nak buat surprise untuk dia lah, selalunya dia je yang plan percutian kitaorang. Kali ni biar aku pula surprise kan dia.. :)
![]() |
Dataran
Lang – mercu tanda Langkawi
|
Sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan di Langkawi
Oleh kerana aku dan husband bukan jenis yang romantik ala-ala cerita dogeng dulu kala, maka aku rasa lebih sesuai untuk spend masa sambut hari ulangtahun perkahwinan kami di Langkawi nanti ala adventure and fun..! Setakat candle light dinner tepi pantai tu dah biasa sangat lah. Aku nak buat kelainan kat Langkawi nanti, nak lain daripada orang lain. Banyak yang aku kena rancang betul-betul ni, supaya surprise aku menjadi.
Pertama sekali, mesti la tempah hotel dan tiket penerbangan kat Traveloka. Ramai kawan-kawan cadangkan aku guna Traveloka ni sebab apps dia senang gila nak access dan user friendly katanya. Dah la dapat diskaun, lepas tu dapat survey hotel yang murah dengan cepat dan mudah. Patutlah semua pakai Traveloka.
Ciri-Ciri Hotel Pilihan Terbaik Di Langkawi
Aku bercadang nak menginap di hotel yang dekat dengan pekan Kuah supaya mudah nak berjalan di kawasan sekitar. Lagipun kalau tinggal di pekan Kuah ni tak la sunyi dan bosan sangat waktu siang. Macam aku sebutkan tadi, aku rancang nak percutian yang fun bukan duduk terperap dalam bilik je kan. Ciri-ciri hotel yang menjadi pilihan aku adalah :
1. Kata nak sambut anniversary kan, mesti la pilih hotel mewah sikit baru lah husband aku rasa dihargai. Hotel 4 atau 5 bintang baru lah ngam..! Sesekali nak belanja husband, tak kan nak kedekut pula.
2. Hotel yang popular dan ternama, baru yakin sikit sebab dah ada feedback daripada pengunjung terdahulu. Baru senang aku nak buat pilihan. Lagipun hotel yang dah ternama ni selalunya lengkap dengan segala kemudahan mewah dan paling penting mesti ada Wi-Fi ..hehehehhee.. Blogger dan Wi-Fi berpisah tiada..! :p
3. Bilik mesti menghadap lautan dan terletak di tingkat atas, kalau boleh yang paling tinggi. Baru lah rasa eksklusif, privacy dan romantik bila malam.
4. Hotel yang ala Islamik. Ini sangat penting. Baru yakin dengan makanan yang ditawarkan selain rasa lebih selesa, bersih dan selamat.
5. Service mesti tip-top, staff tak sombong, housekeeping mesra dan cekap. Paling penting juga kalau dapat hotel yang suasana ala-ala kat luar negara. Barulah ada mood honeymoon :)
Lepas aku survey lima ke enam hotel kat pekan Kuah tu, aku jumpa dengan satu hotel ni yang memang menepati ciri-ciri yang aku inginkan. Suratan atau kebetulan ? Entah lah. Tapi aku memang dah berkenan dengan hotel ni. Jom baca feedback daripada pengunjung hotel ni dan aku share sikit lah gambar-gambar hotel ni bagi menambahkan lagi keterujaan aku nanti.
Baru-baru ni saya telah bercuti selama 4 hari 3 malam di Langkawi dan saya telah memilih Adya Hotel sebagai tempat penginapan kali ini. Saya tahu mengenai Adya Hotel ni pun dari rancangan Romantika bersama Irma Hasmie dan semenjak dari itu saya dan wife dah pasang niat untuk datang ke sini.
Adya Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang dan mula beroperasi pada awal tahun 2015. Adya Hotel terletak di tengah-tengah pekan Kuah dan memang lokasi strategik sekiranya ingin membeli coklat ataupun pinggan mangkuk di kedai duty free terkenal seperti di RAMS dan Haji Ismail Group.
Bangunannya merupakan di antara yang tertinggi di kawasan pekan Kuah dan memang tak susah nak cari. Antara keunikan Adya Hotel adalah ia merupakan hotel pertama di Langkawi yang berkonsepkan Islamik. Konsep Islamik yang diterapkan oleh Adya Hotel termasuklah dari rekaan arkitek bangunannya yang menggunakan konsep arabic dan corak-corak dinding seperti yang biasa kita lihat di masjid. Terdapat juga beberapa pokok kurma di hadapan pintu masuk hotel bagi memberi mood berada seperti di negara Arab.
Dengan konsep Islamik yang ditekankan, tak hairanlah, Adya Hotel Langkawi menerima pengunjung paling ramai dari negara Arab. Apabila menjejakkan kaki di lobi hotel saja, petugas Adya Hotel menyambut kedatangan saya dengan menyampaikan “Assalamualaikum” beserta senyuman yang manis. Mereka juga menghidangkan pengunjung welcome drinks yang disediakan khusus sebaik sahaja proses check in hotel dilakukan.
Secara khususnya, semua bilik-bilik di Adya Hotel sangat luas dan selesa meskipun bilik yang paling murah. Terdapat beberapa bilik yang mempunyai pemandangan indah seperti pemandangan pantai. Memang romantik betul kalau dapat tidur di bilik yang ada pemandangan macam ni.
Di antara pilihan bilik yang disediakan di Adya Hotel adalah dari Superior, Deluxe, Executive, Junior Suite, Premier Suite hinggalah kepada Perdana Suite. Mempunyai 13 tingkat, dan meliputi 207 bilik secara keseluruhan. Bilik-bilik di sini bermula dari harga RM300 dan ke atas. Kalau nak dapatkan harga lebih murah, bolehlah book secara online melalui Agoda.
Sekiranya ingin bercuti ke Langkawi, saya sarankan untuk menginap di Adya Hotel. Ianya bukan saja terletak di tengah-tengah pekan Kuah, tetapi hotel ini sangat selesa dan pekerja hotel ini sangat mesra pelanggan. Saya pasti akan memilih Adya Hotel sekali lagi sekiranya berpeluang bercuti lagi ke Langkawi.”
Haaa.. baca feedback daripada pengunjung ni memang buat aku tak sabar-sabar nak ke Langkawi. Confirm aku akan booking Adya Hotel ni dulu. Soal pengangkutan semasa kat sana, aku tak risau sebab boleh sewa kereta comel-comel je bila sampai kat airport nanti. Jadi mudahlah kami bergerak ke sana sini untuk menjalankan macam-macam aktiviti penuh adventure and fun..!
Aktiviti Wajib Cuba Sepanjang Di Langkawi
Ini yang paling aku teruja sekali, tentulah bab menyusun aktiviti kami sepanjang kat Langkawi nanti. Banyak tempat nak pergi ni, antaranya SkyCab, Makam Mahsuri, Dataran Helang, Beras Terbakar, Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise, Hj. Ismail Group (shopping time), Underwater World dan paling utama aku nak ajak husband pergi pakej island tour ke Pulau Dayang Bunting dan buat aktiviti parasailing yang popular tu. Mesti best weiii...! Tak sabarnya aku....!!
Apa yang paling best dan memudahkan lagi kerja aku nak menyusun aktiviti ni sebab di Traveloka, aku bukan sahaja boleh booking bilik hotel dan tiket flight murah dan mudah tapi boleh tengok lokasi hotel yang aku nak duduk tu kat mana, dekat dengan tempat attraction yang mana, apa kemudahan yang berdekatan dan macam-macam lagi. Senang betul.
Korang kalau tengah pening-pening fikir nak bercuti kat mana lepas Raya Aidilfitri nanti, baik korang bercuti bersama yang tersayang dengan menempah popular hotels in Langkawi di Traveloka. Aku jamin korang akan rasa senang gila ada Traveloka ni. So, bila sebut je nak pergi bercuti tak ada lah mengeluh lagi. Yang penting, pastikan percutian korang dipenuhi dengan momen-momen yang tidak dapat dilupakan.
Pergi bercuti dengan senang hati dan ikut bajet poket sendiri. Apa tunggu lagi, pergi download apss Traveloka tu. Zaman sekarang semua dah pakai smartphone kan, so guna la smartphone korang tu untuk mudahkan hidup korang. Ok..?
Siapa nak pergi Langkawi bulan Julai nanti, kita jumpa kat sana. InsyaAllah. Doakan plan aku nak buat surprise kat husband aku berjalan lancar eh.. hehehehehe.. :)
...
10 Comments
Bestnya kat Langkawi.. Macam-macam aktiviti boleh buat.. tempat yang cantik.
ReplyDeletePaling penting, makanan yang sedap-sedap ;)
untung husband..anniversary di taja ... hehe
ReplyDeletemain surprise surprise pula akak kita ni...hehehe
ReplyDeletemenarik nampak adya hotel ni
ReplyDeleteMenarik juga cadangan Kak Aimnub ni dalam pemilihan hotel
ReplyDeletebest langkawi ni... da tiga kali rancang nak dtg tpi aysik x jadi jak..
ReplyDeleteLangkawi tempat yg harus dilawati...mmg best..salam kenal ~ Umi Fuzy
ReplyDeletelangkawi di dalam memori..
ReplyDeletebanyak kenangan di sana..hihihi
Ikhlas Dari
Along Misuari
teringin nak naik ATV kat Langkawi
ReplyDeletememang best bercuti di Langkawi. banyak tempat menarik yang boleh pergi. anyway, done follow ur blog. Do follow me back.
ReplyDelete