Ramadhan Tiba

Update laju-laju sebab sejam lagi nak masuk waktu berbuka puasa. Alhamdulillah kita dah masuk ke bulan mulia penuh baraqah ini. Semoga kita semua diberi kesempatan, kelapangan dan kesihatan yang baik untuk menambah amal ibadah sehingga ke penghujung Ramadhan dan setersunya meraikan Syawal dengan penuh kesyukuran. InsyaAllah.


Ramadhan kali ni buat pertama kali aku dan Pokchik dapat sambut dengan anak-anak. Alhamdulillah, rasa syukur sangat-sangat sebab kami dah lama nantikan saat-saat ni. Kebetulan cuti sekolah juga kan, jadi dapatlah kami ambil mereka seminggu dan berpuasa dengan kami di sini.

Paling best, aku pun cuti kan sekarang ni. Tak payah masak menu berbuka pun sepanjang seminggu ni sebab Pokchik dah janji nak belanja kami berbuka di tempat best dengan menu best..! hahahahahahaa.. :p Contohnya hari kedua puasa kami berbuka ala buffet di De Palma Hotel Shah Alam, puasa hari ketiga pula kami berbuka dengan Nasi Arab dan hari ni InsyaAllah berbuka dengan menu makanan Thai. Esok mungkin berbuka di Bangi, lusa pula berbuka di Putrajaya, Jumaat mungkin berbuka di Kajang dan seterusnya kalau dapat nak berbuka di KLIA sebelum hantar mereka balik Perak hari Ahad nanti.. :) 

Kalau orang tak kenal, mungkin akan kata kami ni suka membazir, saje nak menunjuk atau suka nak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Tapi terpulanglah apa penilaian anda. Bagi aku dan Pokchik, kesempatan ni tak datang selalu. Entah bila lagi kami dapat luangkan masa berpuasa dan bersahur bersama anak-anak. Jadi kesempatan yang ada, kami manfaatkan dan gunakan sebaiknya. Biarlah kalau kami berbelanja lebih sikit pun, seminggu je.. lagipun berhabis untuk anak isteri sendiri, apa salahnya. Pun begitu, kami masih beringat dan tak ada lah sampai bermewah-mewah sangat atau sampai membazir. InsyaAllah.

Untuk sahur aku masak la, masak simple yang goreng-goreng je. Tapi excited lain macam. Rasa jiwa seorang ibu membuak-buak sangat... hahahahaha.. lol..! Macam aku pernah cerita dulu, dengan anak-anak tiri lah aku dapat menumpang kasih sayang dan rasa jadi ibu macam mana. Siapa yang faham, faham lah ye.. *senyum*

Okey, tu je sempat update.
Nak bersiap-siap gi berbuka pula ni.
Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan mulia ini untuk semua pembaca setia blog picisan aku ni. Aku doakan kalian mendapat Ramadhan terbaik tahun ini. Tolong doakan aku juga ye. InsyaAllah, sama-sama kita.

#SucikanHati
#SyukurSelalu
#RapatkanSaf

...



Share:

3 comments:

  1. Salam ramadan,,,tak pe sekali sekala berbuka di hotel

    ReplyDelete
  2. waahh seronok berbuka tmpt2 best ye kak ain. untung anak2

    ReplyDelete