6 Pesanan Jack Ma Ali Baba Kepada Penulis Baru

Kepada yang follow IG personal aku tentu tahu yang penghujung Mac lepas aku ada join satu bengkel penulisan. Tapi aku tak pernah update pun apa perkembangan positif atau negatif selepas menghadiri bengkel tu. Senang kata, belum ada apa-apa perkembangan positif yang aku nak kongsi. Belum start tulis buku sendiri pun. Idea ada. Teknik-teknik pun dah belajar. Tapi entahlah. Semua masih terbenam dalam kepala, tak mampu diterjemahkan dalam bentuk perkataan.

Jujurnya aku rasa rendah diri. Kerdil. Lemah dan aku hilang semangat nak teruskan cita-cita aku tulis buku sendiri. Untuk sekian kali juga aku rasa tak berbakat dan tak layak nak tulis buku sendiri. Siapa nak baca..? Siapa nak beli..? Kalau kena kecam atau kena label sebagai 'buku paling teruk 2017' nanti macam mana..? Aku bukan kental macam Fattah Amin. Ok bye.

Gambar Hiasan (Google Image)
Hari ni aku nak kongsi sikit je kata-kata motivasi dan pesanan penting daripada Jack Ma kepada penulis baru dan kenapa kita perlu mula menulis buku sendiri mulai hari ini..? Jom baca pesanan beliau..

6 Pesanan Jack Ma Ali Baba Kepada Penulis Baharu

Adakah perlu jadi seorang yang genius, banyak maklumat dalam kepala baru dapat menulis buku pertama?

Jack Ma : We are not smart people but we are very optimistic. We believe in the future (then we write).


Nanti-nantilah tulis buku pertama, orang tunggu sayakah?

Jack Ma : We believe, if we are not succeed, somebody will (write first book).


Bagaimana mahu jadi penulis yang melekat bersama pembaca?

Jack Ma : We need to be humble and serve the customer (reader). If customer (reader) like us, we have the future (and keep creating an optimistic future).


Bolehkah saya tunggu buku siap?

Jack Ma : Jika menunggu maka, "If you don't work hard (learning and writing), you don't see a sunshine.


Saya nak ubah dunia dan saya mahu marah dunia yang bobrok ini dengan kata-kata saya.

Jack Ma : If you complaint, nobody will follow you. Nobody love to follow a leader (author) who complaint a lot."


Apakah satu perasaan paling penting mesti ada pada penulis terhadap penulisan dan pembaca?

Jack Ma : Love your job (writing), love your customer (reader).

...

Betul juga apa yang Jack Ma tu katakan, kita mesti optimistik then barulah kita nampak hala tuju impian kita tu. Mana arah dan apa hasil daripada usaha kita tu hanya kita yang tahu. Cakap banyak pun tak guna, lebih baik mula dan gagal kemudian kecewa daripada langsung tak bermula, tidak belajar apa-apa dan kemudian menyesal kerana tidak melakukannya.

Semoga impian aku tak pernah padam...!


...



Share:

Biar Orang Judge Kita Sesuka Hati Mereka


Kenapa kita tak suka orang judge kita..? Sebab selalunya apa yang orang judge tu tak betul, terutama kalau orang yang judge kita tu tak kenal rapat dengan kita pun. Kenapa kita nak marah kalau orang salah judge kita..? Sedangkan apa yang orang judge itu adalah daripada apa yang mereka 'tahu' tentang kita la. Kenapa kita nak expect lebih-lebih daripada mereka. Sekurang-kurang kita tahu apa sebenarnya yang orang lain 'nampak' pada kita ni.

So, biar je apa orang nak judge tentang kita asalkan kita jujur pada diri kita sendiri. Dan tak perlu la pula kita nak pura-pura baik dan sempurna 24/7 hanya kerana nak orang nampak dan judge kita yang baik-baik. Just be yourself. Baik ke buruk ke biar mereka judge sesuka hati mereka. Bukan effect kat kita pun.. :)

Tapi kan, korang pernah tak jumpa jenis orang yang suka judge hidup orang lain dalam masa yang sama hidup dia sendiri ditutup serapat-rapatnya. Orang jenis macam ni selalu mengaku tak kisah kalau orang nak judge dia bukan-bukan, tapi hakikatnya dia sendiri tak boleh terima judgemental orang lain sebab tu dia sangat berahsia pasal kehidupan dia. Kalau hidup orang lain tu sibuk pula dia nak ambil tahu. 

Orang macam ni sebenarnya yang SANGAT SUKA judge buruk pasal orang lain..! Hati-hatilah dengan orang macam ni. Bahaya. Dia akan nampak semua kesilapan dan kekurangan kita lepas tu akan besar-besarkan hal tu seolah-olah dia tu sempurna sangat. Sedangkan dia lebih teruk daripada apa yang dia kata tentang kita, sebab tu dia takut kalau kita tahu hidup dia. 

Maaflah, aku dah belajar dari pengalaman sebelum ni. Maka, aku memang keberatan nak kongsi hidup aku dengan orang yang 'minda tertutup' macam tu. Kalau nak aku open minded dan share hidup aku, korang pun macam tu. Win-win la kan. Aku open, kau pun open. Aku share, kau pun share. Aku judge kau, kau judge aku. Kalau tak nak, boleh blah. Jangan harap aku nak buka cerita aku pada kau. Sekian. 

:)

...

Share:

Orang Teknikal VS Orang Seni

Mengimbau kenangan 11 tahun bertugas di dalam bidang teknikal ni sedikit sebanyak mengundang sebak di dada juga la. Masa kan tidak, 11 tahun tu satu tempoh yang cukup panjang sebenarnya. Tak cukup jari tangan nak kira. Namun di mana aku selepas 11 tahun? Entah lah. No where. Bukan lah tak ada apa-apa langsung kebaikan, manfaat, pengalaman dan ilmu yang aku dapat tapi kalau diperhalusi terutama dalam skop teknikal itu sendiri, serius sebenarnya aku masih kosong

Sama ada hati aku yang keras sangat nak terima dunia teknikal ni atau memang aku yang ditakdirkan berada di tempat yang salah, pada masa yang salah dan pada kesempatan yang salah. Who knows..! Aku pun dah malas nak fikir dan analisa siapa yang salah, apa yang tak kena atau kat selekoh mana yang aku tersalah buat pertimbangan. Yang pasti rezeki diberi Allah s.w.t. itu adalah yang terbaik. Apa yang telah Dia tetapkan, itu lah yang aku jalani hingga hari ini.

Gambar Hiasan : Ranbir Kapoor dalam Jagga Jasoos

Bila Orang Teknikal Lebih Berseni Daripada Orang Seni

Pemerhatian aku sepanjang 11 tahun ni, bukan aku sahaja yang ada dilema bab bidang teknikal atau seni ni. Ramai juga yang alami masalah sama. Bila orang teknikal buat kerja dengan berseni dan tampil lebih berseni daripada orang seni, mula lah orang pandang serong semacam. Contohnya bila buat kerja-kerja tangan yang halus dan lemah gemalai. Kenapa? korang ingat orang teknikal ni tangan keras kejung sangat ke..? Excuse me...! hahahahahahaa.. :p

Bila orang teknikal lebih seni daripada orang seni, ada pula la yang akan iri hati. Pelik kan..? Sedangkan kita ni semuanya sama sahaja, ada kecenderungan dan minat yang sama. Apa salahnya kalau orang teknikal pun pandai make up, pandai baking cake, pandai menganyam ketupat dan sebagainya. Tak semestinya bila orang teknikal pandai buat kerja-kerja tangan macam tu maknanya orang teknikal tu tak teknikal.. betul tak..?

Dan bila orang teknikal buat kerja lebih berseni daripada orang seni, tak semestinya orang seni tak diperlukan lagi. Dunia ni luas. Konteks sesebuah perkara itu juga luas. Selera dan citarasa kita kan berbeza-beza, cuba open minded sikit. Terima idea orang lain walaupun orang tu bukan pakar dalam bidang yang sama. Awak ada tugas awak, saya ada tugas saya. Awak buat kerja awak, saya buat kerja saya. Tapi bila berbincang atau buat post mortem, semua idea harus di dengar dan dipertimbangkan seadilnya, baru lah idea tu berkembang. :)

Bila Orang Seni Buat Kerja Tanpa Sentuhan Seni

Kadang-kala aku kesian juga dengan orang-orang seni yang berkarya ikut sense ni. Macam mana lah nak berkarya kalau asyik diikat dengan syarat dan peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Macam tu salah, macam ni tak betul. Sedangkan dunia seni ni sangat abstrak. Bagi la peluang mereka berkreativiti tanpa syarat. Orang seni kalau buat kerja terlalu ikut peraturan ni hilanglah seninya.

Orang teknikal jangan nak 'ikut buku' sangat, apa yang boleh adjust, kita adjust la bagi dapat win-win situation. Faham kan..? Seni ni bukan macam mesin output input yang kita boleh sambung guna kabel. Kerja seni perlukan masa, pemerhatian, ketelitian, mood dan banyak lagi. Bagi chance la. Kalau awal-awal kita dah tetapkan banyak sangat peraturan, terbantutlah kesenian mereka. Tak adil untuk mereka kalau nanti orang salahkan orang seni buat kerja tak berseni sedangkan sebenarnya mereka terikat dengan peraturan semata-mata.

Tersepit Antara Teknikal Dengan Seni

Aku antara yang sering tersepit di tengah-tengah, sekejap jiwa teknikal, sekejap rasa jiwa seni. Pening lah. Aku pun keliru dengan naluri aku ni. Bila orang kutuk orang teknikal, aku bengang. Bila orang mengata orang seni, pun aku bengang juga. Paling aku menyampah bila orang teknikal dengan orang seni selalu bertelagah. Masing-masing nak tunding jari mencari salah pihak yang satu lagi, sedangkan hal tu sebenarnya boleh di bawa berbincang baik-baik. 

Bagi aku, tak ada siapa lebih hebat daripada siapa. Kelebihan dan kekurangan tu ada di dua-dua belah pihak, tak perlu la menegakkan benang yang basah lagi. Kan lebih elok kita berbaik-baik dan bekerjasama secara professional sambil hormat-menghormati hasil kerja kedua-dua pihak. Harmoni. 

:)



...



Share:

RAEES : Hal Yang Betul Dengan Hal Yang Salah Di Pisahkan Oleh Satu Garis Yang Nipis

Menonton filem RAEES hujung minggu lepas buatkan hati aku berbuku keras dan seperti empangan penuh yang menunggu masa untuk pecah tiba-tiba. Pun begitu, aku suka RAEES secara keseluruhan pembikinannya, daripada jalan cerita, cinematography, barisan para pelakon, lokasi dan segala macam rempah ratus yang ditambah bagi menyedapkan lagi filem itu. Aku suka semua. Kecuali dua perkara iaitu watak RAEES lakonan Shah Rukh Khan (sebab watak antoganis) dan ending filem ni yang mana aku rasa 'tak adil' kepada penonton. Ada rasa tak puas di situ.

Khabarnya filem ini diilhamkan daripada kisah benar seorang lelaki di India bernama Abdul Latif yang menjalani hidup sama seperti watak Raees tetapi pengarah serta team produksi filem ini menafikan hal tersebut. Mungkin kerana itu juga beberapa sensitiviti dan tokok tambah terhadap jalan cerita terpaksa diperhalusi. 

new bollywood movie, shah rukh khan, raees poster, raees movie review, mahira khan, nawazuddin siiddiqui, zaalima songs, king khan new movie, shah rukh khan as Raees
Raees 2017 | Bollywood Movie

RAEES Di Antara Benar dan Salah

Menonton filem Raees sedikit sebanyak membuatkan aku berfikir tentang realiti kehidupan yang terbentang di depan mata. Jangan kan di India, di Malaysia ni pun ramai yang terdesak dengan kesempitan hidup. Maka terpaksa pilih untuk jadi jahat, terpaksa jadi penjenayah, terpaksa musuh-bermusuh dan bunuh-membunuh. Muak aku dengar dan baca semua ni, tapi itu lah realiti. Mungkin aku tak pernah berada di dalam keadaan sebegitu terdesak, jadi aku tak faham. Titik.

Dalam konteks sebuah filem pula, aku rasa jalan cerita Raees ni agak stereotype. Dah banyak filem yang mengetengahkan tema yang sama. Hero yang terpaksa jadi jahat sebab desakan hidup, tapi walaupun jahat tetap ada sisi yang baik dan seolah-olah berjaya menutup segala kesalahan dan perbuatan jenayahnya. Layakkah Raess dipanggil hero..?

Memang subjektif sesebuah keputusan yang di ambil oleh manusia. Ia boleh jadi satu keputusan yang benar mahupun keputusan yang salah. Raess terpaksa meminjam wang daripada Musa kerana ingin menyelamatkan penduduk kawasannya dan kemudian keputusan itu memakan dirinya sendiri. Diringkaskan cerita, di penghujung cerita ini Raess telah menerima hukuman di atas kesilapannya yang lalu walaupun Raess sendiri yang setuju untuk menyerah diri. Soalnya, betulkah tindakan Raess itu..? dan apakah hukuman yang diterimanya itu setimpal dengan apa yang telah dikorbankan..?

Aku tak boleh terima ending filem ni.

from Google Image 

Barisan Pelakon RAEES 

Jujurnya, aku tak suka semua filem Shah Rukh Khan yang menonjolkan dia sebagai seorang antoganis termasuk filem Don dan Fans. Tapi aku faham sebagai pelakon professional, kepelbagaian watak tu penting untuk kesenambungan karier jadi aku sokong apa juga pilihan SRK dalam filem-filem yang dilakonkannya. Dan seronok juga bila pelakon kesayangan kita membuat kelainan dalam filem-filemnya. Cuma kalau diberi pilihan, aku lebih suka SRK berlakon watak romantik sahaja.. hehehehehe.. well.. :p

Keserasian Shah Rukh Khan dengan Mahira Khan (sebagai Aasiya, isteri Raees) juga nampak cemerlang. Mereka tak nampak kekok atau berlebih-lebih sangat semasa melakukan aksi romantis. Walaupun ramai yang mempertikaikan babak-babak romantis mereka berdua sebagai 'tidak perlu' dan 'menyemak' serta tak kurang yang mengutuk Mahira Khan kerana tampil 'terlebih' manja, tapi bagi aku semua itu adalah permainan industri filem Bollywood dan strategik pemasaran mereka memang begitu.

Lakonan Nawazuddin Siddiqui sebagai Inspektor Majmudar pun biasa-biasa sahaja. Dia memang pelakon yang hebat dan versatile tapi watak inspektor ni nampak terlalu mudah untuk beliau. Aku pernah tengok persembahan Nawazuddin yang jauh lebih berat dan cemerlang sebelum ini, jadi di dalam Raees aku kira dia berlakon sambil tutup mata cungkil gigi pun boleh. Senang sangat. :)

Keseluruhan, aku suka Raees kerana ada Shah Rukh Khan sebagai teraju utama, kalau tidak ermmm.. mungkin Raess bukan dalam senarai filem wajib tonton untuk aku. Pun begitu Raees tak masuk dalam Top 5 filem kegemaran aku lagi, nak tonton tu okey, nak tonton banyak kali pun okey, tapi nak jadi every times favourite tu tak la kot.. hahahahahaha. Aku lagi rela tonton Devdas, Veer Zaraa dan Dear Zindagi sepuluh kali baru pilih tonton Raess lagi..!

Aku bagi 7 / 10 bintang je untuk Raess 

Itu pun sebab lagu-lagu di dalam Raess sedap belaka. Aku pernah kongsi video dan lirik lagu Zaalima dalam ENTRY INI. Korang boleh check it out ok.. :)

tu shamma hai to yaad rakhna
main bhi hoon parwaana
O zaalima, O zaalima..

if you are a candle,
remember, I too am a moth,
O cruel one, O cruel one...




...

Share:

Aku Masih Yang Dulu

Seorang pakar motivasi pernah pesan, setiap hari cuba tanyakan kepada diri sendiri tentang apa kebaikan yang kita dah buat sepanjang hari ni. Dari pagi sampai malam, dari celik mata sampai nak pejam balik mata -- agaknya apa kebaikan atau benda ihsan yang kita ada buat. Kalau ada, alhamdulillah. Tapi tanya balik, adakah kebaikan itu ikhlas atau kita buat kerana berkehendak kepada ganjaran..? 

Selepas itu, tanya pula kepada diri tentang apa keburukan atau kejahatan yang kita telah buat sepanjang hari ini. Siapa jawab 'tak ada langsung' maknanya dia seorang yang sombong. Kita ini hambaNya yang lemah, pasti ada sedikit sebanyak kita lakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak. Dan jika ada kejahatan yang kita buat walau sebesar zarah tu, adakah kita menyesal melakukannya dan rasa bersalah ? Atau hati kita sudah keras dan merasakan dosa itu tidak seberapa nilainya......?

Semak hati kita, lihat jauh ke dalam diri kita.
Apakah kita ini manusia sempurna..?



Selepas cuti panjang, aku kembali ke daerah ini bagi mengukur nasib dan meraih rezeki. Apakah aku hadir sebagai orang yang sama atau orang yang berbeza..? Aku tahu ramai yang mengagak-agak aku mungkin sudah berubah. Ya, aku sudah berubah tetapi tidaklah secara fizikalnya dan tidak pula berubah 360 darjah sampai muncul sebagai figura baru pula. Tidak. Maaf kalau aku tidak seperti yang kalian sangkakan. Maaf kalau kalian lihat aku masih seperti dulu.

Masih gemok. Masih berpenampilan biasa dan sama. Masih berat mulut bertanya. Masih tidak rajin menyibuk. Masih tidak suka apa yang aku tidak suka sebelumnya. Tak ada yang berubah apa-apa di situ. Tetapi dari segi semangat dan keazaman aku sebenarnya sudah berbeza. Aku tak tahu nak tunjuk macam mana, tapi InsyaAllah aku akan buktikan dengan perbuatan dan hasil kerja yang lebih baik selepas ini. Itu je harapan aku. Kalau kita cakap berjuta kali pun yang kita nak berubah itu, berubah ini tapi orang tak akan percaya juga. Sebab kata-kata ni siapa pun boleh sebut, boleh tuturkannya. Yang penting apa perbuatan dan tindakan kita.

Aku tak nak stress dan depressed lagi. Aku nak enjoy life, nak happy dengan kerja, dengan kawan-kawan. Cuti panjang ni mengajar aku untuk lebih mensyukuri nikmat bekerja. Aku juga mula melihat dan mula nampak hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada aku kenapa aku mesti lalui semua cabaran dan tekanan ni dulu. Alhamdulillah, aku bersyukur apa adanya.

Jari jemari pun dah gatal-gatal ni nak update lagi pasal cerita percutian aku ke India 3 bulan lepas. Panjang lagi cerita aku tu entah bila nak habis. Hahahaahaha.. :p Masalahnya aku ni, bila nak start tu malas sangat.. bila dah start susah pula nak berhenti. Bercerita panjang berjela, entah siapa nak baca pun.. huhhh..!

Okey lah, jumpa lagi nanti di next entry.

Terima kasih untuk semua doa, nasihat dan sokongan daripada kalian semua sama ada secara nampak atau secara tak nampak. Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Aku ok. InsyaAllah aku dah semakin ok sekarang.

:)



...


Share:

shopback.my | Beli Buku Secara Online Dan Dapat Cashback Sebagai Ganjaran !

Lama aku tak buat review buku dan novel yang aku baca sekarang ni kan. Bukanlah aku tak membaca buku dah sekarang, cuma nak buat review tu yang asyik bertangguh je. Kalau ikutkan banyak juga buku yang best aku baru habis baca dan tak sabar nak kongsi dengan korang. Tapi tunggu roh rajin kembali eh. Mohon bertabahlah dengan kekurangan kerajinan keakuan ini.. hahahahaha..! :p

Nak beli novel atau buku ni bukan susah macam dulu, nak kena pergi kedai buku dan kadang-kala dah susah-susah pergi tu buku yang kita nak pula tak ada dijual atau habis stock. Memang menyirap rasa kan? Lepas tu mula la main tangkap muat je, beli buku yang kita tak nak beli pun sebenarnya. End up berhabuk je buku tu atas rak sebab tak dibaca. Kan membazir tu..!

SHOPBACK MALAYSIA : The Smarter Way To Shop

Shopback Malaysia Bantu Anda Berjimat Dengan Shopping Online

Baru-baru ni aku jumpa jalan penyelesaian paling awesome nak elak membazir beli buku. Caranya mudah je..! Beli secara online di Shopback. Sudahlah mudah dan pantas, dapat diskaun banyak, tak payah susah nak kena pergi kedai buku, jimat duit parking, jimat masa, jimat tenaga dan paling best kita boleh DAPAT DUIT BALIK sebagai ganjaran sebab shopping dengan Shopback. Best giler..! Keluar duit, lepas tu duit masuk balik. Boleh la shopping buku lain pula.. yeaaahh.. :)

Shopback hanya untuk shopping baju, make up dan peralatan rumah..? Ehh.. siapa kataaaa lagu tu..? (intonasi ala Mok Cun). Shopback ni satu platform untuk kita shopping online APA SAHAJA. Semua barang kelengkapan ada tau.. bukan baju, handbag, kasut je. Semua ada u ollss..! Jom usha website Shopback ni. Jangan lupa register siap-siap tau..! Klik ni :


Book Depository | Beli Buku Di Hujung Jari

Dekat website Shopback ni ada satu part yang menjadi kesukaan aku. Iaitu Shopback punya kedai buku..! Macam masuk kedai buku MPH ke Popular ke, macam-macam buku ada. Kalau takut rambang mata, u olls boleh pilih ikut kategori macam Best Books Ever, Book Club Classic, Books On Screen, Top Books For 2017 dan macam-macam kategori lagi la. Lepas pilih kategori, u olls boleh baca details pasal buku tu, sinopsis dan review pembaca juga. Best kan..! :)

Langkah 1 : Klik link ni https://www.shopback.my/book-depository lepas tu klik GET DEAL


Langkah 2 : Sebelum membeli-belah sampai lupa diri. Sila SIGN UP dulu tau. Simple je step nak sign up. Lepas tu boleh la pilih kategori buku yang u olls berkenan, pilih buku yang nak beli, kalau nak baca details pasal buku tu klik la pada gambar cover buku.

Bila confirm nak beli klik pada ADD TO BASKET dan seterusnya macam biasa la shopping online kan, kena klik CHECK OUT, isi maklumat diri, buat bayaran secara online dan kemudian zasssssssssss buku sampai depan pintu. Hahahahaha.. :)


BookCafe | Pilihan Buku Bahasa Melayu Terbaik

Kalau aku memang lebih teruja nak baca buku bahasa melayu lah ye. Maklumlah, english tak berapa fasih ni.. hehehehehe. Jadi kalau nak pilihan buku-buku berbahasa melayu yang mantop tip top, sila lah ke website BookCafe.com.my ni. Boleh jadi gila kalau lama-lama kat website ni sebab juling mata oiii...!

Ada berpuluh-puluh syarikat penerbitan di BookCafe antaranya PTS, Terfaktab, Fixi, Skuad Misi, Lejen Press, Karya Bistari, ITBM dan banyak lagi. Kategori buku pilihan pun ada beratus-ratus tau, daripada novel, travelog, buku agama, buku kanak-kanak, buku resipi sampai ke buku motivasi dan buku panduan pun semua ada. U olls pilih sahaja lah yang mana suka.

Jangan lupa, beli buku secara online di Shopback BookCafe ni, u olls akan dapat pulangan duit semula tau sebagai ganjaran. Memang jimat dan power..! :)




Cara nak membeli di BookCafe ni pun lebih kurang macam Book Depository tadi. Simple je, klik-klik dah terus boleh dapat buku. Lepas beberapa jam, dapat pula pulangan duit balik sebagai ganjaran Shopback kepada kita yang setia membeli dengan dia. Perrgghh..! syok betul zaman canggih bila semua di hujung jari.. kan.. :)

Shopping Online Lebih Mudah Dan Jimat

Selain buku, of course la u olls boleh juga shopping benda-benda lain kat Shopback tu. Macam aku bagitahu tadi, segala macam benda ada. U olls SERACH je barang apa u olls nak, untung-untung dapat beli dengan harga giler murah tau..! Jangan lupa selalu update promosi-promosi terbaru daripada Shopback. Nak travel dan booking hotel pun boleh okeh.

pelbagai jenama produk boleh di pilih di Shopback

Nak dapatkan vouchers, discount code dan coupons terbaru dari LAZADA voucher, u olls klik sini eh:


contoh paparan vouchers dan discounts code dari LAZADA

Okey, dah panjang lebar aku explain pasal shopping online kat Shopback ni. Mula-mula aku pun macam tak percaya macam mana mungkin kalau kita shopping tapi lepas tu dapat duit balik kan, macam tak logik. Tapi kalau kita tengok benda ni secara menyeluruh dan faham konsep yang digunakan oleh Shopback ni, tentu kita yakin memang menguntungkan kita sebagai pengguna bila ada platform macam Shopback ni.

Zaman sekarang pun memang dah jadi satu kebiasaan semua benda dibuat secara online terutama shopping. Dunia di hujung jari dan jimatkan masa anda yang seperti emas tu. Kalau kita boleh dapatkan barang yang dihajati dengan cara lebih mudah, lebih jimat, lebih selamat dan lebih menguntungkan, then why not kan..? :)

Enjoyssssss shopping..!

Maklumat lanjut tentang Shopback boleh tonton video ni :





...

Share:

Sambutan Aidilfitri Paling Hambar Tahun Ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M | Pejam celik, sudah 17 Syawal hari ini. Maaf kerana ucapan selamat hari raya dari aku tiba lewat tahun ni. Malah sepanjang bulan Jun tak ada satu entri baru pun. Aku fokus pada pengisian madrasah Ramadhan. Mohon percaya..! Tapi sungguh ni, aku rasa Ramadhan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun sudah. Pencapaian peribadi aku lebih cemerlang tahun ni. Misalnya bab bertadarus Al-Quran, banyak juzuk juga dapat aku qatamkan berbanding tahun-tahun sebelum ni. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh pula tu. Syukur.

Aku rindu ketenangan Ramadhan.
Semoga dipanjangkan usia dan disempatkan kita bertemu Ramadhan tahun depan dan tahun-tahun berikutnya. InsyaAllah. 

sambutan hari raya yang hambar, raya tak meriah, rindu raya zaman kanak-kanak, tak ada mood nak raya, bersederhana beraya, cerita hari raya aku, selamat hari raya aidilfitri 2017
Tema warna Hijau Lumut untuk tahun ni :)

Salam Aidilfitri | Mohon Ampun Maaf Zahir & Batin

Ironinya Aidilfitri aku tahun ni pula hambar dan kurang kemeriahan. Tak tahu kenapa tapi pagi 1 Syawal tampil sangat sederhana walaupun segala persiapan sudah diatur secantik dan semoleknya. Kalau ikutkan 1 Syawal tahun ini berpotensi menjadi pagi Syawal paling happening untuk aku atas beberapa faktor, antaranya :

1.  Dah dua tahun aku tak sambut 1 Syawal dengan keluarga sendiri dan di kampung halaman sendiri. Tahun ni kembali meraikannya bersama keluarga tercinta. Excited. Tapi rupa-rupanya biasa sahaja lah rasa tu, aku balik kampung pun malam raya. Entahlah, rasa sunyi je walaupun semua adik-beradik kami ada berkumpul bersama.

2.  Ada tambahan ahli keluarga baru iaitu anak abang aku yang bongsu. Baru berumur lebih kurang 7 bulan. Memang lah lebih meriah bila ada baby baru dalam keluarga, jadi perhatian semua orang dan of course jadi tumpuan lensa camera. But again, aku rasa biasa je.. macam hari-hari biasa yang lain juga.

3.  Tahun ni berjaya pujuk Pokchik pakai baju melayu selepas 4 tahun dia menolak. Aku yang excited lebih sebenarnya tapi end up pagi Syawal tu still tak semeriah yang aku bayangkan. Aku punyalah bersiap top to toe dengan persiapan baru, syawl ada pun batu-batu swarovski lagi tau, siap pakai contact lens, make up dengan ZAWARA dan siap charge battery handphone sepenuh-penuhnya sebab yakin sangat mesti asyik bergambar je sepanjang hari tu.

Tapiiiiiiiiiii.. entah di mana silapnya, pagi Syawal aku tahun ni hambar sahaja. Bukan tak seronok, bukan tak bersyukur tapi sebenarnya expectation aku lebih daripada semua tu sebenarnya. Tak tahu lah pagi Syawal macam mana yang aku nak. Mungkin faktor umur, maka kemeriahan pagi raya tu dah semakin luput dari dalam diri aku. Orang kata, jiwa dah tak muda nak terkinja-kinja macam dulu. Nak bergambar pun dah malas sekarang. Bukan sebab masalah berat badan je tapi aku memang dah tak teruja sangat bab-bab bergambar ni. Tak tahu kenapa.

Aku nekad Aidilfitri tahun depan aku akan bersederhana sahaja. Lebih sederhana daripada sederhana. Tak nak lah beria-ia lagi macam tahun ni, lepas tu hampa. Baik aku sambut biasa-biasa je dan rendahkan sikit expectation aku. Mungkin dengan cara tu baru datang balik rasa excited tu kot..! :p

gambar dari google image

Beraya Di Hospital

Syawal ke 7 kami sekeluarga (aku, Pokchik dan anak-anak) ditakdirkan beraya di Hospital Teluk Intan, Perak. Anak lelaki Pokchik kena tahan di wad selepas seharian sakit perut, tak boleh buang air besar dan dia muntah-muntah teruk. Tak pernah aku bayangkan akan menghabiskan masa di hospital pada minggu raya. Orang lain sibuk pergi beraya dan kunjung-mengunjung, kami pula di katil hospital. Memang satu pengalaman yang menginsafkan tapi bila diingat-ingat semula, kelakar juga.

Selang dua hari, aku pula jatuh sakit. Bermula dengan batuk dan selsema sampai jadi demam pula. Batuk makin teruk sampai sakit dada dan rasa susah nak bernafas. Sepanjang seminggu aku tak boleh tidur sebab demam dan batuk teruk tu. Aku jadi panik sebab tak pernah batuk teruk macam ni. Bab susah nak bernafas tu yang aku paling risau. Aku yang sepatutnya naik kerja minggu lepas terpaksa tangguhkan seminggu sebab betul-betul tak sihat.

Doktor klinik kerajaan suspect aku kena Denggi tapi aku tak rasa macam Denggi sebab tak ada lenguh-lenguh sendi pun. Lepas dua hari kena ambil ujian darah, mujurlah bukan Denggi. Cuma mungkin demam virus lah namanya. Bab sakit dada dan susah bernafas tu pula, doktor simpulkan aku mungkin nak kena asthma. Jadi doktor cuma suruh aku jaga makan, kurangkan berat badan dan bla bla bla.. hahahahahaa.. sejenis tak suka dengar doktor membebel (tepuk dahi sendiri) :p

gambar dari google image
Bab juadah pagi raya, tak dinafikan memang meriah. Tapi aku tak makan banyak pun. Ratah rendang dengan lemang je sikit. Selebihnya aku makan macam biasa. Tak macam tahun sebelum ni, bab makan aku selalu juara..! hhahahahaaa.. :p

Tahun ni juga kurang pergi beraya. Sangat kurang sampaikan dah 17 Syawal ni pun masih ada mak saudara dan bapa saudara yang aku tak jumpa lagi. Adehhh..! Apa la malas sangat nak pergi beraya ni. Minggu lepas memang tak beraya sebab aku tak sihat, minggu ni InsyaAllah aku cover balik mana-mana yang sempat. Paling tidak, nak juga lah menziarah bapa saudara aku di Semenyih dan Kepong serta mak saudara di Seremban dan Batu Caves. Mudah-mudahan diberi aku masa, kelapangan dan kesihatan yang baik.

Macam mana pula sambutan 1 Syawal korang..? Mesti meriahkan..? Share lah sikit cerita raya korang tu, aku nak tumpang happy.. hehehehee. Baca cerita orang kadang-kadang lebih menggembirakan dari cerita sendiri.. kan..! Siapa ada up story pasal raya tahun ni sila la tinggalkan link blog korang kat ruang komen ye, InsyaAllah aku terjah satu persatu nanti.

Akhir kata untuk entri kali ni, selamat menikmati saki-baki Syawal tahun ni. Hati-hati di jalan raya. Kalau buat open house jangan lupa jemput aku. Duit raya lebih-lebih tu sila lah menabung. Utamakan keselamatan dan kesihatan walau di mana jua korang berada.

:)



...


Share: