Aku Masih Yang Dulu

Seorang pakar motivasi pernah pesan, setiap hari cuba tanyakan kepada diri sendiri tentang apa kebaikan yang kita dah buat sepanjang hari ni. Dari pagi sampai malam, dari celik mata sampai nak pejam balik mata -- agaknya apa kebaikan atau benda ihsan yang kita ada buat. Kalau ada, alhamdulillah. Tapi tanya balik, adakah kebaikan itu ikhlas atau kita buat kerana berkehendak kepada ganjaran..? 

Selepas itu, tanya pula kepada diri tentang apa keburukan atau kejahatan yang kita telah buat sepanjang hari ini. Siapa jawab 'tak ada langsung' maknanya dia seorang yang sombong. Kita ini hambaNya yang lemah, pasti ada sedikit sebanyak kita lakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak. Dan jika ada kejahatan yang kita buat walau sebesar zarah tu, adakah kita menyesal melakukannya dan rasa bersalah ? Atau hati kita sudah keras dan merasakan dosa itu tidak seberapa nilainya......?

Semak hati kita, lihat jauh ke dalam diri kita.
Apakah kita ini manusia sempurna..?



Selepas cuti panjang, aku kembali ke daerah ini bagi mengukur nasib dan meraih rezeki. Apakah aku hadir sebagai orang yang sama atau orang yang berbeza..? Aku tahu ramai yang mengagak-agak aku mungkin sudah berubah. Ya, aku sudah berubah tetapi tidaklah secara fizikalnya dan tidak pula berubah 360 darjah sampai muncul sebagai figura baru pula. Tidak. Maaf kalau aku tidak seperti yang kalian sangkakan. Maaf kalau kalian lihat aku masih seperti dulu.

Masih gemok. Masih berpenampilan biasa dan sama. Masih berat mulut bertanya. Masih tidak rajin menyibuk. Masih tidak suka apa yang aku tidak suka sebelumnya. Tak ada yang berubah apa-apa di situ. Tetapi dari segi semangat dan keazaman aku sebenarnya sudah berbeza. Aku tak tahu nak tunjuk macam mana, tapi InsyaAllah aku akan buktikan dengan perbuatan dan hasil kerja yang lebih baik selepas ini. Itu je harapan aku. Kalau kita cakap berjuta kali pun yang kita nak berubah itu, berubah ini tapi orang tak akan percaya juga. Sebab kata-kata ni siapa pun boleh sebut, boleh tuturkannya. Yang penting apa perbuatan dan tindakan kita.

Aku tak nak stress dan depressed lagi. Aku nak enjoy life, nak happy dengan kerja, dengan kawan-kawan. Cuti panjang ni mengajar aku untuk lebih mensyukuri nikmat bekerja. Aku juga mula melihat dan mula nampak hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada aku kenapa aku mesti lalui semua cabaran dan tekanan ni dulu. Alhamdulillah, aku bersyukur apa adanya.

Jari jemari pun dah gatal-gatal ni nak update lagi pasal cerita percutian aku ke India 3 bulan lepas. Panjang lagi cerita aku tu entah bila nak habis. Hahahaahaha.. :p Masalahnya aku ni, bila nak start tu malas sangat.. bila dah start susah pula nak berhenti. Bercerita panjang berjela, entah siapa nak baca pun.. huhhh..!

Okey lah, jumpa lagi nanti di next entry.

Terima kasih untuk semua doa, nasihat dan sokongan daripada kalian semua sama ada secara nampak atau secara tak nampak. Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Aku ok. InsyaAllah aku dah semakin ok sekarang.

:)



...


Share:

7 comments:

  1. insyaallah kak ain boleh,....saya nampak keazaman kak ain...dari penulisan juga banyak berbeza dan terbaik.

    semoga segala urusan kak ain dipermudahkan oleh Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih Arz..
      Semoga kebaikan dikembalikan jua kepada kamu.. :)

      ...

      Delete
  2. Semoga yg baik2 saja utk awak ye

    ReplyDelete
  3. Wake up Ain, u can do it..enjoy your moment of life..dont be depress ok...

    ReplyDelete
  4. We can be happy when we choose to be. Bebaskan stress :)

    ReplyDelete
  5. betul tu, enjoy life je, syukur dengan segalanya, inshaALLAH akan dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete