Biar Orang Judge Kita Sesuka Hati Mereka


Kenapa kita tak suka orang judge kita..? Sebab selalunya apa yang orang judge tu tak betul, terutama kalau orang yang judge kita tu tak kenal rapat dengan kita pun. Kenapa kita nak marah kalau orang salah judge kita..? Sedangkan apa yang orang judge itu adalah daripada apa yang mereka 'tahu' tentang kita la. Kenapa kita nak expect lebih-lebih daripada mereka. Sekurang-kurang kita tahu apa sebenarnya yang orang lain 'nampak' pada kita ni.

So, biar je apa orang nak judge tentang kita asalkan kita jujur pada diri kita sendiri. Dan tak perlu la pula kita nak pura-pura baik dan sempurna 24/7 hanya kerana nak orang nampak dan judge kita yang baik-baik. Just be yourself. Baik ke buruk ke biar mereka judge sesuka hati mereka. Bukan effect kat kita pun.. :)

Tapi kan, korang pernah tak jumpa jenis orang yang suka judge hidup orang lain dalam masa yang sama hidup dia sendiri ditutup serapat-rapatnya. Orang jenis macam ni selalu mengaku tak kisah kalau orang nak judge dia bukan-bukan, tapi hakikatnya dia sendiri tak boleh terima judgemental orang lain sebab tu dia sangat berahsia pasal kehidupan dia. Kalau hidup orang lain tu sibuk pula dia nak ambil tahu. 

Orang macam ni sebenarnya yang SANGAT SUKA judge buruk pasal orang lain..! Hati-hatilah dengan orang macam ni. Bahaya. Dia akan nampak semua kesilapan dan kekurangan kita lepas tu akan besar-besarkan hal tu seolah-olah dia tu sempurna sangat. Sedangkan dia lebih teruk daripada apa yang dia kata tentang kita, sebab tu dia takut kalau kita tahu hidup dia. 

Maaflah, aku dah belajar dari pengalaman sebelum ni. Maka, aku memang keberatan nak kongsi hidup aku dengan orang yang 'minda tertutup' macam tu. Kalau nak aku open minded dan share hidup aku, korang pun macam tu. Win-win la kan. Aku open, kau pun open. Aku share, kau pun share. Aku judge kau, kau judge aku. Kalau tak nak, boleh blah. Jangan harap aku nak buka cerita aku pada kau. Sekian. 

:)

...

Share:

24 comments:

  1. Bonde setuju dengan Ain he he he... tak suka ada kawan yang perangai pelik begitu... i dont like you

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. Bonde jangan la don't like ain.. cian ain.. hehehehe.. :p

      ...

      Delete
  2. Replies
    1. yes..! orang yang boleh di judge , positif dan open minded sahaja.. hahahahhaa.. :)

      ...

      Delete
  3. daripada judge kehidupan orang lain, baik perbetulkan diri dulu kan :)

    ReplyDelete
  4. yeahhh sama lah kita kak ainn.

    kau nak tahu pasal aku tapi bila aku tanya pasal kau, kau diam sejuta bahasa. walaweh banyak cekadak! #tetibaemo hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaa.. banyak cekadak kan..!
      comel pula cikgu tuisyen ni bebel.. hehehehee.. :)

      ...

      Delete
  5. Well
    u can tell a lot about a person by what they choose to see in you.
    Kan?

    Nak like entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! apa dia kata tu mencerminkan diri dia sendiri sebenarnya. dia tak sedar.. :)

      ...

      Delete
  6. Betul...biarlah apa org nak kata sebab diorang xtau kita mcm mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah s.w.t. maha mengetahui.. kan.. kan.. :)

      ...

      Delete
  7. Share macam2 bukan main kan? tapi bila org judge nak yang baik-baik je .. hahah amboi ngat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn...! life orang bukan main nak korek lagi.. apa yang nak dicari pun tak tahu la.. :)

      ...

      Delete
  8. Setiap orang ada perangai masing2..
    antara kita x semua yang suka..
    pandai2 la nak hidup..
    kita tidak mampu nak puaskan hati smeua orang..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab perangai kita lain-lain la penting untuk kita hormat dan jangan sibuk hal orang lain tanpa sebab.. hehehehehe.. :)

      keywords : hormat pandangan dan pendirian orang lain

      ...

      Delete
  9. Akak lebih suka jauhkan diri dari orang yang macam ni...buat semak otak je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh memang nak jaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuhhhhkan diri.. tapi tu lah, sayap ku patah.. gituueewww.. :p

      ...

      Delete
  10. Sebab saya taknak jadi judgemental la, tetiba ada seseorang 'kawan' cakap tak guna kawan dengan saya, tak pernah tegur 'jenayah' dia. Amboi, bila tegur sentap, bila terima apa adanya kena kecam pula.

    So saya setuju dengan kak Suria (SA), jauhkan diri jerlaaa. Saya tak suka jadi Hakim Dunia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww..! ada juga yang macam tu.
      tegur salah, tak tegur pun salah.. ermmmm..

      ...

      Delete
  11. Alaa org judge Kita tak luak apapun. Lanyak diorg lah kan

    ReplyDelete
  12. Sabar dengan dugaan berkawan. Moga ain d kelilingi kawan yg baik2. Mcm linda ni #ehhhhh hehehe

    ReplyDelete
  13. elsa dah masak dah dengan yang suka judge orang nieyh. orang macamnie kalau ditegur bukan boleh diterima pun. mulut orang siapa berani nak tutup kita sendiri tak berani nak tutup kan hm

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/perbezaan-ios-dan-android.html

    ReplyDelete
  14. Ramai yg mcm tu..Hal kita sibuk nak tahu..hal dia, kemain lagi rahsia...

    ReplyDelete