Orang Teknikal VS Orang Seni

Mengimbau kenangan 11 tahun bertugas di dalam bidang teknikal ni sedikit sebanyak mengundang sebak di dada juga la. Masa kan tidak, 11 tahun tu satu tempoh yang cukup panjang sebenarnya. Tak cukup jari tangan nak kira. Namun di mana aku selepas 11 tahun? Entah lah. No where. Bukan lah tak ada apa-apa langsung kebaikan, manfaat, pengalaman dan ilmu yang aku dapat tapi kalau diperhalusi terutama dalam skop teknikal itu sendiri, serius sebenarnya aku masih kosong

Sama ada hati aku yang keras sangat nak terima dunia teknikal ni atau memang aku yang ditakdirkan berada di tempat yang salah, pada masa yang salah dan pada kesempatan yang salah. Who knows..! Aku pun dah malas nak fikir dan analisa siapa yang salah, apa yang tak kena atau kat selekoh mana yang aku tersalah buat pertimbangan. Yang pasti rezeki diberi Allah s.w.t. itu adalah yang terbaik. Apa yang telah Dia tetapkan, itu lah yang aku jalani hingga hari ini.

Gambar Hiasan : Ranbir Kapoor dalam Jagga Jasoos

Bila Orang Teknikal Lebih Berseni Daripada Orang Seni

Pemerhatian aku sepanjang 11 tahun ni, bukan aku sahaja yang ada dilema bab bidang teknikal atau seni ni. Ramai juga yang alami masalah sama. Bila orang teknikal buat kerja dengan berseni dan tampil lebih berseni daripada orang seni, mula lah orang pandang serong semacam. Contohnya bila buat kerja-kerja tangan yang halus dan lemah gemalai. Kenapa? korang ingat orang teknikal ni tangan keras kejung sangat ke..? Excuse me...! hahahahahahaa.. :p

Bila orang teknikal lebih seni daripada orang seni, ada pula la yang akan iri hati. Pelik kan..? Sedangkan kita ni semuanya sama sahaja, ada kecenderungan dan minat yang sama. Apa salahnya kalau orang teknikal pun pandai make up, pandai baking cake, pandai menganyam ketupat dan sebagainya. Tak semestinya bila orang teknikal pandai buat kerja-kerja tangan macam tu maknanya orang teknikal tu tak teknikal.. betul tak..?

Dan bila orang teknikal buat kerja lebih berseni daripada orang seni, tak semestinya orang seni tak diperlukan lagi. Dunia ni luas. Konteks sesebuah perkara itu juga luas. Selera dan citarasa kita kan berbeza-beza, cuba open minded sikit. Terima idea orang lain walaupun orang tu bukan pakar dalam bidang yang sama. Awak ada tugas awak, saya ada tugas saya. Awak buat kerja awak, saya buat kerja saya. Tapi bila berbincang atau buat post mortem, semua idea harus di dengar dan dipertimbangkan seadilnya, baru lah idea tu berkembang. :)

Bila Orang Seni Buat Kerja Tanpa Sentuhan Seni

Kadang-kala aku kesian juga dengan orang-orang seni yang berkarya ikut sense ni. Macam mana lah nak berkarya kalau asyik diikat dengan syarat dan peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Macam tu salah, macam ni tak betul. Sedangkan dunia seni ni sangat abstrak. Bagi la peluang mereka berkreativiti tanpa syarat. Orang seni kalau buat kerja terlalu ikut peraturan ni hilanglah seninya.

Orang teknikal jangan nak 'ikut buku' sangat, apa yang boleh adjust, kita adjust la bagi dapat win-win situation. Faham kan..? Seni ni bukan macam mesin output input yang kita boleh sambung guna kabel. Kerja seni perlukan masa, pemerhatian, ketelitian, mood dan banyak lagi. Bagi chance la. Kalau awal-awal kita dah tetapkan banyak sangat peraturan, terbantutlah kesenian mereka. Tak adil untuk mereka kalau nanti orang salahkan orang seni buat kerja tak berseni sedangkan sebenarnya mereka terikat dengan peraturan semata-mata.

Tersepit Antara Teknikal Dengan Seni

Aku antara yang sering tersepit di tengah-tengah, sekejap jiwa teknikal, sekejap rasa jiwa seni. Pening lah. Aku pun keliru dengan naluri aku ni. Bila orang kutuk orang teknikal, aku bengang. Bila orang mengata orang seni, pun aku bengang juga. Paling aku menyampah bila orang teknikal dengan orang seni selalu bertelagah. Masing-masing nak tunding jari mencari salah pihak yang satu lagi, sedangkan hal tu sebenarnya boleh di bawa berbincang baik-baik. 

Bagi aku, tak ada siapa lebih hebat daripada siapa. Kelebihan dan kekurangan tu ada di dua-dua belah pihak, tak perlu la menegakkan benang yang basah lagi. Kan lebih elok kita berbaik-baik dan bekerjasama secara professional sambil hormat-menghormati hasil kerja kedua-dua pihak. Harmoni. 

:)



...



Share:

9 comments:

  1. Memang betul Ada yg badan sado kerja dgn mesin tapi Cermat sgt orgmya Dan berseni

    ReplyDelete
  2. Boleh jahit anak patung

    ReplyDelete
  3. Masing-masing ada fungsinya tersendiri.. sama ada teknikal ataupun seni ;)

    ReplyDelete
  4. Jadi 2-2 pun boleh. Hybrid. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan yang saling memerlukan diantara 2 pihak

    ReplyDelete
  6. Masing masing ada kelebihan dan kelemahan kan...

    ReplyDelete
  7. Kita xgaduh kan ain.. 😂 xbaik gaduh2.. Bertukar pendapat lah lg ok..bkn nk dri sndiri memang je. Iye idol?

    ReplyDelete
  8. Typo *memang *idok? 😁

    ReplyDelete