Menonton filem RAEES hujung minggu lepas buatkan hati aku berbuku keras dan seperti empangan penuh yang menunggu masa untuk pecah tiba-tiba. Pun begitu, aku suka RAEES secara keseluruhan pembikinannya, daripada jalan cerita, cinematography, barisan para pelakon, lokasi dan segala macam rempah ratus yang ditambah bagi menyedapkan lagi filem itu. Aku suka semua. Kecuali dua perkara iaitu watak RAEES lakonan Shah Rukh Khan (sebab watak antoganis) dan ending filem ni yang mana aku rasa 'tak adil' kepada penonton. Ada rasa tak puas di situ.
Khabarnya filem ini diilhamkan daripada kisah benar seorang lelaki di India bernama Abdul Latif yang menjalani hidup sama seperti watak Raees tetapi pengarah serta team produksi filem ini menafikan hal tersebut. Mungkin kerana itu juga beberapa sensitiviti dan tokok tambah terhadap jalan cerita terpaksa diperhalusi.
RAEES Di Antara Benar dan Salah
Menonton filem Raees sedikit sebanyak membuatkan aku berfikir tentang realiti kehidupan yang terbentang di depan mata. Jangan kan di India, di Malaysia ni pun ramai yang terdesak dengan kesempitan hidup. Maka terpaksa pilih untuk jadi jahat, terpaksa jadi penjenayah, terpaksa musuh-bermusuh dan bunuh-membunuh. Muak aku dengar dan baca semua ni, tapi itu lah realiti. Mungkin aku tak pernah berada di dalam keadaan sebegitu terdesak, jadi aku tak faham. Titik.
Dalam konteks sebuah filem pula, aku rasa jalan cerita Raees ni agak stereotype. Dah banyak filem yang mengetengahkan tema yang sama. Hero yang terpaksa jadi jahat sebab desakan hidup, tapi walaupun jahat tetap ada sisi yang baik dan seolah-olah berjaya menutup segala kesalahan dan perbuatan jenayahnya. Layakkah Raess dipanggil hero..?
Memang subjektif sesebuah keputusan yang di ambil oleh manusia. Ia boleh jadi satu keputusan yang benar mahupun keputusan yang salah. Raess terpaksa meminjam wang daripada Musa kerana ingin menyelamatkan penduduk kawasannya dan kemudian keputusan itu memakan dirinya sendiri. Diringkaskan cerita, di penghujung cerita ini Raess telah menerima hukuman di atas kesilapannya yang lalu walaupun Raess sendiri yang setuju untuk menyerah diri. Soalnya, betulkah tindakan Raess itu..? dan apakah hukuman yang diterimanya itu setimpal dengan apa yang telah dikorbankan..?
Aku tak boleh terima ending filem ni.
![]() |
from Google Image |
Barisan Pelakon RAEES
Jujurnya, aku tak suka semua filem Shah Rukh Khan yang menonjolkan dia sebagai seorang antoganis termasuk filem Don dan Fans. Tapi aku faham sebagai pelakon professional, kepelbagaian watak tu penting untuk kesenambungan karier jadi aku sokong apa juga pilihan SRK dalam filem-filem yang dilakonkannya. Dan seronok juga bila pelakon kesayangan kita membuat kelainan dalam filem-filemnya. Cuma kalau diberi pilihan, aku lebih suka SRK berlakon watak romantik sahaja.. hehehehehe.. well.. :p
Keserasian Shah Rukh Khan dengan Mahira Khan (sebagai Aasiya, isteri Raees) juga nampak cemerlang. Mereka tak nampak kekok atau berlebih-lebih sangat semasa melakukan aksi romantis. Walaupun ramai yang mempertikaikan babak-babak romantis mereka berdua sebagai 'tidak perlu' dan 'menyemak' serta tak kurang yang mengutuk Mahira Khan kerana tampil 'terlebih' manja, tapi bagi aku semua itu adalah permainan industri filem Bollywood dan strategik pemasaran mereka memang begitu.
Lakonan Nawazuddin Siddiqui sebagai Inspektor Majmudar pun biasa-biasa sahaja. Dia memang pelakon yang hebat dan versatile tapi watak inspektor ni nampak terlalu mudah untuk beliau. Aku pernah tengok persembahan Nawazuddin yang jauh lebih berat dan cemerlang sebelum ini, jadi di dalam Raees aku kira dia berlakon sambil tutup mata cungkil gigi pun boleh. Senang sangat. :)
Keseluruhan, aku suka Raees kerana ada Shah Rukh Khan sebagai teraju utama, kalau tidak ermmm.. mungkin Raess bukan dalam senarai filem wajib tonton untuk aku. Pun begitu Raees tak masuk dalam Top 5 filem kegemaran aku lagi, nak tonton tu okey, nak tonton banyak kali pun okey, tapi nak jadi every times favourite tu tak la kot.. hahahahahaha. Aku lagi rela tonton Devdas, Veer Zaraa dan Dear Zindagi sepuluh kali baru pilih tonton Raess lagi..!
Aku bagi 7 / 10 bintang je untuk Raess
Itu pun sebab lagu-lagu di dalam Raess sedap belaka. Aku pernah kongsi video dan lirik lagu Zaalima dalam ENTRY INI. Korang boleh check it out ok.. :)
tu shamma hai to yaad rakhna
main bhi hoon parwaana
O zaalima, O zaalima..
if you are a candle,
remember, I too am a moth,
O cruel one, O cruel one...
...
8 Comments
Fuh.. review yang sangat mendalam. Hope next raya kuar TV so that boleh tonton. :D
ReplyDeletepeminat hindustan memang gini.. hehehehehee.. :)
Delete...
Amboi Ain...bagus review...akak dah lama x tgok update citer hindustan
ReplyDeletehehehehee.. Kak SA busy.. manyak job masyuuukkk maaa.. mana ada masa nak tengok movie hindustan 3 jam..! kekekekekee.. :)
DeletetQ kak SA.. love you..
...
alamak, mcm nak tengok je ni, kak ain bab review mmg terbaek!
ReplyDeletehehehehhee.. kalau ada masa tengok la Raees tapi bagitahu siap2, filem hindustan panjang.. sampai 3 jam tau.. hehehehe.. :)
Delete...
sebenarnya team production nafikan bukan sebab ada tokok tambah tapi sebab malas turun naik court minta izin semua pihak yang terlibat. Makan masa sebab Raees dah banyak kali delay sebab kes Mahira & SRK pun jenis datang lambat ke set.
ReplyDeletealaaa.. kechik hati kita awak kata gitu.. Mesti ada sebab tu kenapa diaorang sampai lambat.. Setahu saya Mahira dan expecially SRK sangat professional bila bekerja.. hehehehhee.. :)
Delete...