Sambutan Aidilfitri Paling Hambar Tahun Ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M | Pejam celik, sudah 17 Syawal hari ini. Maaf kerana ucapan selamat hari raya dari aku tiba lewat tahun ni. Malah sepanjang bulan Jun tak ada satu entri baru pun. Aku fokus pada pengisian madrasah Ramadhan. Mohon percaya..! Tapi sungguh ni, aku rasa Ramadhan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun sudah. Pencapaian peribadi aku lebih cemerlang tahun ni. Misalnya bab bertadarus Al-Quran, banyak juzuk juga dapat aku qatamkan berbanding tahun-tahun sebelum ni. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh pula tu. Syukur.

Aku rindu ketenangan Ramadhan.
Semoga dipanjangkan usia dan disempatkan kita bertemu Ramadhan tahun depan dan tahun-tahun berikutnya. InsyaAllah. 

sambutan hari raya yang hambar, raya tak meriah, rindu raya zaman kanak-kanak, tak ada mood nak raya, bersederhana beraya, cerita hari raya aku, selamat hari raya aidilfitri 2017
Tema warna Hijau Lumut untuk tahun ni :)

Salam Aidilfitri | Mohon Ampun Maaf Zahir & Batin

Ironinya Aidilfitri aku tahun ni pula hambar dan kurang kemeriahan. Tak tahu kenapa tapi pagi 1 Syawal tampil sangat sederhana walaupun segala persiapan sudah diatur secantik dan semoleknya. Kalau ikutkan 1 Syawal tahun ini berpotensi menjadi pagi Syawal paling happening untuk aku atas beberapa faktor, antaranya :

1.  Dah dua tahun aku tak sambut 1 Syawal dengan keluarga sendiri dan di kampung halaman sendiri. Tahun ni kembali meraikannya bersama keluarga tercinta. Excited. Tapi rupa-rupanya biasa sahaja lah rasa tu, aku balik kampung pun malam raya. Entahlah, rasa sunyi je walaupun semua adik-beradik kami ada berkumpul bersama.

2.  Ada tambahan ahli keluarga baru iaitu anak abang aku yang bongsu. Baru berumur lebih kurang 7 bulan. Memang lah lebih meriah bila ada baby baru dalam keluarga, jadi perhatian semua orang dan of course jadi tumpuan lensa camera. But again, aku rasa biasa je.. macam hari-hari biasa yang lain juga.

3.  Tahun ni berjaya pujuk Pokchik pakai baju melayu selepas 4 tahun dia menolak. Aku yang excited lebih sebenarnya tapi end up pagi Syawal tu still tak semeriah yang aku bayangkan. Aku punyalah bersiap top to toe dengan persiapan baru, syawl ada pun batu-batu swarovski lagi tau, siap pakai contact lens, make up dengan ZAWARA dan siap charge battery handphone sepenuh-penuhnya sebab yakin sangat mesti asyik bergambar je sepanjang hari tu.

Tapiiiiiiiiiii.. entah di mana silapnya, pagi Syawal aku tahun ni hambar sahaja. Bukan tak seronok, bukan tak bersyukur tapi sebenarnya expectation aku lebih daripada semua tu sebenarnya. Tak tahu lah pagi Syawal macam mana yang aku nak. Mungkin faktor umur, maka kemeriahan pagi raya tu dah semakin luput dari dalam diri aku. Orang kata, jiwa dah tak muda nak terkinja-kinja macam dulu. Nak bergambar pun dah malas sekarang. Bukan sebab masalah berat badan je tapi aku memang dah tak teruja sangat bab-bab bergambar ni. Tak tahu kenapa.

Aku nekad Aidilfitri tahun depan aku akan bersederhana sahaja. Lebih sederhana daripada sederhana. Tak nak lah beria-ia lagi macam tahun ni, lepas tu hampa. Baik aku sambut biasa-biasa je dan rendahkan sikit expectation aku. Mungkin dengan cara tu baru datang balik rasa excited tu kot..! :p

gambar dari google image

Beraya Di Hospital

Syawal ke 7 kami sekeluarga (aku, Pokchik dan anak-anak) ditakdirkan beraya di Hospital Teluk Intan, Perak. Anak lelaki Pokchik kena tahan di wad selepas seharian sakit perut, tak boleh buang air besar dan dia muntah-muntah teruk. Tak pernah aku bayangkan akan menghabiskan masa di hospital pada minggu raya. Orang lain sibuk pergi beraya dan kunjung-mengunjung, kami pula di katil hospital. Memang satu pengalaman yang menginsafkan tapi bila diingat-ingat semula, kelakar juga.

Selang dua hari, aku pula jatuh sakit. Bermula dengan batuk dan selsema sampai jadi demam pula. Batuk makin teruk sampai sakit dada dan rasa susah nak bernafas. Sepanjang seminggu aku tak boleh tidur sebab demam dan batuk teruk tu. Aku jadi panik sebab tak pernah batuk teruk macam ni. Bab susah nak bernafas tu yang aku paling risau. Aku yang sepatutnya naik kerja minggu lepas terpaksa tangguhkan seminggu sebab betul-betul tak sihat.

Doktor klinik kerajaan suspect aku kena Denggi tapi aku tak rasa macam Denggi sebab tak ada lenguh-lenguh sendi pun. Lepas dua hari kena ambil ujian darah, mujurlah bukan Denggi. Cuma mungkin demam virus lah namanya. Bab sakit dada dan susah bernafas tu pula, doktor simpulkan aku mungkin nak kena asthma. Jadi doktor cuma suruh aku jaga makan, kurangkan berat badan dan bla bla bla.. hahahahahaa.. sejenis tak suka dengar doktor membebel (tepuk dahi sendiri) :p

gambar dari google image
Bab juadah pagi raya, tak dinafikan memang meriah. Tapi aku tak makan banyak pun. Ratah rendang dengan lemang je sikit. Selebihnya aku makan macam biasa. Tak macam tahun sebelum ni, bab makan aku selalu juara..! hhahahahaaa.. :p

Tahun ni juga kurang pergi beraya. Sangat kurang sampaikan dah 17 Syawal ni pun masih ada mak saudara dan bapa saudara yang aku tak jumpa lagi. Adehhh..! Apa la malas sangat nak pergi beraya ni. Minggu lepas memang tak beraya sebab aku tak sihat, minggu ni InsyaAllah aku cover balik mana-mana yang sempat. Paling tidak, nak juga lah menziarah bapa saudara aku di Semenyih dan Kepong serta mak saudara di Seremban dan Batu Caves. Mudah-mudahan diberi aku masa, kelapangan dan kesihatan yang baik.

Macam mana pula sambutan 1 Syawal korang..? Mesti meriahkan..? Share lah sikit cerita raya korang tu, aku nak tumpang happy.. hehehehee. Baca cerita orang kadang-kadang lebih menggembirakan dari cerita sendiri.. kan..! Siapa ada up story pasal raya tahun ni sila la tinggalkan link blog korang kat ruang komen ye, InsyaAllah aku terjah satu persatu nanti.

Akhir kata untuk entri kali ni, selamat menikmati saki-baki Syawal tahun ni. Hati-hati di jalan raya. Kalau buat open house jangan lupa jemput aku. Duit raya lebih-lebih tu sila lah menabung. Utamakan keselamatan dan kesihatan walau di mana jua korang berada.

:)



...


Share:

7 comments:

  1. biasa faktor umur mmg akan pengaruh keterujaan kita tu, tp setakat ni bagi ju even rasa umur makin mningkat bila dgn family, alhamdulillah tetap rassa excited, apatah lagi masuk bab bgambar. rasa mcm kanak2 ribena pulak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmm.. betul juga tu, saya pun sebelum ni ok je kalau diajak bergambar.. cuma tahun ni rasa berat skit.. entah lah.. huhuhuuhuu..

      harap2 tahun depan dapat balik "mood orang muda" ..hikssss.. :p

      ...

      Delete
  2. Tahun ni akak target nak buat open house utk kawan- kawan blogger tp tak kesampaian sebab kesihatan Mak tak bagus...so tak nak tanggung risiko..batalkan..sib baik x announce lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhh..! best nya kalau kak SA buat open house.. mesti menu sedap2 ni air tangan kak SA.. hehehehehe.. ;)

      semoga mak kak SA kembali sihat sedia kala ye..

      ...

      Delete
  3. Tp kan, klau raya rasa tak meriah tp Ramadhan rasa meriah tu best dah tu. Tak semua org dpt rasa ketenangan dan kemeriahan Ramadhan tu.

    Sy pulak masa blm ada anak dulu wajib mekap n pakai cantik2 di pagi raya.

    Bila dah ank ramai ni, pagi raya pn masih selekeh sebab nak kena mandikan ank2 n siapkan semua org. Tapi rasanya mcm lebih meriah walaupun muka tak siap - tak mekap dan pkai spek tebal mcm makcik2.

    Mmg la meriah klau pagi2 dh mcm komander askar melayu kejar ank2 tak nak mandi, taknak pakai baju, nak bwk ultraman masuk bilik air, berebut pistol etc.

    Tapi masih simpan keinginan utk bercantik2. Tunggu lah ank2 dah besar panjang umur kang insya Allah boleh kot. Hehe.

    Eh, nah link cerita raya saya

    http://blogbicaracinta.blogspot.my/2017/07/apa-yang-buat-kanak-kanak-suka-beraya.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. mesti comel walau jadi komander askar pun..! :p

      kecoh2 dan bising2 pagi raya tu yang best sebenarnya kan.. yang akan selalu diingati dan dirindui.. makin anak2 membesar makin hilang la keriuhan tu.. Cucu-cucu pula take round.. hahahaha..

      :p

      ...

      Delete
  4. Alahai kenapa gitu ye.. kuatkan Hati ye. Mama sejak arwah mak meninggal selepas 2 tahun baru Rasa Ada mood sikit nak raya. Kenangkan ayah, adik Dan anak kesian diorg

    ReplyDelete