Manjakan Diri Di Bentong Hot Spring, Pahang

Alhamdulillah sempena anniversary perkahwinan kami kali ke-7 tempoh hari, sempatlah larikan diri sekejap ke Bentong untuk bercuti berdua. Selama 7 tahun memang tak pernah mist lagi raikan tarikh bersejarah kami ni. Setiap tahun pada tanggal 31 Julai tu mesti paw Pokchik cukup-cukup.. hahahahahaa..! :p Cuma tahun ni aku tak minta nak ke mana-mana sebab kami berdua memang dalam fasa berjimat sekarang ni. Kami bakal mengikat diri dengan satu komitmen kewangan yang besar tak lama lagi, jadi kena berjimat-cermat dari sekarang. Yang ni nanti aku cerita kemudian lah.

kolam mandi air panas secara terbuka di Bentong Hot Spring
Maka, kali ni Pokchik yang pilih destinasi. Lagipun baru empat bulan lepas kami dah bercuti sampai ke India jadi bajet memang dah banyak habis kat situ. Kalau ikut aku, tak payah pergi bercuti pun tak apa. Sempena anniversary kami boleh je pergi candle light dinner ke atau sebagainya. Tapi dah Pokchik yang ajak ke Bentong, aku setuju je.. hehehehehee.

Jacuzzi Villa di Bentong Hot Spring, Pahang

Oleh kerana kami tak nak cuti lama-lama jadi destinasi pun tak boleh jauh-jauh. Tak nak habiskan masa atas jalan raya lah kan, maka Bentong adalah pilihan yang terbaik memandangkan kami dah pernah pergi bercuti ke Genting Highlang, Bukit Tinggi dan Janda Baik. Tapi ada apa kat Bentong..? Aku pun clueless juga mula-mula sebab selama ni tak pernah tahu pun kat Bentong tu ada hot spring lah segala.

Tapi bila sampai je kat Bentong Hot Spring ni, aku terkagum lah juga walaupun perjalanan nak ke situ agak seram sebab lalu kawasan hutan. Macam jalan nak ke Janda Baik tu lah tapi yang ni lebih 'hutan' sikit.. hahahahahhaa. So, bagi yang tak tahu nak ke mana destinasi percutian ala simple dan pendek, boleh try pergi Bentong Hot Spring ni. Ada mata air panas semulajadi. Kolam dan kemudahan mandi manda yang disediakan pun bagus dan mencukupi.

private jacuzzi

Tarikan Utama Bentong Hot Spring

Selain kolam air panas secara terbuka untuk pengunjung mandi-manda, tarikan utama ke Bentong Hot Spring ni tentulah Jacuzzi Villa yang disediakan secara eksklusif ni. Setiap unit villa disediakan private jacuzzi, bilik tidur dan ruang tamu yang luas dan selesa. Kami tidur berdua je rasa macam terbazir ruang pula.. hahahahaha.. Villa ni cantik, masih baru dan memang amat selesa lah..! Cuma di bahagian private jacuzzi tu tak ada lah private sangat sebab sebelah-menyebelah dengan villa yang lain. So, kita boleh dengar orang villa sebelah cakap-cakap. Bahaya kan..! lols.. :p

Aku memang puas sangat-sangat dapat berendam dalam private jacuzzi tu. Pagi, petang dan malam pun kami berendam dalam tu. Ye lah dah bayar mahal-mahal untuk jacuzzi kan, mestilah manfaatkan sebaiknya.. hehehehehe.. Paling best bila dapat berendam dalam air panas ni, badan kita automatik akan rasa releksssssss sangat..! urat-urat yang bersimpul-simpul dengan lenguh-lenguh badan tu pun jadi elok balik.. kikikikikiiii..

Air panas pula memang semulajadi dari punca mata air, bagus untuk kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Jacuzzi tu kan dibuat daripada batu-batu kecil yang macam lantai parking kereta tu tau bukan plastik atau simen kolam swimming pool. Memang boleh rasa semulajadi tu..! best giler la kannn... :)

laluan ke Villa Jacuzzi

Dua hari satu malam kami di Bentong Hot Spring ni memang sungguh merehatkan tubuh. Jauh daripada bising-bising kota. Dapat rehatkan kepala otak daripada fikir soal kerja dan masalah-masalah politik semasa sekejap (ehh..! over nau..) hahahahahhaa. Paling penting kami dapat luangkan masa berdua untuk just berbual dan chilled together. Kadang-kadang kita berbual suami isteri ni perlukan masa dan suasana yang sesuai juga, baru lah boleh cakap dari hati ke hati.. betul tak..?

Kalau setiap hari balik kerja, nampak je muka pasangan kita jadi sebal dan nak marah memanjang dan kalau bercakap pun hal-hal masalah pejabat je, memang elok sangat-sangat ambil masa pergi bercuti dan recharge positive energy dalam diri masing-masing sambil bina semula moment romantik dan kasih sayang di antara kalian. Nama pun honeymoon kan..! mesti la romantic like-to-the-moon-and-back gituuu...! hahahahahaa.. 

duta Erya by Suria

Apa Yang Tak Best

Okey, ni pandangan aku je lah ye. Bukan nak complaint sangat tapi harap dapat ditambah baik pada masa akan datang. Yang pertama kat sana memang tak ada coverage 3G atau 4G Celcom. Satu bar pun tak ada. Aku dengan Pokchik pula memang pengguna Celcom, maka no internet lah kami sepanjang 2 hari 1 malam tu. Sebenarnya okey je takde internet selama dua hari. Bagus juga, at least kita betul-betul menikmati percutian tu. WiFi pun tak ada ye. Kat ruang receptionist tu ada la kot tapi aku tak try sebab tak kan nak lepak kat meja receptionist tu lama-lama pula kan.

Bilik luas, cantik, bersih dan selesa tapi tak ada penyakut baju..! Satu pun tak ada.. hahahahahaa.. Kami nak sangkut tuala basah pun terpaksa sidai-sidai atas kerusi je. Kalau guna hanger kena gantung dalam almari which is tak praktikal la untuk tuala basah. Harap-harap lepas ni sediakan lah rak penyangkut pakaian, sekurang-kurangnya yang lekat kat dinding tu pun ok.

Bilik mandi dan tandas dibuat berasingan dan sinki di letak di bahagian luar antara tandas dan bilik mandi. Itu ok la. Tapi dalam bilik mandi tu tak ada paip air langsung..! Ada shower je. Memang masuk untuk mandi je lah kan. Maknanya kalau tengah mandi kau rasa nak buang air kecil, kau kena keluar dari bilik mandi tu dan pergi ke tandas yang kat sebelah. Atau kalau kau nak juga buang air kecil kat bilik mandi tu, kau kena belajar teknik beristinjak menggunakan jurusan air shower... reti..?!! 

Dan bila nak berwudhuk, terpaksa guna sinki yang terletak di bahagian luar bilik mandi. Memang basah la jadinya kawasan sinki dan lantai kat situ. Minta maaflah terpaksa jadi 'kampung' sekejap walaupun aku sebenarnya tak suka kawasan luar bilik air basah-basah. Sakit mata memandang. Nasib baik lah cuma dua hari satu malam.

Bab makanan pula memang kurang sedap. Sekali lagi, minta maaf ye. Kami dinner di cafe yang disediakan di dalam resort. Nak makan kat luar pun rasa tak berbaloi sebab resort ni jauuuuuuuuuhhhhh dari pekan Bentong. Mula-mula aku order spaghetti bolognese tapi masin yang amat..! aku minta tukar ke fish n chips. Ok la. Kenyang kami berdua. Harga macam biasa standard makan kat hotel lah. Pagi esoknya kami sarapan ala buffet di cafe yang sama. Makanan semua tawar dan tak banyak pilihan makanan pun sebenarnya. Maybe mereka amalkan healthy meal kot sebab tu semua less sugar and less salt.. hehehehehe. Overall okey la, biasa-biasa je. Tak ada yang mengkagumkan sangat bab makanan.

Well, pergi sana nak mandi jacuzzi kan.. bab-bab makan ni kita tutup mata sebelah je lah ye.. hehehehehe.. :)

terima kasih Bentong Hot Spring 
So, bagi yang tercari-cari destinasi untuk merehatkan badan tapi tak jauh dari Kuala Lumpur, boleh la cuba ke Bentong Hot Spring ni. Memang betul-betul merehatkan. Kalau tak nak ambil Jacuzzi Villa boleh ambil bilik hotel yang disediakan dan mandi kolam air panas terbuka. Kalau nak datang mandi-mandi sahaja pun boleh, ada bayaran minimum yang ditawarkan. Sebarang maklumat lanjut atau nak tahu harga biliki ke nak booking bilik ke, sila ke website mereka : 



Selamat bercuti, berehat dan berjakuzi...!

:)


... 


Share:

16 comments:

  1. lepas mandi air panas, confirm aras kelaparan naik mendadak,kalau tak ada sumber makanan yang boleh melampiaskan tuntutan asas ni, boleh membawa kepada mati mood dan tidur meracau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la tidur meracau melainkan tidur sorang2..!! hahahhahaa.. :p

      sila bawa bekal roti dan biskut petak banyak2.. hiksss..

      ...

      Delete
  2. Pernah ke sini thn lps. Mmg line tel teruk. Wifi pun slow. Tp makanan Ana order in room service so far ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.. mungkin kebetulan masa kami ke sana, chef nya bertukar kot... hehheheee.. :)

      ...

      Delete
  3. Tq for info..boleh dijadikan panduan

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ye Unni.. kalau datang Bentong, jangan lupa gi hot spring ni.. :p

      ...

      Delete
  5. Replies
    1. InsyaAllah.. ada rezeki nanti pasti sampai.. ;)

      ...

      Delete
  6. so mcm mana ni? makanan kurang enak...kena pergi bawak bekal la ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa.. hari pertama boleh bawa bekal.. hari seterusnya bergantung kepada kemampuan survival masing2.. :p

      ...

      Delete
  7. Terima kasih untuk info . . Tapi macam mana boleh sampai sini? Google " Hotspring Bentong " ke ? Saya belum lagi pernah terlintas nak google apa yg menarik di Bentong .. ahhaahaa. . apa2 pun thanks . .!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini Pokchik yang cari.. rasanya dia search "private jacuzzi" atau "private pool" ...hahahahahahaa.. :p

      ...

      Delete
    2. suka nau private2 ni ye pohcik

      Delete
  8. Tak pernah pergi ke sini lagi tapi baguslah infonya :)

    ReplyDelete