Dua Jasad Yang Kosong Namun Di Satukan Untuk Saling Memenuhkan

Alhamdulillah, 31 Julai 2017 yang lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ketujuh. Ya, baru tujuh tahun kami berjodohan. Ada yang kata masih muda, ada yang kata sudah separa ranum. Bagi aku, 7 tahun tu masih sedang-sedang, sedang kosong dan sedang penuh. Macam tak percaya pun ada juga, dah 7 tahun rupa-rupanya aku kongsi hidup luar dalam dengan dia. Di mana kami bermula..? Entahlah.. masa melintasi kami bak semilir pergi.

Peringkat awal dulu memang aku rasa berbuku-buku hati ni. Banyak hal yang kami tak sependapat dan tak sama citarasa. Aku suka hitam, dia suka putih. Aku nak ke kiri, dia nak ke kanan. Aku suka movie hindustan, dia suka movie tamil. Aku suka siakap steam limau, dia suka siakap 3 rasa. Aku suka pantai, dia suka muzium..! Ko rasa...??!! hahahahahahaa.. Punya lah jauh citarasa kami. Aku buat macam-macam untuk cari titik persamaan kami, tapi tu lah.. kadang-kadang je berjaya. Selebihnya kami terpaksa terima hakikat yang kami punya suka memang tak sama..!

Aku tak boleh terima bila dia masih tak boleh faham aku. Walau selepas 2 tahun, 3 tahun, waima dah 7 tahun ni pun aku rasa dia masih tak faham-faham perangai aku. Tak kan lah dah 7 tahun pun masih dalam proses nak bina chemistry..?! Orang lain 7 tahun ni anak-anak dah masuk darjah 1 tau. Ohh, rupa-rupanya proses membina chemistry ni memang makan tahun. Pasangan yang dah berpuluh tahun kahwin pun ada yang masih belum betul-betul memahami, ini kan pula kami. Baru 7 tahun bhai...! :p

kenangan di Gullmarg, Kashmir (2017)

Dua Jasad Yang Kosong Namun Di Satukan Untuk Saling Memenuhkan

Bila diingat-ingat balik, sebelum bergelar isteri dia aku memang tak sempurna pun. Kosong. Dia yang banyak ajar dan bentuk aku. Ni lemak-lemak seberat 84kg pun dia punya 'jasa' lah juga. Nak bagitahu sebelum kahwin dulu aku slim la konon.. kahh kahh kahh. Perkahwinan kami banyak pahit dan calar-balarnya. Kami tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Kami hanyalah dua jasad yang kosong namun disatukan untuk saling memenuhkan.. :)

Terima kasih Pokchik, 
Untuk semua sabar, semua nasihat, semua diam, semua angguk, setiap kali mengalah, setiap kali memaafkan, setiap saat menerima kurang dan khilaf. Terima kasih kerana masih bertahan, masih menerima, masih menutup sebelah mata atas setiap satu kurang dan lompong dalam diri aku. Sesungguhnya aku bukan siapa-siapa tanpa dia.

Terima kasih untuk Cameron Highland (honeymoon pertama dan kali pertama juga aku jejakkan kami ke Cameron Highland : 2010). Terima kasih untuk Kota Kinabalu dan Kundasang (kali pertama juga aku jejakkan kaki ke Sabah : 2011). Terima kasih untuk Bukit Tinggi, Genting Highland, Padang Besar di Perlis, Rantau Panjang di Kelantan, Ikan Celup Tepung di Terengganu, Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan, Lost Of Tambun, Bukit Merah Lake Town Resort dan Hot Spring Sungkai di Perak, A'Famosa Water Park di Melaka, Coconut Shake dan Keria Antarabangsa, serta tak lupa kek lapis dan ikan terubuk masin di Kuching Sarawak. 

Semua tempat ni kali pertama aku pergi sebab Pokchik yang bawa. Maka sepanjang 7 tahun kami bersama hampir seluruh Malaysia kami dah pusing, hanya Labuan yang belum aku tiba. InsyaAllah kalau tak ada aral hujung tahun ni kami sampai. 

Dan walau berapa kali pun dia bawa aku pusing Malaysia, tak akan sama perasaan bahagia, terima kasih dan syukur aku kerana dia bawa aku tunaikan Umrah kali pertama pada Januari 2014, kemudian tunaikan Haji pada Okt-Nov tahun yang sama. Dan dua tahun lepas tu kami pergi tunaikan Umrah sekali lagi sambil sambut Airdilfitri di Mekah pada Julai 2016 dan yang terbaru dia bawa aku bercuti ke India sampai terlunas impian aku nak jejak kaki di Kashmir dan lihat sendiri Taj Mahal.

Alhamdulillah. Terima kasih.
Aku manusia paling bertuah bila aku di samping dia.

Apa lagi yang mampu aku ucapkan. Aku sangat kerdil, tak akan termampu aku balas setiap satunya. Aku hanya mampu menjadi yang terbaik untuk dia sedaya yang aku mampu. Namun aku masih jauh lagi daripada terbaik. Aku banyak kurang, aku banyak dosa, aku banyak uji dia. Tapi dia masih bertahan dengan aku. Alhamdulillah. Dia pun mungkin tak sempurna, selalu buat aku marah, dia tak romantik, dia tak pandai ambil hati, dia tak suka buat suprise, dia tak suka jiwang-jiwang, tapi dia lah syurga aku. Dia lah nafas aku. Dia lah nyawa aku

Terima kasih untuk 7 tahun yang penuh jatuh bangun ini. Terima kasih.
Aku harap dan berdoa sungguh-sungguh semoga masih banyak tahun lagi yang sedang menunggu kami di hadapan sana. Perjalanan kami masih panjang. InsyaAllah.

Happy Anniversary Untuk Kita 

:)







...

Share:

22 comments:

  1. Seronoknya... Sebab dah dapat tunaikan haji dgn yang tersayang... Doakan kami pula ya... Impian nak ke sana juga... Insya Allah..

    Happy anniversary...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rezeki dan ujian juga tu sebenarnya.. hehehehee.. :)
      InsyaAllah Ain selalu doakan saudara2 dan rakan2 Ain akan diberi peluang menunaikan Haji di sana.

      :)

      ...

      Delete
  2. Happy Anniversary to both of you. Moga happy dan bahagia sampai bila-bila dan dikurniakan zuriat yg comel soleh dan solehan ... Amin ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. :)
      Hopefully bab zuriat tu will coming really soon.. hahahahahaha.. Dah tua wehh..! November ni masuk 35 tahun. Entah sempat ke tak.. :p

      ...

      Delete
  3. Happy anniversary to both of you..Moga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah..Aamiin :D

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary utk ain n pokchik..moga sentiasa dlm limpah rahmat Nya. Manusia tidak sempurna sampai bilapun mesti ada pendapat yg tak sama. Akak suka cara penulisan ain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Kak Azi..
      biasa2 je ni, sedang bertatih.. menulis pun main belasah carca marba je.. hehehehehee.. :)

      ...

      Delete
  5. Eseh sweetnya.. Happy anniversary untuk ain dan semuani.. Semoga bahagia untuk jannah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'semuani' tu suami ke...? hahahahahaa.. ok.. ok.. thanks.. :)

      ...

      Delete
  6. Alhamdulillah.. semoga berkekalan til jannah. Happy anniversary

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary... Moga kekal bahagia hingga jannah. so sweet

    ReplyDelete
  8. wow bestnya dah travel india dengan suami pulak tu. happy anniversary korang berdua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. alhamdulillah.. tapi tak puas..!
      nak pergi lagi. selalu..! :)

      ...

      Delete
  9. Byknya honeymoon... siap gi umrah gi haji bagai. My hubby n i dh 8 thn kawen tp kitorg belum honeymoon 😅.

    Eh, honeymoon tu apa? Keh3..

    Selamat ulangtahun. Moga bahagia hingga ke jannah. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaa.. adeehhh..
      honeymoon tu selain pergi bercuti berdua-duaan, juga bermaksud bergilir-gilir bangun pukul 2-3 pagi sebab anak menangis nak susu. Bahagia kan tuuu..!

      hehehehehee.. :)

      ...

      Delete
  10. happy anniversary dik..indahnya dapat mengerjakan haji bersama2..semoga kekal bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete