I Dont Have Time To Hate People Who Hate Me

Lama pula tak up entry bercakap seorang diri. Tiba-tiba rasa rindu. Walaupun sebenarnya hari-hari pun aku bercakap seorang diri. Kalau bukan masa drive pergi balik kerja, masa mandi la 'me time' untuk aku bercakap seorang diri. Jangan tak tahu eh, bercakap seorang diri ni sejenis terapi jiwa yang sangat bagus tau. Bukan gila. Siapa yang tak pernah cakap seorang diri tu sebenarnya lebih gila daripada orang gila. Tak percaya, tanya lah doktor..!

i love myself, focus on your own life, be positive person, don't judge others, i want to be a better me,
fokus melihat apa yang aku nak lihat sahaja

Mata aku dah semakin rabun. Power naik lagi kot. Sekarang bila nak memandu terutama memandu di waktu malam, aku mesti pakai contact lens sebab ikut power yang terkini sesuai dengan tahap kerabunan aku. Spek mata yang ada ni dah tak membantu. Bila entah nak buat spek baru. Malas.

Walaupun mata aku rabun, tapi pemerhatian aku tajam. Alhamdulillah. Aku boleh 'nampak' ada orang tengah buat drama depan aku. Sikit-sikit dah makin jelas sekarang ni. Lepas satu, satu hal kantoi. Aku tahu lah. Tak payah ngumpat aku, tak payah fitnah aku. Tak payah nak confuse sangat. Ada apa tak puas hati, pm tepi bukan tunjuk good-good depan aku tapi belakang aku bukan main mengata aku macam-macam.

Walaupun aku tak kisah apa korang nak cakap pasal aku, tapi aku cuma tak nak ada salah faham. Ye lah, kadang-kadang apa yang aku cakap atau apa yang aku tulis sengaja aku samar-samarkan jadi bukan salah kau kalau kau salah faham. Yang jadi salah tu bila kau tak faham, tapi buat-buat faham lepas tu sebarkan hal yang tak betul. Habis semua orang pun salah faham. Kau buat orang lain salah faham pada aku padahal at the first place benda tu tak ada kena mengena langsung dengan kau atau dengan mereka. Kau yang salah faham, ajak orang lain sama benci aku kenapa..?

Ok dah. Move on.

Aku nak sambung belajar lah. Nak acah-acah jadi muda belia otak tak berkarat kononnya. Kahhh..! Tapi apa salahnya kan kalau betul aku nak sambung belajar pun. Pengajian sepanjang hayat wehh. Tak masuk universiti pun, proses pembelajaran tetap berjalan. Ye lah, belajar tentang perangai manusia. Ada yang talam dua muka, ada yang besar kepala tak boleh ditegur, ada yang kuat berangin, ada yang diam-diam ubi berisi -- depan kita je diam, belakang kita bukan main mengata mengeji lagi.. ehhh..! opssssssss... (letak icon zip mulut)

Sekarang JPA tengah open tawaran Cuti Berlajar Bergaji Penuh untuk kakitangan kumpulan sokongan. Rasanya peluang dah terbentang di depan mata. Aku kena cuba grab peluang ni sebelum menyesal menggigit jari atau menggigit tangkai hati (gituuuuu..). Pokchik pun nampaknya bersetuju sangat malah dia yang bersungguh suruh aku apply. Cuma aku belum decide nak ambik course apa. Tahu lah aku ni, kalau boleh tak nak belajar bidang engineering lagi. Nak ambil art lah. Ko rasaaaaaa...?? hahahahahahaa.. sorok muka dalam guni.

Kalau ada bidang pengajian 'Sains Perangai Manusia' tentu aku orang pertama mendaftar masuk. Terutama kalau ada mata pelajaran 'Mengenali Manusia Fake', confirm aku boleh score. Atau paling-paling pun subjek 'menangani manusia ego yang dia seorang je betul, orang lain semua salah' ..woooww..!! best nya subjek tu. Aku minat sangat nak belajar lebih lanjut. Lagipun dalam kepala aku dah ada individu yang akan aku jadikan bahan case study. Hebat. Dia memang paling sesuai sekali...! hahahahaaa.. xoxo..

Macam tak move on lagi je nih.
Ok dah. Next.

Ada betul juga bila kita sudah kenal lama, kita semakin mengenal hati budi dan perangai masing-masing. Kalau dulu nampak yang baik sahaja, lama-lama akan ternampak juga yang tak baiknya. Ada yang kita boleh terima, ada yang kita boleh terima sikit-sikit dan ada pula yang kita mungkin langsung tak boleh terima. Bagi aku sendiri, aku pilih untuk berlapang dada sahaja lah menerima kebaikan dan keburukan orang lain. Aku sendiri tidak sempurna, banyak salah, kepala batu, hati kering, degil, mengada-ngada, attention freak, ego dan macam-macam lagi buruk perangai. Entah-entah diaorang bukan main menyampah lagi pada aku yang hina, buruk, busuk, gemuk lagi tak berguna ni (dramaaa sangat ko..!!) :p

Aku diamkan sebab aku malas nak lawan. Faktor usia kot. Kalau masa muda dulu, memang bermati-matian aku tegakkan benang yang basah tu. Pantang tok nenek aku orang salah faham dan mengata aku belakang-belakang. Memang declare war terus. Tapi sekarang, aku pilih untuk diam dan memerhatikan sahaja lah dari jauh. Aku sedang observe dan belajar daripada kehidupan yang kalian persembahkan. Terima kasih. Pelajaran ini akan aku bawa sampai akhir hayat. InsyaAllah.

Ada juga verse versa, orang yang mula-mula dulu aku menyampah macam nak mateyyy rupa-rupanya bila dah lama kenal, boleh jadi ngam sebab bila dah tahu perangai dia aku jadi suka pula. Mungkin dulu2 aku judge dia terlalu awal. Atau aku judge dia base on apa yang aku nampak luaran sahaja. Hakikatnya dia tak macam tu. Malah dia jauuuuuuuuhhhh lebih baik daripada orang yang aku sangka baik tapi end up jadi orang yang paling tahik...! See.. penilaian manusia ni kadang-kala menipu tau. Siapa lah aku nak judge orang. Aku dah 'letak jawatan' daripada kerja-kerja suka judge orang ni. Dah insaffffff dik non..! hehehehehehee...

Tutup buka lama, buka buku baru.
Aku nak jadi manusia yang lebih positif. Dan aku percaya setiap orang tu walau macam mana jahanam pun hidup dia, tetap ada nilai baik dalam diri mereka sebenarnya. So, why not kita tengok dan gali kebaikan tu daripada asyik sibuk cerita pasal buruk dia. Aku sedang cuba ke arah itu. Yang dah lepas tu, lepas lah. Tak nak cerita lagi. Dah letak titik nokhta, maka dah tamat di situ.

Aku tanam dalam-dalam segala buruk dan hina orang yang pernah aku kenal. Aku nak jadi 'rabun' depan mereka supaya aku tak nampak yang buruk, malah nampak yang baik-baik sahaja. Kira macam penapis la. Cukup lah aku nampak apa yang aku nak nampak sahaja. Yang lain biar tersembunyi. Tak tahu lagi elok daripada tahu lepas tu sakit hati.

Senyum.

"..I dont have time to hate people who hate me. Because I'm too busy loving people who loves me.."

Ehh.. malam ni final bola sepak Suka SEA
Jom support pasukan Harimau Malaya kesayangan kita semua. Aku berdoa emas jadi milik Malaysia. Aku berdoa mereka bermain dengan baik dan disiplin cemerlang gemilang. Bukan soal siapa menang, siapa kalah. Tapi ini soal siapa berjuang, siapa mengalah..!

Kita Semua Juara..! Ayuh Malaysia..!

:)


...



Share:

10 comments:

  1. Sabar kak.. Kadang2 ni orang lain tak pernah puas hati. Buat apa pun ada je dorang tak puas hati..

    Kadang2 buat baik pun, dorang boleh kata tak payah nak menunjuk la apa la.. haih macam nak sekeh je kepala dorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. buat untuk diri sendiri je, tak payah fikir expectation orang.. :)

      ...

      Delete
  2. Takyah pikir pasal orang lain... Penatkan kita je... Keep positive...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp..! keep positive.. :)

      ...

      Delete
  3. Jgn difikir-fikir org yg x memberi Kita motivation Dan manfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang kena ambil juga cakap-cakap orang ni.. mana lah tahu itu sebahagian teguran ikhlas secara berkias.. :)

      ...

      Delete
  4. hate-hate ni nak pergi mana ye tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah..! bukan boleh bawa gi Haji balik hari pun.. :p

      ...

      Delete
  5. itu laa kan. jangan terlalui benci nanti tersuka. jgn terlalu suka, nanti menyampah. heheeh
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..! berpada-pada dalam segalanya.. :)

      ...

      Delete