Living Legend | Mr. Amitabh Bachchan The One And Only

Mengenali figura hebat ini sejak aku kecil lagi, menjadikan aku sangat menghormati dan memandang tinggi beliau. Entah berapa ratus mungkin ribuan filem telah beliau bintangi sejak 48 tahun berada di dalam industri perfileman India. Mustahil lah aku boleh tonton semua filem lakonan beliau tu, tapi yang mana aku sempat tonton pun sudah buat aku betul-betul kagum. Beliau memang seorang pelakon hebat kelas A1

Amitabh Bachchan bakal memasuki usia 75 tahun pada Oktober tahun ini. Bayangkan, berapa panjang tempoh telah beliau dambakan untuk dunia perfileman. Daripada watak kecil yang sampingan sehingga watak utama yang menjadi tonggak penguat sesebuah cerita. Amitabh Bachachan memang tiada tandingan.

Walau sebanyak mana sayang dan minat aku kepada Shah Rukh Khan, tapi hormat dan kagum aku lebih kepada Amitabh Bachchan. Orang lama, bisanya luar biasa.. :)

Amitabh Bachchan

Baru-baru ni, aku 'terjumpa' video perbualan Ranbir Kapoor dengan Amitabh Bachchan di Youtube. Terus menarik perhatian aku dan ya, aku tonton video tu dari mula sampai akhirnya. Amitabh Bachachan ni walaupun seorang lagend, tapi sangat humble. Dia suka nak belajar dari pelakon-pelakon baru. Seolah-olah dia pun baru jadi pelakon, sedangkan...? hahahahahaa.. Bayangkan lah seorang lagend yang disegani seluruh dunia, tanya kat kau macam mana nak hayati watak or etc etc.. mahu tak gelabah kau jawab...! :p

Kalau korang nak tengok video tu, klik ni :


Ini apa yang aku dapat daripada perbualan tu :

1.  Amitabh B seorang yang boleh dikatakan perfectionist bila berada di set pengambaran. Ini bukan perkara baru sebab aku pernah tengok the making of filem-filem beliau dan nampak beliau memang serius dan fokus semasa di set pengambaran. Malah ramai pelakon yang pernah bekerja dengan beliau pun mengatakan hal yang sama.

Dalam perbualan ni, Amitabh B bercerita tentang salah satu scene beliau di dalam filem Black (2005). Semua orang memuji lakonan beliau di dalam filem tersebut malah beliau menang Pelakon Terbaik melalui persembahan hebat beliau di dalam filem itu. Aku sendiri merasakan Black adalah filem terbaik lakonan Amitabh B setakat ni selain Wazir, K3G, Paa dan Piku. Tapi tahu tak, ada satu scene tu Amitabh B tersalah buat, sikit je salah tu. Tapi sebab beliau seorang perfectionist, beliau menyimpan rasa ralat sampai hari ni.

Scene tu di mana beliau sebagai penghidap penyakit Alzheimer perlu membaca sepucuk surat. Kemudian beliau telah mengambil cermin mata yang tersangkut di kocek baju beliau sendiri. Silapnya cuma beliau terus ambil spek tu sebaliknya menurut beliau sebagai pesakit Alzheimer beliau sepatutnya tak ingat dan tak sedar di mana spek beliau berada. Patut buat-buat la macam cari kat kocek seluar ke.. kat atas meja ke.. lepas tu baru jumpa spek tu rupanya tergantung di kocek baju sebelah dada kiri beliau. Nampak tak..? Simple je tapi Amitabh B 'nampak' semua tu satu kesilapan besar yang tak patut berlaku.

Reaksi Ranbir Kapoor waktu tu aku rasa terkulat-kulat kot.. hahahahaha..! Mesti dia tak sangka betapa detail dan perfectionist nya Amitabh B. 

Amitabh Bachchan Mr. Perfectionist, Serius dan Fokus


2.  Amitabh B pernah menyertai politik namun gagal, kemudian beliau berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan pelaburan namun masih gagal malah beliau pernah di isytiharkan muflis. Beliau terpaksa berehat daripada dunia lakonan beberapa tahun sebelum kembali aktif berlakon sehingga hari ini. 

Apabila ditanya tentang apakah rahsia beliau tidak pernah give-up, beliau menjawab : Bila kita hadapi kegagalan dalam hidup, ambil masa untuk lihat semula di mana silap dan kekurangan yang telah kita lakukan. Check semula. Kalau di sini kita failed, di situ kita failed, di sana kita failed juga jadi jangan ulang semula kesilapan tu. Jangan kembali ke tempat yang pernah buat kita failed tu. Selepas itu nanti kita akan nampak dan sedar, apa sebenarnya KEKUATAN kita dan di mana sepatutnya kita berada.

Amitabh Bachchan sendiri, selepas beberapa kali melalui kegagalan itu baru lah akhirnya beliau sedar yang beliau hanya tahu jadi seorang pelakon. Nothing else. Sebab tu beliau kembali ke dunia lakonan dengan membintangi filem 'come back' beliau yang pertama iaitu filem Mohabbatien (2000) terbitan Yash Chopra.

3.  Amitabh Bachchan sangat mengkagumi dan menghormati seorang penulis filem. Oleh itu beliau tidak pernah menokok-tambah skrip yang telah diberikan. Beliau menganggap penulis adalah nadi kepada sesebuah filem. Dia yang menulis jalan cerita, skrip, plot, lagu apa perlu diselitkan, costume macam mana perlu digayakan, di mana lokasi, scene siang atau malam, scene serius atau lucu, semuanya terletak di tangan seorang penulis.

4.  Amitabh Bachchan juga terkenal sebagai pelakon yang tidak suka menerima pujian setiap kali lakonannya di lihat cemerlang di layar perak. Amitabh B selalunya akan 'memulangkan' semula pujian itu kepada pengarah dan penulis filem yang beliau bintangi. Beliau selalu menganggap hebat atau tidak lakonan dia dalam filem itu atas arahan pengarah, dan sebab watak yang ditulis oleh penulis itu yang bagus. Dia hanya deliver apa yang ada di atas kertas ke dalam lakonannya.

5.  Selebihnya perbualan Ranbir Kapoor dan Amitabh B di dalam video itu lebih santai dan terarah kepada rumors yang berlegar-legar tentang Amitabh B sendiri. Misalnya, ada satu rumors mengatakan tahun ini sempena birthday Amitab B pada Oktober nanti, satu majlis besar-besaran akan di adakan di seluruh India. Malah aku pernah terbaca di portal mana entah, kemungkinan kerajaan India akan memberikan cuti umum satu hari kepada seluruh India sempena hari jadi Amitabh B serta desas-desus kemungkinan beliau juga akan diberi satu pingat darjah kehormat daripada kerajaan India.

Bunyi macam exciting kan..! hahahahahhaa.. satu India cuti sebab nak raikan birthday Amitabh B.. perrggghhh..! memang gila arr kalau betul-betul jadi. Memang sayang betul kerajaan India kepada beliau. Namun semua tu adalah rumors yang tak berasas. Amitabh B menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya. Tapi apa-apa pun kita tunggu Oktober nanti.. :)

Big B's Autobiography Coming Soon..?


6.  Amitabh B belum ada perancangan nak buat buku atau filem biography mengenai dirinya. Kalau ada orang nak tulis buku biography tentang beliau pun beliau tak izinkan katanya. Tak tahu lah kenapa. Mungkin bagi Amitabh B tak ada apa-apa yang menarik tentang perjalanan hidupnya sedangkan bagi kita peminat beliau ni, memang sangat-sangat penting buku atau filem biography tentang beliau. Sangat penting..! Aku harap akan ada la yang tulis buku dan buat filem tu nanti. Mesti.

Tapi kalau nak buat filem, siapa pelakon yang nak lakonkan watak Amitabh Bachchan tu..? hahahahahaha.. tak ada yang mampu kot..! Walaupun Shah Rukh Khan sendiri, aku rasa tak ada lagi pelakon yang layak jadi Amitabh Bachchan sebab dia tersendiri dan terlalu hebat. Aura dia tu tahap langit terbelah-belah dewata semesta (over pulaaakkk...!) hehehehehee. Abishek Bachchan pun tak boleh berlakon macam ayahnya tu. Nehi kabhi nehi...! :)

7.  Bukanlah nak mendoakan sangat, tapi aku harap Amitabh Bachchan akan diberikan kesihatan yang berpanjangan supaya dapat terus berlakon. Aku ternanti-nantikan filem lakonan beliau dari masa ke semasa. Filem terakhir beliau yang aku tonton adalah Te3n dan sebelum tu Wazir dan Piku. Best..! Ketiga-tiga filem tu Amitabh Bachachan berjaya buat aku terkasima dan menitiskan airmata. Filem baru beliau yang belum sempat aku tonton adalah Pink. Hopefully soon aku dapat tengok filem tu. Khabarnya best gila filem Pink..!

Amitabh Bachchan in Piku (2015)

Melihat Amitabh Bachchan ni mengingatkan aku kepada arwah Ayah aku sendiri. Terutama tang mata dia, sangat mirip mata arwah Ayah aku. Arwah ayah aku pula sangat-sangat-sangat-sangat lah minat dengan Amitabh Bachchan ni sejak zaman dia muda lagi. Filem-filem lakonan Amitabh Bachchan sejak tahun 70-an sampai Mohabbatien dan K3G tu memang kegemaran Ayah aku. 

Hati aku selalu basah setiap kali melihat Amitabh Bachchan sebab aku rindu arwah Ayah aku. Terbayang-bayang wajah Ayah aku sendiri. Kalau lah Ayah masih ada, aku nak tunjuk filem Piku pada Ayah aku. Filem tu best and mind blowing..! Setiap kali tonton Piku, aku menangis. Perangai Ayah aku sebiji Bhashkor dalam filem Piku tu. Siapa tak pernah tengok filem Piku, aku suggest cuba lah tengok dan jangan lupa bawa bekal tisu banyak-banyak.

Amitabh Bachchan, thank you so much..! We love you.
May all happiness and blessing are with you.



...


Share:

7 comments:

  1. Replies
    1. Pernah baca dia no mmg humble orgnya kan

      Delete
    2. pelakon berpengalaman.. bagi watak apa pun menjadi.. :)
      dan ya, haumble je orangnya.. pelakon muda patut segan dengan dia..

      ...

      Delete
  2. Watak yang dibawa tak pernah gagal, adakala benci tgok dia especially dalam cerita Mohabbatein..tp respect habis..sampai sekarang lakonan tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehee.. dalam Mohabbatien tu mula-mula memang menyampah habis.. tapi ending, meleleh-leleh airmata tengok dia minta maaf dan peluk Shah Rukh Khan.. :)

      ...

      Delete
  3. Amitabh B berlakon apa2 pun semua menjadi.
    Suka tengok dia dalam Don, bila SRK buat remake rasa tak syok pula walaupun saya peminat tegar SRK.
    Semoga beliau diberi kesihatan yang berpanjangan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak suka Don yang SRK berlakon kecuali DOn 2 itu pun sebab ada scene yang shooting kat Melaka.. hehehehehe.. :)

      ...

      Delete