Makin Di Cari Semakin Tak Mengerti

Apa yang di cari dari kehidupan yang panjang ini? Ada yang mencari cinta, ada yang mencari bahagia, ada yang mencari harta benda dan ada yang mencari nama. Namun semua di antara kita pasti mencari satu hal yang sama iaitu mencari diri sendiri. Bagi aku, mencari diri sendiri adalah satu hal yang terlalu berat dan sangat rawak. Aku boleh jadi apa yang aku ingin atau boleh sahaja menjadi aku yang dibayangkan. Siapa aku? Dan di mana aku ingin mencari 'aku' yang sebenarnya aku?

Makin Di Cari Semakin Tidak Mengerti Diri Sendiri

Mencari diri adalah satu proses yang panjang. Ada yang sudah menemuinya dan sedang menjalani kehidupan yang terisi. Namun ada yang masih mencari dan terus-terusan berada dalam kekosongan dan ketidaktahuan. Makin di cari, semakin tidak mengerti. Makin di gali, semakin jauh ke dalam lohong yang lompong. Sedar-sedar sudah lost. Tak tahu jalan pulang.

mencari makna kehidupan, mencari diri sendiri, jiwa seorang pengembara di dalam diri kita, traveler, loneliness, shah rukh khan new movie, being a traveler for lifetime
jiwa seorang pengembara dalam diri kita

Tak. Aku belum mahu buat review tentang filem terbaru Shah Rukh Khan bertajuk Jab Harry Meet Sejal ni. Belum lagi. Biarlah haters mengutuk sepuas hati dan aku tahu, sampai 100 tahun lagi pun mereka tak akan berhenti. Haters tetap haters. Jab Harry Meet Sejal mungkin bukan filem terbaik lakonan Shah Rukh Khan mahupun karya terbaik Imtiyaz Ali, tapi sebagai penonton dan peminat industri selayaknya kita berlaku adil kepada karya dan hasil kerja orang lain.. kan..? Ok dah. 

Jiwa Pengembara Yang Sentiasa Kehausan

Aku percaya setiap manusia ni di dalam diri mereka ada sifat seorang pengembara yang sentiasa kehausan untuk mencari dan terus mencari. Biar sejauh mana kita telah pergi, tetap akan ada rasa 'belum cukup' dan mahu cari macam-macam lagi. Tamak ke..? Tamak untuk benda yang baik dan berfaedah, tak apa kan..! Lagipun kita memang digalakkan tamak ilmu dan pengalaman. Biar jiwa kita terisi. Hidup kita bermakna. Jadilah pengembara yang tamakkan pengalaman hidup yang tidak boleh di beli.

Keluar dan lihat dunia. Jadi manusia asing di bumi yang tidak pernah kita jejaki. Belajar melihat kehidupan daripada kaca mata orang lain. Perlahan-lahan kita akan berubah menjadi manusia yang lebih bersyukur dan lebih kuat berusaha. Jiwa pengembara dalam diri kita ini sangat penting dan perlu dibiarkan bebas berinteraksi dengan dunia. Biarkan jiwa pengembara ini mencari apa yang diinginkan. Puaskan jiwa sang pengembara itu, InsyaAllah di situ nanti kita akan temui makna kehidupan yang kita cari-cari.

Dan ya, makna kehidupan itu berbentuk subjektif. Lain pengembara, lain laluannya maka lain juga apa yang ditemuinya. Jangan berhenti itu sahaja kuncinya.


"..Safar ka hi tha main safar ka raha.. (I belong to the journey and stayed like that).."

Ubat Kesunyian Yang Paling Mujarab

Apabila kita rasa kesunyian, kita cari kawan. Cari seseorang untuk berbual, berhibur dan merasakan hidup. Apabila kita lapar, kita cari makanan atau apa sahaja yang boleh menipu nafsu makan kita untuk membolehkan kita selalu berasa kenyang. Apabila kita sakit, kita akan cari penawar yang kalau pun tidak dapat menyembuhkan, sekurang-kurangnya dapat membuang sakit itu agar seketika hilang. Maka, apabila kita berasa kekosongan, kita mencari sesuatu untuk diisi. Sama ada mengisi penuh ruang yang kosong atau sahaja mengisi seberapa ruang kecil yang ada supaya kita tidak berasa kekosongan yang melampau-lampau.

Bila aku sunyi, aku solat sunat banyak-banyak dan baca Quran (ohokk.. ohokk.. ini propa). Biarlah aku dengan Allah je tahu apa yang aku buat bila aku sunyi. Ada orang bila sunyi, dia dengar muzik, atau tonton movie, atau baca novel, atau berkebun, atau cuci toilet malah paling senang bila sunyi dan tak ada siapa-siapa boleh temankan, tidur sahajalah. Habis cerita. Tapi itu bukan mengisi kesunyian, itu melarikan diri dari kesunyian. At the end, selepas selesai dengar beratus lagu, menonton beribu filem, membaca berkotak-kotak novel dan sebagainya.. kita akan kembali kepada kesunyian. Right?

Kesunyian tidak ada ubat..!

Nikmati sahaja kesunyian itu kerana di sebalik kesunyian itu ada sesuatu yang Dia ingin kita belajar dan hadam. Jangan lari dan berpura-pura kau tidak sunyi. Orang lain mungkin boleh tertipu, tetapi tidak diri kau sendiri. Terima hakikat, jiwa seorang pengembara memang adakala bertemu dengan kesunyian yang panjang. Tidak boleh tidak, kau perlu belajar berhadapan dengan sunyi dan tidak perlu bersungguh nak melawannya. Penat.

Sang pengembara di dalam diri kita meronta-ronta ingin keluar mengembara lagi. Dunia ini luas, angan-angan kita jauh lebih luas lagi. Lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita sedar betapa banyak yang kita tak tahu..! Makin sunyi kita rasa, semakin sedar hidup ini memang sunyi semata-mata. Kalau kau memanjang rasa sunyi walaupun di sekeliling kau meriah dengan hikuk-pikuk manusia dengan segala kenikmatan dunia, maka itu bermakna kau perlu keluar dan mengembara lagi. Pergi ke dunia lain. Dunia yang berbeza daripada dunia kau yang sekarang. Mungkin di situ kau akan menemui pengisian yang kau cari.

Lawan kesunyian dengan mengisi kehidupan. Isi dan terus mengisi. Jangan berhenti, kerana kehidupan ini tidak pernah puas..!

Selamat mengembara duhai jiwa-jiwa yang kesunyian.




...

Share:

14 comments:

  1. lonely! sunyi tu kadangkala menenangkan kita, tapi adakalanya membosankan,bergantung pada perasaan kita pada waktu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..! aku suka sunyi.. kerana sunyi selalu membawa aku mengenal diri dan merasakan "me time" yang paling hakiki..

      :)

      ...

      Delete
  2. Deepnya.. dapat rasa feeling2 bila baca ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhh.. feeling2 tu yang berat nak dilayan tu.. hehehehee..

      :p

      ...

      Delete
  3. sunyi.. kalau disi dengan zikrullah mmg dpt byk pahala. jiwa pun tenteram

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. zikrullah di mana-mana dan pada bila-bila masa.. :)

      ...

      Delete
  4. sunyi pun sebenarnya banyak definisi. depends on each of us nak interpret sunyi tu macam mana. ada sesetengah orang rasa sunyi bila notification whatsapp tak berbunyi-bunyi, ada sesetengah pula rasa aman kalau jauh dengan alat elektronik hehehe.

    conclusionnya.. sunyi tak semestinya sakit dan pedih. sunyi boleh jadi bahagia. tapi bila kita rasa kita sunyi yang menyakitkan, senyumlah. mungkin itu tanda Allah nak kita spent time with Him :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu.. sunyi tak semestinya sakit dan pedih.

      ...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kadang kadang semakin kita mencari diri sendiri semakin kita x faham. Setuju bila di entry nih menyatakan bila kita cari diri sendiri tuh merupakan sesuatu yg sukar difahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengenali diri adalah satu proses yang panjang.. :)

      ...

      Delete
  7. Indahnya penulisan ni. Kak Aim boleh buat cerpen atau novel ni...penulisan yang boleh bagi mesej tersirat.

    Saya singgah sini untuk follow dan blogwalking.

    ReplyDelete
  8. Uyul tak boleh sunyi sunyi nih. mesti nak kena bising2 kalau tak jiwa kacau ahaha
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  9. speechless.. bila sunyi kena buat satu aktiviti yang boleh hilangkan kesunyian tu.

    ReplyDelete