Memaknakan Kehidupan

Setiap hari kita bangun dari lena yang panjang itu untuk satu kehiduapan yang baharu. Hari baharu, bermakna kehidupan yang baharu. Kerana itu kita disunatkan mengucap Alhamdulillah dan membaca doa selepas bangun dari tidur. Syukur Allah s.w.t. berikan kesempatan untuk hidup dan melihat dunia ini lagi. Dan syukur Allah s.w.t. masih beri segala rahmat dan nikmat kehidupan ini walaupun kita banyak khilaf dan dosa kepadaNya.

Gambar dari https://www.saimaalife.com/
Namun, ramai di antara kita yang tidak sedar tentang hal ini. Mereka tidak bangkit dari tidur kerana Allah s.w.t. tetapi mereka bangkit untuk diri sendiri atau lebih malang lagi bila mereka bangkit dan meneruskan hidup untuk orang lain..!

Memaknakan Kehidupan Dengan Memberi Kehidupan

Kadang-kala aku pun berada dalam kekeliruan juga. Celik-celik mata, terus raup muka sambil sebut Alhamdulillah. Baca doa bangun tidur pun selalu culas. Kemudian aku akan ambil beberapa minit untuk duduk dan menyusun nafas. Sambil-sambil tu fikir "hari ni nak buat apa..?" Hati pun mula berkejar-kejar menyusun itu ini. Nak buat itu, nak buat ini. Nak pergi situ, nak pergi sini. Nak beli itu, nak beli ini. Nak update FB dengan status sekian-sekian. Nak up gambar di IG dengan gambar yang itu yang ini. Nak update blog bercerita begitu begini. Wahhh...! sibuk betul bunyinya.

Tapi sedar atau tidak, aku sibuk merencana itu ini bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain..! Trying so hard to please everybody. Dammmmn..!

Apa Maksud Memaknakan Kehidupan..?

Bagi aku memaknakan kehidupan ni adalah sejauh mana kita boleh BERFUNGSI dan memberi kebaikan kepada orang lain. Kita selalu dengar atau baca ayat : setiap makhluk di atas muka bumi ini ada fungsi masing-masing yang tersendiri waima sekecil-kecil kuman pun ada sebab kenapa Allah ciptakan makhluk tersebut. Kan..? Jadi apatah lagi kita manusia yang dilahirkan serba sempurna ni, tentulah ada fungsi kita kepada alam semesta ni.

Ada ke manusia yang tak berfungsi..? Ehh.. ada..! Jangan tak tahu, ada je manusia yang tak berfungsi. Atau mungkin berfungsi sangat sedikit. Senang kata macam ada tapi tak ada. Contohnya, anak bujang yang dimanjakan ibu bapa. Ada kat rumah, tapi keadaan rumah macam rumah kosong kena tinggal dah 3 bulan. Dengan sampah tak berbuang, dengan ruamh bersepah luar dalam, dengan lampu tak dipasang waktu malam dan bla bla bla. Yang dia tahu, bangun tidur -- makan -- tengok tv -- main games -- makan lagi -- lepas tu tidur balik. Tak berfungsi lah tu namanya..!!

Atau jenis pekerja yang dia tahu datang office hadap kerja dia sorang2..! Tak tegur orang sekeliling, tak ambil tahu apa jadi dalam office tu, tak reti bercampur, tak nak menyumbang tenaga, wang ringgit mahupun idea langsung untuk tambah baik suasana office dan macam-macam lagi. Mungkin dia buat kerja dengan baik, tapi dia tak berfungsi kepada pejabat tu. Faham tak..?

Bersusah-Susah Untuk Orang Lain

Bukan lah aku nak suruh korang sampai bersusah-susah dan bergadai nyawa untuk orang lain. Tak..! Tapi sebolehnya kita cuba lah memberi makna kepada kehidupan orang lain. Kalau tak dapat buat yang besar-besar, buat yang kecil-kecil dulu. Sekurang-kurangnya ada lah juga fungsi dan makna kita ni dalam hidup orang lain. Barulah kewujudan kita ni dirasai dan kalau dihargai tu kira bonus la.

Buat kerana kita memang faham pentingnya kita berfungsi kepada manusia di sekeliling kita ni. Jangan buat sebab nak dapat balasan. Nanti kalau tak dapat balasan, kita yang kecewa. Ikhlaskan hati dan pujuk hati, hari ni kita tolong dia mungkin esok lusa dia pula tolong kita. Hidup dalam kalangan manusia atau makhluk bernyawa ni, kena lah ada yang memberi dan menerima. Kita bukan duduk sorang-sorang dalam gua yang tak ada batman..! ehh..

Kalau kita seorang anak, jadi seorang anak yang berfungsi, yang jalankan tanggungjawab, yang ambil berat dan sebagainya. Jangan buat-buat bisu sedangkan Allah dah bagi nikmat bercakap. Cuba gunakan fungsi boleh bercakap tu sesekali call Mak Ayah kat kampung, sesekali call adik-beradik ajak bercuti sama-sama atau spend masa sama-sama untuk berbual dan bercerita sambil-sambil beri ruang adik-beradik kita nak kongsi masalah ke apa ke. Boleh kan..?

Itu contoh sebagai seorang anak la. Sama je konsep sebagai seorang sahabat je, pekerja ke, jemaah masjid ke, suami/isteri ke, malah sebagai seorang blogger pun, jadilah seorang blogger yang berfungsi kepada blogger yang lain. InsyaAllah. Kita mudahkan hidup orang lain, Allah akan mudahkan hidup kita. Bila kita beri rezeki kepada orang lain, Allah tambah-tambahkan rezeki untuk kita.

Ambil masa untuk fikirkan fungsi kita kepada orang lain. Ayuh kita sama-sama beri makna kepada hidup kita ni dengan memberi makna kepada hidup orang lain juga. Salah satu konsep bersyukur yang baik adalah dengan berfungsi kepada yang memerlukan kewujudan kita ni. Maka, hidup jangan syok sendiri sebab kita mati nanti bukan kita boleh mandi dan kafankan diri sendiri pun.
  
Ada fahaammm ka adik kakak..? 
Bagussssss.. kasi angkat teh tarik satu kali wokeeyyy.. :)



...


Share:

0 comments:

Post a Comment