Tak Teringin Nak Ada Anak Sendiri Ke ?

Entah angin apa, semalam tiba-tiba 'sahabat' lama menyapa mesra melalui  whatsapp. Aku pun sedikit teruja sebab tak sangka dia ada juga masa nak bertanya khabar dengan aku. Selama ni aku kenal dia sebagai seorang yang SANGAT sibuk. Dia ada kerja tetap tapi sambil tu buat juga dua tiga jenis bisnes online. Kagum di situ. 

Pun begitu aku sebenarnya tidak lah begitu rapat dengan dia. Tak nak cerita panjang hal yang dulu-dulu nanti luka lama berdarah semula. Tapi kami memang tak seteru sebenarnya. Cuma mungkin sekarang masing-masing dah tua, tak kan lah nak berdendam pula. Zaman muda-muda dulu dua-dua jenis angin satu badan sampai kepala. Biasa lah. Hahahahhaa.. :p

Gambar Hiasan (sumber : Google Image)

Selepas berbasi-basi sikit lebih kurang, dia pun tanya "Tak teringin nak ada anak sendiri ke..?" 

Aku terkedu.

Apa jenis soalan ni..? Mencabar sangat soalan ni, bukan mencabar IQ tapi mencabar iman. Aku diam, letak handphone, pandang dinding kosong, istighfar 3 kali lepas tu aku OFF kan handphone. Pergi dapur, minum air kosong sambil pejam mata. Rasa sejuk sampai ke hati. Alhamdulillah.

...

Dan malam ni dia menyapa lagi. Mungkin dia nampak double blue tick pada soalan dia yang terakhir semalam. So, dia tahu aku dah baca soalan tu tapi kenapa aku diam tak reply apa-apa. 

Malam ni dia tak keluarkan soalan, tapi dia buat ayat panjang-panjang send kat whatsapp aku bercerita pasal usaha-usaha dan teknik-teknik tradisional nak dapat anak. Siap bagi testimoni entah siapa-siapa.

Oh nak jual produk rupanya.

Aku masih diam dan terus pandang dinding kosong. 

...

Bukan aku tak hargai keprihatinan korang yang susah hati tengok aku tak ada anak lagi. Aku faham. Terima kasih. Tapi kalau nak bertanya soalan tu, cubalah fikirkan perasaan orang yang nak menjawab ni juga. Aku tanya kau balik lah eh, siapa tak nak anak sendiri..? Kau pun lepas 4 tahun kahwin baru dapat anak.. sementara belum dapat anak tu, bila orang tanya kau soalan yang sama, kau rasa pedih tak..? Come on lah.. Kau pun baru ada seorang anak, kalau aku nak pulang balik buah keras memang sedap. Aku boleh create soalan yang lebih pedih untuk kau, tapi aku bukan jenis macam kau..!

Dan kalau kau cuma berniat nak jual produk kat aku, minta maaf lah lagi sekali, aku memang TAK BERMINAT..! Bukan sebab produk kau jual tak bagus tapi sebab cara kau menjual tu aku tak berkenan. Kau dah lukakan hati aku, rosakkan mood aku malam-malam nak berehat dan kau yang petik suis NO dalam otak aku. Then, kau expect aku nak beli produk kau jual pula.. memang tak lah..! Sebab tu sifu aku pernah ajar, jual attitude dulu sebelum jual barang..! Aku harap kau belajar sesuatu.

Bab anak sendiri ke, anak tiri ke.. aku dah bagitahu kan, aku tak pernah anggap anak-anak tiri aku macam anak orang lain walaupun aku jumpa diaorang sesekali. Aku layan diaorang macam anak sendiri, selagi anak-anak tu berbin dan berbintikan nama suami aku, maka mereka anak-anak aku. Tak kira lah berapa kali aku jumpa diaorang pun, kau yang ada anak depan mata bukan 24 jam "JUMPA" anak kau tu, kau sibuk layan customer dari layan anak.. kan..!! (Sila rasa bersalah kepada diri sendiri ye..! Sekian)

...

Aku dah reply whatsapp kawan aku tu dengan ayat "Takpe lah, aku tak berminat. Thanks eh." Dan aku rasa ayat tu dah cukup sopan. Kalau ikut hati aku nak carutkan dia tapi aku penat. Kalau buat voice note then maki-maki dia balik pun bagus juga agaknya. Tapi aku rasa semua tu buang masa. Lagipun aku memang tak berminat dengan produk tu, dan tak berminat nak sekolah kan dia malam-malam ni. Cukup lah tu. 

Dia pun tak ada minta maaf sebab dah ambil masa aku jauh sekali nak minta maaf sebab dah singgung hati dan perasaan aku. Hati aku terdetik "Ya Allah, kenapa kau hadirkan manusia-manusia kurang sensitif macam ni dalam hidup aku yang sangat fragile ni..?" sambil airmata bergenang, aku pujuk hati. Tuhan cuma nak menguji. Tuhan mahu aku jadi kuat hadapi manusia-manusia macam ni. Atau mungkin Tuhan nak aku belajar sesuatu daripada manusia macam tu, sesungguhnya nilai kemanusiaan sudah semakin hilang. Erti persahabatan hanya di lihat sebagai 'prospek' dan 'potential customer'.

Aku sedih, tapi aku terima.
Aku terluka, tapi aku dah maafkan dia.

Tuhan, jangan biar aku jadi macam dia. Jangan letak sign $$$ dalam mata hitam aku sampai aku lupa yang sedang aku 'lihat' itu adalah sabahat yang juga manusia biasa, punya perasaan dan maruah untuk di jaga. Tuhan, tolong aku. Pimpin aku.




...




Share:

12 comments:

  1. Byk syukur sis... Allhamdulillah... rezeki anak wang ringgit semua Allah punya. Itu yg adakala org tak pahm dan salah guna... guna alasa tu tuk jual produk... tp tak faham ketentuan Allah... mungkin Allah hadirkan situasi sebegitu tuk sis kuat, byk sabar dan matang... InsyaaAllah apa jua mendatang sis akan lali, kerana di hati sis hanya Allah... dan Allah yang segalanya....

    ReplyDelete
  2. Banyak kan bersabar ye sis. Allah tak akan menguji lebih dari kemampuan umatnya itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. aku takkan suruh kau bersabar mahupun bersyukur.. sebab you know what is best to do. tapi nak carutss sket kat kawan kau tu boleh? hahahhaa.

    Allah knows best, beb. ko tak cakap pun Allah tahu. Serahkan semuanya pada Allah, sesungguhnya Allah tak zalim. in the mean time, tidurlah puas-puas sebab satgi ada anak tidoq tu macam tak wujud dah hahahahha.

    jaga diri beb. happy-happy selalu k hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaa.. kannn...!
      tidur puas2.. mandi lama2.. solat khusyuk2.. makan kenyang2.. semua la.. esok2 dah ada anak takde la merungut apa2 kan.. hehehehehe.. :)

      thanks beb..! *hugs*

      ...

      Delete
  4. Bila kuasa duit dan kesenangan di tahap paling tinggi dan dia lupa menjaga hati kawan baik sendiri..itu adat ain..tak perlu layan orang macam ni..sila blocked terus..rezeki anak urusan allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak SA.. soal anak, rezeki, jodoh dan ajal maut semua ketentuan Allah s.w.t.

      i'm cool.. hehehehhee.. :)

      ...

      Delete
  5. Banyakkan bersabar sis.. Semoga tabah selalu

    ReplyDelete
  6. berniaga, nak untung, ketepikan sensitiviti, biasakan bertanya soalan pedih... itu lumrah.

    pernah juga ditanyakan soalan yang hampir sama oleh seorang kawan kamcing, beberapa minggu je lepas dia bergelar bapa. jawapan yang aku bagi, "kau pergi tanya tuhan dulu, sebab aku takde jawapannya..."

    ReplyDelete
  7. Org mcm ni ada di mana2. Kita pulak nk kena bljr camana nk berhadapan dgn dorg ni.

    ReplyDelete
  8. Ui, tajamnya soalan dia..
    Nak berniaga pun agak2 la..
    Walaupun kita nampak happy2, ada juga benda yg sensitif.

    Saya pun dah tahun ke-4 masih belom ada baby.
    Usaha memang ada, rezeki je belom tiba.

    ReplyDelete