3 Kes Dadah Yang Tak Masuk Akal

Sejak minggu lepas, aku menahan diri daripada up apa-apa status berkaitan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia minggu lepas. Padahal pada pagi hari kejadian, aku berjalan kaki melintasi pusat tahfiz tersebut sebab nak hantar anak saudara ke sekolah yang berhampiran. Memang ramai yang mengerumuni kawasan pusat tahfiz tu, aku sendiri baru tahu ada kebakaran di situ sebab nampak banyak lori bomba di kawasan kejadian. Tapi sumpah, aku tak tahu langsung yang lebih 20 nyawa telah terkorban. :(

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah | 14 September 2017

Pagi tu aku sedikit buru-buru sebab nak cepat hantar anak saudara dan perlu segera ke pejabat pula sebab ada meeting. Waktu aku melintas depan pusat tahfiz tu aku langsung tak toleh ke arah dalam pusat tahfiz tu. Satu, sebab aku nak cepat. Kedua, sebab aku memang tak tahu ada mangsa yang terkorban. Aku ingatkan kebakaran kecil yang biasa-biasa je. Masa tengah memandu ke pejabat tu, dengar berita di radio, baru aku tahu rupa-rupanya trajedi kebakaran tu sangat dasyat. Malah disifatkan sebagai kejadian kebakaran kedua terburuk selepas kebakaran Pondok Pak Ya di Kedah 1989. 

Lebih mengeruhkan keadaan bila netizen mula marah-marah, kecam, tuduh-menuduh malah ada yang mengugut itu ini ke arah pengurusan pusat tahfiz berkenaan. Aku pun mula-mula marah dan terkilan juga. Isu keselamatan di sekolah atau asrama ni dah kerap dibincangkan tapi kenapa masih ada lompong? Masih ada yang tak ambil berat? Natijahnya, nyawa anak-anak diperjudikan. Kenapa? Mengapa? Why? How? Memang kalau ikutkan hati banyak persoalan berlegar dalam fikiran. Tapi benda dah jadi, tak elok kita menunding jari. Sebaiknya kita sama-sama ambil iktibar dan cuba tutup lompong-lompong kekurangan tu supaya tragedi sama tak berulang lagi.

Tambah menyakitkan hati bila akhirnya tragedi itu rupa-rupanya perbuatan khianat remaja-remaja yang rosak jiwa. 7 suspek kejadian di tahan, semuanya remaja bawah umur. Positif dadah jenis syabu pula tu. Astaghfirullah Ala'zim. Sedih. Kecewa. Berganda-ganda. Apa nak jadi dengan anak bangsa aku yang bakal memimpin negara ni? Kerana dendam sanggup di bakar pusat tahfiz tu. Apa agaknya yang ada dalam fikiran mereka waktu tu? Syaitan apa yang dah merasuk mereka? Allahu Akhbar.. berikanlah sinar hidayahMu buat jiwa-jiwa yang rosak ini Ya Allah. Kembalikan mereka ke jalanMu. Hanya Kau yang mampu mengubah haluan mereka. Hanya Kau yang berhak ke atas mereka Ya Allah.

Gambar hiasan ( Sumber SINI )

Akibat Dadah Manusia Hilang Pertimbangan

Bila mengingatkan anak-anak jiwa rosak yang 7 orang tu, aku teringat dua kes yang aku pernah tonton melalui dua rancangan kegemaran aku di televisyen iaitu CSI dan Law & Order SVU (Special Victims Unit) tak lama dulu. Kedua-dua rancangan tu kebetulan menyiasat kes berkaitan mangsa dadah juga. Memang meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada aku sebab kedua-dua kes tu adalah base on true story..!

Kes Satu
Pasukan CSI ni macam biasa lah diarahkan menyiasat satu kes bunuh yang melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah kolej. Mangsa ditemui mati di tengah-tengah padang bola sepak. Keadaan mayat mangsa sangat tragis kerana di bahagian perut mangsa telah ditebuk dengan ganas dan beberapa organ dalaman mangsa di dapati telah hilang. Mula-mula ahli forensik CSI ni ingat ada binatang yang makan organ dalaman mangsa tu, tapi rupa-rupanya...........? Manusia yang makan, malah kawan baik mangsa sendiri yang buat kerja gila tu.

Siasat punya siasat, rupanya suspek dan mangsa serta teman lelaki si mangsa ni pada hari kejadian ada join satu party muda-mudi kat kolej tu. Party mesti lah sebelah malam kan. Lepas habis party tu, mereka bertiga pergi la kat padang tu konon-konon nak privacy. Lepas tu mereka bertiga 'ambik' satu jenis DADAH DURJANA ni yang menyebabkan diaorang bernafsu binatang..!! bayangkan lah..? eeeeeeeeeee.. ngeri aku tengok. 

Dipendekkan cerita si mangsa dengan boyfriend dia ada la buat adegan 'ringan-ringan' kat tengah-tengah padang tu. Si best friend ni jelaous pula tiba-tiba. Suspek ni tumbuk best friend dia tu sampai pengsan lepas tu dengan nafsu binatangnya dia pergi robek perut si mangsa ni dan makan organ dalaman si mangsa tu. Gila arrrr..! Yang si boyfriend tu pula dah laloq teruk dan separuh sedar. Dia tak mampu nak halang suspek daripada bertindak kejam sebab dia sendiri tak berdaya. Kesan dadah tu teruk sangat. Si suspek yang makan organ dalaman best friend dia tu pun sebenarnya tak sedar apa-apa. Tak sedar pun dia dah makan organ dalaman best friend sendiri. Esok paginya bila dia tersedar dan tengok diri sendiri berlumuran darah, dia muntah. Masa muntah tu keluar la cebisan-cebisan daging dalam muntah tu. Eeeeeeeeuuuuwwww... geli gila kan..!!

Sampai macam tu sekali kesan dadah tu pada tubuh manusia. Lost. Hilang kawalan 100%. Bukan sanggup bunuh je, malah dikoreknya isi perut kawan dia tu TANPA SEDAR. Kawan tu walaupun separa sedar tapi sebenarnya hidup lagi waktu perut dia dikorek-korek tu. Cuma dia separuh pengsan dan tak rasa apa-apa sebab kesan dadah tu buat badan 'kebas'. Tapi kau cuba lah bayangkan, hidup-hidup kena korek perut tu tapi tak rasa sakit. Mampu tengok je orang makan buah pinggang, hati, limpa dan jantung kau mentah-mentah macam tu. Ya ampuuuuunnn..! Dah macam cerita seram woiiiii..

Tapi ini realiti. Memang berlaku kes macam tu. Tak mustahil pun sebab kesan dadah memang luar biasa gila..! Tolonglah ambil iktibar. Dadah tu pembunuh.......!! :(

Kes 2
Yang ini kes rompak, cabul dan rogol. Pun sebab dadah juga. Mangsa ditemui waktu dinihari berbogel dalam keadaan tak sedarkan diri di kaki lima flat kediaman dia tinggal. Ada orang lalu-lalang yang call ambulans dan hantar ke hospital. Pemeriksaan mendapati mangsa telah dirogol oleh lebih daripada seorang pemangsa. Yang sadisnya, si mangsa ni seorang perempuan berumur lebih kurang 30an, ibu tunggal tapi hidup keseorangan sebab tak dapat hak penjagaan anak. Penagih dadah separa aktif. Kaki arak dan sebenarnya depressed

Bila pihak polis SVU ni soal siasat dia, memang dia tak ingat apa-apa sebab dah ambil dadah malam sebelum kejadian tu. Tapi pihak polis ni tak putus asa nak juga cari siapa penjenayah yang dah buat kerja terkutuk tu. Siasat punya siasat dapat lah tangkap tiga orang remaja belasan tahun, orang kulit hitam, hidup macam gelandangan dan memang ada rekod jenayah. Punya susah pihak polis nak sabitkan kesalahan sebab si mangsa sendiri tak ingat langsung apa-apa yang jadi pada dia.

Sampai nak ambil kenyataan mangsa pun tak boleh sebab dia 'hilang ingatan'. Kalau tak ada kenyataan mangsa, macam mana nak sabitkan kesalahan ke atas suspek.. kan..? Walaupun polis berjaya dapatkan saksi dan bukti-bukti sebagainya, tapi kes tu jadi rumit sebab tak ada pengakuan daripada si mangsa

Aku yang tengok siri tu rasa nak menyumpah...! Tak kan lah mangsa langsung tak boleh ingat..? Rasa macam bangang sangat lah kan. Tapi end of the story memang disahkan dadah yang si mangsa tu ambil sangat kuat kesannya sampai boleh jadi 'hilang ingatan' selama lebih 24 jam. Bayangkanlah, apa-apa jadi pada kita langsung tak save dalam memori kita ni. Semua kena delete dek kerana dadah tu. Mangsa tu terbogel lebih 4 jam kat ruang kaki lima flat tu tengah-tengah malam buta waktu musim sejuk pula tu. Beku agaknya tubuh dan otak dia. Langsung dia tak rasa apa-apa. Kalau kita manusia normal ni, mustahil la mampu bertahan. Tapi DADAH JAHANAM tu bukan je buat tubuh mangsa jadi kebas tapi delete habis memori si mangsa. Rasa sakit dirogol bergilir-gilir pun langsung dia tak rasa dan tak ingat. :(

Ya Allah Lindungi Kami Dari Kebinasaan

Sedih dan ngeri kan..? Tapi itu lah kisah manusia yang diperhamba oleh najis dadah. Aku tahu banyak lagi cerita pasal kesan-kesan buruk dadah di sekeliling kita. Korang sendiri mesti pernah dengar atau baca macam-macam kes, tapi ni aku kongsi dua kes yang paling terkesan pada aku dan paling tak masuk akal sebenarnya. Aku tak boleh nak hadam. Sama macam tragedi kebakaran pusat tahfiz di Keramat tempoh hari, aku memang tak boleh terima punca tragedi tu sebab NAJIS DADAH itu lah juga...! Aku menangis dalam hati. Terlalu sedih mengenangkan betapa binasanya hidup kerana dadah ni. Nyawa sudah hilang nilainya. :(

Astaghfirullah ala'zim
Astaghfirullah ala'zim
Astaghfirullah ala'zim

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Ampunkan khilaf kami. Tunjukkan kami jalan yang benar lagi paling sebenar. Pimpinlah hati kami. Teguhkan lah iman kami. Jauhkan lah kami serta anak-anak keturunan kami daripada kebinasaan. Selamatkan lah kami. Lindungilah kami. Matikan lah kami di dalam husnul khotimah. Terima lah taubat kami. Terima lah amal ibadah kami yang sedikit ini. Dan terima lah kami sebagai penghuni syurgaMua yang sejahtera di sana nanti. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal A'lamin.


...



Share:

8 comments:

  1. Sarah musuh bangsa.. mama pun geram betul laa.. apa Cara ye nak hapiskan dadah Dari muka bumi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. baru perasan typo mama..dadah daa

      Delete
  2. Dengar pun rasa seram.. kadang ada juga kes yang ketagih dadah ni sebab khianat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga.. ada sesetengah penagih tu bermula sebagai mangsa.. kesian.. :(

      ...

      Delete
  3. Seram baca kes 1 tu.. mnta dijauhkn dri kita semua..

    ReplyDelete
  4. Setuju, kerana darah org lain menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  5. Oppss... I means dadah... 😊😊

    ReplyDelete