Join Motivations Group : Membantu Atau Membuang Masa ?

Sekarang aku cuba perlahan-lahan menceburkan diri di dalam lopak-lopak yang positif. Tidaklah terlalu drastik sebab aku move slow..! Tak nak la nampak macam poyo gila bila tiba-tiba bertukar 180 darjah daripada jiwa kacau kepada pakar motivasi tak bertauliah. Nanti semua orang sekeliling aku lari sebab terkejut tengok kepoyoan aku yang tak bertepi. Susah. Bukan tak boleh hidup tanpa kawan-kawan tapi nanti hambar. Aku tak boleh hidup hambar dan terdampar. Aku suka di kelilingi dan di sayangi. Ehh.. ada ke manusia tak suka di sayangi..? huhhhh..

Pilih Motivations Group Sesuai Dengan Diri Sendiri

Aku ada join satu dua group ala-ala group motivasi. Satu group dekat FB pasal motivasi diri, mencari nilai sebenar dalam diri, bagaimana menyayangi diri sendiri, mencari dan mengenal Tuhan, menghargai segala kurnianNya dan bla bla bla. Best juga group tu sebab santai. Setakat ni aku follow la video-video motivasi yang coach tu share. Tersentuh juga hati kecil aku ni. Aku suka sebab coach tu cerita kisah hidup dia dulu, jadi kita tak la rasa hidup kita paling jahanam bila kita tahu ada manusia lain lebih jahanam ehh lebih kasihan hidupnya. See.. penting tau seimbangkan cerita orang dengan cerita sendiri..! baru lah tak syok sendiri.. ehh.. tetiba.. :p

Satu lagi group aku join di Telegram. Group ni lebih kepada manfaat bisnes. Coach ajar cara pembinaan imej, macam mana nak bina keyakinan diri, kenapa imej tu penting kepada peniaga online dan bla bla bla.. Best juga group ni cuma dalam group ni ahlinya semua hyperactive.. hahahahahaa..!! Coach ajar sikit, semua akan menyampuk. No silent reader dalam group ni. Semua kena responds. So, enjoy la.. tak boring.. dan buat kita semakin bersemangat. :)

motivations doesn't last  (Sumber SINI)


Penting Ke Join Motivations Group ?

Bagi aku memang sangat pentinglah. Sebab aku sejenis yang selalu nak kena pujuk hati ni, kalau tak nanti aku lost. Aku kan ada masalah susah nak fokus dengan satu-satu benda, jadi dengan join motivations group ni kita akan rasa ada mereka yang sentiasa sokong dan push kita ke depan. Tak la kita di awan-awanan sangat. Stay focus..! Kebanyakkan motivations group akan guna tema ni. Lama-lama kau pun terikut-ikut lah nanti. InsyaAllah.

Selain daripada tu, aku rasa motivations group ni best sebab :

##  Aku boleh share pendapat dan masalah aku dengan orang yang tak kenal aku. Jadi dia tak akan judge aku daripada segi penampilan diri atau siapa aku in reality. Paling tinggi pun dia tengok profile picture FB aku dan kalau dia rajin lagi, boleh la skodeng FB aku yang tak personal sangat pun tu. Kalau dia still nak judge aku, sila kan lah. Aku tak kisah sangat sebab dia bukan ada depan mata aku.

##  Kelas motivasi tu ikut masa lapang kita. Selalunya coach akan share video tentang tips menyayangi diri, menghargai apa yang kita ada, coach share apa dia buat untuk bangkit semula, untuk jadi berjaya sampai hari ni dan lain-lain tips la. So, bila kita free.. masuk FB.. dan boleh tonton video coach tu bila-bila masa dan banyak-banyak kali. Agak-agak rasa down hari tu, gi tengok video coach. InsyaAllah terpujuk sikit hati.

##  Nak join group ni semua free. Kalau kat luar, kena bayar mahal tau..! Beratus juga harganya. Ada yang kira ikut jam pula tu. Jadi bila join motivations group yang free ni tak ada lah rasa macam satu beban sangat. Lebih santai. Lebih mesra dan nothing much to expect

Aku pernah join kelas Dr. Azizan Osman dua tahun lepas. Masa tu dapat harga tiket murah sebab pergi bertiga. Memang puas hati join kelas DAO sebab dia betul-betul berjaya buka minda aku. Sampai hari ni terkesan dalam hati. Setiap kali aku rasa down terutama bab berniaga online ni, aku akan ingat balik kata-kata DAO masa tu. Kita orang melayu, tanam taugeh pun tak tahu..! buat tauhu pun tak pandai..! Esok-esok kalau darurat, bangsa kita mati kebulur dulu. Sobs..sobss..sobbssss.. :(

##  Kita akan jumpa ramai kawan-kawan baru yang sangat positif. Aku tak tahu la diaorang ni memang betul-betul original macam tu atau fake semata-mata. Tapi setakat ni, aku senang berkawan secara maya dengan orang yang positif macam ni. Sekurang-kurangnya wall FB aku penuh status membina dan ilmu-ilmu baru. Kuranglah sikit status meroyan dan status-status perasan bagus macam masuk bakul angkat sendiri..! opsssss..

##  Kau akan jumpa banyak kisah inspirasi yang bersifat personal dan tak dikongsi secara terbuka macam Page KRT ke Confession ke. Semua kisah tu akan buat kau rasa "bertuahnya aku" sebab di luar sana banyak lagi kehidupan yang jauuuuuhhhhh lebih menguji dan menduga. Kalau kau di tempat mereka, entah-entah dah lama terduduk.

##  Masa kau akan diisi dengan benda yang berfaedah. Dapat ILMU baru dan dapat belajar dari kisah  hidup orang lain. Aku sendiri dah dua minggu tak main games kat handphone sebab tak sempat. Asyik layan video motivasi daripada coach. Proud to myself sebab dah kurang buang masa dengan games, kurang skodeng IG artis, dah berbulan tak baca Rotikaya atau Oh Bulan dan paling penting aku sekarang ada banyak masa untuk duduk dan berfikir. :)

Itu je lah yang aku nak kongsi. Setakat ni aku enjoy dengan dua motivations group yang aku join. Still inspiring me a lots. Tak tahu lah nanti-nanti kalau bosan pula, mungkin aku akan quit dan join group lain.. hahahahahaa.. Peluang dan kesempatan sentiasa ada menanti mereka yang mencari. Kalau harap semua datang bergolek atas riba, memang kau tak akan dapat apa. Aku berusaha meletakkan diri aku di dalam kumpulan yang selalu bermotivasi, selalu positif, saling membantu dan menyokong. Aku harap perkongsian kami di dalam group tu nanti memberi manfaat yang berterusan.

Aku tak mahu jadi manusia hebat. Aku cuma ingin mencari diri sendiri kerana aku percaya setiap satu ciptaan Allah itu semuaaaaaaa hebat..! 

:)



...


Share:

3 comments:

  1. Bagus join grup motivasi siapa LG nak tolong motivate kita. Kita sendiri kena usaha

    ReplyDelete
  2. Part yang hidup orang lagi jahanam tu memang buat saya tergelak. hahaa.

    Saya pun ada masalah untuk fokus. Kadang2 nak buat semua benda dalam satu masa.

    Bagus juga kan ada group motivasi.

    ReplyDelete