Kebahagiaan Itu Daripada Dalam Diri Kita Sendiri

Berjeda juga tempoh aku mendiamkan diri dari dunia blog sebab kononnya aku sibuk menguruskan hal-hal remeh dalam hidup. Banyak hal nak dikongsi di sini tapi terbantut dek kerana mood entah ke laut mana menghanyut. Hari ni pun mood aku masih hanyut tapi aku gagahkan diri berenang ke tepian. Wahhh.. bab melalut bukan main lancar lagi, tapi bab siapkan minit mesyuarat merangkak-rangkak kau ye. Aku paling bosan bila kena siapkan minit mesyuarat. Nak bina ayat skema macam dalam pekeliling tu ya ampunnnnn.. hazaaaabbbb..!! :p

Kebahagiaan Itu Daripada Dalam Diri Kita Sendiri

Aku terpanggil nak share pasal tajuk ni sebab aku baru lepas tonton video Puan Diyana Tahir (Ajari Hatiku) tadi. Terkesan sangat dengan video beliau. Tapi aku cuma nak sentuh sedikit sahaja. Salah satu point yang beliau sebut dalam video tu adalah :

"..Kebahagiaan itu dari dalam diri kita, bukan daripada sesiapa di luar sana.."
Betul kan fakta ni..? Selama ni kita selalu rasa kebahagiaan tu perlu di cari, di kejar, di rebut waima di beli. Sedangkan kebahagiaan itu perlu dilahirkan dari dalam diri kita sendiri. Kebahagiaan itu ada dalam diri kita tau, cuma kita yang tak tahu macam mana nak 'keluarkan' rasa bahagia tu. Bila fikir-fikir balik, sedihnya :(  

Bila kita sebut "aku tak bahagia" atau "kau gagal membahagiakan aku" atau "aku mencari kebahgiaan hakiki" ..kita sebenarnya tak sedar apa yang kita cakap tu adalah cerminan kejahilan diri sendiri. Kita tak tahu apa yang kita cari tu ada je dalam diri kita. Sentiasa bersama kita. Tak sabar-sabar nak keluar daripada dalam diri kita. Tapi kita bodoh-bodoh je pergi "kejar" kebahagiaan kat luar tu. Sudahnya kecewa. Sebab apa yang kita kejar tu, tak pernah kita dapatkan pun akhirnya.

Bila cakap pasal bahagia, aku maksudkan adalah bahagia spritual. Bahagia hati. Bahagia jiwa. Jangan samakan dengan bahagia material dan harta benda ya. Misalnya, orang yang kaya raya harta bertimbun pun belum tentu sebenarnya bahagia.. kan..? Sebab tu bahagia tak boleh diukur dengan apa yang ada depan mata. Bahagia mesti dirasa. Bahagia ditunjukkan dengan reaksi bukan nilai kechingg-kechinggg-kechinggg $$$

Sifat Bahagia Itu Tidak Kekal

Bukan aku nak nafikan memang ada orang yang bahagia dalam dunia ni tapi berapa kerat sangat. Yang tak bahagia lebih ramai. Yang tak tahu apa makna bahagia pun ada. Yang keliru, yang masih mencari, yang dulu bahagia lepas tu tak bahagia pun ada. Jadi bahagia ni sifatnya kekal ke..? Of course jawapannya tidak. Bahagia ni boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Cuma kalau dulu kita lebih fokus kepada mengejar bahagia dan mencari bahagia, apa kata mulai hari ni kita fokus pula BAGI BAHAGIA tu kepada diri sendiri.

Belajar macam mana nak keluarkan rasa bahagia tu dari dalam diri kita. Macam mana..? Mulakan dengan sayang diri sendiri dulu. Hargai diri kita ni. Bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t. dah ciptakan pada kita. Cantik ke, putih ke, tinggi ke, gemuk ke, atau apa sahaja bentuk lahiriah kita ni - kita bersyukur. Jangan benci diri sendiri. Jangan persoalkan kenapa kita tak macam orang lain. Cuba gali dalam hati kita tu, apa yang menggembirakan kita.. apa yang kita nak.. apa yang kita mahu capai.. kemudian USAHAKAN sampai dapat. Bukan tunggu orang bagi.

Bak kata Puan Diyana Tahir : Jangan tinggalkan diri kita sendiri. Bila hadapi masalah, kita sibuk nak salahkan orang tu, salahkan orang ni. Kita kata orang tak faham kita, tak hargai kita, tak sayang kita. Sedangkan kita ni faham ke diri sendiri? Kita ni dah cukup ke sayang diri sendiri? Kenapa kita tinggalkan diri kita "sendirian" dan sibuk tagih kebahagiaan daripada orang lain sedangkan kebahagiaan yang kita cari tu sebenranya ada dalam diri kita.


Berbalik kepada diri kita sendiri. Nak bahagia atau tidak adalah tanggungjawab kita. Kalau selama ni kita tak bahagia, itu salah diri kita sendiri bukan salah orang lain. Kalau rasa kecewa kepada orang sekeliling atau pasangan kita sebab mereka tak memahami kita, tak beri apa yang kita mahu, itu tandanya kita sendiri yang tak faham diri sendiri dan gagal buat orang sekeliling kita faham kita.

Berdesir bunyi ngilu dalam hati aku. Betul-betul rasa terpukul dengan kata-kata Puan Diyana Tahir. Sungguh, aku tak pernah sedar yang kebahagiaan tu rupa-rupanya ada dalam diri aku selama ni. Penat aku cari ke sana sini. Puas aku tunggu dan tunggu yang tak pernah bertepi. Aku tidak pernah berasa bahagia yang ada dalam diri aku ni. Diam-diam bahagia itu sembunyikan diri. Mungkin sudah terlalu lama bahagia itu menunggu untuk menemui aku.

Bantu Aku Temui Kebahagiaan Itu

Subahanallah. Bantu aku, menggali kebahagiaan yang telah lama terpendam ini. Aku ingin bahagia. Aku juga ingin sebarkan bahagia ini. Aku mahu semua orang pun merasai bahagia. Suatu bahagia yang luar biasa, yang tak pernah aku dan mereka rasai.






...



Share:

11 comments:

  1. Seperti kecantikan kebahagian juga adalah subjektif. Kdg2 perkara kecil boleh buatkan Kita bahagia.byk2 berzikrullah insya Allah hati pun jd tenang

    ReplyDelete
  2. Moga Ain temu bahagia yg dicari .

    Amin .. =)

    ReplyDelete
  3. Sokong sangat...semua bermula dan berakhir pada diri kita...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita perlu mula dulu, selebihnya baru orang lain akan bantu.. :)

      ...

      Delete
  4. betul tu, kebahagiaan tu datang dari kita sendiri. Kita yang corakkan kehidupan kita.

    ReplyDelete
  5. mama setuju, kebahagian itu terpulang kepada diri sendiri kan

    ReplyDelete
  6. betul. setuju dengan isi dalam entri ni. lagi satu kalau nak diri bahagia, bahagiakan orang lain dulu. kan? :)

    ReplyDelete
  7. bahagia itu pilihan..

    Sebenarnya dalam hidup ni, kita tak boleh menyalahkan orang lain bila kita tidak bahagia, kerana kebahagiaan itu bukan orang lain yang ciptakan tapi ada pada hati kita sendiri..

    ReplyDelete