Susahnya Buat Keputusan

Kenapa susah sangat nak buat keputusan? Baik keputusan tentang hal-hal yang kecil apatah lagi keputusan tentang hal-hal yang besar. Bila terlalu memikirkan hal itu, keputusan jadi terlalu kompleks. Otak mula malas memikirkan hal yang sama berulang kali. Nafas rasa tersekat-sekat tidak seluas padang bola sepak lagi. Perasaan tak payah story lah, sekejap panas sekejap sejuk dan kadang kala suam tidak menentu di kebanyakkan 'tempat'. Lemas. Buntu. Makin difikir, semakin tidak faham. 

Bila tidak difikirkan dengan mendalam pula, penyakit was-was mula melanda. Resah gelisah memukul pantai hati. Fikiran yang buruk-buruk pun datang meyapa lembut di pelipis mata. Entahkan jadi A, mungkin jadi B, atau C, atau boleh sahaja jadi D dan senarai pun berpanjangan tanpa henti. Bibir kata "tak nak fikir, redah je..!" tapi hati menjerit "gila ke.........??!! fikir habis-habis dulu la bongok. Nanti menyesal. Bodoh..!" See.. fikir sangat susah, tak fikir sangat pun susah, fikir sikit-sikit -- hati gundah, fikir banyak-banyak -- otak jadi biol.

Nak ke tak nak..?
Boleh ke tak boleh..?
Sanggup ke tak sanggup..?

Tiga persoalan ni je yang berlegar-legar dalam kepala aku sepanjang sebulan ni. Dalam separa sedar tu masa berjalan dan aku cuma ada kurang 12 jam lagi untuk buat keputusan. Walaupun ia bukan satu keputusan besar antara hidup dengan mati, tapi menjadi seorang AimNub Haris yang mudah panik dan suka fikir terlalu dalam ni, sangatlah susah..! Silap-silap kalau check tekanan darah ni, mahu melambung-lambung tinggi. Sebab aku kalau dalam keadaan makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena ni.. tubuh aku automatik terus jadi kelainan upaya sementara.

Kasihan kan menjadi seorang AimNub Haris ni, sejenis yang sangat payah buat keputusan. Sebab takut menyesal. Perkataan takut tu sangat berhantu. Padahal entah apa yang ditakutkan. Semuanya belum pasti. Pilih la apa-apapun, nanti-nanti boleh berpatah kembali. Tak ada masalah pun. Kalau suka teruskan, kalau tak suka boleh berhenti. Jadi apa yang ditakutkan sangat entah lah..! *nangis*

Aku cemburu tengok manusia yang nekad. Bila nak buat sesuatu, terus buat. Tak payah fikir panjang. Enjoy the journey katanya. Kalau terjatuh, itu pelajaran. Kalau berjaya sampai, itu satu pencapaian. Sekadar buat persiapan ala kadar, terus sahaja keluar, berlari dan tanpa ragu-ragu mengejar apa yang diimpikan. Sedangkan aku masih berkira-kira itu ini, kiri kanan, atas bawah. Sudahnya terperuk la aku dalam bilik basement yang gelap dan sunyi. 

Orang dah ke bulan oiiiii...!
Kau sibuk buat statistik jadi ke tak jadi.... phuiiiiiii...

Kenapa aku tidak senekad mereka. Rasa nak buat, terus buat. Kentalkan hati. Hadap je apa-apa yang menanti kat depan tu. Tak malu kalau gagal. Tak kisah apa orang kata. Tak hidup sebab expectation orang. Tak ada rasa nak menandingi sesiapa. Tak ada rasa nak menunjuk apa-apa. Best sungguh jadi dia. Nekad. Padu. Berani. Positif. Unik. Tersendiri. Ulung. Lagend. 

Aku..?

Sebenarnya bukan kisah pada apa orang kata pun, bukan seronok hidup atas expectation orang pun, bukan nak kejar puji atau sanjung orang pun, tapiiiiiiiii.. aku memang sejenis yang tak tahu nak deal dengan expectation sendiri, tak tahu nak puaskan hati sendiri, tak pandai nak pujuk hati tentang hidup ini bukan untuk memiliki segala-galanya tetapi lebih kepada untuk menikmati seadanya apa yang kita ada. Aku tak boleh pujuk diri sendiri kalau aku gagal lagi. Ulang baca -- gagal lagi. Ya, gagal lagi. Aku dah banyak kali gagal. Banyak kali buat keputusan yang salah. Banyak kali menyesal sebab buat benda bodoh. Lepas tu tak boleh move on.

Aku simpan dalam hati dan aku bawa rasa sebal tu bersama-sama aku selama ni. Dah 35 tahun hidup masih membawa beban-beban yang tak terhapuskan tu. Aku lemas. Lelah. Tak mampu pikul penyesalan lagi. Sebab tu aku jadi tidak nekad dan tidak berani buat keputusan. Aku takut kepada bayang-bayang sendiri. Seolah-olahnya ada suara yang sedang berbisik mengkhabarkan di telinga aku yang aku akan gagal lagi. Nanti-nanti mesti gagal lagi. Begitu lah. Diulang-ulang bisik tu kat telinga hati aku ni.

*sambung nangis*

Walhal, ada juga keputusan bijak yang aku pernah buat. Ada juga hal yang berjaya memuaskan hati aku. Mungkin hal-hal yang kecil, tapi berjaya buat aku bahagia dan bangga. Kenapa aku tidak boleh sedikit berbelas kasihan kepada diri sendiri..? Aku bukan teruk sangat, tapi aku tak rasa aku best. Ada tak orang kat luar sana yang macam aku? Sejenis yang susah nak appreciate diri sendiri. Tak pandai nak lepaskan hal-hal lama yang dah berlalu tu. Hati ni macam span, serap semua sedih pedih har-hari semalam. Dah perah sekuat hati pun, masih basah dengan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan kenangan .. sambung sampai cukup 35 tahun.. mampu..?!!

Balik kepada hal membuat keputusan tadi, bukan aku tak usaha minta pendapat orang lain, bukan aku tak minta tolong mereka merungkaikan keserabutan fikiran aku ni supaya senang aku nak buat keputusan, tapi lepas buat semua tu pun aku masih keliru..! Masih takut-takut nak buat satu keputusan yang jitu. Hanya mampu senaraikan itu, senarai kan ini. Konon-konon buat short list. Orang kata bila buat short list lagi senang nak pilih, tapi bagi aku di setiap short list tu akan ada list demi list demi list demi list demi list demi list demi list ..yang lain pula.. Aku tak boleh stick dengan satu short list.

Susah kan..! kahh kahh kahhh.. lols...
Aku bukan gila. Tolong lah jangan assume aku ada sakit otak ke apa. Sesungguhnya aku sihat lagi mental fizikal. InsyaAllah. Tolonglah doakan juga untuk aku. Takut oiii tetiba jadi gila, cakap sorang-sorang. Tak kenal siang ke malam. Tak tahu beza mee goreng ke cacing tanah. Isyyhhhkk.. minta dijauhkan. Aku tak nak jadi gila. (Melalut dah ni)

Aku cuma nak sambung belajar je sebenarnya. Tapi aku tak tahu nak pilih kursus apa. Aku nak keluar dari bidang engineering, tapi aku tak tahu nak ke mana. Kursus yang aku teringin nak ambil tu macam susah nak dapat sebab aku tak ada background dalam bidang tu. Remember, aku dari sekolah menengah teknik ke politeknik lepas tu jadi juruteknik. Tiba-tiba nak keluar dari perkataan 'teknik' tu sesuka hati. Harapan tipis senipis kulit bawang.

Tapi aku nak cuba. Nak nekad. Kalau dapat, rezeki. Kalau tak dapat, cuba lagi.
(Tak. Aku tak boleh terima kalau aku tak dapat..!!) see... arrrggghhhhhhh.. *jerit dalam hati*

Tu je. 

Apa-apa cadangan waima sekecil hama, sangat aku hargai saat ni. Aku ada kurang dari 12 jam je ni. Tolong lah aku. Ajar aku jadi manusia hati kering yang nekad. Pejam mata. Tanda. Blah. Dapat tak dapat jangan fikir. Jalan terus. Jangan teragak-agak lagi. Aku tak boleh. Tapi tolong ajar aku jadi macam tu. Jadi si nekad berhati kering yang berani dan tak hidup atas apa-apa sangkaan manusia termasuk diri sendiri.

Please.


Gambar Hiasan (Sumber SINI)

Share:

10 comments:

  1. yup kak ana akui satu perkara yang sukar untuk membuat keputusan mahupun pilihan, kita sentiasa mahu kan pilihan yang terbaik, namun sebenarnya pilihan di tangan kita adalah takdir yang tertulis. Pilihan itu satu ujian kerana kehidupan satu perjalanan takdir , waallahu alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kak ana, semuanya perjalanan takdir. semua sudah tertulis.. kan..! kalau lah boleh ditafsirkan semuanya.. ermmmm..

      :(

      ...

      Delete
  2. Aku dulu skolah agama. Pastu adjust sikit. Gi skolah agama yg ada aliran sains. Pastu adjust sikit lg. Amik diploma engineering kat kolej teknikal. Pastu nk amik degree konon nk adjust lg sbb sebagai seorg yg mata duitan aku rasa nk timba ilmu berniaga so apply la business in engineering apantahnamacourse. 3x apply xdpt wpun CGPA boleh la buat org cemburu.

    Akhirnya terus kerja n skrg sambung belajar tentang hidup, mati n kehidupan selepas mati. Hehehe.

    Ok. Not inspiring. Haha.

    Tp kan, pengajaran yg aku kutip sepanjang jadi seorg aku yg mcm org lain jgk ada jatuh bangun, kadang boleh move on kadang mcm xboleh, apa pn yg Allah takdirkan adalah yg terbaik wpun pd pandangan kita nmpak mcm ****.

    Percayalah.

    So, sila bismillah n decide sekarang.

    *tepuk2 bahu*

    Harap membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar tentang kehidupan tu sungguuuuuuuuhhhh inspiring lohhh..! hehehehehee.. :)

      terima kasih cinta.. mohon aa course Sarjana Muda Kejuruteraan Cinta Hati dan Perasaan di IPTA tempatan. aku nak mohon...! hahahahahaa..

      :p

      ...

      Delete
  3. Saya pun macam ni juga. Selalu saya fikir kenapa susah sangat nak buat keputusan?

    Antara sebab dia ialah anxiety dan fokus.

    Takut kalau2 keputusan tu silap. Dan selalu fokus dengan soalan2 yang macam,

    "kalau aku buat begini, nanti jadi begini." Terlalu banyak "kalau".

    Lama-lama jadi suara2 kecil di dalam kepala. Bila nak buat sesuatu, ada je fikir tentang "kalau2"

    Jadi saya cuba untuk fokus benda2 positif sekirangnya nak buat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun ada masalah susah nak fokus.
      memang susah arr. namapun tak boleh nak fokus.
      apa-apa jadi susah bila tak boleh nak fokus.

      haiiiihhh..!

      ...

      Delete
  4. mrs pip pun dulu ada masalah nak buat keputusan ..
    nak beli handphone baru, 5 tahun baru mampu nak buat keputusan .. bukan tak mampu, tapi tak tahu nak beli jenama apa dan warna apa ... sampai my adik bongsu cakap, senang senang tak perlu nak guna handphone ...
    bila nak kawin, dekat 8 tahun buat keputusan nak kawin ke tak, allah ... mencabar betul bila nak buat keputusan ni kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..! ini lagi parah.. hehehehee.. :)

      ...

      Delete
  5. Samalah. kalau boleh nak disertakan laporan statistik (yang graf loceng tu) nak tengok kebarangkalian. last2 penat sangat memikir lama, kita separuhkan sahaja waktu nak memikir tu, selepas guna teknik Bertanya Allah Dahulu. hehe. jimat masa. it may not be perfect, but at least it's the right path guided by Him. jadi kalau tak baik pada kita pun, ada lesson/challenge to be learned pun. tak rugi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.

      ada sesetengah hal tak berbaloi untuk difikirkan terlalu lama.. huhuhuhuu..

      ...

      Delete