Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Kita semua tahu kan, reaksi tubuh badan kita ni; apa kita buat, apa kita cakap, apa kita percaya semuanya bergantung kepada apa yang kita fikir. Semua di kawal dan berpusat di otak kita. Apa-apa pun yang kita fikir sama ada benda baik atau tak baik, akan mempengaruhi tindakan kita. Senang kata, kalau orang yang selalu asyik fikir negatif sahaja, kita boleh nampak daripada pertuturan dan tingkah laku dia memang cenderung kepada hal-hal negatif. Begitu juga sebaliknya. 

Jadi kalau orang cakap kat kau "Si polan tu baik orangnya, tentu jenis baik hatinya" Kau cakap depan muka dia, "Salah la" Lepas tu kau sambung lagi "Dia baik sebab otak dia yang baik. Bukan hati" haaaa... berani jawab macam tu..? :p

Neuro Lingustic Programming (NLP)

Aku belajar benda ni dalam kursus Kuasa Minda Positif minggu lepas. Syok woo. Kursus tu walaupun nampak macam kursus motivasi biasa-biasa je, tapi sebenarnya sangat best. Lain daripada kursus motivasi lain yang aku pernah join. Dalam kursus ni kami di ajar tentang basic ilmu NLP. Apa benda NLP tu, korang boleh baca DI SINI. Tapi ringkasnya, ilmu NLP ni berkaitan dengan teknik mengawal otak manusia la. Macam mana kita nak kawal dan latih otak kita supaya selalu positif dan macam mana otak yang positif tu akan membentuk diri kita yang lebih positif juga. Best kan...? (sila angguk kepala laju-laju)

Meh aku share sikit ilmu yang aku belajar dalam kursus tu. 

Elemen Penting Dalam Hidup Manusia

Tubuh manusia ni terdiri daripada 4 elemen penting iaitu 1) Fizikal 2) Spritual 3) Intelektual 4) Emosional. Dalam empat elemen penting tu, mana yang paaaaaling penting? Jawapannya tak ada. Sebab keempat-empat elemen tu saling bergantungan dan saling menyokong. Kalau tak ada salah satu elemen tu, maka pincang lah hidup seseorang. Kalau terlebih salah satu elemen tu pun bahaya juga. Tak balance namanya.

Keempat-empat elemen tu dikawal oleh otak. Kita nak fizikal yang sihat, kita tukar mindset. Nak kurus, tukar mindset bukan tukar diet semata-mata. Agama dan kepercayaan (spritual) kita pun bergantung kepada mindset. Bayangkan kalau kita solat 5 waktu sehari tapi kita tak percaya Allah tu wujud, bermakna tak solat kita..? Jawab dalam hati. Seterusnya bab intelektual (kepandaian) kita tentulah bergantung sangat pada otak, kan? Kalau otak kita tak sihat macam mana nak jadi pandai dan bijak. Buat-buat bijak boleh laaa.. opppssss.. :p

Akhir sekali elemen keempat iaitu; emosional. Ramai yang salah faham bila sebut pasal emosi ni. Ada yang faham emosi sama dengan mood. Jadi bila mood baik, emosi pun baik. Malah ada yang kata emosi ni bergantung kepada hati kita. Kalau hati senang, mood baik. Seterusnnya emosi pun tenang. Salah..! Salah ye tuan-tuan..!

Emosi tidak bergantung dan tidak dikawal oleh hati, sebaliknya emosi dikawal oleh OTAK. Kan dah bagitahu awal-awal tadi. Semua reaksi tubuh badan kita dikawal sepenuhnya oleh otak bukan jantung, bukan hati, bukan buah pinggang, bukan mata, bukan mulut. Jelas..? Jadi benda apa yang paliiiiiiiinnnggggg penting kita kena jaga pada tubuh badan kita ni, jantung ke otak..? Again, jawab dalam hati je cukup. 

:)

Fikir Yang Baik-Baik, Maka Hasilnya Pun Baik

Bunyi macam senang je kan, tapi tak semudah itu ye tuan-tuan. Kita memang boleh cakap dengan hati kita "aku nak jadi positif" tapi apa yang kita cakap tu mesti sampai kepada otak. Kalau cakap pada hati sahaja, tak guna. Kita ni pula dah biasa apa-apa hal ikut hati, ikut mood pada waktu tu dan paling kerap ialah kita suka ikut keadaan sekeliling. Kita biar kuasa luar mempengaruhi tindakan dan keputusan kita. Sedangkan yang sepatutnya keputusan tu datang dari dalam diri kita sendiri...!

Mudahnya, kalau nak jadi manusia yang positif kita kena latih otak fikir hal yang positif sahaja. Kurangkan fikir masalah. Kurangkan fikir pasal orang lain. Banyakkan membaca sebab bacaan yang baik adalah makanan untuk otak. Belajar pengurusan pernafasan yang betul (Tarik nafas 7 saat, tahan nafas 7 saat dan hembus nafas 7 saat). Cakap, dengar dan lihat benda-benda yang baik dan menenangkan jiwa (alam semula jadi). Jauhkan daripada hal-hal yang menyedihkan, menyakitkan dan menakutkan. 

Ada banyak lagi ilmu NLP yang aku tak boleh nak explain kat sini. Panjang sangat. Nanti aku share lagi dalam entry yang lain. InsyaAllah. 

Semoga bermanfaat dan aku doakan kita semua positif-positif belaka.. :)




...


Share:

3 Trend Filem Bollywood Yang Memualkan

Rasanya ramai yang perasan sejak 5 tahun kebelakangan ni filem Bollywood mempunyai satu pattern dan gaya penyampaian cerita yang lebih kurang sama. Aku menulis tentang filem komersial ye. Jangan masukkan filem epic macam Bajirao Mastani atau Dangal dalam senarai ni. Untuk lebih fokus, kita lihat kepada filem-filem romantik komedi atau romantik ringan yang Bollywood hasilkan. Walaupun banyak filem di hasilkan setahun, tapi semakin banyak yang mengecewakan malah sampai tahap memualkan.


3 Sebab Aku Mula Mual Dengan Filem Bollywood

Sebagai peminat filem-filem Bollywood ni aku sudah menghampiri tahap BOSAN dan give up nak tengok filem romantik komedi mereka ni walaupun hero dan heroin yang berlakon dalam filem tu aku betul-betul suka. Ini 5 sebab kenapa aku rasa filem romantik komedi diaorang semua lebih kurang sama dan semua pun nak guna trend yang sama :

1. Tak Kahwin Tapi Duduk Serumah
Mungkin aku sedikit konservatif, tapi aku rasa kurang selesa la bila trend ni banyak kali dibuat dan diulang-ulang. Walaupun aku tahu diaorang tu bukan Muslim (dalam filem) jadi tinggal serumah antara boyfriend girlfriend tu bukan 'dosa' bagi diaorang. Tapi aku tak suka. Satu dua filem tu boleh terima lagi la. Hindi urban kononnya. Atau watak tu memang tak tinggal di India, jadi terpaksa duduk serumah walau tak kahwin. Tapi kalau dah banyak sangat filem asyik guna idea yang sama. Uhhh.. come on yarr...

Yang kedua, aku rasa idea ni menunjukkan betapa lemah dan tak berdikarinya hero dan heroin zaman sekarang. Why kena duduk sama-sama? Tak boleh duduk asing-asing ke. Perempuan dengan kawan perempuan. Lelaki dengan kawan lelaki. Seks tu segala-galanya ke dalam hidup..? Kalau bercinta mesti kena buat seks eh..? Mana hilangnya trilled bercinta tu.. pleaseeeeee laahh.. :(

2. Scene Cium Mulut Ke Mulut
Shit. Mesti ada. Dah tahap wajib sekarang ni. Tak faham betul kenapa filem-filem Bollywood mesti buat benda ni. Sampai berlawan-lawan pula sesama mereka who's the best kisser what so ever..!! yuuukkk..! Filem dulu-dulu, zaman DDLJ ke KKHH ke tak perlu pun nak scene cium mulut ke mulut depan kamera ni. Filem tu top meletop juga..! aduhaiiiiii.. please la hentikan fenomena ni.

Lebih memualkan aku, buka je sebab hero atau heroin yang ber'kissing-kissing' tu suami atau isteri orang tapi scene bercium mulut ke mulut tu mesti nak ulang-ulang banyak kali dalam satu filem. Macam seronok sangat. Enjoy sangat. Cinta tu digambarkan kepada reaksi fizikal sahaja. Berlebih-lebih sangat sampai penonton meluat tahu...!!

3. Scene Atas Ranjang
Ni lagi satu. Pun sama. Dah macam wajib sangat mesti nak ada scene atas ranjang beromen. Dah kenapa? Tak cukup seksi lagi ke pelakon-pelakon perempuan yang diaorang dah separuh bogelkan tu, sampai nak kena masukkan scene atas ranjang ni..? Teringat masa aku tonton filem Kabhi Alvina Na Kehna, masa scene SRK dengan Rani Mukherjee 'nak bersama' tu aku rasa geli nak mampos sampai foward laju-laju. Itu pun just skit-skit je pengarah shoot. Aku dah mual habis dah. Tapiiiiiiiiii filem zaman sekarang makin teruk..! Lebih detail pula tunjuk sampai dengan sound berasmara tu sekali... dengggggg...! gila arrr..

Kalau lagu-lagu pun macam tu. Tak ada aksi ghairah-ghairah memang tak sah la. Semakin lama semakin over. Lagu dah best, tapi kalau ada aksi-aksi macam tu memang aku tak layan arr. Lemas..!

Filem Bollywood Semakin Hilang Nilai

Sebab tu filem-filem Bollywood sekarang dah bukan untuk family lagi. Banyak sangat adengan memualkan kissing-romance-seducing macam tu yang boleh buat malu sendiri kalau tengok dengan keluarga atau dengan kawan beramai-ramai. Sampai bila la trend ni nak stop. Aku dah muak. Sebenarnya aku sedih. Sangat sedih. Aku tak suka tengok filem-filem Bollywood ni ke arah itu. Terlalu mengejar komersial sampai hilang jati diri.

Bukan ke masyarakat India pun sebahagian daripada Asia yang terkenal kaya dengan budi bahasa, sopan, tinggi rasa malu, tinggi rasa hormat. Mana pergi semua tu..? Nak bawa filem Bollywood ke antarabangsa bukan dengan meng-Hollywood-kan filem mereka. Tak pergi mana pun filem yang macam tu. Nilai ke'India'an tu dah hilang. Daripada tengok filem Bollywood diaorang tu, baik orang Barat tu tengok filem porn terus...!

Aku selalu percaya untuk menunjukkan cinta bukan semestinya hero kena bagi sejambak bunga, sekotak coklat atau perlu belanja mahal bawa pergi candle light dinner berbumbung langit bintang merata pun, tak semestinya...! Ada banyak cara lain nak tunjuk cinta dan kasih sayang, perhatian, romantik dan lain-lain. Kadang-kala dengan hanya menjadi PENDENGAR yang setia pun dah cukup. But, depends la kan.. ermmmm..

Lagi ditunjuk-tunjuk adengan atas katil tu, lagi penonton menjauh. Kalau pengarah harap scene macam tu akan buat penonton lebih menghayati percintaan sang hero dan sang heroin, maka aku rasa pendekatan tu perlu dihentikan. Fikir di luar kotak please. Scene atas katil tu bukan sahaja akan spoiled mood penonton malah akan buat penonton semakin menjauh dan serik.

Lastly,
Sebagai penonton, kita pun kena pandai memilih. Jangan main tangkap muat je. Bukan filem Bollywood je lah, apa-apa jenis filem pun baik kalau kita pilih dulu mana yang sesuai dan selesa untuk kita tonton. Bollywood sendiri banyaaaaaaaakkkk lagi filem yang bagus-bagus dan tak ada scene memualkan. Jangan pukul rata semua eh. Nanti aku share filem-filem bagus yang tak ada atau kurang sikit laaa scene memualkan tu... hahahahahaha. Nak cari filem yang langsung tak ada scene tu macam payah sikit.. lolss.. :p

Apa pendapat korang..? Please comment kat bawah eh.. atau ada mana-mana filem Bollywood yang korang nak aku review, please bagitahu aku. InsyaAllah ada masa nanti aku tulis review. Itupun kalau filem tu aku dah tengok la.. hehehehehehe..

Senarai filem yang aku bakal share kat sini tapi tunggu masa sesuai adalah Lunch Box, Dil Dhadakne Do, Mere Pyari Bindu, Jab Harry Meet Sejal, Piku, Sultan, Wazir, Raabta, Dawat e-Ishq dan beberapa lagi filem la. Kebanyakkan filem lama eh (dalam dua tiga tahun lepas punya filem la) kecuali dua tiga filem tu yang baru (tahun ni).

Okey tu je, jumpa lagi nanti. Thanks for reading this. Muaaahhhh.. 

;)




...
 
Share:

The 'Cruelest' Break-Up Line

Memang susah nak bagi ayat break-up yang tak melukakan hati. Guna lah ayat paling berbunga-bunga dan berkias-kias macam kereta berhias sekali pun, dah nama break-up line.. tetap tajam bak belati menikam hati juga kan? Ada ke break-up line yang tak kejam? Kalau cakap berlapik pun, pihak yang sebelah sana akan terluka apatah lagi kalau cakap direct..! Memang susah nak bagi ayat break-up line yang tak break kan hati orang.. kan..??

Nak putuskan hubungan yang dah terjalin memang susah, nak-nak lagi kalau terpaksa memutuskan hubungan secara tiba-tiba. Tapi kalau dah hubungan tu memang tak boleh nak diselamatkan lagi, baik lah kita bagi break-up line terus daripada biar gantung tak bertali begitu je. Nanti jadi lagu Haqiem Rusli pula kan..! Soalnya dalam banyak-banyak break-up line tu, mana yang paling kejam agak-agaknya..?

Bagi aku, the cruelest break-up line ever adalah...

"..Awak terlalu baik untuk saya.."
Perrrgghhhh...! hancur lebur gugur pecah berderai hati terima ayat macam tu. Apatah lagi selepas 7 tahun berusaha mempertahankan hubungan tu. Walaupun berjauhan, walaupun lama tak jumpa, walaupun cuba setia, walaupun banyak halangan, walaupun selalu tak sefahaman, tapi dah separuh nyawa aku tetap bertahan. Tak nak orang lain, tak pernah impikan orang lain. Bagi sepenuh kepercayaan kepada dia walaupun kadang-kadang rasa curiga, tak kan dia tak pernah jatuh cinta pada perempuan lain. Tapi still pujuk hati ni -- percaya kat dia. Percaya dia akan setia. Percaya dia sayang aku sorang. Percaya dia tak akan tinggalkan aku. Tapi end up..?!! Dia putuskan semuanya. Tinggalkan aku. Tamatkan hubungan kami yang 7 tahun tu cuma dengan ayat : Awak terlalu baik untuk saya..

Waddefak..!

putus cinta, nobody perfect, its hurt, its not you its me, awak terlalu baik untuk saya
gambar sekadar hiasan

Lima tahun bhai aku merangkak mencari makna "awak terlalu baik untuk saya" tu. Puas aku gali, siang malam pagi petang aku menangis sendiri mengenangkan tang mana la yang aku baik sangat tu sampai dia sanggup tinggalkan aku. Bahagian mana la yang buat dia rasa tak layak sangat untuk aku tu sedangkan selama ni aku rasa dia la lelaki terbaik dalam dunia ni. Aku buat segala-galanya untuk dia. Sepanjang lima tahun tu, aku tengok dia elok je move on. Kahwin. Ada anak. Ada kerja. Hidup macam manusia normal yang lain. Bahagia. Tak rasa bersalah apa-apa. Tak nampak kurang kat mana-mana.

Sedangkan aku yang kononnya dia kata "terlalu baik untuk dia" ni, hidup berendam airmata. Sendiri. Sunyi. Mengutip serpih-serpih hati yang dah berkecai. Lima tahun aku tak move on. Lima tahun aku tutup hati untuk lelaki lain. Lima tahun aku mengenang di mana salah aku. Di mana kurang aku. Dan lima tahun tu aku hidup dalam bayang-bayang "awak terlalu baik untuk saya" tu sampai aku hancur perlahan-lahan. Sakit bhai. Sangat sakit.

Mujurlah pertimbangan aku masih ada sedikit kebal. Aku ingat Tuhan. Kalau tak, entahlah. Dan mujur cuma lima tahun Tuhan kecai lumatkan hati aku, selepas tu Tuhan temukan aku dengan Pokchik. Tuhan Maha Pengasih. Aku semat tu kemas dalam hati. Tuhan bagi aku cinta sekali lagi. Mudah-mudahan ini lah cinta aku yang penghabisan sampai aku mati.

Please la. Kalau tak suka, kata je tak suka. Kalau dah jemu, kata je dah jemu. Kalau ada yang tak kena, bagitahu apa yang tak kena. Kalau keluarga tak restu, terus-terang je bagitahu "mak ayah saya tak suka kat awak". Atau kalau rasa diri tu tak layak untuk si dia, bagitahu yang awak dah berusaha tapi still rasa tak sempat nak 'kejar' dia supaya boleh berdiri sama rata. Guna la ayat apa pun, jangan guna ayat hipokrit yang acah-acah suci macam Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa tu.. oppssssss..

Jangan pakai ayat "awak terlalu baik untuk saya" padahal kau ada perempuan lain di belakang dia. Jangan rasa ayat tu boleh sejukkan hati dia macam tu je. Jangan buat dia rasa macam buat baik tu benda yang salah. Jangan biar dia rasa selama ni dia percayakan kau hanya untuk benda yang sia-sia. Jangan bagi ayat cliche macam tu la... choiiiiiii...!!

Bengkak hati aku ni bila kenang-kenangkan balik. Walau dah lama berlalu. Aku pun tak ada dendam apa-apa lagi dengan dia. Aku dah move on. Aku dah maafkan dia. Tapi luka tu masih ada. Aku berdoa dalam hati, mudah-mudahan tak ada lagi perempuan yang akan melalui fasa kesakitan dan kehancuran macam yang aku alami. Tolongggggg lah..! jadi lelaki matang yang berani berdepan dengan perempuan yang pernah kau cintai dan kau gantungkan harapan. Be a men..!

Macam mana kau ambil hati dia cara baik,
Pulangkan balik hati dia pun dengan cara baik.. janji eh..!






...
Share:

Papan Impian : Antara Realiti Dan Fantasi

Kepentingan Membina Papan Impian | Ada orang sebut Vision Board. Siapa biasa atau pernah join bisnes Multi Level Marketing (MLM) mesti biasa sangat dengan vision board ni. Awal-awal masuk skim tu mesti leader suruh korang buat vision board kan? Suruh korang imagine dapat banglow mewah harga berjuta billion, berangan ada kereta mewah besar dan menjalar-jalar, lepas tu berangan pula pergi melancong ke luar negara ala orang kaya-duit-bergunung-dah-guna-pun-duit-tak-habis-habis.. hahahahahaa.. :p

Soalnya vision board ni penting ke tak penting..? Bukan kita tak boleh nak berangan, tapi kenapa angan-angan tu kita mesti zahirkan atas vision board? Tampal gambar rumah idaman, kereta impian, itu ini semua yang kita target dalam hidup ni kita kena cari gambar dan tampal kat vision board. Kenapa? Supaya kita nampak impian dan target kita tu dengan jelas. Bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Bila kita imagine, kita membayangkan dengan jelas. Lepas tu kita letak gambar impian kita tu atas vision board, tengok hari-hari. Sambil tu berdoa minta Allah s.w.t. permudahkan kita capai impian tu semua. Jadikan amalan setiap hari. InsyaAllah jadi kenyataan lah nanti. :)

Itu tujuan leader suruh korang buat vision board. Dia nak korang capai target sales. Supaya korang cepat kaya raya sebab bila korang kaya diaorang pun kaya malah kaya-raya-jutawan-segera.. gituueewww..!! :p

Bagus Ke Tak Bagus Bina Papan Impian Ni ?

Ada setengah orang kata papan impian ni benda merepek. Buat manusia makin kuat berangan. Asyik berangan je, usaha tak ada.. memang lah tak kaya-kaya. Lagi satu, vision board ni kalau 'salah guna' boleh membuatkan kita semakin jauuuuhhhh daripada realiti. Kalau asyik fikir apa yang kita belum dapat, macam mana nak hargai apa yang kita dah memang dapat.. betul tak..? Sama la macam orang yang banyak sangat tengok drama melayu yang bersiri-siri tu.. dulu nak suami macam Aaron Aziz, lepas tu nak suami macam Zul Ariffin, Aliff Satar, Fattah Amin.. sudahnya sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Opsssss.. sorry.. mohon jangan sentap.. :p

Dari sudut yang baiknya, vision board ni memang sangat-sangat-sangat bagus terutama kalau korang terjebak dalam bisnes. Apa-apa bisnes la kan, mesti ada vision yang jelas. Target sales. Target customers atau target macam mana nak kembangkan bisnes, tambah cawangan, tambah agent or dropships atau apa-apa je lah target. Jadi buat vision board ni untuk bisnes korang memang penting dan InsyaAllah sangat membantu. 

Vision Board | Papan Impian

Kalau tak percaya, aku mohon korang cuba dulu.
Aku tak akan ajar cara nak buat vision board dalam entry ni. Korang boleh tanya kepada yang lebih pakar. Kalau korang join MLM, for sure leader korang akan guide korang buat vision board sampai berjaya capai semua yang korang "bayangkan" atas papan impian tu. Atau korang boleh search je dekat Google atau Youtube pasal vision board ni. Ramai guru online yang sedia ajar korang. Lagipun aku tak boleh ajar korang buat vision board sebab........... aku sendiri tak ada vision board..!

Kenapa Aku Tak Ada Papan Impian ?

Selain dari aku ni sejenis looser yang serius tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ni, aku tak fokus, aku tak berani nak berimpian tapi sebab paling utama kenapa aku tak pernah ada vision board dan tak pernah berjaya buat vision board walaupun banyak kali cuba buat adalah kerana aku TIDAK mencari sesuatu yang fizikal atau material..!

Rumah besar, kereta mewah, duit bergudang, bercuti sampai ke bulan.. bukan apa yang aku impikan buat masa ni. Semua itu adalah material yang tak akan membahagiakan aku sebab hati aku tak bahagia. Hati aku tak cukup lapang untuk simpan semua benda material ni. Korang pun faham kan, buat apa rumah besar-besar macam villa tapi kosong. Buat apa kereta mewah bersalut berlian kalau tak mampu bawa kau ke mana-mana. Buat apa pergi sampai bulan, kalau pergi ke hati kau sendiri pun kau tak pernah berjaya sampai.

Aku mencari diri aku sendiri. Aku mencari bahagia. Aku mencari cinta. Aku kosong di dalam, jadi dalam fikiran aku pun tak mampu nak imagine apa-apa yang tak ada kaitan dengan hati, perasaan, cinta dan jiwa.

Mungkin kalau aku dah jumpa dengan diri aku sendiri, dah dapat punca kebahagiaan yang aku harapkan dan bila aku dah dapat soul aku yang sebenar-benarnya, masa tu baru aku akan pasang angan-angan nak ada rumah besar, kereta besar dan duit bergudang-gudang. Bahagia tu datang dari dalam diri. Aku kena dapatkan apa yang di dalam tu dulu. Aku tak mahu bahagia yang plastik. Yang hanya nampak di luaran. Faham kan..?

Doakan aku ye..!
I'm searching. Will and always.

Korang yang nak buat vision board, sila kan. Aku doakan semua impian korang akan tercapai. Sebab lagi banyak kita dapat, lagi banyak kita boleh bagi. Tapi mula-mula kita kena beri dahulu setakat apa yang kita ada, lepas tu baru banyak perkara baru akan kita miliki. InsyaAllah.

Best of luck..!

:)





...


Share: