3 Trend Filem Bollywood Yang Memualkan

Rasanya ramai yang perasan sejak 5 tahun kebelakangan ni filem Bollywood mempunyai satu pattern dan gaya penyampaian cerita yang lebih kurang sama. Aku menulis tentang filem komersial ye. Jangan masukkan filem epic macam Bajirao Mastani atau Dangal dalam senarai ni. Untuk lebih fokus, kita lihat kepada filem-filem romantik komedi atau romantik ringan yang Bollywood hasilkan. Walaupun banyak filem di hasilkan setahun, tapi semakin banyak yang mengecewakan malah sampai tahap memualkan.


3 Sebab Aku Mula Mual Dengan Filem Bollywood

Sebagai peminat filem-filem Bollywood ni aku sudah menghampiri tahap BOSAN dan give up nak tengok filem romantik komedi mereka ni walaupun hero dan heroin yang berlakon dalam filem tu aku betul-betul suka. Ini 5 sebab kenapa aku rasa filem romantik komedi diaorang semua lebih kurang sama dan semua pun nak guna trend yang sama :

1. Tak Kahwin Tapi Duduk Serumah
Mungkin aku sedikit konservatif, tapi aku rasa kurang selesa la bila trend ni banyak kali dibuat dan diulang-ulang. Walaupun aku tahu diaorang tu bukan Muslim (dalam filem) jadi tinggal serumah antara boyfriend girlfriend tu bukan 'dosa' bagi diaorang. Tapi aku tak suka. Satu dua filem tu boleh terima lagi la. Hindi urban kononnya. Atau watak tu memang tak tinggal di India, jadi terpaksa duduk serumah walau tak kahwin. Tapi kalau dah banyak sangat filem asyik guna idea yang sama. Uhhh.. come on yarr...

Yang kedua, aku rasa idea ni menunjukkan betapa lemah dan tak berdikarinya hero dan heroin zaman sekarang. Why kena duduk sama-sama? Tak boleh duduk asing-asing ke. Perempuan dengan kawan perempuan. Lelaki dengan kawan lelaki. Seks tu segala-galanya ke dalam hidup..? Kalau bercinta mesti kena buat seks eh..? Mana hilangnya trilled bercinta tu.. pleaseeeeee laahh.. :(

2. Scene Cium Mulut Ke Mulut
Shit. Mesti ada. Dah tahap wajib sekarang ni. Tak faham betul kenapa filem-filem Bollywood mesti buat benda ni. Sampai berlawan-lawan pula sesama mereka who's the best kisser what so ever..!! yuuukkk..! Filem dulu-dulu, zaman DDLJ ke KKHH ke tak perlu pun nak scene cium mulut ke mulut depan kamera ni. Filem tu top meletop juga..! aduhaiiiiii.. please la hentikan fenomena ni.

Lebih memualkan aku, buka je sebab hero atau heroin yang ber'kissing-kissing' tu suami atau isteri orang tapi scene bercium mulut ke mulut tu mesti nak ulang-ulang banyak kali dalam satu filem. Macam seronok sangat. Enjoy sangat. Cinta tu digambarkan kepada reaksi fizikal sahaja. Berlebih-lebih sangat sampai penonton meluat tahu...!!

3. Scene Atas Ranjang
Ni lagi satu. Pun sama. Dah macam wajib sangat mesti nak ada scene atas ranjang beromen. Dah kenapa? Tak cukup seksi lagi ke pelakon-pelakon perempuan yang diaorang dah separuh bogelkan tu, sampai nak kena masukkan scene atas ranjang ni..? Teringat masa aku tonton filem Kabhi Alvina Na Kehna, masa scene SRK dengan Rani Mukherjee 'nak bersama' tu aku rasa geli nak mampos sampai foward laju-laju. Itu pun just skit-skit je pengarah shoot. Aku dah mual habis dah. Tapiiiiiiiiii filem zaman sekarang makin teruk..! Lebih detail pula tunjuk sampai dengan sound berasmara tu sekali... dengggggg...! gila arrr..

Kalau lagu-lagu pun macam tu. Tak ada aksi ghairah-ghairah memang tak sah la. Semakin lama semakin over. Lagu dah best, tapi kalau ada aksi-aksi macam tu memang aku tak layan arr. Lemas..!

Filem Bollywood Semakin Hilang Nilai

Sebab tu filem-filem Bollywood sekarang dah bukan untuk family lagi. Banyak sangat adengan memualkan kissing-romance-seducing macam tu yang boleh buat malu sendiri kalau tengok dengan keluarga atau dengan kawan beramai-ramai. Sampai bila la trend ni nak stop. Aku dah muak. Sebenarnya aku sedih. Sangat sedih. Aku tak suka tengok filem-filem Bollywood ni ke arah itu. Terlalu mengejar komersial sampai hilang jati diri.

Bukan ke masyarakat India pun sebahagian daripada Asia yang terkenal kaya dengan budi bahasa, sopan, tinggi rasa malu, tinggi rasa hormat. Mana pergi semua tu..? Nak bawa filem Bollywood ke antarabangsa bukan dengan meng-Hollywood-kan filem mereka. Tak pergi mana pun filem yang macam tu. Nilai ke'India'an tu dah hilang. Daripada tengok filem Bollywood diaorang tu, baik orang Barat tu tengok filem porn terus...!

Aku selalu percaya untuk menunjukkan cinta bukan semestinya hero kena bagi sejambak bunga, sekotak coklat atau perlu belanja mahal bawa pergi candle light dinner berbumbung langit bintang merata pun, tak semestinya...! Ada banyak cara lain nak tunjuk cinta dan kasih sayang, perhatian, romantik dan lain-lain. Kadang-kala dengan hanya menjadi PENDENGAR yang setia pun dah cukup. But, depends la kan.. ermmmm..

Lagi ditunjuk-tunjuk adengan atas katil tu, lagi penonton menjauh. Kalau pengarah harap scene macam tu akan buat penonton lebih menghayati percintaan sang hero dan sang heroin, maka aku rasa pendekatan tu perlu dihentikan. Fikir di luar kotak please. Scene atas katil tu bukan sahaja akan spoiled mood penonton malah akan buat penonton semakin menjauh dan serik.

Lastly,
Sebagai penonton, kita pun kena pandai memilih. Jangan main tangkap muat je. Bukan filem Bollywood je lah, apa-apa jenis filem pun baik kalau kita pilih dulu mana yang sesuai dan selesa untuk kita tonton. Bollywood sendiri banyaaaaaaaakkkk lagi filem yang bagus-bagus dan tak ada scene memualkan. Jangan pukul rata semua eh. Nanti aku share filem-filem bagus yang tak ada atau kurang sikit laaa scene memualkan tu... hahahahahaha. Nak cari filem yang langsung tak ada scene tu macam payah sikit.. lolss.. :p

Apa pendapat korang..? Please comment kat bawah eh.. atau ada mana-mana filem Bollywood yang korang nak aku review, please bagitahu aku. InsyaAllah ada masa nanti aku tulis review. Itupun kalau filem tu aku dah tengok la.. hehehehehehe..

Senarai filem yang aku bakal share kat sini tapi tunggu masa sesuai adalah Lunch Box, Dil Dhadakne Do, Mere Pyari Bindu, Jab Harry Meet Sejal, Piku, Sultan, Wazir, Raabta, Dawat e-Ishq dan beberapa lagi filem la. Kebanyakkan filem lama eh (dalam dua tiga tahun lepas punya filem la) kecuali dua tiga filem tu yang baru (tahun ni).

Okey tu je, jumpa lagi nanti. Thanks for reading this. Muaaahhhh.. 

;)




...
 
Share:

20 comments:

  1. Bollywood fan here *angkat tangan tinggi-tinggi* setuju sangat on all your points, filem Hindustan terlalu try hard nak jadi filem omputih. Nak tengok pun segan. To be safe, tengoklah yang base on old time setting macam mohenjo daro or dangal. By the way, dah tengok Badlapur? Sexy sikit...tp x banyak lagu n sy suka jalan cerita dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey... kita geng..! hehehehee.. :)

      Badlapur..? nak serach sekarang juga.. huhuhuuu.. Ahad lepas baru tengok My Half Girlfriend.. not bad tapi lakonan Arjun Kapoor je menyerlah.. Shraadha Kapoor tak menyerlah sangat.. ermmm.. :)

      ...

      Delete
  2. Dah bleh jadi pengkritik filem ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaa.. tak suka nak kritik sebenarnya sebab macam mana buruk pun tu karya dan kerja seni orang juga.. :)

      ...

      Delete
  3. Jarang juga tengok filem Bollywood. Cuma tengok filem bollywood yang kawan-kawan rekomenkan je

    Macam Bajirao Mastani dan PK.

    Memang banyak filem nak tiru mcam filem orang putih. Mungkin sebab nak naikkan jumlah penonton dengan cara mudah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...! nak sangat ikut style barat.. kecewa..! :(

      ...

      Delete
  4. Tau xpa..melampau sgt skang punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ada la perubahan.. nak jemu tengok scene sama je.. :(

      ...

      Delete
  5. Betul tuh. Rasa tak seronok dah nak tgk filem bollywood sekarang nih. Lebih suka mcm cerita Bajrangi Bhaijaan, Dangal,KKKG,KKHH..okey je..meletop apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaaannn.. rindu filem2 kekeluargaan macam K3G... :)

      ...

      Delete
  6. Sekarang dah memang tak suka tengok filem hindustan.. Tak sesuai anak-anak buah join sekaki.. Cerita pun boring.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua boring..
      ada juga yang okey.. :)

      ...

      Delete
  7. do follow blog ni

    akak lagi la x suka,.. kerja banyak yang nak diselesaikan daripada dok tengok cerita yang penuh fantasi tu, klu dulu2 rasanya ada juga feel nak tgk tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaaa.. macam drama melayu la kan.. banyak fantasi..! :p

      ...

      Delete
  8. sebenarnya trend tak berubah pun cuma masa zaman 90-an dulu movie kekeluargaan tu jadi trend bila hum aapke hain kaun meletops dekat bo. Lagipun agama diorang pun tak boleh duduk sekali sebelum kahwin tapi dekat bandar je. macam dekat kl lah. eh tak tengok lagi eh badrinath ki dulhania? Best! Try lah. Bareilly Ki Barfi pun best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trend dan selera penonton yang berubah.. pembikin filem pun kena lah ikut berubah.. :)

      Okey, nanti try search filem2 tu.. thanks. :)

      ...

      Delete
  9. tapi saya rasa filem hindustan dah semakin baik seperti filem arahan salman khan dan amir khan. semua cerita mereka lebih kepada perjalanan kehidupan sekarang. bagi saya bukan semua cerita ada ciri-ciri seperti di atas. sebahagian je kan. btw tq for sharing

    | helloaiman |
    | Jana Bitcoin |

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sebahagian sahaja. banyak filem2 yang bagus juga. cuma harap dapat diseimbangkan sebaiknya supaya penonton lebih banyak pilihan.. :)

      btw, salman khan dan aamir khan tak mengarahkan filem tapi menerbitkan filem. Dan ya, filem-filem terbitan mereka bagus2.. :)

      ...

      Delete
  10. Setuju! Bollywood dulu boleh la tengok satu family sambil makan tengahhari, tapi versi moden ni naik segan la nak tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheehee.. elok pilih filem keluarga lah kalau nak tengok seisi keluarga kan.. filem hindustan ni "bahaya".. :p

      ...

      Delete