Engkaulah Apa Kau Fikirkan

Kita semua tahu kan, reaksi tubuh badan kita ni; apa kita buat, apa kita cakap, apa kita percaya semuanya bergantung kepada apa yang kita fikir. Semua di kawal dan berpusat di otak kita. Apa-apa pun yang kita fikir sama ada benda baik atau tak baik, akan mempengaruhi tindakan kita. Senang kata, kalau orang yang selalu asyik fikir negatif sahaja, kita boleh nampak daripada pertuturan dan tingkah laku dia memang cenderung kepada hal-hal negatif. Begitu juga sebaliknya. 

Jadi kalau orang cakap kat kau "Si polan tu baik orangnya, tentu jenis baik hatinya" Kau cakap depan muka dia, "Salah la" Lepas tu kau sambung lagi "Dia baik sebab otak dia yang baik. Bukan hati" haaaa... berani jawab macam tu..? :p

Neuro Lingustic Programming (NLP)

Aku belajar benda ni dalam kursus Kuasa Minda Positif minggu lepas. Syok woo. Kursus tu walaupun nampak macam kursus motivasi biasa-biasa je, tapi sebenarnya sangat best. Lain daripada kursus motivasi lain yang aku pernah join. Dalam kursus ni kami di ajar tentang basic ilmu NLP. Apa benda NLP tu, korang boleh baca DI SINI. Tapi ringkasnya, ilmu NLP ni berkaitan dengan teknik mengawal otak manusia la. Macam mana kita nak kawal dan latih otak kita supaya selalu positif dan macam mana otak yang positif tu akan membentuk diri kita yang lebih positif juga. Best kan...? (sila angguk kepala laju-laju)

Meh aku share sikit ilmu yang aku belajar dalam kursus tu. 

Elemen Penting Dalam Hidup Manusia

Tubuh manusia ni terdiri daripada 4 elemen penting iaitu 1) Fizikal 2) Spritual 3) Intelektual 4) Emosional. Dalam empat elemen penting tu, mana yang paaaaaling penting? Jawapannya tak ada. Sebab keempat-empat elemen tu saling bergantungan dan saling menyokong. Kalau tak ada salah satu elemen tu, maka pincang lah hidup seseorang. Kalau terlebih salah satu elemen tu pun bahaya juga. Tak balance namanya.

Keempat-empat elemen tu dikawal oleh otak. Kita nak fizikal yang sihat, kita tukar mindset. Nak kurus, tukar mindset bukan tukar diet semata-mata. Agama dan kepercayaan (spritual) kita pun bergantung kepada mindset. Bayangkan kalau kita solat 5 waktu sehari tapi kita tak percaya Allah tu wujud, bermakna tak solat kita..? Jawab dalam hati. Seterusnya bab intelektual (kepandaian) kita tentulah bergantung sangat pada otak, kan? Kalau otak kita tak sihat macam mana nak jadi pandai dan bijak. Buat-buat bijak boleh laaa.. opppssss.. :p

Akhir sekali elemen keempat iaitu; emosional. Ramai yang salah faham bila sebut pasal emosi ni. Ada yang faham emosi sama dengan mood. Jadi bila mood baik, emosi pun baik. Malah ada yang kata emosi ni bergantung kepada hati kita. Kalau hati senang, mood baik. Seterusnnya emosi pun tenang. Salah..! Salah ye tuan-tuan..!

Emosi tidak bergantung dan tidak dikawal oleh hati, sebaliknya emosi dikawal oleh OTAK. Kan dah bagitahu awal-awal tadi. Semua reaksi tubuh badan kita dikawal sepenuhnya oleh otak bukan jantung, bukan hati, bukan buah pinggang, bukan mata, bukan mulut. Jelas..? Jadi benda apa yang paliiiiiiiinnnggggg penting kita kena jaga pada tubuh badan kita ni, jantung ke otak..? Again, jawab dalam hati je cukup. 

:)

Fikir Yang Baik-Baik, Maka Hasilnya Pun Baik

Bunyi macam senang je kan, tapi tak semudah itu ye tuan-tuan. Kita memang boleh cakap dengan hati kita "aku nak jadi positif" tapi apa yang kita cakap tu mesti sampai kepada otak. Kalau cakap pada hati sahaja, tak guna. Kita ni pula dah biasa apa-apa hal ikut hati, ikut mood pada waktu tu dan paling kerap ialah kita suka ikut keadaan sekeliling. Kita biar kuasa luar mempengaruhi tindakan dan keputusan kita. Sedangkan yang sepatutnya keputusan tu datang dari dalam diri kita sendiri...!

Mudahnya, kalau nak jadi manusia yang positif kita kena latih otak fikir hal yang positif sahaja. Kurangkan fikir masalah. Kurangkan fikir pasal orang lain. Banyakkan membaca sebab bacaan yang baik adalah makanan untuk otak. Belajar pengurusan pernafasan yang betul (Tarik nafas 7 saat, tahan nafas 7 saat dan hembus nafas 7 saat). Cakap, dengar dan lihat benda-benda yang baik dan menenangkan jiwa (alam semula jadi). Jauhkan daripada hal-hal yang menyedihkan, menyakitkan dan menakutkan. 

Ada banyak lagi ilmu NLP yang aku tak boleh nak explain kat sini. Panjang sangat. Nanti aku share lagi dalam entry yang lain. InsyaAllah. 

Semoga bermanfaat dan aku doakan kita semua positif-positif belaka.. :)




...


Share:

4 comments:

  1. done follow,follow me back http://www.pokucu.com/ ...

    ReplyDelete
  2. Betul. Kena posotof dan fikirkan yang baik baik saja. In shaa Allah jadi yg baik2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. posotof pun boleh kalau tak cukup positif... hehehehehee.. #bergurau #janganambilhati #typoitusweet

      :)

      ...

      Delete