Papan Impian : Antara Realiti Dan Fantasi

Kepentingan Membina Papan Impian | Ada orang sebut Vision Board. Siapa biasa atau pernah join bisnes Multi Level Marketing (MLM) mesti biasa sangat dengan vision board ni. Awal-awal masuk skim tu mesti leader suruh korang buat vision board kan? Suruh korang imagine dapat banglow mewah harga berjuta billion, berangan ada kereta mewah besar dan menjalar-jalar, lepas tu berangan pula pergi melancong ke luar negara ala orang kaya-duit-bergunung-dah-guna-pun-duit-tak-habis-habis.. hahahahahaa.. :p

Soalnya vision board ni penting ke tak penting..? Bukan kita tak boleh nak berangan, tapi kenapa angan-angan tu kita mesti zahirkan atas vision board? Tampal gambar rumah idaman, kereta impian, itu ini semua yang kita target dalam hidup ni kita kena cari gambar dan tampal kat vision board. Kenapa? Supaya kita nampak impian dan target kita tu dengan jelas. Bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Bila kita imagine, kita membayangkan dengan jelas. Lepas tu kita letak gambar impian kita tu atas vision board, tengok hari-hari. Sambil tu berdoa minta Allah s.w.t. permudahkan kita capai impian tu semua. Jadikan amalan setiap hari. InsyaAllah jadi kenyataan lah nanti. :)

Itu tujuan leader suruh korang buat vision board. Dia nak korang capai target sales. Supaya korang cepat kaya raya sebab bila korang kaya diaorang pun kaya malah kaya-raya-jutawan-segera.. gituueewww..!! :p

Bagus Ke Tak Bagus Bina Papan Impian Ni ?

Ada setengah orang kata papan impian ni benda merepek. Buat manusia makin kuat berangan. Asyik berangan je, usaha tak ada.. memang lah tak kaya-kaya. Lagi satu, vision board ni kalau 'salah guna' boleh membuatkan kita semakin jauuuuhhhh daripada realiti. Kalau asyik fikir apa yang kita belum dapat, macam mana nak hargai apa yang kita dah memang dapat.. betul tak..? Sama la macam orang yang banyak sangat tengok drama melayu yang bersiri-siri tu.. dulu nak suami macam Aaron Aziz, lepas tu nak suami macam Zul Ariffin, Aliff Satar, Fattah Amin.. sudahnya sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Opsssss.. sorry.. mohon jangan sentap.. :p

Dari sudut yang baiknya, vision board ni memang sangat-sangat-sangat bagus terutama kalau korang terjebak dalam bisnes. Apa-apa bisnes la kan, mesti ada vision yang jelas. Target sales. Target customers atau target macam mana nak kembangkan bisnes, tambah cawangan, tambah agent or dropships atau apa-apa je lah target. Jadi buat vision board ni untuk bisnes korang memang penting dan InsyaAllah sangat membantu. 

Vision Board | Papan Impian

Kalau tak percaya, aku mohon korang cuba dulu.
Aku tak akan ajar cara nak buat vision board dalam entry ni. Korang boleh tanya kepada yang lebih pakar. Kalau korang join MLM, for sure leader korang akan guide korang buat vision board sampai berjaya capai semua yang korang "bayangkan" atas papan impian tu. Atau korang boleh search je dekat Google atau Youtube pasal vision board ni. Ramai guru online yang sedia ajar korang. Lagipun aku tak boleh ajar korang buat vision board sebab........... aku sendiri tak ada vision board..!

Kenapa Aku Tak Ada Papan Impian ?

Selain dari aku ni sejenis looser yang serius tak tahu apa yang aku nak dalam hidup ni, aku tak fokus, aku tak berani nak berimpian tapi sebab paling utama kenapa aku tak pernah ada vision board dan tak pernah berjaya buat vision board walaupun banyak kali cuba buat adalah kerana aku TIDAK mencari sesuatu yang fizikal atau material..!

Rumah besar, kereta mewah, duit bergudang, bercuti sampai ke bulan.. bukan apa yang aku impikan buat masa ni. Semua itu adalah material yang tak akan membahagiakan aku sebab hati aku tak bahagia. Hati aku tak cukup lapang untuk simpan semua benda material ni. Korang pun faham kan, buat apa rumah besar-besar macam villa tapi kosong. Buat apa kereta mewah bersalut berlian kalau tak mampu bawa kau ke mana-mana. Buat apa pergi sampai bulan, kalau pergi ke hati kau sendiri pun kau tak pernah berjaya sampai.

Aku mencari diri aku sendiri. Aku mencari bahagia. Aku mencari cinta. Aku kosong di dalam, jadi dalam fikiran aku pun tak mampu nak imagine apa-apa yang tak ada kaitan dengan hati, perasaan, cinta dan jiwa.

Mungkin kalau aku dah jumpa dengan diri aku sendiri, dah dapat punca kebahagiaan yang aku harapkan dan bila aku dah dapat soul aku yang sebenar-benarnya, masa tu baru aku akan pasang angan-angan nak ada rumah besar, kereta besar dan duit bergudang-gudang. Bahagia tu datang dari dalam diri. Aku kena dapatkan apa yang di dalam tu dulu. Aku tak mahu bahagia yang plastik. Yang hanya nampak di luaran. Faham kan..?

Doakan aku ye..!
I'm searching. Will and always.

Korang yang nak buat vision board, sila kan. Aku doakan semua impian korang akan tercapai. Sebab lagi banyak kita dapat, lagi banyak kita boleh bagi. Tapi mula-mula kita kena beri dahulu setakat apa yang kita ada, lepas tu baru banyak perkara baru akan kita miliki. InsyaAllah.

Best of luck..!

:)





...


Share:

2 comments:

  1. Bagus juga ye buat vision board utk diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Ok .. nak buat Vision Board lah .. tapi awal tahun nanti boleh ? Sebab ni dah nak sampai hujung tahun . . hahahah .. ape pun tq for sharing the info dan moga Ain tenang dan bahagia selalu.

    ReplyDelete