The 'Cruelest' Break-Up Line

Memang susah nak bagi ayat break-up yang tak melukakan hati. Guna lah ayat paling berbunga-bunga dan berkias-kias macam kereta berhias sekali pun, dah nama break-up line.. tetap tajam bak belati menikam hati juga kan? Ada ke break-up line yang tak kejam? Kalau cakap berlapik pun, pihak yang sebelah sana akan terluka apatah lagi kalau cakap direct..! Memang susah nak bagi ayat break-up line yang tak break kan hati orang.. kan..??

Nak putuskan hubungan yang dah terjalin memang susah, nak-nak lagi kalau terpaksa memutuskan hubungan secara tiba-tiba. Tapi kalau dah hubungan tu memang tak boleh nak diselamatkan lagi, baik lah kita bagi break-up line terus daripada biar gantung tak bertali begitu je. Nanti jadi lagu Haqiem Rusli pula kan..! Soalnya dalam banyak-banyak break-up line tu, mana yang paling kejam agak-agaknya..?

Bagi aku, the cruelest break-up line ever adalah...

"..Awak terlalu baik untuk saya.."
Perrrgghhhh...! hancur lebur gugur pecah berderai hati terima ayat macam tu. Apatah lagi selepas 7 tahun berusaha mempertahankan hubungan tu. Walaupun berjauhan, walaupun lama tak jumpa, walaupun cuba setia, walaupun banyak halangan, walaupun selalu tak sefahaman, tapi dah separuh nyawa aku tetap bertahan. Tak nak orang lain, tak pernah impikan orang lain. Bagi sepenuh kepercayaan kepada dia walaupun kadang-kadang rasa curiga, tak kan dia tak pernah jatuh cinta pada perempuan lain. Tapi still pujuk hati ni -- percaya kat dia. Percaya dia akan setia. Percaya dia sayang aku sorang. Percaya dia tak akan tinggalkan aku. Tapi end up..?!! Dia putuskan semuanya. Tinggalkan aku. Tamatkan hubungan kami yang 7 tahun tu cuma dengan ayat : Awak terlalu baik untuk saya..

Waddefak..!

putus cinta, nobody perfect, its hurt, its not you its me, awak terlalu baik untuk saya
gambar sekadar hiasan

Lima tahun bhai aku merangkak mencari makna "awak terlalu baik untuk saya" tu. Puas aku gali, siang malam pagi petang aku menangis sendiri mengenangkan tang mana la yang aku baik sangat tu sampai dia sanggup tinggalkan aku. Bahagian mana la yang buat dia rasa tak layak sangat untuk aku tu sedangkan selama ni aku rasa dia la lelaki terbaik dalam dunia ni. Aku buat segala-galanya untuk dia. Sepanjang lima tahun tu, aku tengok dia elok je move on. Kahwin. Ada anak. Ada kerja. Hidup macam manusia normal yang lain. Bahagia. Tak rasa bersalah apa-apa. Tak nampak kurang kat mana-mana.

Sedangkan aku yang kononnya dia kata "terlalu baik untuk dia" ni, hidup berendam airmata. Sendiri. Sunyi. Mengutip serpih-serpih hati yang dah berkecai. Lima tahun aku tak move on. Lima tahun aku tutup hati untuk lelaki lain. Lima tahun aku mengenang di mana salah aku. Di mana kurang aku. Dan lima tahun tu aku hidup dalam bayang-bayang "awak terlalu baik untuk saya" tu sampai aku hancur perlahan-lahan. Sakit bhai. Sangat sakit.

Mujurlah pertimbangan aku masih ada sedikit kebal. Aku ingat Tuhan. Kalau tak, entahlah. Dan mujur cuma lima tahun Tuhan kecai lumatkan hati aku, selepas tu Tuhan temukan aku dengan Pokchik. Tuhan Maha Pengasih. Aku semat tu kemas dalam hati. Tuhan bagi aku cinta sekali lagi. Mudah-mudahan ini lah cinta aku yang penghabisan sampai aku mati.

Please la. Kalau tak suka, kata je tak suka. Kalau dah jemu, kata je dah jemu. Kalau ada yang tak kena, bagitahu apa yang tak kena. Kalau keluarga tak restu, terus-terang je bagitahu "mak ayah saya tak suka kat awak". Atau kalau rasa diri tu tak layak untuk si dia, bagitahu yang awak dah berusaha tapi still rasa tak sempat nak 'kejar' dia supaya boleh berdiri sama rata. Guna la ayat apa pun, jangan guna ayat hipokrit yang acah-acah suci macam Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa tu.. oppssssss..

Jangan pakai ayat "awak terlalu baik untuk saya" padahal kau ada perempuan lain di belakang dia. Jangan rasa ayat tu boleh sejukkan hati dia macam tu je. Jangan buat dia rasa macam buat baik tu benda yang salah. Jangan biar dia rasa selama ni dia percayakan kau hanya untuk benda yang sia-sia. Jangan bagi ayat cliche macam tu la... choiiiiiii...!!

Bengkak hati aku ni bila kenang-kenangkan balik. Walau dah lama berlalu. Aku pun tak ada dendam apa-apa lagi dengan dia. Aku dah move on. Aku dah maafkan dia. Tapi luka tu masih ada. Aku berdoa dalam hati, mudah-mudahan tak ada lagi perempuan yang akan melalui fasa kesakitan dan kehancuran macam yang aku alami. Tolongggggg lah..! jadi lelaki matang yang berani berdepan dengan perempuan yang pernah kau cintai dan kau gantungkan harapan. Be a men..!

Macam mana kau ambil hati dia cara baik,
Pulangkan balik hati dia pun dengan cara baik.. janji eh..!






...
Share:

8 comments:

  1. Memang ayat tuh cliche sgt..Awak terlalu baik untuk saya.. phuiii..#silameninggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. saya tambah sikit #SilaMeninggalDenganTenang ..keep positive vibes walaupun dah sakit hati.. hehehehe.. :)

      ...

      Delete
  2. Selain dari ayat break up, tu ayat famous untuk reject orang jugak. Pernah kena. Dekat 10 tahun x move on lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoooo.. hebat tu boleh reject orang.. hehehehehe.. tapi berat juga kan sebenarnya.. ermmm.. takpe slow2 move on ehh.. :)

      ...

      Delete
  3. Break Up Lines paling kejam...."saya ceraikan awak sebab awak x nak berhenti kerja dan duduk dengan saya, kita berpisah"ayat ni tak mungkin akan padam dari ingatan akak sampai mati..nak kahwin ni pun akak rasa takut sangat..dah macam2 buat termasuk istikharah...akak masih x ready...dah 2 tahun bertunang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan istikharah Kak SA.. masih ada masa untuk pertimbangkan semua keputusan.. tapi harap2 Kak SA dapat buat keputusan dengan tenang dan keputusan yang terbaik untuk diri akak sendiri dan Dania.. :)

      InsyaAllah, kita doakan ye..

      ...

      Delete
  4. Kak Ain, awak terlalu baik untuk saya .
    kihkih . jangan marah aaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey tak nak kawan Mya selama 5 saat...!

      (satu)
      (dua)
      (tiga)
      (empat)
      (lima)

      okey dah. kawan balik. hehehehehe.. :)

      ...

      Delete